Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SOFBOL

Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, permainan ini dimainkan sebagai satu rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini meskipun ada persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas dari segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih besar dan lembut sementara hujung bat yang digunakan pula lebih kecil. Permainan ini lebih popular dimainkan secara permainan di dalam gelanggang tertutup kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih kecil.

Pada mulanya permainan ini dimainkan di dalam gimnasium di maktab-maktab, universiti-universiti, YMCA dan Turnvereins sebelum ia beralih ke padang. Setiap pertubuhan menggubal peraturannya yang tersendiri dan variasi permainan ini mempunyai pelbagai nama seperti :

Diamond Ball Mush Ball

Indoor Ball Playground Ball

Kitten Ball Pumpkin Ball

Recreation Ball

Liga sofbol yang pertama telah dianjurkan di Minneapolis, Minnesota pada tahun 1900. Pada tahun 1926, permainan itu diberi nama Sofbol oleh Walter K. Hakenson dari YMCA, Denver. Pada tahun 1927, Gladys E. Palmer dari Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika (APEA) telah menggubal undangundang sofbol untuk perempuan (remaja dan dewasa). Pada tahun 1923, perwakilan daripada badan-badan yang berminat telah membentuk Jawatankuasa Undang-Undang Bersama (JRC) untuk menyelaras satu set undang-undang yang diguna pakai di peringkat kebangsaan.

Pada tahun 1933, Persatuan Sofbol Amatur Amerika (ASA) telah menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan buat julung kalinya di Chicago Worlds Fair yang telah disertai oleh 20 pasukan. Pasukan wanita The Great Northerns dan pasukan lelaki J.L Boosters telah menjuarai kategori masing-masing.

Pada tahun 1934 satu peraturan rasmi sofbol telah digubal oleh JRC dan dicetak pada tahun 1937. Undang-undang tersebut menjadi asas kepada undang-undang yang digunapakai sekarang.

Sofbol mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 dan dibuka hanya pada pasukan wanita. Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000 menyaksikan 8 negara mengambil bahagian. Amerika Syarikat menjadi juara sofbol Sukan Olimpik pada tahun 2004 di Athens untuk kali ketiganya.

SEJARAH PERKEMBANGAN SOFBOL DI MALAYSIA

Pada peringkat awal, permainan ini telah dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika pada tahun 1939 di ACS Kampar, Perak. Sejak itu, beberapa pasukan telah mengadakan satu siri perlawanan persahabatan.

Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, perkembangan permainan sofbol telah tergendala. Sungguhpun demikian, terdapat askar-askar Jepun yang amat menggemari permainan ini dan memainkannya dengan menggunakan bola tenis.

Pada tahun 1960, Encik Jack Robinson telah mengadakan klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu sebagai satu usaha untuk menghidupkan permainan ini. Permainan ini kemudiannya semakin di terima semula apabila beberapa negeri kembali aktif menganjurkan pertandingan sofbol. Pelbagai

usaha terus dijalankan untuk mempopularkan lagi permainan ini termasuk menyenaraikannya ke dalam program MSSM.

Pada akhir tahun 60an, satu inisiatif telah diambil untuk mempopularkan lagi permainan ini di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1972, wakil-wakil dari negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M). DatoSri Hj Kamaruddin bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar Perak ) ketika itu telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi. Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M) telah didaftarkan pada 16.03.1974.

Dalam bulan Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak. Kejohanan ini disertai oleh pasukan dari tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadikan beberapa buah negeri dan pertubuhan lain turut berminat untuk menganggotai S.A.M termasuk RAAF.

Pada bulan Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Kejohanan yang disertai oleh lima buah pasukan ini menyaksikan Malaysia memperolehi tempat ketiga.

Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina. Pada tahun yang sama, kategori wanita dipertandingkan untuk pertama kalinya.

Pada tahun 1979, permainan sofbol telah dimasukkan ke dalam Sukan SEA. Malaysia mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan berjaya menduduki tempat ketiga. Pada tahun 1982, pasukan sofbol wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.

Di peringkat sekolah, MSSM juga telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia. Pada tahun 1968, Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan di Kampung Pandan, Selangor. Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang.

