Anda di halaman 1dari 34

1.

SEJARAH SOFBOL
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk diamond/potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Sejarah permainan sofbol bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock. Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball. Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata Play ball, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor, recreation ball, dan playground ball. 1

Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan.

Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di pertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya. Sejak tahun 1933 softball telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934, pembentukan peraturan bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi peraturan sofbal. Sudah banyak perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan shortfielder pada saat itu bertugas sebagai penjaga daerah dangkal bahagian outfield yang menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara pitchers plate dan home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter). Dilihat dari segi penyertaan, sofbal telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar dan digemari. padang yang lebih kecil tersedia. Baik wanita mahupun lelaki dapat memainkan. Pada tahun 1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah terdaftar di Persatuan Sofbal Amatur Amerika. Dan mengadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun. Ini tidak termasuk anggota lelaki mahupun wanita yang bertanding dalam pertandingan tidak resmi. Di negara lain sofbal juga menjadi sukan yang digemari baik lelaki wanita tua mahupun muda.

Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top Tailors, memenangi kejuaraan antarabangsa yang dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbol Amatur dan merupakan pertandingan pertama yang benar-benar merupakan kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki. Diadakan pada tahun 1966 dibawah penajaan dari International Softball Federation. Australia memenangi kejuaraan pertama untuk wanita pada tahun 1965.

2.JENIS PERMAINAN SOFBOL


Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Tiga jenis tersebut ialah; fast pitch, modified pitch, dan juga slow pitch. Huraian mengenai jenis permainan adalah seperti berikut;

2.1.Fast pitch softball


merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove.

2.2.Modified pitch softball


Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturanperaturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

2.3.Slow pitch softball


Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.

3.PADANG SOFBOL
Padang sofbol berbentuk diamond/potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bahagian, Infield, dan outfield. Di dalam daerah infield terdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan dengan arah jam. Dimulai dari base perumah yang disebut home plate, diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk berlian ini mempunyai ukuran sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan tanah. Di belakang home plate terdapat penghadang yang disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak antara setiap base ditentukan oleh kategori seperti dalam jadual dibawah ini. JARAK FAST PITCH JARAK SLOW PITCH 60 kaki (18.29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19.81 m) Manakala jarak bagi tempat melempar (pitching) fast pitch dengan home base ditentukan beradasarkan jadual dibawah ini. Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Lelaki Wanita Wanita Lelaki Wanita lelaki 43kaki (13.11 m) 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) Jarak melempar (pitching) slow pitch yang ditentukan berdasarkan kepada jadual berikut; Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki 50 kaki (14.02 m) 50 kaki (15.24 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m).Rajah padang Sofbol dirajah 3.1 dan rajah 3.2. 4

Rajah 3.1.Padang Sofbol

Rajah 3.2.Padang Sofbol


5

4.PERALATAN

4.1.PERALATAN PEMAIN.
4.1.1.Bola sofbol,Glove,Batting Glove.
Bola ; Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji

bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih. Sarung tangan (glove) ; dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt tidak)

Ball

Glove

Batting Glove

Glove mitt

4.1.2.Kayu pemukul,Helmet,Pakaian Pelindung.


Kayu pemukul (bat) ; Digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk sofbol. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk dalam peraturan Softball International Federation (SIF).Bet digunakan oleh pemukul(batter) untuk memukul bola di dalam batter box. Batter helmet ; dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa

berada di dalam padang permainan.Topi khas untuk pemukul dan pelari bes. Topi ini diperbuat daripada gentian-gentian yang kuat dan dapat menyerap daya. Protective Gear ; Sementara itu, bagi seorang penangkap bola (catcher) mesti mengenakan

pakaian pelindung (protective gear)dan kasut pool (cleats).

Bat

Helmet

Protective Gear

4.1.3.Pakaian seragam
Yang terakhir adalah uniform atau seragam. Tiap pemain menggunakan baju, seluar, dan topi yang seragam atau berwarna dasar sama. Semakin tinggi tingkat pertandingannya, semakin ketat dalam peraturan seragamnya. Semua peralatan dan kelengkapan itu adalah wajib bagi setiap pasukan dalam melaksanakan pertandingan rasmi.

