Anda di halaman 1dari 7

Sudan merupakan sebuah negara yang terletak di sebelah utara benua Afrika, ianya didominasi oleh dua kelompok

besar masyarakat,iaitu masyarakat Arab dan masyarakat Afrika. Sudan memiliki jumlah suku yang sangat besar, ianya tidak kurang dari 400 suku dengan bahasa yang berbeza-beza antara satu sama lain. Seluruh suku itu tersebar di 26 negara yang mempunyai autonomi yang cukup besar, kerana Sudan mengamalkan sistem pemerintahan federal. Walaupun Sudan merupakan sebuah negara bekas jajahan Inggeris yang kemudiannya telah merdeka pada tanggal 1 Januari 1956, Sudan tidak termasuk dalam perjanjian makmur pihak Inggeris.Konflik yang terjadi di negeri ini terbahagi kepada tiga iaitu konflik Sudan Selatan Sudan Utara,konflik Front Timur dan konfllik Darfur.

Pasukan pemberontak yang berat kepada muslim telah mendominasi politik nasional Sudan semenjak meraih kemerdekaan dari Inggeris pada tahun 1956 lagi. Keadaan Sudan menjadi kacau bilau kerana perang sivil berlarutan selama 20 abad. Konflik tersebut berpunca daripada keadaan ekonomi, politik dan dominasi sosial yang besar dari masyarakat Bukan Islam, Bukan Arab di Sudan bahagian selatan. Perang sivil pertama berakhir pada tahun 1972 namun ianya berlaku kembali pada tahun 1983. Perang kedua pula berpunca daripada masalah kelaparan dan lebih dari empat juta orang menderita, dan kematian yang melebihi daripada 2 juta orang.

Darfur dalam bahasa Arab bermaksud tanah bangsa. Fur adalah sebuah daerah di Sudan barat yang bersempadan dengan Republik Afrika Tengah dan Chad. Darfur dibahagi kepada tiga negara bahagian Federal di Sudan,Gharb Darfur (Darfur Barat) yang ibu kotanya adalah Al-Jenina,Janub Darfur (Darfur Selatan) yang ibu kotanya adalah Nyala dan Shamal Darfur (Darfur Utara) yang ibu kotanya adalah Al Fashir. Darfur meliputi wilayah yang luasnya melebihi dari 2.5 juta kilometer persegi dengan penduduk sekitar 6 juta orang,terdiri daripada 80 suku yang dikelompokkan dalam dua kelompok iaitu kelompok Arab dan kelompok Afrika Hitam.Kelompok ini tidak dapat dibezakan dengan melihat warna kulit,tetapi ianya dibezakan dengan melihat perbezaan dari segi adat istiadat dan bahasa yang digunakan.

Konflik Darfur ini telah banyak melibatkan nyawa yang terbunuh. Jumlahnya melebihi dari 200,00 nyawa manakala 2.5 juta telah menjadi pelarian. Punca utama konflik ini adalah disebabkan oleh pergaduhan sesama penduduk Islam yang berlainan etnik antara suku afrika dengan kumpulan penduduk yang berketurunan Arab yang memuncak pada tahun 2003. Terdapat 3 pihak yang berengeta dalam konflik Darfur ini. Antaranya adalah Janjaweed iaitu pasukan bersenjata dari puak Abbala Rizeigat (Arab Badawi) dengan puak Fur,Zaghawa dan Massaleit yang mendiami Darfur. Kesemua pihak yang bersengketa adalah beragama Islam. Ianya berlainan dengan konflik di Selatan Sudan dimana,disana Puak Islam bersegketa dengan Puak Kristian di Selatan. Namun ada sebuah gerakan telah ditubuhkan bagi mempengaruhi dan memanipulasi pemikiran penduduk tempatan untuk bangun memberontak kerajaan Sudan. Puak tersebut adalah Barisan Pembebasan Darfur. Gerakan ini mendapat sokongan Eritrea,sebuah negara yang bermusuh dengan Sudan di selatan.

