Anda di halaman 1dari 34

1.

PENGENALAN Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang

berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada

tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate. Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Iaitu fast pitch, modified pitch dan juga slow pitch.

2.0

SEJARAH PERMAINAN SOFBOL

Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kmenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.

AWAL ABAD 20-an Tahun 1908 organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar

Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan. Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata Play ball, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah , nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya,makanama-namayangdigunakanwaktuituiaitukittenball,armyball,mush ball,danjugaindoor-outdoor, recreation ball, dan playground ball. Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbal kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di pertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya. Pada tahun 1934, pembentukan peraturan bersama untuk lebih memberikan standarisasi peraturan sofbal. Pada tahun 1946, terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan shortfielder pada saat itu bertugas sebagai penjaga daerah dangkal bahagian outfield yang menjelalajah di belakang jauh

infield. Tahun 1950 jarak antara pitchers plate dan home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter). Pada tahun 1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah terdaftar di Persatuan Sofbal Amatur Amerika. Dan mengadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun. Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top Tailors, memenangi kejuaraan antarabangsa yang dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbal Amatur dan merupakan pertandingan pertama yang benar-benar merupakan kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki. Di adakan pada tahun 1966 dibawah penajaan dari International Softball Federation. Australia memenangi kejuaraan pertama untuk wanita pada tahun 1965. Di Malaysia permainan softball ini dipopularkan oleh Sukarelawan Amerika ( Peace Corps ). Sukarelawan ini memperkenalkan dan mempopularkan permainan di sekolah-sekolah di Malaysia di sekitar tahun 60 an ditempat dimana mereka bertugas/mengajar. Pada tahun 1974 Persatuan Softball Malaysia ditubuhkan di Ipoh, Perak dan pada tahun 1976, Kejohanan Soiftball Asean yang pertama diadakan di Kuala Lumpur. Permainan yang menyerupai Rounders. Sekarang ini, permainan softball

dipertandingkan di peringkat MSSM.

3.0

JENIS-JENIS PERMAINAN SOFBOL

Fast pitch softball Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove. Modified pitch softball Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemainpemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

Slow pitch softball Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.

4.0

PERALATAN 1. Bola Sofbol

Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.

2. Glove

Sarung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt tidak).

3. Kayu pemukul

Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk sofbal. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk dalam peraturan Softball International Federation (SIF).

4. Batter Helmet

Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa berada di dalam padang permainan.

5. Pakaian Pelindung

Sementara pakaian pelindung (protective gear) untuk seorang penangkap bola (catcher).

10

PADANG

11

12

13

Lapangan sofbol berbentuk bujur sangkar. Dibagi menjadi daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bagian, Infield, dan outfield. Di dalam daerah infield terdapat 4 marka yang disebut base. Base diberi nomor berlawanan dengan arah jarum jam, dimulai dari base awal yang disebut home plate, diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk bujur sangkar dengan sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan tanah. Sudut dari keempat base membentuk bujur sangkar yang disebut diamond. Di belakang home plate terdapat batasan yang disebut backstop sejauh 7,62 dan 9,14 meter di belakang home plate. Jarak lintasan antar base yang ditentukanLintasan Fast Pitch Lintasan Slow Pitch 60 kaki (18,29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19,81 m) seperti rajah di bawah.

14

Jarak melempar (pitching) fast pitch yang ditentukan : Dewasa Di bawah 18 tahun Di bawah 15 tahun : 43 kaki (13,11 m) 46 kaki (14,02 m) 40 kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m) 40 kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m) Jarak melempar (pitching) slow pitch yang ditentukan : Dewasa Di bawah 18 tahun Dibawah 15 tahun : 50 kaki (14,02 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m) 50 kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m)
15

5.0 5.1

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PEMAIN

Setiap pasukan terdiri daripada 9 pemain : 1 : penangkap (catcher) 2 : pembaling (pitcher) 3 : pemain bes pertama (first baseman) 4 : pemain bes kedua (second baseman) 6 : pemain shortstop 5 : pemain bes ketiga (third baseman) 7 : pemadang kiri (left fielder) 8 : pemadang tengah (centre fielder) 9 : pemadang kanan (right fiielder)