4.2.PERALATAN-PERALATAN GELANGGANG/PADANG.
4.2.1.Diamond(padang sofbol)

4.2.2.Plet Rumah (Home Plate)

Diperbu at daripada campuran getah dan PVC. Plet rumah diperbuat daripada getah yang mempunyai lima segi dngan ukuran 43.2 cm (17 ) lebar. Bahagian tepinya adalah selari dengan garisan bahagian dalam Petak Pemukul adalah 21.6 cm (8 ) panjang. Bahagian yang meruncing ke arah Kecer adalah 30.5 cm (12 ). Plet ini perlu ditanam dengan kemas dengan menggunakan cerucuk besi yang disediakan.

4.2.3. Plet Pitcher(Pitcher)

Diperbuat daripada campuran getah dan PVC. Plet Picer diperbuat daripada getah yang berbentuk segi empat tepat. Panjang 61 cm (24 ) dan 15.2 cm (6). Plet perlu ditanam separas dengan ketinggian tanah.

4.2.4.Tapak Base.

Bahagian luar diperbuat daripada campuran kulit dan PVC.Komponen dalaman ialah span. Bes berbentuk segi empat sama yang berukuran 38.1 cm (15) x 38.1 cm (15) dan tebalnya tidak boleh melebihi 12.7 m (5) yang diperbuat daripada kain kanvas atau bahan-bahan lain yang sesuai.

4.2.5.Penghalang Belakang.

Penghalang atau penahan juga digunakan di dalam permainan Sofbol. Alat ini berfungsi sebagai menghalang bola daripada terkeluar jauh. Penahan belakang yang terletak di bahagian belakang petak Kecer yang berukuran 10 m x 10 m untuk menghalang bola pic liar. Kebiasaan, alat ini terdiri daripada dua komponen besar iaitu besi dan jarring nylon.Tiang dan palang diperbuat daripada besi padat atau separa padat. Jaring ditarik dan diikat dengan kemas pada tiang dan palang besi tersebut. 10

5.PENGADIL.
Dalam pertandingan sofbal terdapat minimal pertama orang hingga tujuh orang hakim pertandingan yang disebut umpire. Terdapat seorang plate umpire dan tiga base umpire yang menjaga pertandingan. Selebihnya umpire memantau daerah outfield. Dalam pertandingan fast pitch, hakim adalah seramai empat umpires (seorang plate umpire, tiga base umpire). Istilah untuk seorang umpire adalah blue, disebabkan seragam mereka selalu berwarna biru. Posisi seorang umpire adalah berdiri di belakang catcher dan batter. Berfungsi untuk melihat arah datangnya bola yang dilempar pitcher ke catcher apakah itu strike atau ball. Umpire juga mengawasi jalannya permainan dengan cermat untuk menentukan peristiwa yang sebenarnya terjadi dan menjaga agar pemain mematuhi peraturan. Sebagai pemimpin pertandingan adalah Umpire plate. Kerana sifatnya sebagai pemimpin pertandingan, kekuasaan umpire plate dalam sebuah pertandingan sofbal adalah mutlak, Walaupun dapat diprotes (appealed) keputusannya tidak dapat diganggu gugat apabila protes yang dilakukan pemain atau pelatih atau manager team menyangkut ajustment, tapi protes dapat dilakukan dan dapat diterima apabila protes dilaukan terhadap salah penerapan rules. Jadi ada permainan yang dapat dilanjutkan dengan protes (game under protes, selengkapnya dapat dibaca pada Rules Permainan Softball yang dikeluarkan oleh ISF. seorang Umpire dapat mengeluarkan siapa saja baik pemain atau bahkan seorang pelatih (coach) keluar lapangan, jika menurut umpire mengganggu jalannya pertandingan.

