Anda di halaman 1dari 9

2016042340032 EDUP3083

Soalan 2

Pembelajaran dan pendekatan yang inovatif merujuk kepada jenis


pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pengajaran nilai-nilai holistik
supaya pelajar dapat menghadapi situasi kompleks yang berbeza di masa
hadapan. Begitu juga, jenis pembelajaran ini mengambil kira beberapa unsur:
ia bergantung kepada beberapa ajaran tertentu tetapi memberi tumpuan
kepada mereka mengikut perubahan yang dialami oleh alam sekitar, melatih
kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran lain dan menggalakkan kerja
berpasukan melalui dialog dan kerjasama. Matlamat utama pembelajaran
inovatif adalah untuk mempromosikan kesesuaian kanak-kanak supaya
mereka dapat menjadi orang dewasa yang berkebolehan dan berkemahiran
dalam keadaan apa pun yang berlaku.

Ciri-ciri Guru Berinovasi


Guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi. Antara ciri-ciri guru
berinovasi ialah guru mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid
dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana,
menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Banyak cabaran yang
ditempuhi oleh generasi muda terutamanya pada era globalisasi ini. Sudah
sepatutnya guru harus mampu untuk menyediakan murid-murid agar mereka
dapat mengharungi arus globalisasi ini.
Ciri kedua, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya
sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta
pendekatan yang lebih berkesan. Ciri lain yang disebut oleh Tan Sri
Muhyiddin adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang
diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam
peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang
dihadapi di dunia nyata. uru harus dapat mendedahkan kepada murid tentang
kaitan ilmu yang pelajari di dalam kelas dengan dunia nyata misalnya.
Misalnya, dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah dengan
masalah yang menyerupai situasi sebenar. guru tidak seharusnya sekadar
menyampaikan apa yang terdapat di dalam buku teks.
2016042340032 EDUP3083

Guru ini bersifat all-rounded di mana seperti yang diperkatakan oleh Tan
Sri Muhyiddin Yassin, guru berinovatif ini guru yang sentiasa memikirkan
apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah
keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah
mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.
Guru seumpama ini juga sentiasa mengubah kaedah pengajarannya
mengikut peredaran masa. Contohnya pada masa sekarang, teknologi adalah
salah satu aspek yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan. Oleh itu,
sekiranya guru tersebut adalah seorang penginovasi ini pasti guru tersebut
akan melengkapkan pelajarnya dengan kemahiran teknologi.

Peranan Guru dalam Pelaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran


Guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat
terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri
guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid
dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana,
menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan Cabaran
Semasa, iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif
dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan
sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk
mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.  Menurut Esah
Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap
mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan
terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.
Selain itu, satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi
kreatif dan inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin
Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat
mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan
matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi
pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru seharusnya
2016042340032 EDUP3083

melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat
merangsang minat murid.  Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya
menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana
murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Pengajaran dan
pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar
dengan inovasi dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adalah
semakin luas dan tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti
pada abad ke-20. Dengan adanya inovasi seperti ini akan menjadikan
pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah bosan dan
melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik

Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani


Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan
dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang
maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah.  Oleh itu wujudlah gaya
arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan
Tradisional. Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia. Pada masa
kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat
moden yang progresif.  
Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia,
pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan.  Selain itu Pendekatan
Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia. Pendekatan
Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman
pembelajaran.  Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi
peluang untuk penglibatan individu secara mendalam.  .Pembelajaran adalah
melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk
menemui sesuatu.  Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu
yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi
individu.

Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education


terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk
2016042340032 EDUP3083

membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu


penghargaan diri (self esteem), merealisasikan diri (self-actualization),
kefahaman diri (self-understanding) dan pertimbangan sosial (social
consideration).
Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan
kandungan mata pelajaran.  Ia muncul dari aplikasi psikologi operan (operant
psychology) yang dipelopori oleh Skinner (1974).  Pendekatan ini
menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur
kejayaan pengajaran. Skinner (1974) mencadangkan tiga perkara untuk
interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku
berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan.  Matlamat
pendekatan  ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh
diperhati dan dinilai.  Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat
untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.
Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran
melibatkan prosedur langkah demi langkah.  Pendekatan ini digunakan oleh
guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk
membawa perubahan  kepada tingkahlaku.  Ciri penting pendekatan ini ia
sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen
yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan
sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat,
analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar,
pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk
strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan
pengajaran dan penilaian formatif.

