Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

TARIKH

02/02/2023 (KHAMIS)

TEMPAT

KM 3, JALAN MENGKIBOL, KAMPUNG MENGKIBOL, 86000 KLUANG,


JOHOR

ANJURAN

KUMPULAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK


KURSUS MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

TEMA

"KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN"


KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI "KEMAHIRAN MERENTAS
KEBAJIKAN" ANJURAN KUMPULAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI
ELEKTRONIK KOLEJ VOKASIONAL KLUANG.

1.0 TUJUAN
Bagi mencapai PL04, PL05 dan PL09, kertas kerja ini dirangka adalah untuk
memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak
yang berkenaan bagi mengadakan sebuah program khidmat komuniti yang
dianjurkan oleh kumpulan pelajar Diploma Teknologi Elektronik , Kolej
Vokasional Kluang , Johor. Program ini akan dijalankan pada 02/02/2023
Januari 2023 di Kolej Vokasional Kluang.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kumpulan pelajar Program Diploma Teknologi Elektronik, Kolej


Vokasional Kluang, Johor dibentuk untuk melaksanakan kursus MPU 2412
bagi memenuhi jam kredit kursus disamping membentuk tanggungjawab
sosial serta meningkatkan pengetahuan dalam pembangunan insaniah.

2.2 Program ini akan mendedahkan pelajar kolej vokasional tentang


tanggungjawab diri terhadap komuniti sekeliling, memberi pendedahan
untuk mereka belajar bersosial dengan komuniti serta memberi peluang
kepada pelajar kolej vokasional melakukan kerja sukarelawan. Pelajar kolej
vokasional juga dapat menanam sikap penyayang. Kami memilih Kolej
Vokasional Kluang kerana amat sesuai untuk melaksanakan modul kursus
Khidmat Komuniti MPU 2412 kerana dari aspek komunitinya yang
mempunyai latar belakang yang pelbagai dan kemudahan yang masih perlu
dibantu.

2.3 Semangat kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui


program ini dengan adanya tenaga kerja setiap dalam melaksanakan aktiviti
komuniti yang telah diaturkan. Semangat ini merupakan elemen penting
bagi melahirkan pelajar kolej vokasional yang mempunyai jati diri serta
mampu melahirkan sifat berkerjasama untuk merealisasikan program ini.

2.3 Selain memenuhi keperluan kursus, pelajar kolej vokasional juga dapat
mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas dalam kehidupan mereka
seharian serta mendapatkan ajaran daripada pihak pensyarah supaya dapat
mengamalkan sikap kepimpiman dan berkomunikasi sihat dengan komuniti
luar.
3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa setiausaha, adalah menjadi tanggungjawab


kami untuk memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej
Vokasional.
3.2 Supaya dapat membentuk pelajar kolej vokasional yang
berkemahiran berkomunikasi, berkerjasama dalam kumpulan dan
berkepimpinan.
3.3 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian
yang ditetapkan.
3.4 Menjaga nama baik Kolej Vokasional Kluang sepanjang dan selepas
pelaksanaan program

4.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini disediakan untuk menjadi garis panduan dan rujukan bagi
memastikan kelicinan perjalanan sepanjang Program Khidmat ini
berlangsung.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melatih pelajar kolej vokasional dalam kemahiran sosial dan


kebertanggungjawaban seperti menguruskan program di luar kampus dan
berperanan memastikan kesemua persediaan tersedia sepanjang program
berlangsung.
5.2 Melatih pelajar kolej vokasional dengan berkemahiran berkomunikasi,
berkerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan serta melatih mereka
untuk bersosial dengan komuniti.
5.3 Menyuntik semangat kepimpinan dan berpasukan yang ada pada
mahasiswa seperti menerima tanggungjawab, merancang dan
menguruskan, memberi arahan dan mengagihkan tugas serta
menyelesaikan aktiviti Khidmat komuniti yang telah diagihkan dan
ditugaskan.

6.0 TEMA

"KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN"

7.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Pelajar kolej Vokasional Diploma


Teknologi Elektronik Vokasional Kluang.
8.0 TARIKH & MASA

Program ini mencadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 02 Februari 2023


(khamis) Masa: 8.00 am - 12.00 pm

9.0 TEMPAT

Di Bengkel

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

10.1 Peserta:
23 orang pelajar kolej Vokasional kumpulan Diploma Teknologi Elektronik.

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Penaung
Tn.Hj Affandi bin Masturi
Pengarah Kolej Vokasional Kluang