6.PERMAINAN
Sofbal dimainkan oleh dua pasukan di lapangan sofbal. Setiap pasukan minima memiliki 9 pemain dan selebihnya merupakan simpanan. Permainan terdiri dari 9 babak yang disebut inning. Di dalam satu inning, pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting) untuk melakukan run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah 11

penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul bergantian seorang demi seorang untuk memukul bola. Pasukan yang berjaga berusaha mematikan anggota pasukan yang mendapat giliran memukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul mendapat kesempatan 3 kali mati (out) sebelum giliran memukul digantikan pasukan yang bertahan. Skor atau run dihasilkan dari seorang runner berlari memijak semua base secara berurutan dan kembali memijak home plate. Setiap pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home plate mendapat satu larian. Waktu permainan ditentukan oleh inning. Setiap pasukan mendapat giliran memukul sampai 3 kali out dan mematikan pasukan lawan 3 kali out, disebut 1 inning. Dalam tiap pertandingan sofbal masa permainan setidaknya 7 inning tergantung situasi, atau lama waktu 2 jam. Setelah menghabiskan inning, pasukan yang mendapat larian (run) terbanyak dikira sebagai pemenang. Jika masa inning yang ditentukan sudah habis namun kedua-dua belah pasukan dalam keadaan seri, inning tambahan di lakukan sampai salah pertama pasukan keluar sebagai pemenang. Kondisi itu disebut tie break atau seri. Pada permulaan permainan, pasukan yang menjadi tuan rumah (home team) mendapat giliran melempar sedangkan pasukan tamu (visitor) mendapat giliran memukul.

6.1.POSISI PEMAIN DAN FUNGSI.


6.1.1.Melempar bola (pitching)
Permainan dimulai pada saat umpire memulakan pertandingan dan menjerit kata Play Ball. Setelah pemain bertahan (defense) memasuki kawasan jagaannya masing-masing, permainan antara pitcher di pasukan bertahan dan batter di pasukan memukul dapat dimulakan. Seorang pitcher berdiri di atas plate dan menghadap ke arah catcher. Pitcher akan berusaha melempar bola sekuat tenaga ke mitt catcher. Posisi bola lempar mempunyai kawasan khusus yang disebut zon strike (strike zone), di mana hasil akhir lemparan terdapat di atas home plate 12

dan tingginya tidak lebih dari dada dan tidak kurang dari lutut batter. Jika bola dalam zon strike tidak terpukul oleh batter, maka umpire akan berteriak strike. Manakala bola keluar dari zon strike, namun batter cuba memukul bola maka umpire akan berteriak ball. Zon strike adalah zon dimana bola dalam kawasan pukulan batter. Pada saat melempar, pitcher akan berusaha membuat bola strike dengan sekuat tenaga agar batter susah untuk memukul bola walaupun bola berada di zon pukulnya. Kehebatan seorang pitcher adalah melemparkan bola dengan kecepatan tinggi dan dengan sasaran yang tepat.

6.1.2.Penangkap bola (catcher)


Dalam pertama pasukan setidak-tidaknya memiliki seorang catcher. Catcher akan dilengkapi dengan kelengkapan perlindungan dan bertugas menangkap lemparan pitcher. Catcher menggunakan helmet (catcher mask) untuk melindungi kepala dan muka, body protector untuk melindungi kawasan badan dan legguard untuk melindungi kawasab lutut ke bawah. Posisi catcher adalah berada di belakang batter. Seorang pitcher dan catcher perlu memiliki komunikasi yang baik dengan isyarat-isyarat untuk bekerjasama mematikan seorang batter. Seorang catcher kadangkala adalah pengatur strategi yang baik, kerana dalam pertandingan catcher dapat melihat seluruh situasi yang terjadi di depannya.

