Anda di halaman 1dari 3

3.

Mengenal pasti kesilapan umum yang terdapat dalam rakaman tersebut dari aspek
lisan iaitu sebutan yang tidak mengikut hukum sebutan fonemik.
Video 1
Kesalahan sebutan dari segi fonemik
Kesalahan Pembetulan
Vandalism dan Penyelesaiannya .

Vandalisme dan Penyelesaiannya .

Perkataan Vandalismesepatutnya disebut sebagai Vandalisme dan bukannya
Vandalism. Penutur tidak menggunakan bahasa melayu baku. Penutur berasa keliru
dengan cara yang betul untuk mengucapkan perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu.
Vandalisme dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai Vandalism.
Kesalahan Pembetulan
dapat didefinasikan sebagai dapat didefinisikan sebagai
Perkataan didefinisikansepatutnya disebut sebagai didefinisikan dan bukannya
didefinasikan. Penutur tidak menggunakan bahasa melayu baku. Penutur berasa
keliru dengan cara yang betul untuk mengucapkan perkataan tersebut dalam Bahasa
Melayu. Definisi dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai Defination.
Kesalahan sebutan yang melibatkan pengunaan loghat atau dialek
Kesalahan Pembetulan
yang saye muliakan yang saya muliakan
Perkataan saya sepatutnya disebut sebagai saya dan bukannya saye. Loghat utara
telah digunakan.
Kesalahan Pembetulan
Tahu ke anda Tahukah anda
Perkataan tahukah sepatutnya disebut sebagai tahukah dan bukannya tahu ke.
Loghat utara telah digunakan.
Kesalahan Pembetulan
Apekah yang dimaksudkan Apakah yang dimaksudkan
Perkataan apakahsepatutnya disebut sebagai apakah dan bukannya apekah.
Loghat utara telah digunakan.
Kesalahan Pembetulan
Para remaja jugak harus Para remaja juga harus
Perkataan jugasepatutnya disebut sebagai juga dan bukannya jugak. Loghat utara
telah digunakan.
Kesalahan sebutan dari segi tatabahasa
Kesalahan Pembetulan
sampaikan adalah Vandalisme dan
penyelesaiannya .
sampaikan ialah Vandalisme dan
penyelesaiannya .
Kata pemeri adalah mesti hadir di hadapan kata sendi nama atau frasa sendi nama
dan kata adjektif atau frasa adjektif sedangkan Vandalisme merupakan kata nama. Jadi
kata pemeri ialah lebih tepat digunakan.
Kesalahan Pembetulan
perbuatan ini golongan remaja yang
bermasalah lakukan
perbuatan ini dilakukan oleh golongan
remaja yang bermasalah
Frasa dalam ayat pasif yang menggunakan kata ganti nama diri ketiga haruslah disertai
dengan oleh.
Kesalahan Pembetulan
di kalangan remaja dalam kalangan remaja
Kata Sendi nama di menunjukkan tempat dan ruang.
Kesalahan Pembetulan
Di antara contoh-contoh vandalism Antara contoh-contoh vandalism
Kata Sendi nama di antara boleh digunakan sekiranya wujud ruang atau jarak.

Kesalahan Pembetulan
Banyak punca-punca yang Banyak punca yang
Kata nama yang mengikuti kata bilangan yang menunjukkan jamak tidak perlu
digandakan.

Anda mungkin juga menyukai