16

5.2

UNDANG-UNDANG PEMBALING

Memandang pemukul bola, dengan dua belah kaki di atas tapak getah membaling (pitching rubber) dan memegang bola dengan dua belah tangan di hadapan badan Pembaling dibenarkan bergerak selangkah ke arah pemukul bola tetapi bola mesti dilepaskan pada masa melangkah Bola mesti dibaling dengan balingan bawah tangan Pembaling tidak dibenarkan berpura-pura membuat balingan atau melakukan apa-apa pergerakan ke arah plet tanpa membaling bola Pembaling tidak dibenarkan menggolekan atau melantunkan bola kepada pemukul bola Tidak dibenarkan bergerak balik dengan cepat sebelum pemukul berkedudukan sedia Balingan yang boleh dipanggil satu straik mesti melepasi plet dan diantara lutut dan bahu pemukul bola. Bola yang dibaling tetapi melepasi kawasan tersebut di atas di panggil a pitch

Giliran Memukul Susunan giliran pemain membuat pukulan terpulang kepada pasukan berkenaan. Ini bermakna sesiapa pun daripada pasukan itu boleh mula memukul. Walau

bagaimanapun, selepas susunan giliran pemukul ditetapkan, semua pemain daripada pasukan itu mesti mengikut susunan itu, walaupun jika mereka telah bertukar posisi di padang
17

Memukul Bet yang digunakan mesti bet sofbol Pemukul bola tidak dibenarkan melintasi ke sisi plet bila pembaling telah sedia untuk membaling Jika seseorang pemain tidak mengikut giliran yang ditetapkan dia akan dikira mati Faul menampan (bunt foul) yang dilakukan pada pukulan ketiga dikira mati Bola yang dibaling dan menyentuh pemukul bola membolehkan pemukul bola itu berlari ke bes pertama, hanya kalau dia tidak memukul atau menampan bola tersebut.

Larian Bes Tidak dibenarkan melakukan lead-off Pelari mesti berada di besnya sehingga bola dilepaskan oleh pembaling. Pelari dikira mati jika tidak mematuhi syarat ini Ketika berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran (over throw) di mana bola

masuk kawasan faul dan dikira mati, pelari-pelari dibenarkan berlari melampaui satu bes ke arah yang sednag mereka tuju. Apabila berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran dari bes kedua oleh penangkap, dimana bola menggolek ke dalam kawsan tenggah, semua pelari dibenarkan maju seberapa jauh yang boleh.

18

Mengskor Satu larian dikira jika pelari bes berjaya bergerak ke semua bes dalam satu pusingan (circuit) iaitu bes pertama, kedua, ketiga dan rumah, sebelum pasukan yang memukul itu menerima tiga pematian (out) Jika pematian ketiga ialah pematian terpaksa, skor tidak dibuat untuk larian itu, walaupun jika pelari telah melintasi plet rumah sebelum pematian berlaku. Jika seseorang pelari berada di bes dengan satu pematian dan pemukul bola memukul satu fly ball yang dapat ditangkap oleh pasukan lawan, mentebabkan pematian kedua, maka pelari terpaksa kembali ke bes itu dan mematikannya. Jika pemain menerima pematian ketiga kerana dia tidak sempat kembali ke besnya, larian tidak dikira sah untuk mengskor walaupun dia telah menyentuh plet rumah.

19

6.0 6.1

KEMAHIRAN ASAS SOFBOL MEMBALING BOLA

1. Cara Menggenggam bola: Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola. Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan. 2. Cara Melakukan Balingan: Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola. Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan.

20

Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang. Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan. 4. Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola

dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).

Persediaan Menangkap Bola : Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan

menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan. Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut). Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar tersebut akan

menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat.
21

Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.

22

Cara menangkap bola: Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang. Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain.

Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah. Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah

23

Persediaan memukul Bola Memegang Bet - Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.

24

Gaya dirian

Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah. Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.