6.1.3.Penjaga (fielder)
Selain pitcher dan catcher , pasukan bertahan memiliki 7 orang fielder yang terbahagi dalam 4 penjaga kawasan dalam (infielder) dan 3 orang penjaga kawasan luar (outfielder). Bahagian dalam iaitu penjaga base pertama (1st base), penjaga base kedua (2nd base), Penjaga antara base kedua dan ketiga (shortstop), dan penjaga base ketiga (3rd base). Sedangkan penjaga luar terdapat di sebalah kiri (left fielder), tengah (center), dan kanan (right fielder). Semua fielder (termasuk pitcher dan catcher) berusaha mematikan 3 orang pasukan lawan agar mendapat giliran memukul. Kerana run hanya dapat dilakukan dalam posisi menyerang.

13

6.1.4.Memukul (batting)
Tiap batter mempunyai kesempatan 3 kali strike dan 4 kali ball. 3 kali strike akan membuat batter mati Strike Out. apabila 4 kali ball maka batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah base pertama yang di namakan sebagai free walk.. Apabila batter berjaya memukul bola, batter akan berlari sekuat hati mencapai base pertama sebelum bola di kembalikan atau di tangkap oleh penjaga base pertama. Jika batter berjaya sampai di base pertama sebelum penjaga base pertama menangkap bola maka batter safe. Namun bila penjaga base pertama lebih cepat menangkap bola, maka batter out. Terdapat berbagai cara memukul bola sofbal. Hit, Bunt, hit and run, Steal dan lain-lain. Tergantung situasi yang terjadi saat itu. Berbagai-bagai jenis hit yang di gunakan sesuai dengan strategi yang akan ditempuhi oleh pasukan penyerang.

6.2.KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN SOFBOL.


6.2.1.Membaling Bola
1.Cara Menggenggam bola: Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola.Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.

2.Cara Melakukan Balingan: Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola.Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan.Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan.Pergerakan membaling 14

hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).

6.2.2.Menangkap Bola
Menangkap bola adalah merupakan satu kemahiran penting dalam permainan ini. Pemadang hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret, tinggi dan melantun. Seorang pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam poket sarung tangan (untuk mematikan pemukul). Seorang pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke atas untuk menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan mencederakan muda dan badannya. 1.Persediaan Menangkap Bola: Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan.Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut).Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar.Lindungan tangan melempar tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat.Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan. 2.Cara menangkap bola: Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang.Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah 15

berada di sisi pemain.Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah.Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah.

6.2.3.Memukul Bola
Di antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan. Pitcher akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal untuk dipukul oleh pemukul. Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar untuk dicapai oleh pemadang. Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan. Kelemahan yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul. Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan dibaling kerana balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80 kmj. Penglihatan yang baik serta kebolehan dan kepantasan bila, mana dan cara bola dibaling adalah penting.

1.Persediaan Sebelum Memukul; 1.1. Memegang Bet Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh. 16

1.2 Gaya Dirian Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah. Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki. 2. Langkah-langkah Memukul 2.1 Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan hendaklah ke arah pembaling bola. Kedudukan bola hendaklah melebihi paras bahu. 2.2 Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola. 2.3 Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.

6.2.4.Larian Bes
Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di antara kederasan berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling. Oleh sebab itu, tindakan dan gerakan semasa melakukan larian bes hendaklah pantas dan tepat. 1. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua, ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau plet rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging). 2. Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang.

17

3. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag). 4. Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang. 5. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan. 6. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes asalnya. 7. Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk pasukannya . Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga pemain Berjaya dimatikan. 8. Satu inning dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul. 9. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan kejohanan pihak penganjur.

6.2.5.Memadang (Pertahanan)
Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain.Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang penyerang (pemukul) untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul.Oleh sebab itu, setiap pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan tepat.