Pada tahun 2003, untuk pertama kali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam kejohanan di Selangor. Kejohanan untuk peringkat umur 12 tahun dan ke bawah telah diperkenalkan dalam kalender MSSM di Perak pada tahun 2004. Dalam kejohanan MSSM yang diadakan di Kuantan pada tahun 2005, pertandingan untuk peringkat umur 15 tahun dan ke bawah pula diperkenalkan. Permainan sofbol terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga kini.

Posisi Pemain Ketika Memadang

No.

Posisi

Singkatan

Picer (Pitcher)

Kecer (Catcher)

Pemadang Bes Pertama (1st Baseman)

1B

Pemadang Bes Kedua (2nd Baseman)

2B

Pemadang Bes Ketiga (3rd Baseman)

3B

Pemadang Dekat (Shortstop)

SS

Pemadang Jauh Kiri (Left Outfielder)

LF

Pemadang Jauh Tengah (Centre Outfielder)

CF

Pemadang Jauh Kanan (Right Outfielder)

RF

PENGENALAN KEPADA PERMAINAN SOFBOL

1. Pemain yang bermain untuk satu-satu perlawanan:

1.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan menyenarai 15 orang pemain iaitu 9 orang pemain utama dan 6 orang pemain simpanan.

2. Pemadang :

2.1 Pasukan yang bertahan dipanggil pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain mengikut posisi masing-masing.

2.2 Semua pemadang kecuali kecer mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum permainan dimulakan.

2.3 Pemadang yang tidak dalam proses menerima bola hendaklah memberi laluan kepada pelari bes.

2.4 Semua pemadang tidak dibenarkan menghalang pelari bes untuk maju ke bes seterusnya.

2.5 Pemadang tidak dibenarkan mencampak sebarang peralatan ke arah dengan tujuan untuk menahan bola yang telah dipukul atau dibaling.

3. Pemukul :

3.1 Pasukan memukul terdiri daripada 9 orang pemain yang akan mengambil giliran memukul.

3.2 Giliran memukul hendaklah dalam satu urutan yang tetap dan tidak boleh diselang oleh pemain lain.

3.3 Pemukul mesti masuk ke dalam kotak pemukul dalam masa 10 saat selepas pengadil memanggilnya. Jika gagal berbuat demikian, hukuman 1 straik boleh diberikan.

3.4 Setiap pemukul hanya diberi 3 peluang untuk memukul bola yang straik iaitu bola yang melintas di atas plet rumah dan di antara bahu dan lutut pemukul.

3.5 Setiap pemukul berhak memilih bola yang memasuki zon straik dan meninggalkan bola di luar zon straik.

3.6 Pemukul tidak dibenarkan dengan sengaja memukul bola dua kali dalam satu-satu pic.

3.7 Pemukul tidak dibenarkan berubah ke kotak pemukul yang lain apabila picer dalam keadaan bersedia untuk melakukan picing.

3.8 Pemukul tidak dibenarkan menghalang kecer dengan apa cara sekalipun dari menangkap bola dari picer.

3.9 Seorang pemukul tidak dibenarkan melangkah keluar dari kotak pemukul semasa memukul bola.

3.10 Pemukul tidak dibenarkan dengan sengaja menghalang mana-mana pemadang dari melakukan cubaan mematikan pelari bes.

3.11 Semua pemukul termasuk pemukul yang berada dalam bulatan menunggu (on-deck circle) mesti memakai topi keledar.

4 Picing

4.1 Kedua-dua kaki picer mesti berada di atas plet picer sebelum melakukan picing.

4.2 Sebelum memulakan pic, kedua-dua tangan picer mestilah diasingkan.

4.4 Picer boleh mengambil satu langkah ke hadapan sambil melepaskan bola.

4.5 Setelah picer bersedia untuk pic, bola tidak boleh dibaling kepada mana-mana pemadang kecuali kecer.

4.6 Picer tidak dibenarkan membuat dua atau lebih pusingan tangan sebelum atau semasa picing.

4.7 Picer hanya boleh memulakan pic setelah pengadil memberi isyarat mula.

4.8 Picer tidak boleh menerima isyarat kecer apabila berada di atas plet picer.

4.9 Picer tidak boleh melapik tangan yang digunakan untuk pic atau melekatkan sebarang bahan ke atas bola semasa permainan.