25

Langkah-langkah Memukul Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan hendaklah ke arah pembaling bola. Kedudukan bola hendaklah melebihi paras bahu. Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola. Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.

Contoh T-Off bagi latih tubi pemukul dalam kemahiran memukul bola sofbol.

26

6.2

LARIAN BES

Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua, ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau plet rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging). Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag). Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes asalnya. Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk pasukannya. Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga pemain berjaya dimatikan.
27

Satu inning dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan kejohanan pihak penganjur.

6.3

MENGADANG (PERTAHANAN)

Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain. Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang penyerang (pemukul) untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul. Oleh sebab itu, setiap pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan tepat 1. Tugas pemadang: Pitcher - pitching bola dengan baik. - membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola melayang jauh.

28

Catcher - memberi panduan dan sokongan kepada pitcher. - menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat oleh pitcher. - menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan pelari daripada mendapatkan mata.

Pemadang bes 1 - menerima semua balingan yang diarahkan ke bes 1. - mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan. - memberi sokongan kepada catcher kepada bola balingan jauh.

Pemadang bes 2 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 2. - bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar. - bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar. - memberi sokongan kepada pemadang di bes 1 dan 3.

29

Pemadang bes 3 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 3. - membantu catcher mematikan pelari daripada mendapatkan mata.

Pemadang dekat - mematikan pelari dengan lemparan ke bes-bes. - membantu catcher untuk mematikan pelari ke bes 3. - membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha mematikan pelari.

Pemadang luar (7,8 dan 9) - sentiasa bersedia untuk menangkap bola pukulan jauh. - sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul. - bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul. - membantu pemadang bes untuk mematikan pelari. - bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul. - membantu pemadang bes untuk mematikan pelari.

30

6.4

PITCHING merupakan tulang belakang kepada sesuatu kepada

Pitcher dan Catcher adalah pasukan. Kejayaan

sesuatu

pasukan

adalah

bergantung

prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.

Gaya Pitching Terdapat dua gaya pitching iaitu: 1. 2. Gaya Ayunan (Slingshot). Gaya Kipas angin (Windmill).

Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.

31

Cara Melakukan Pitching

Gaya Ayunan (Slingshot). Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill). 1.1 Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola. 1.2 Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan. 1.3 Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola. Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha.

Gaya Kipas Angin (Windmill). 2.1 Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan. 2.2 Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya. 2.3 Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.
32

2.4 Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit. 2.5 Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.

7.0 7.1

STRATEGI LATIHAN SOFBOL LATIHAN LARIAN BES / PEMADANG

Lari berganti-ganti antara dua bes secara Berpasukan Latihan berlari mengelilingi 4 bes secara Berpasukan / Berseorangan Latihan berlari dan tukar arah 4 arah, Peserta berlari ulang alik antara bes tengah (BT) dengan bes yang diletak 20m di empat penjuru (SBUT). Selepas 3 ulangan, tukar arah larian. Latihan berlari bes berlawanan dengan hantaran bola A cuba berlari Ice ke bes X dan menyentuh bes Y sebelum 2 orang pemadang sempat menyempurnakan hantaran. Jarak bes 20m. Jarak pemadang 25m. Latihan berlari mengelilingi bes dan plet rumah seperti berlumba dengan isyarat wisel. Masa boleh diambil atau dicatat untuk menguji ketangkasan pelari.

33

7.2

LATIHAN MEMBALING & MEMICING

Latihan membaling bola ke sasaran segi empat di tembok Membaling bola ke petak bernombor dari jarak 10m, 20m dan 30m Membaling bola melalui gelung rotan paras pinggang Latihan membaling berpasukan di antara penangkap dan pemadang

7.3

LATIHAN MEMUKUL

Latihan mengenggam dan menghayun bet secara bersendirian membaling bola dan memukul ke dinding. Memukul bola statik bola yang tergantung dan bola yang diletak di atas T (tee memukul) Memukul dan berlari. Ambil giliran sebagai pemukul, pembaling dan pemadang Latihan memukul secara bergilir-gilir menjadi pembaling dan pemadang.

34

Anda mungkin juga menyukai