18

1.Tugas pemadang: Pitcher - pitching bola dengan baik dan membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola melayang jauh. Catcher - memberi panduan dan sokongan kepada pitcher serta menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat oleh pitcher.Menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan pelari daripada mendapatkan mata. Pemadang bes 1 - menerima semua balingan yang diarahkan ke bes dan mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan.Member sokongan kepada catcher kepada bola balingan jauh. Pemadang bes 2 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 2.Bersedia menerima balingan bola daripada pemadang.Memberi sokongan kepada pemadang di bes 1 dan bes 3. Pemadang bes 3 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 3 dan membantu catcher mematikan pelari daripada mendapatkan mata. Pemadang dekat - mematikan pelari dengan lemparan ke bes-bes dan membantu catcher untuk mematikan pelari ke bes 3.Membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha mematikan pelari. Pemadang luar (7,8 dan 9) - sentiasa bersedia untuk menangkap bola pukulan jauh dan sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul.Bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul dan membantu pemadang bes untuk mematikan pelari.

6.2.6.Pitching(melontar)
Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal 19

dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang. Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan. 1.Gaya Pitching Terdapat dua gaya pitching iaitu: 1.1.Gaya Ayunan (Slingshot). Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill). -Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola. -Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan. - Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola.Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha. 1.2.Gaya Kipas angin (Windmill). Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar. -Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan. -Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya. 20

-Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar. -Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit. -Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.

6.3.ASPEK KESELAMATAN DALAM PERMAINAN


Aspek keselamatan dalam sofbol terbahagi kepada 4 iaitu :6.3.1. Keselamatan pemain / pegawai pengiring. 6.3.2. Keselamatan pengadil / umpire 6.3.3. Keselamatan peralatan. 6.3.4. Keselamatan penonton.

6.3.1.Aspek keselamatan pemain / pegawai pengiring.


Aspek keselamatan pemain / pegawai pengiring boleh dibahagikan kepada dua iaitu:a). b). Pemain memadang dan Pemain memukul

21

a ) Keselamatan pemain memadang Pemain memadang boleh dibahagikan kepada dua iaitu :i.Keselamatan pemain memadang luar. Perlu memastikan glove yang digunakan dalam keadaan baik, supaya bola tidak boleh membolosi glove semasa menangkap bola ( mengelak bola dari terkena muka dan anggota badan ).Mesti memakai topi atau cap bagi menghalang silauan cahaya matahari dalam proses menangkap bola. ii.Catcher Perlu memakai chest pad, shin guard, helmet, face mask dan trough protect .Tambahan bagi pemain lelaki mesti memakai ball guard. Peralatan ini adalah bertujuan untuk melindungi catcher dari mendapat kecederaan semasa permainan.

b) Pemain memukul Pemain memukul dikehendaki memakai helmet bagi mengelak bola terkena kepala terutama semasa berada dalam petak memukul. Catatan; Pemain simpanan,pegawai dan pemain yang menunggu giliran memukul mesti berada tidak kurang 50 kaki dari kawasan petak memukul ( kecuali jurulatih yang memberi arahan mesti berada dalam petak jurulatih)

6.3.2.Keselamatan pengadil / umpire


Umpire mesti memakai helmet, mask, chest pad dan shin guard .(lelaki ball guard adalah

22

penting ). Ini adalah bertujuan mengelakkan umpire dari kecederaan semasa mengadili perlawanan. Kaliper skor adalah penting untuk umpire untuk mengingatkan umpire dalam kiraan ball dan straik ( mengelak dari bantahan pegawai dan penonton ).

6.3.3.Keselamatan peralatan.
Bet tidak boleh menggunakan bet yang telah diubah suai. Mesti ada pita grip / getah pemegang. Base menggunakan base comfortable / mudah alih untuk keselamatan pelari base ( tidak menggunakan paku atau cerucuk ) mengelakkan terkena cucukan semasa sliding. Back stop @ penghadang belakang Untuk keselamatan penonton dan pegawai lain atau penyimpan skor serta mengelak bola keluar jauh dari kawasan permainan. Topi atau cap mengelak dari silauan matahari dalam proses menangkap bola pukulan atau lontaran yang tinggi. Kasut Kasut berstad digunakan bagi mendapat cengakam kepada semua pemain ( stud aluminium dan stud 6 tidak dibenarkan ) semasa berlari dan berhenti.