4.10 Serbuk resin boleh digunakan oleh picer di bawah kawalan pengadil.

5. Kecer

5.1 Seseorang kecer remaja diwajibkan memakai adang muka, adang kaki, adang kerongkong dan adang dada sebelum masuk ke kotak kecer.

5.2 Kecer mesti memasuki kotak kecer sebelum permainan dimulakan.

5.3 Kecer tidak dibenarkan menghalang atau mengganggu pemukul daripada melakukan pukulan.

5.4 Kecer mesti memulangkan bola kepada picer selepas setiap pic kecuali jika ada pelari di atas bes atau selepas pemukul disahkan mati (out) oleh pengadil.

6. Pelari Bes

6.1 Semua pelari bes mesti memakai topi keledar dan tidak dibenarkan menanggalkannya dalam proses larian bes kecuali ia tertanggal dengan tidak sengaja. Jika topi keledar tersebut ditanggalkan dengan sengaja, pelari bes akan diisytiharkan mati.

6.2 Pelari bes dibenarkan mencuri bes sebaik sahaja bola dilepaskan dari tangan picer dengan kemungkinan dimatikan (tag).

6.3 Pelari bes mesti memberi laluan atau mengelak daripada bertembung dengan pemadang yang dalam proses menerima bola.

6.4 Pelari bes tidak dibenarkan menghalang atau mengganggu pemadang dari memainkan atau membaling bola kepada pemadang yang lain.

6.5 Pelari bes mesti memijak semua bes yang dilaluinya mengikut urutan bes 1, bes 2, bes 3 dan plet rumah.

6.6 Pemukul-pelari dibenarkan melepasi bes pertama selepas memijaknya dan tidak boleh dimatikan kecuali berlaku cubaan untuk maju ke bes kedua.

6.7 Pelari yang maju ke bes 2 dan bes 3 mesti mengekalkan sentuhan dengan bes-bes tersebut kecuali dalam situasi dimana bes terkeluar dari posisi sepatutnya.

6.7.1 Jika sesuatu bes tidak berada di tempat asalnya, pelari bes yang berada di tempat asal bes tersebut sepatutnya berada dan tidak cuba maju ke bes berikutnya, tidak boleh dimatikan. (Peraturan: Dislodged base)

6.8 Pelari bes tidak dibenarkan memotong pelari bes di hadapannya.

6.9 Pelari bes dibenarkan melakukan lunsuran di mana-mana bes termasuk bes pertama.

6.10 Apabila bola berada pada picer yang berdiri di dalam bulatan picer, pelari-pelari hendaklah dengan serta-merta mara ke hadapan atau kembali ke bes.

6.10.1Jika bola keluar dari bulatan picer, picer dianggap membuat permainan dan pelari boleh meninggalkan bes-bes dengan kemungkinan dimatikan. Gerakan mengacah-acah juga dianggap sebagai membuat permainan ke atas pelari. ................................................................................................................................................................... Posisi Pemain Besbol

Posisi dalam besbol terutama defensif. Di sisi ofensif semua pemain menjadi hitter ketika giliran mereka memukul bola.

Ada sembilan pemain di tim defensif dan masing-masing mempunyai peranan penting dalam membantu untuk mendapatkan out dan untuk mencegah pasukan lain dari berjalan mencetak gol. Sembilan pemain pelempar, penangkap, base pertama, base kedua, shortstop, base ketiga, lapangan kanan, tengah lapangan dan gelanggang kiri. Dari jumlah tersebut sembilan pemain besbol defensif, hanya dua yang mempunyai lokasi yang ditakrifkan oleh undang-undang. Ini adalah pitcher dan catcher. Sisa pemain boleh ditemui di mana saja yang paling di lapangan, namun ada lokasi khas dan nama untuk setiap posisi yang telah menjadi standard selama bertahun-tahun. Pemain akan bergeser atau bergerak bergantung pada pemukul, gaya pelempar, dan situasi permainan.