Penasihat Program
En. Mohamed Ezwan Bin Salimen

Pengerusi
Muhammad Hamizan Bin Zunaidi

Timbalan Pengerusi
Aliif Hamdi Bin Khalid

Setiausaha
Ummi Humairah Binti Rashidi

Bendahari
Mohammad Qaiyum Asry bin Mustafa
AHLI JAWATANKUASA

AKTIVITI Mohamad Farish Irfan Bin Ismail


PERALATAN Mogeash A/L Anbananthen
HADIAH/SUMBANGAN Nur Farrissa Balqis Binti Mohd
Rasidee
KESELAMATAN Muhammad Nur Al-Amin Bin Abd
Kadir
DOKUMENTASI Khairulnizam Naim Bin
Kamaruzaman
PROTOKOL NurFarzana Adibah Binti Mohd
Fauzi
TUGAS KHAS Muhammad Zaid Arief Bin Idar
MAKANAN Siti Adibah Mahfuzah Binti Aliman

Bil Nama dan Bidang Tugas


Jawatankuasa
1 Pengerusi 1. Mempengerusikan mesyuarat
 Muhammad 2. Memastikan segala persiapan
Hamizan Bin berjalan mengikut jadual
Zunaidi 3. Mengatasi masalah semasa
4. Mengarahkan jawatankuasa Pelaksana
memainkan peranan dengan positif
5. Memberi tugasan yang jelas dan tepat
kepada setiap Ahli Jawatankuasa dalam
melaksanakan aktiviti.
6. Memastikan arahan daripada penasihat pro
gram (pensyarah) dapat dilaksanakan dengan
lancar.
2 Timbalan Pengerusi 1. Membantu Pengerusi
 Aliif Hamdi Bin 2. Menjalankan peranan semasa ketiadaan
Khalid Pengerusi
3 Setiausaha 1. Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam
 Ummi Humairah bidang pengurusan.
Binti Rashidi 2. Mengumpul semua maklumat seperti
merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
3. Bertanggungjawab untuk hadir setiap
mesyuarat dalam perlaksanaan program.
4. Menguruskan urusan surat menyurat
kepada pihak yang berkenaan.
5. Memanggil ahli jawatan kuasa untuk
bermesyuarat.
6. Menyedia dan mengedarkan catatan minit
mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang
berkenaan.
7. Bersama pengerusi menentukan tempat,
masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
8. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja
berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.
9. Menyediakan kertas kerja yang diperlukan
oleh program.
10. Menyusun dan menyediakan tempat dan
kemudahan mesyuarat.
4 JK Bendahari 1. Menyimpan segala kutipan wang.
 Mohammad 2. Membuat pembayaran kepada setiap J/K.
Qaiyum Asry bin 3. Memastikan penyata kewangan diserahkan
Mustafa kepada AJK Dokumentasi

1 JK Aktiviti 1. Memastikan semua mematuhi masa


 Mohamad Farish yang telah ditetapkan di dalam jadual.
Irfan Bin Ismail 2. Memastikan aktiviti sepanjang program berj
 Muhammad Hazim alan
Bin Murad lancar.
 Muhammad Farhan 3. Menyusun jadual aturcara program mengiku
Bin Sami'on t
kesesuaiaan

2 JK Peralatan 1. Menyediakan alatan-alatan yang diperlukan.


 Mogeash A/L 2. Memeriksa alatan dan memastikan
Anbananthen mengikut spesifikasi..
 AngYi Chong 3. Menyediakan segala keperluan berkaitan
teknikal bagi melicinkan perlaksanaan
program.
4. Mengemas kini alatan dan mengawal
pergerakan alatan.
5. Bertanggungjawab terhadap peralatan yang
digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek
dilaksanakan
3 JK Hadiah/Sumbangan 1. Mengenalpasti jenis hadiah dan mengumpul
 Nur Farrissa Balqis hadiah-hadiah yang sedia ada.
Binti Mohd Rasidee 2. Mendapatkan hadiah dan saguhati yang telah
 Muhammad Danish ditempah dan melabelnya.
Bin Hirman
4 JK Keselamatan 1. Mengenalpasti dan menyediakan Peralatan
 Muhammad Nur Perlindungan Diri (PPE)
Al-Amin Bin Abd 2. Menjalankan aktivii-aktiviti/program tentang
Kadir penerangan berkaitan keselamatan
 Muhamad Nabil 3. Menjalankan pemeriksaan bengkel untuk
Nafiz Bin Muhamad mengenapasti bahaya yang ada dan direkod.
Asikin 4. Membantu dalam mengurus hal-hal
berkaitan kebajikan rakan
5 JK Dokumentasi & 1. Membuat dokumentasi bergambar
Fotografi perjalanan projek sebelum, semasa dan
 Khairulnizam Naim selepas.
Bin Kamaruzaman 2. Mengambil gambar semasa Majlis penyampaian
 Muhammad Fazli hadiah/sumbangan cenderahati kepada Ketua
Bin Abdul Musthofa Program Teknologi Elektronik.
 Bekerjasama dengan Setiausaha untuk
menghasilkan dokumentasi