6.3.4.Keselamatan penonton.
Penonton hendaklah berada sekurang-kurangnya 21 kaki atau 7 meter dari garisan bola mati. Ini bertujuan untuk mengelakkan penonton terkena bola hasil dari pukulan sipi atau overthrow dari pemain padang ke pemain base 1 dan 3. Penonton yang berada dihadapan diamond juga mesti berada tidak kurang dari 300 kaki dari kawasan petak pemukul atau 50 kaki melepasi garisan home run. Ini bertujuan mengelakkan penonton dari kecederaan terhadap hasil bola pukulan jauh. 23

7.UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.

Bahagian 1. BET YANG DIPINDA (Aitered Bet)


Sebatang bet yang dianggap telah dipinda apabila rekabentuk fizikal bet sah dipinda. Contohcontoh pemindaan bet ialah: Menggantikan handal sebatang bet logam dengan hendal kayu atau bahan lain. Mengisi bahan ke dalam bet Menggunakan pita yang berlebihan iaitu melebihi 2 lapisan. Mengecat bet di bahagian atas atau bawah kecuali untuk tujuan pengenalan. Memasang satu genggaman flare atau cone pada bet.

Bahagian 2. MAINAN RAYUAN (Appeal Play)


Suatu mainan rayuan bola hidup atau bola mati adalah sesuatu mainan yang mana seorang pengadil tidak boleh membuat keputusan sehingga oleh pengurus, jurulatih atau pemain daripada pasukan bertahan. KEKECUALIAN : Pengurus, jurulatih atau pemain daripada pasukan menyerang dibenarkan merayu ke atas kesalahan membuat penggantian tak sah oleh pasukan bertahan. Jika rayuan dibuat oleh seorang pemadang, pemadang itu mesti berada di padang dalam (infield). Rayuan tidak akan dilayan bila dibuat selepas salah satu situasi berikut berlaku: Satu pic sama ada sah atau tak sah telah dilepaskan. Picer dan semua pemain pasukan bertahan telah meninggalkan kawasan fair. 24

Semua pengadil telah meninggalkan padang selepas sesuatu mainan terakhir di dalam permainan tersebut.

Rayuan ke atas menggunakan pengganti tak sah atau masuk kembali tak sah boleh dibuat pada bila-bila masa selagi pemain tak sah itu masih di dalam permainan. Berikut adalah jenis-jenis rayuan; Tidak menyentuh bes. Meninggalkan bes ke atas bola yang disambut sebelum bola mula-mula disentuh. Memukul tidak mengikut giliran. Mencuba mara ke bes ke dua selepas menyentuh bes pertama Penggantian tak sah Masuk kembali tak sah.

Bahagian 3. DIBERI BES KE ATAS BALL(Base on Ball)


Suatu kejadian Diberi Bes membenarkan seorang pemukul maju ke bes pertama dengan selamat dan ini diberikan oleh seorang pengadil kepada pemukul bila 4 pic dianggapkan ball. Kadang juga ia dianggap sebagai walk.

Bahagian 4. LORONG BES (Bes Path)


Lorong bes ialah satu garisan lurus diantara sesuatu bes dengan posisi pelari semasa seorang pemain bertahan cuba atau sedang mencuba menceceh seorang pelari.

Bahagian 5. BOLA YANG DIPUKUL (Batted ball)


Bola yang dipukul adalah sebarang bola yang kena pada bet atau dikenakan pada bet dan jatuh di dalam kawasan fair atau foul. Tidak diambilkira samaada dibuat secara sengaja atau tak sengaja. 25

Bahagian 6. PETAK PEMUKUL (Batters Box)


Petak pemukul adalah satu kawasan yang mana seorang pemukul mesti berada dengan tujuan membantu pasukannya mendapatkan larian. Semua garisan dianggap berada di dalam petak pemukul.

Bahagian 7. PEMUKUL-PELARI (Batter-Runner)


Pemukul pelari ialah seorang pemain yang telah memukul tetapi belum dimatikan atau tiba di bes pertama lagi.

