Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH SOFBOL

Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, permainan ini dimainkan sebagai satu rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini meskipun ada persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas dari segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih besar dan lembut sementara hujung bat yang digunakan pula lebih kecil. Permainan ini lebih popular dimainkan secara permainan di dalam gelanggang tertutup kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih kecil. Pada mulanya permainan ini dimainkan di dalam gimnasium di maktabmaktab, universiti-universiti, YMCA dan Turnvereins sebelum ia beralih ke padang. Setiap pertubuhan menggubal peraturannya yang tersendiri dan variasi permainan ini mempunyai pelbagai nama seperti : Diamond Ball Mush Ball Indoor Ball Playground Ball Kitten Ball Pumpkin Ball Recreation Ball Liga sofbol yang pertama telah dianjurkan di Minneapolis, Minnesota pada tahun 1900. Pada tahun 1926, permainan itu diberi nama Sofbol oleh Walter K. Hakenson dari YMCA, Denver. Pada tahun 1927, Gladys E. Palmer dari Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika (APEA) telah menggubal undang-undang sofbol untuk perempuan (remaja dan dewasa). Pada tahun 1923, perwakilan daripada badanbadan yang berminat telah membentuk Jawatankuasa Undang-Undang Bersama (JRC) untuk menyelaras satu set undang-undang yang diguna pakai di peringkat kebangsaan. Pada tahun 1933, Persatuan Sofbol Amatur Amerika (ASA) telah

menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan buat julung kalinya di Chicago Worlds Fair yang telah disertai oleh 20 pasukan. Pasukan wanita The Great Northerns dan pasukan lelaki J.L Boosters telah menjuarai kategori masing-masing.

Pada tahun 1934 satu peraturan rasmi sofbol telah digubal oleh JRC dan dicetak pada tahun 1937. Undang-undang tersebut menjadi asas kepada undang-undang yang digunapakai sekarang. Sofbol mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 dan dibuka hanya pada pasukan wanita. Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000 menyaksikan 8 negara mengambil bahagian. Amerika Syarikat menjadi juara sofbol Sukan Olimpik pada tahun 2004 di Athens untuk kali ketiganya.

SEJARAH PERKEMBANGAN SOFBOL DI MALAYSIA

Pada peringkat awal, permainan ini telah dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika pada tahun 1939 di ACS Kampar, Perak. Sejak itu, beberapa pasukan telah mengadakan satu siri perlawanan persahabatan. Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, perkembangan permainan sofbol telah tergendala. Sungguhpun demikian, terdapat askar-askar Jepun yang amat menggemari permainan ini dan memainkannya dengan menggunakan bola tenis. Pada tahun 1960, Encik Jack Robinson telah mengadakan klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu sebagai satu usaha untuk menghidupkan permainan ini. Permainan ini kemudiannya semakin di terima semula apabila beberapa negeri kembali aktif menganjurkan pertandingan sofbol. Pelbagai usaha terus dijalankan untuk mempopularkan lagi permainan ini termasuk menyenaraikannya ke dalam program MSSM. Pada akhir tahun 60an, satu inisiatif telah diambil untuk mempopularkan lagi permainan ini di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1972, wakil-wakil dari negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M). DatoSri Hj Kamaruddin bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar Perak ) ketika itu telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi. Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M) telah didaftarkan pada 16.03.1974. Dalam bulan Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak. Kejohanan ini disertai oleh pasukan dari tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadikan beberapa buah negeri dan pertubuhan lain turut berminat untuk menganggotai S.A.M termasuk RAAF.

Pada bulan Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Kejohanan yang disertai oleh lima buah pasukan ini menyaksikan Malaysia memperolehi tempat ketiga. Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina. Pada tahun yang sama, kategori wanita dipertandingkan untuk pertama kalinya. Pada tahun 1979, permainan sofbol telah dimasukkan ke dalam Sukan SEA. Malaysia mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan berjaya menduduki tempat ketiga. Pada tahun 1982, pasukan sofbol wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei. Di peringkat sekolah, MSSM juga telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia. Pada tahun 1968, Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan di Kampung Pandan, Selangor. Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang. Pada tahun 2003, untuk pertama kali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam kejohanan di Selangor. Kejohanan untuk peringkat umur 12 tahun dan ke bawah telah diperkenalkan dalam kalender MSSM di Perak pada tahun 2004. Dalam kejohanan MSSM yang diadakan di Kuantan pada tahun 2005, pertandingan untuk peringkat umur 15 tahun dan ke bawah pula diperkenalkan. Permainan sofbol terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga kini.

JENIS-JENIS SOFBOL

Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Tiga jenis tersebut ialah fast pitch, modified pitch, dan juga slow pitch. Fast pitch softball Fast pitch softball merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove. Modified pitch softball Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemainpemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu. Slow pitch softball Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.

PERALATAN, PAKAIAN DAN PADANG Setiap jenis sukan mempunyai peralatan khas untuk permainannya. Begitu juga dengan sofbol dimana selain daripada mempunyai perlatan khas untuk bermain, para sofbol dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk bermain. Kawasan bermain juga perlulah cukup besar, selamat dan ditandakan dengan tepat untuk permainan sofbol. a) Peralatan Bola sofbol Bola rasmi yang digunakan dalam permainan sofbol adalah bola berkelium licin dengan ukuran lilitnya di antara 30.1 dan 30.7. beratnya harus di antara 177 g dan 198 g. Isi bola sofbol diperbuat daripada kapuk, gabus, plastik atau getah yang dililit dengan benang serta bahagian luarnya dibalut dengan kulit lembu atau bahan sintetik yang sesuai serta menyerupainya. Bola berkulit geah tidak dibenarkan untuk perlawanan rasmi tetapi boleh digunakan untuk latihan permainan atau untuk latihtubi. Jahitan timbul menjadi panduan kepada pitcher untuk menentukan pergerakan bola semasa lemparan pitch.

Bet Bet diperbuat daripada kayu atau aluminium dan memeliki panjang tidak melebihi 86.4cm dan poin paling tebal bet tidak melebihi 5.7cm. serta dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang dan laras. Tombol menghalang bet

menggelongsor daripada genggaman manakala lapisan getah boleh dipasang pada tombol dan pemegang untuk mengemaskan genggaman. Setiap bet mesti mempunyai pegangan selamat seluas 25cm-38cm. Pegangan selamat ini adalah bagi

memastikan bet tidak tergelincir keluar dari tangan pemukul semasa melakukan sesuatu pukulan dan ayunan kuat. Pegangan ini boleh dibalut dengan getah, kain tuala atau tep kain.

Plet rumah Plet ini dikenali sebagai Home plate. Ia

diperbuat daripada bahan getah yang tebal dan berwarna putih.Ia merupakan tapak terakhir yang disentuh oleh setiap baserunner untuk memperoleh run (mata). Plet rumah perlu diletak dengan kemas dan mesti sama rata dengan tanah agar tidak beralih atau bergerak semasa permainan.

Plet pembaling Plet ini juga dikenali sebagai pitchers plate iaitu tempat melakukan lemparan. Ia diperbuat daripada getah padu berwarna putih dan perlu diletak dengan kemas dan mesti sama rata dengan tanah agar tidak beralih atau bergerak semasa permainan.

. Bes Ketiga-tiga bes biasanya berwarna putih. Ukuran setiap bes adalah 38cm dan bentuknya empat segi sama. Bes diperbuat daripada getah berbusa dan dibalut dengan kanvas. Kesemua bes ini harus dipancang di tanah supaya tidah tertanggal atau tefcungkil keluar semasa larian bes dan meluncur.

b) Pakaian Kemeja T dan seluar Seluar panjang atau seluar yang

panjangnya hingga ke lutut harus dipakai oleh semua pemain kerana seluar ini akan

memberi perlindungan kepada kulit peha pemain apabila dia meluncur bes. Para pemain boleh juga memakai sarung kaki, kemeja- T, kasut sofbol atau kasut getah.

Sarung tangan/Glove dan mitten Glove diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai. Glove perlu dipakai oleh semua pemain yang memadang. Walau

bagaimanapun, penangkap dan pemain penjaga bes pertama dibenarkan memakai mitten iaitu sarungtangan anpa jari-jari individu. Kadangkadang mereka lebih suka memakai sarung tangan biasa. Sarung tangan dan mitten diperbuat daripada kulit lembu, kuda atau elk. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk pada glove. Ia turut berfungsi untuk memerangkap bola. Glove catcher yang dikenali sebagai catchers mitt mempunyai pelapik yang lebih tebal untuk melindungi tangan. Pelindung muka Pelindung muka diperbuat daripada dawai

berped getah-span. Ia perlu dipakai oleh penangkap dan pengadil plet rumah.

Plet dada Plet dada merupakan pekaian yang perlu dipakai oleh penangkap dan pengadil plet rumah. Ia

diperbuat daripada kapuk dan dibalut dengan kanvas gelap

c) Padang Berbentuk segi empat sama atau dikenali sebagai diamond. Terdapat empat sudut atau bes yang

ditempatkan sejarak 19.8m antara satu sama lain. 4 base tersebut adalah base rumah (home plate), base pertama (first base), base kedua (second base), base ketiga (third base) dan bulatan lemparan dan pitchers plate terletak di tengah-tengah diamond. Pitchers plate ialah tempat melakukan lemparan.

PERATURAN ASAS SOFBOL Setiap permainan mempunyai peraturannya sendiri yang diciptakan untuk memastikan permainan itu dimainkan dengan selamat dan seronok a) Pemain Setiap pasukan terdiri daripada Sembilan pemain iaitu Penangkap (catcher), pembaling (pitcher), pemain bes pertama (first baseman), pemain bes kedua (second baseman), pemain shortstop, pemain bes ketiga (third baseman), pemadang kiri (left fielder), pemadang tengah (centre fielder) dan pemadang kanan (right fielder). Posisi pemain adalah seperti di bawah.

b)Undang-undang membaling Antara undang-undang pembaling adalah: Memandang pemukul bola, dengan dua belah kaki di atas tapak getah membaling (pitching rubber) dan memegang bola dengan dua belah tangan di hadapan badan. Pembaling dibenarkan bergerak selangkah kea rah pemukul bola tetapi bola mesti dilepaskan pada masa melangkah. Bola mesti dibaling dengan balingan bawah tangan. Pembaling tidak dibenarkan berpura-pura membuat balingan atau melakukan apa-apa pergerakan kea rah plet tanpa membaling bola. Pembaling tidak dibenarkan menggolek atau melantunkan bola kepada pemukul bola. Tidak dibenarkan bergerak balik dengan cepat sebelum pemukul berkedudukan sedia Balingan yang boleh dipanggil satu strike mesti melepaskan plet diantara lutut dan bahu pemukul bola. Bola yang dibaling tetapi tidak melepas kawasan tersebut di atas sipanggil a pitch. c)Giliran memukul Susunan giliran memukul membuat pukulan adalah terpulang kepada pasukan berkenaan. Walau bagaimanapun, selepas susunan giliran pemukul ditetapkan, semua pemain daripada pasukan itu mesti mengikut susunan itu, walaupun mereka telah bertukar posisi padang.

d)Larian bes Tidak dibenakan lead-off Pelari mesti berada di besnya sehingga bola dilepaskan oleh pembaling. Pelari dikira mati jika tidak mematuhi syarat-syarat ini. Ketka berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran (over thow) di mana bola masuk kawasan faul dan dikira mati, pelari-pelari dibenarkan berlari melampaui satu bes kea rah bes yang sedang mereka tujui.

Apabila berlaku satu lemparan yang melampai sasaran dari bes kedua oleh penangkap, di mana bola bergolek ke dalam kawasan tengah, semua pelari dibenarkan maju seberapa jauh yang boleh.

Seorang pelari yang terkena bola yang dipukul pada masa dia keluar daripada bes (tagged) dikira mati. Pemukul bola dibenarkan bergerak ke bes pertama Pelari bes mesti menyentuh semua bes.

ASPEK KESELAMATAN DALAM SOFBOL 1.Pastikan glove berkeadaan baik dan selamat digunakan. 2.Perangkap bola dalam poket glove untuk mengelakkan kecederaan pada jari atau tapak tangan. 3. Jerit nama rakan yang akan menyambut bola supaya bersedia bertindak. 4. Jangan baling bet selepas memukul. 5.Awasi kedudukan pemain dibase supaya tidak bertembung. 6.Larian dilakukan di luar kawasan diamond. 7. Dengan arahan jurulatih semasa melakukan larian

Anda mungkin juga menyukai