6 JK Protokol - Membentuk satu jawatankuasa kecil.


 NurFarzana Adibah - Membantu jawatan kuasa hadiah
Binti Mohd Fauzi dan cenderahati dalam
 Muhammad Hakimi - Menyediakan keperluan-keperluan berkaitan
Bin Hairul Nizam dengan penyampaian hadiah seperti cara
penyampaian dilakukan, muzik yang
bersesuaian dan lain-lain.
- Menyediakan peralatan-peralatan yang
diperlukan untuk upacara pembukaan atau
penutup.
- Menguruskan upacara penyampaian
cenderahati.
- Memastikan program berjalan mengikut
aturcara bagi setiap aktiviti.
7 JK Tugas Khas 1. Memberikan sepenuh kerjasama serta
 Muhammad Zaid usaha yang gigih untuk memastikan program
Arief Bin Idar yang telah dirancang Berjaya dilaksanakan
 Nadzrin Ulilambia dengan sempurna.
Bin Serat 2. Tanggungjawab yang dipikul meliputi
tugas- tugas dalam memastikan segala
persiapan, persediaan, serta pelaksanaan
program dapat berjalan dengan lancar dari
awal sehinggalah ke akhir.
3. Termasuklah penyediaan cenderamata,
melantik pengerusi majlis.
8 JK Makanan SEBELUM
 Siti Adibah 1. Mendapatkan kafeteria yang menawarkan
Mahfuzah Binti perkhidmatan untuk keperluan makanan dan
Aliman minuman
 Muhammad Harith 2. Menyediakan bajet dan jenis
Luqman Bin Ahmad makanan atau hidangan yang perlu disediakan
Sanusi bagi jawatankuasa sepanjang program
berlansung.
3. Menyediakan bajet bagi setiap ahli kumpula
n.
4. Membuat tempahan dan memaklumkan jeni
s
makanan serta jumlahnya.
5. Membeli makanan tambahan untuk keperlu
an
program.

SEMASA
1. Memaklumkan kepada rakan kumpulan
tentang hidangan makanan.
2. Memastikan kebersihan makanan dan temp
at makanan dihidangkan.
3. Memastikan setiap ahli kumpulan dan pihak
yang terlibat menerima makanan secukupnya.
4. Memastikan bilangan makanan yang
disediakan mencukupi.

SELEPAS
1. Menyenaraikan masalah-masalah yang berl
aku
dalam penyediaan makanan.
2. Memberi cadangan penambahbaikan untuk
program akan datang.
3. Menghadiri mesyuarat post-mortem
menyediakan laporan khusus mengenai Ahli
Jawatankuasa Makanan.
12.0 TENTATIF PROGRAM

02 Februari 2023 (Khamis)

Masa Perkara
10.00 am Berkumpul, sarapan pagi dan taklimat di Bengkel A.
10.15 am Bergerak ke tempat yang telah diberi
tugasan.( Bengkel A, Bengkel B dan Bengkel Bawah)
10.30-11.40 am Aktiviti mula dijalankan
 gotong-royong
 hiasan bengkel
 penambahbaikan setiap bengkel
11.40 am Penutup
 bacaan doa
 ulasan guru-guru Bengkel Elektronik
 penyampaian hadiah/cenderahati
 sesi bergambar
11.50 am Agihan makanan
12.00 pm Bersurai

13.0 BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan

Bil Perkara RM
1. Peralatan RM 150
2. Makanan & Minuman RM 10 X 23 orang = RM 230
3. Jumlah RM380
14. PENUTUP

Jesteru itu, kami berharap agar cadangan kertas kerja ini serta bantuan
kewangan dapat dibantu dan Diluluskan. Kami juga berharap semoga
program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang
digariskan. Ucapan terima kasih kami dahulukan atas segala sokongan
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.....................……......... .....................…….........
(UMMI HUMAIRAH BINTI RASHIDI) (EN. MOHAMED EZWAN BIN
Setiausaha Program , SALIMEN)
Program khidmat Komuniti, Pensyarah Khidmat komuniti,
Kumpulan Pelajar Diploma Teknologi , Jabatan Pendidikan Umum,
Kolej Vokasional Kluang , Johor. Kolej Vokasional Kluang.

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

.....................……......... .....................……............
(PN J. SHARMILA A/P V. (TN.HJ AFFANDI BIN MASTURI)
JANARDHANAN) Pengarah Kolej Vokasional Kluang.
Keua Jabatan Pendidikan Umum
Kolej Vokasional Kluang , Johor.

Anda mungkin juga menyukai