Bahagian 8. GILIRAN MEMUKUL (Batting Order)


Giliran memukul adalah senarai rasmi pemain-pemain pasukan menyerang mengikut giliran yang mereka akan memukul. Apabila kad giliran memukul diserahkan, posisi pemain-pemain hendaklah disebutkan.

Bahagian 9. BOLA TERHALANG (Blocked Ball)


Bola terhalang adalah bola yang dipukul atau yang dibaling yang telah disentuh,dihentikan atau diambil oleh seorang yang tidak terlibat di dalam permainan tersebur, atau bole terkena sebarang objek yang bukan sebahagian daripada alatan rasmi atau kawasan rasmi padang.

Bahagian 10. BOLA TAMPAN (Bunt)


Bola tampan adalah bola yang dipukul dengan tidak mengayunkan bet, tetapi dengan sengaja ditemu dengan bet dan diketukkan perlahan-lahan ke dalam kawasan padang-dalam.

Bahagian 11. SAMBUTAN (Catch)


Suatu sambutan adalah bila bola yang dipukul atau yang dibaling telah disambut secara sah dengan tangan atau glof oleh seorang pemadang. Jika bola itu cuma dipegang oleh lengan pemadang atau ditahan daripada menjatuh ke tanah dengan mana-mana bahagian badan atau pakaian pemadang, sambutan itu tidak sempurna lagi sehingga bola itu betul-betul di dalam 26

genggaman tangan atau glof pemadang. Ia tidak dianggap sambutan sah jika sebaik saja mendapatkan bola, pemadang itu terlanggar dengan seorang pemain yang lain atau dengan dinding atau terjatuh ke tanah menyebabkan bola terlucut dari gengamannya. Untuk menentukan sama ada sesuatu sambutan adalah sah atau tidak, pemadang itu hendaklah memegang bola itu cukup lama untuk menentukan ia dapat mengawal bola sepenuhnya dan bila bola dikeluarkan, tindakan itu hendaklah secara kemahuannya dan disengajakan. Jika bola terlucut dari genggamannya semasa ia bertinak untuk membaling, sambutan itu masih dianggap sah.Sesuatu bola yang terkena sebarang objek selain daripada seorang pemain pasukan bertahan semasa bola itu masih dalam penerbangannya, kejadian ini dianggap sama dengan terkena tanah.

Bahagian 12. PETAK KECER (Catchers Box)


Petak kecer adalah kawasan di mana Kecer hendaklah berada sehingga: Sesuatu pic dilepaskan

Bahagian 13. PERSIDANGAN RASMI (Charged Conference)


Sesuatu persidangan rasmi berlaku apabila:a).Persidangan pasukan menyerang Meminta permainan ditangguhkan untuk membolehkan Pengurus atau mana-mana wakil

pasukannya berunding dengan mana-mana pemain pasukannya. b).Persidangan pasukan bertahan Pasukan bertahan meminta permainan ditangguhkan atas apa sebab saja dan seorang

wakil (bukan yang berada dalam padang0 dari pasukan itu masuk ke dalam padang permainan dan bercakap dengan mana-mana pemain pasukan bertahan. 27

Bahagian 14.DIAMOND SOFBOL


SKALA : 1 : 1000

POSISI PLET RUMAH

UKURAN [CM, KAKI () IINCI()] Lebar:43.2 cm(17 ) Panjang: 30.5 cm(12 )

PETAK PEMU KUL

Lebar: 91 cm (3 ) Panjang: 213 cm(7 )

BULAT-AN PE NUNGGU PETAK JURU LATIH PETAK KECER

Diameter : 152 cm (5) Radius : 76 cm (2 )

Panjang: 457 cm(15) Lebar: 257cm (55 ) Panjang: 305 cm(10 )

PLET PICER

Lebar:43.2 cm(17 ) Panjang: 30.5 cm(12)

BULAT-AN PICER LELAKI

Diameter : 874 cm (16) Radius : 244 cm (8)