(a). Strategi

Strategi Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan


teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah
berteraskan kepada kebijaksanaan memilih pendekatan, kecekapan
merancang kaedah dan teknik serta berasaskan objektifnya
2016042340032 EDUP3083

(b). Pendekatan 

Pendekatan  merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran


diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963).  Ianya
merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran
dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik. Model
pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan
yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan.
Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip-prinsip pengajaran dan
pembelajaran.
Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh
menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari.  Kaedah yang dipilih
haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar.  Bagi
memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru
mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan perkembangan murid.  Pendekatan pengajaran
berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

(c). Kaedah

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti


pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia
merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf
pembelajaran khusus dalam jangka pendek.  Ianya juga adalah sebagai satu
cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian
yang tersusun. Mengikut Edward, M.A. (1963),  kaedah merujuk kepada satu
ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Jenis kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah:

i. Kaedah Tradisional

Ia meliputi:
2016042340032 EDUP3083

 Tugasan membaca buku teks


 Kuliah
 Mengucap dengan kuat
 Tumpuan kepada perbendaharaan
 Laporan secara lisan oleh murid
 Mengkaji semula
 Ujian,kuiz dan peperiksaan

ii.Kaedah  Inkuiri (Penemuan)


Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu:

P1- Kenal pasti masalah


P2- Rancang penyelesaian
P3- Kumpul maklumat
P4- Buat tafsiran
P5- Buat kesimpulan

iii. Kaedah kumpulan


perbincangan kumpulan
a) kuliah perbincangan
b) kerja jawatankuasa
c) main peranan
d) Sesi Buzz
e) Sumbangsaran
f) Wawancara
g) Konferen

iv.Kaedah penyelesaian masalah


Ia meliputi:
 Projek
 Tinjauan
 Penyelidikan atau penjelajahan
2016042340032 EDUP3083

 Tunjukcara  atau demonstrasi


 Kelab kesihatan
 Lawatan

v. Kaedah Kolaboratif
Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat
serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan
sesuatu yang berkesan.  Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah
di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk
melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk
menuju ke arah satu matlamat.  Ahli kumpulan berbincang, merancang dan
membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan
oleh guru.  Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan,
saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi.  Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi
dan kepimpinan.

vi. Kaedah Koperatif


Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah:
 Murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi
diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman  dan kemajuan.
 Murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah.
Ahli kumpulan bergantung secara positif.
 Murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru.
 Murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan
masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk
menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.
 Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut
giliran,memberi galakan, mendengar,memberi pertolongan,memberi
penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.
 Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi
pencapaian matlamat.
2016042340032 EDUP3083

(d). Teknik
Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan
kaedah mengajar bagi  sesuatu  aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi,
main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan
keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria
pencapaian objektif berikut ;
 Umur
 Kebolehan
 Kecerdasan
 Minat

i. Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan


sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa
yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam
keadaan terkawal dan selamat.  Simulasi membolehkan seorang guru
menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar
jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan
masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk
menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

ii. Teknik main peranan


Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan
spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang
dipilih.  Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman
yang baru.  Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip.  Ia
boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

iii. Teknik latih tubi


Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu
2016042340032 EDUP3083

aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu


kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara
lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan
fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

iv. Teknik demonstrasi


Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana
seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di
hadapan murid dalam sesi pengajaran.  Murid lain memerhati dan
mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.
Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri
secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.
Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak
ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan.  Demonstrasi
boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan
model persepsi.  Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang
bola mengikut teknik yang betul di padang.

v. Teknik sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif
penyelesaian masalah.  Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana
semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat
terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti
sumbangsaran dijalankan dengan berkesan, prinsip asas sumbangsaran
berikut harus dipatuhi iaitu:
 topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.
 kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan
 pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk    
memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.
 setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
 semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
 cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Anda mungkin juga menyukai