Bateri Baseball

Posisi besbol defensif dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama: 1) bateri 2) infielders 3) outfielders.

Bateri Baseball

Para pitcher dan catcher adalah pemain besbol yang membentuk dua bateri.

Pelempar ini terletak di gundukan pitching di tengah tengah lapangan besbol. Pitcher melempar atau pitches bola di atas atau dekat home plate untuk catcher. Pemukul berdiri di dalam kotak batters dan cuba untuk memukul bola. Play bermula dengan pitcher. Pitcher adalah pemain yang paling penting di pertahanan. Bermain Semua bermula dengan seberapa baik pitcher boleh mendapatkan pemukul ketinggalan bola.Pitcher cuba untuk melemparkan bola strike, tetapi juga cuba untuk melemparkan bola di mana pemukul tidak boleh memukulnya. Pitchers biasanya memiliki gaya tertentu atau jenis lapangan yang mereka telah kuasai. Beberapa pitcher cuba untuk mengalahkan pemukul dengan bola cepat. Pitcher membaling bola lain bahawa kurva atau drop untuk membuat ayunan pemukul di besbol di tempat yang salah. Either way, Pitching yang baik selalu pertahanan terbaik.Pitcher juga memainkan pertahanan sekitar gundukan ketika besbol terkena.

Penangkap ini terletak di belakang home plate. Peranan utama penangkap adalah untuk menangkap bola ketika pemukul meleset atau tidak mengayunkan betnya. Penangkap biasanya berjongkok dan menempatkan hak sarung tangan pitcher mana sedang cuba untuk melemparkan untuk memberikan pitcher target yang baik.Penangkap biasanya memberikan isyarat ke pelempar di mana untuk pitch bola dan jenis gelanggang untuk membuat. Penangkap juga memainkan pertahanan sekitar home plate dan menutupi home plate untuk pertahanan.

Para infielders Baseball

Ada empat pemain yang membentuk besbol tengah lapangan: 1) baseman pertama 2) baseman kedua 3) shortstop 4) penjaga base ketiga. Para pemain ini menukar posisi cukup sering bergantung pada situasi, namun secara umum, penjaga base pertama merangkumi base pertama dan bermain hanya di dalam base pertama dan beberapa meter kembali. Penjaga base ketiga meliputi base ketiga dan bermain hanya di dalam base ketiga dan beberapa meter kembali.Penjaga base kedua bermain antara base pertama dan kedua biasanya lebih ke arah base kedua. Shortstop bermain antara base kedua dan ketiga biasanya lebih ke arah base kedua. Kedua shortstop dan penjaga base kedua berkongsi peranan meliputi base kedua bergantung pada situasi dan di mana bola terkena.

Setiap infielder biasanya mempunyai kemahiran khusus yang membantu mereka unggul dalam kedudukan khusus mereka. Penjaga base pertama harus mampu untuk menghulurkan dan membuat hasil tangkapan untuk mendapatkan out berlaku kerana ada banyak melempar ke base pertama dalam pertandingan besbol. Penjaga base kedua dan shortstop yang harus fielders ahli sebagai banyak bola tanah biasanya untuk menekan mereka semasa perlawanan besbol. Penjaga base ketiga perlu memiliki lengan yang kuat seperti itu cukup jauh dari pertama base ketiga.

Baseball outfielders

Tiga kedudukan yang membentuk outfield besbol adalah pemain sayap kanan, pemain sayap tengah, dan pemain sayap kiri. Pemain bertanggung jawab untuk menangkap bola terbang serta mengalir di bola yang membuatnya melalui tengah lapangan. Setiap dari kedudukan ini akan mendapatkan keuntungan dari kelajuan yang baik, tetapi biasanya Fielder pusat perlu menjadi pelari terpantas kerana mereka mempunyai kawasan yang lebih dari lapangan yang mereka perlukan untuk menutupi. Pemain sayap kiri perlu menjadi pemain defensif yang kuat sebagai banyak hits pergi ke lapangan kiri. Pemain sayap kanan memerlukan lengan yang kuat kerana mereka sering perlu untuk membuang pelari akan base ketiga atau home plate.

Anda mungkin juga menyukai