28

BULATAN PICER PEREM PUAN BES PERTAMA

Diameter : 874 cm (16) Radius : 244cm (8) Lebar: 38.1cm (15) Tebal: 12.7cm(5)

BES KEDUA

Lebar: 38.1cm (15) Tebal: 12.7cm(5)

BES KETIGA

Lebar: 38.1cm (15) Tebal: 12.7cm(5)

JARAK (KAKI) (METER) GELANGGANG JARAK PICING PAGAR PADANG LUAR PLET RUMAH KE BES KEDUA

JANTINA (DEWASA) LELAKI 18.29m(60) WANITA 18.29m(60)

14.02m (46) 76.20m (250)

12.19m (40) 67.06m (220)

25.86m (8410 )

25.86m (8410 )

29

8.SOALAN LATIHAN DAN SKEMA JAWAPAN

Tajuk: Tunjang:

SOALAN PJPK TINGKATAN 3 PERMAINAN - SOFBOL

1.Dalam permainan sofbol. Berapakah jarak base pertama dari home plate A.27.40 m B.27.41 m C.27.42 m D.27.43 m

Soalan 2 dan 3 adalah berdasarkan kenyataan dibawah

home plate pitcher plate

2.Dua alat di atas adalah antara peralatan penting dalam permainan sofbol. Apakahkegunaan pitcher plate A.Tempat melakukan pukulan B.Tempat melakukan lemparan C.Tempat melakukan lontaran D.Tempat melakukan tampanan

3.Apakah fungsihome platedalam permainan sofbol

A.Tapak memulakan run B.Tapak mendapat strike C.Tapak melakukan pitching D.Tapak memperolehi run

4.Siapakah yang wajib memakai topi keselamatan dalam permainan sotbol A.Pemukul B.Pemukul dan pemukul on deck C.Pemukul,pemukul on deck, base runner D.Pemukul,pemukul on deck, base runnerdan catcher

5.Glove catcher juga dikenali sebagai A.Glove Kitt B.Glove Litt C.Glove Mitt D.Glove Nitt

Soalan 6 berdasarkan penyataan dibawah Posisi P Fungsi/Peranan Melempar bola kepada pemukul memandang bola yang ditampan Q Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond Mematikan pemain yang yang berlari ke base pertama Mengawal bola yang ditampan R Membantu pemain base kedua dan ketiga

Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond S Membantu pemain base kedua dan base ketiga Menangkap bola di bahagian kiri kawasan 6.Merujuk kepada penyataan di atas, pemain di posisi manakah yang digolongkandalam kumpulan pemadang luar A.P B.Q C.R D.S 7. Jumlah pemain bagi permainan sofbol adalah A.6 orang B.7 orang C.8 orang D.9 orang 8.Apakah dua kemahiran asas semasa memadang dalam permainan sofbol.

A.Memukul dan menampan B.Menyambut dan membaling C.Melempar dan membaling D.Memukuldan larian base

Windmill sling shot X

Rajah di atas merujuk kepada kemahiran X dalam pemainan softball iaitu ;

A.Kemahiran memukul B.Kemahiran menampan C.Kemahiran melempar D.Kemahiran membaling

10 Dalam permainan sofbol giliran pasukan memukul dan memadang akan bertukar setelah tiga orang pemain pasukan pemukul dimatikan. Kenyataan itu merujuk kepada A Run B Tag C Strike D Inning

11 Pemukul akan terkeluar atau dikira mati jika13 A Mendapat tiga larian bes B Mendapat tiga strike C Mendapat empat ball D Mencecah base sebelum di tag

Soalan 12 sila rujuk gambar di bawah.

12 Apakah jenis gaya meluncur yang ditunjukkan dalam gambar di atas. A Luncur pop-up B Luncur mencangkuk C Luncur kepala dulu D Luncur kaki bengkok Tajuk

LAMPIRAN JAWAPAN.

SOFBOL
1.D 2. B 3. D 4. D 5. D 6. D 7. D 8. B 9. C 10. D 11. B 12. D

Anda mungkin juga menyukai