Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan.

Pada mulanya, saya berasa bahawa ianya satu bebanan yang memang susah untuk saya membuat dan menyiapkannya. Selepas saya menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa kerja kursus ini telah memberi banyak pengetahuan dan manfaat kepada saya.

Semasa saya mula dan menyiapkan kerja kursus ini saya berasa sangat gembira kerana maklumat- maklumat yang saya menggunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini memanglah memberi manfaat kepada diri dan ilmu pengetahuan saya. Yang pertamanya, saya telah mendapat maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BSMM, contohnya dari segi sejarah. Saya mengetahui tentang sejarah BSMM secara lebih mendalam.

Seterusnya, saya juga mendapat maklumat yang baru, iaitu mengenali 7 prinsip BSMM. Sebelum ini, semasa saya berada di sekolah menengah, saya merupakan seorang pengakap dan tidak mengenali tentang BSMM. Melalui kerja kursus ini, saya telah memahami tentang prinsip BSMM yang berlainan dengan Pengakap tetapi juga adalah menyemaikan semangat yang baik, iaitu kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan. Selepas mengenali 7 prinsip ini, saya berasa prinsip BSMM adalah lebih tegas berbanding dengan Pengakap akan tetapi juga lebih baik.

Selain itu, saya juga mendapat banyak pengetahuan melalui aktiviti kumpulan. En. Hassan telah memberikan kami 12 tajuk tugasan dan kumpulan saya mendapat tajuk Diabetes. Diabetes ini sekarang sudah biasa didapati di Malaysia tetapi kurang diambil berat oleh masyarakat.

Sebenarnya kes ini juga agak serius disebabkan sekiranya seseorang itu telah mendapat diabetes, dia memerlukan ubatan sepanjang hajat dan diabetes ini boleh membawa banyak penyakit sampingan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan stroke.

Selain itu, saya juga mendapat banyak maklumat melalui tajuk tugasan lain yang dipersembahkan oleh rakan-rakan saya. Salah satu adalah lebih memahami struktur jantung dan darah kita melalui sistem kardiavaskular. Struktur jantung dibahagi kepada tiga kumpulan yang besar iaitu arteri, vena dan kapillari. Selain itu, saya juga mempunyai sebarang sedikit pengetahuan tentang beberapa penyakit yang sering didapati seperti sawan, gigitan ular, alergi, strok, kecederaan tisu lembut, terbakar dan melecur. Saya juga diberi maklumat tentang cara yang boleh diambil semasa berlaku kes-kes tersebut dan cara pencegahan.

Antara tajuk tugasan ini, saya paling suka pada pembebatan dan pembalutan. Ini disebabkan bahagian ini adalah paling berguna bagi saya dan kita boleh membuatkan amali. Saya telah mempelajari banyak cara membalut dan berjaya menguasainya.

Secara kesimpulanya, saya berpendapat bahawa kerja kursus ini telah berjaya memupuk banyak pengetahuan baru ke dalam diri saya di samping mengukuhkan pengetahuan saya mengenai penyakit-penyakit yang sering didapati di zaman sekarang. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih terhadap pensyarah saya, En. Hassan dan rakan sebaya yang banyak membantu saya, tanpa bantuan mereka, tentulah saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai