Anda di halaman 1dari 5

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

PENULISAN JURNAL MINGGU 6


(02 MAC 2014 06 MAC 2014 )

MASALAH TIDAK DAPAT MENGUASAI


PEMBELAJARAN
1.0 MASALAH YANG DIFOKUSKAN
Sepanjang minggu ini, isu yang saya fokuskan ialah masalah murid yang tidak
dapat menguasai pembelajaran dan kemahiran yang saya ajarkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5.

2.0 PERKEMBANGAN / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Tahun 5. Saya telah mendapati
bahawa terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai pelajaran
dengan baik semasa saya mengajar. Pada pendapat saya, masalah in perlu
diambil berat kerana ia mengganggu kelancaran sesi P&P dan menggugat
prestasi akdemik mereka.

3.0 MASALAH YANG DIFOKUSKAN DIANALISIS SECARA TERPERINCI


3.1 Mengenal Pasti Punca / Sebab Masalah Yang Difokuskan
Pada pandangan saya, murid ini tidak dapat menguasai pembelajaran kerana
mereka sedikit lemah dan kurang memberi perhatian semasa saya mengajar.
Hal ini dapat dinilai pada penyoalan lisan yang saya berikan di mana sebahagian
mereka tidak dapat menjawab dengan betul walaupun telah diajar dan diberi
penerangan.
3.2 Mengenal Pasti Kemungkinan Penyebab Kepada Masalah
Setelah membuat pemerhatian selama 1 minggu, saya telah mengenalpasti
bahawa masalah ini berpunca daripada sikap dan tingkahlaku murid ini sendiri.
Mereka tidak mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk
belajar.
3.3 Mengenal Pasti Kelemahan Masalah Yang Difokuskan
Berdasarkan pemerhatian dan inferens awal yang saya perolehi, masalah kurang
menguasai pembelajaran ini mendatangkan pelbagai kelemahan dan memberi
pelbagai kesukaran kepada saya. Misalnya, saya terpaksa berhadapan dengan
masalah apabila murid-murid tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dan
sepatutnya dan itu adalah petanda bahawa objektif pengajaran saya tidak
tercapai.
3.4 Mengenal Pasti Kekuatan Masalah Yang Difokuskan
Masalah penguasaan pengajaran dan pembelajaran ini mendatangkan pelbagai
kelebihan dan kekuatan kepada guru dan murid jika dapat diatasi dengan baik.
Sebagai contohnya, guru dapat menyampaikan ilmu dan kemahiran dengan
berkesan kepada murid dan dapat mengurus sesi pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik. Murid-murid pula dapat menikmati proses belajar dengan
seronok dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan baik jika
murid dapat menumpukan sepenuh perhatian.

3.5 Meramal Kesan dan Akibat Masalah Yang Difokuskan


Jika tidak ditangani dengan berkesan, masalah ini akan membawa pelbagai
kesan dan akibat terutamanya dari aspek negatif.
Kesan paling ketara yang dapat dilihat ialah ia akan menjejaskan
matlamat P&P dan murid tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar
guru kerana kurangnya fokus dan tumpuan daripada murid-murid.

4.0 KAJIAN LAMPAU YANG BERKAITAN MASALAH


Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu
sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and
the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat
diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat
menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.
Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk
belajar dan berhubung dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau
keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya
tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau
memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti
murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi
atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar
serta berkesan.

5.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH


Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengatasi masalah tingkah
laku ini iaitu selalu lewat ke kelas. Langkah-langkah tersebut ialah :
a. Peneguhan positif
Skinner menganggap reward (penghargaan) dan reinforcement (peneguhan)
merupakan faktor penting dalan belajar. Ganjaran akan diberikan kepada
murid-murid selepas melakukan tingkah laku yang dihajati. Peneguhan ini
adalah seperti puji-pujian, pemberian hadiah, wang tunai dan sebagainya.
Peneguhan

positif

akan

memberi

ruang

kepada

murid

mengiktiraf

pencapaian diri sendiri dan dengan ini akan lebih menghargai dirinya sendiri.
b. Pastoral Care
Pastoral Care merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru
untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi
bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan
moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.
Dalam pastoral care, murid diberikan penerapan nilai-nilai murni, moral
dan agama diberi peneguhan yang sesuai iaitu murid-murid didedahkan
dengan nilai-nilai agama dan moral.
c. Menguatkuasakan Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
Guru juga perlu memastikan bahawa rutin yang dilakukan mesti teratur
kerana dengan cara itu, ia dapat menjiimatkan masa dan tenaga. Tambahan
pula, jika dilakukan dengan teratur, rutin itu akan menjadi amalan hingga
terbiasa dengan diri setiap murid. Ia juga dapat memberi peluang
kembangkan daya inisiatif pelajar.

6.0 TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH


02 Mac 2014 hingga 09 Mac 2014 (1 minggu)

7.0 TINDAKAN SUSULAN BAGI MENYELESAIKAN MASALAH


Berdasarkan cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang telah dinyatakan,
saya telah memilih untuk mengambil tindakan-tindakan berikut :
Sebelum bermulanya sesi P & P, saya telah mengingatkan murid
tentang apa yang perlu dilakukan sepanjang proses pembelajaran ini.
Saya juga memastikan setiap murid mendengar arahan yang diberikan
dan mengingatkan mereka agar memberikan tumpuan yang sepenuhnya
semasa guru sedang mengajar agar ilmu tersebut dapat disampaikan
dengan berkesan.
Murid diberi peneguhan atau dendaan supaya mereka lebih berdisplin
dan bermotivasi semasa sesi P&P.

8.0 KESIMPULAN
Melalui pembacaan maklumat dari internet, saya mendapati bahawa tahap
penumpuan yang tinggi sangat penting agar kelicinan proses P&P sentiasa di
tahap yang memuaskan.
Apabila terdapat gangguan yang tidak diingini berlaku ianya akan
menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan
teratur dan secara tidak langsung ianya juga membantutkan usaha pembentukan
nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai murni ini adalah penting bagi para
pelajar untuk menhadapi situasi yang sebenar dalam alam kehidupan sebenar.
Guru memainkan peranan yang paling penting dalam menguruskan peraturan
dan rutin bilik darjah ini.

Anda mungkin juga menyukai