Terdapat banyak punca mengapa berlakunya konflik di Darfur ini antaranya adalah kerana bencana alam,oportunis politik dan masalah politik serantau.Konflik ini juga terjadi disebabkan oleh pembangunan yang membangun tidak seimbang dan perbezaan peluang kehidupan di beberapa tempat seperti di sekitar Sungai Nil dan Wilayah Pinggiran Darfur. Di samping itu,Amerika Syarikat juga turut campur tangan dalam isu Darfur bagi mengaburi pandangan dunia terhadap isu pencerobohan mereka di Iraq. Pihak Amerika Syarikat mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Pihak media sengaja untuk tidak menyiarkan berita tentang pencerobohan mereka di Iraq dan sebaliknya,kerap mendedahkan isu Darfur ini.

Realitinya,konflik Darfur ini secara kenyataannya bukanlah konflik yang diuar-uarkn sebagai pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai. Masyarakat dunia banyak yang menyalah anggap tentang isu Darfur ini. Mereka menganggap bahawa isu ini adalah tentang isu agama. Penduduk Darfur majoritinya adalah beragama Islam,jadi mereka mempunya keseragaman agama. Sejak dahulu lagi,penduduk Darfur yang berketurunan Arab dan Afrika sering bertelagah sesama sendiri kerana perebutan laluan untuk haiwan-haiwan ternakan mereka. Permulaan dari perebutan ini dan perebutan tentang sumber asli,ianya telah masuk menjadi isu politik akibat daripada campurtangan pihak luar dan juga pihak media.

Keadaan menjadi lebih buruk bermula daripada Tragedi 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Hal ini dengan tidak semena-menanya membuat pihak barat menuding jari kepada orang islam dan Sudan juga mejadi sasaran utama untuk mereka menyalahkan. Regim Sudan serta merta berada di senarai teratas musuh Amerika Syarikat.

Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata iaitu Tentera Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan telah mula berperang dan menyerang kawasan pekan,pejabat kerajaan dan orang-orang awam. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran.

Hakikatnya,banyak hujah-hujah yang menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah campur tangan di dalam kekacauan yang berlaku di Darfur,antaranya adalah Darfur sememangnya kaya dengan hasil bumi seperti uranium,gas asli dan emas. Pihak Amerika Syarikat telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah tersebut namun,Menteri Luar Negeri Sudan telah memeberi kepercayaan kepada syarikatsyarikat daripada Asia untuk melakukan proses carigali. Hal ini tidak mustahil bahawa Amerika Syarikat akan berusaha ntuk masuk ke dalam wilayah Darfur untuk menguasai hasil-hasil bumi tersebut. Selain itu,latar belakang Darfur juga memberi petunjuk untuk membuktikan campurtangan Amerika Syarikat. Darfur adalah sebuah pusat kegiatan Islam di Sudan. Umat islam di Darfur amat gigih menjalankan sistem Islam secara menyeluruh. Hal ini adalah sesuatu yang tidak disukai oleh pihak barat yang dipimin oleh Amerika Syarikat. Kekcauana di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970an yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengaakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi tetapi ia semakin tidak terkawal apabila ada pihak luar campur tangan. Sememangnya kekacauan di Darfur iaitu di bahagian Barat Sudan dilihat sebagai batu loncatan kepada Amerika Syarikat untuk masuk ke Wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ disamping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di Wilayah selatan Sudan.

Namun,setelah pelbagai konflik melanda di Sudan ini,terdapat juga jalan penyelesaian yang ditemui bagi mengawal keadaan yang semakin kacau bilau. Dengan adanya jalan penyelesaian,kem pelarian dapat dikurangkan. Banyak perjanjian damai telah dibuat. Antaranya adalah Perjanjian Damai Darfur yang telah ditandatangani pada Mei 2005 di Abuja,Nigeria oleh kerajaan Sudan dengan puak puak yang bertelingkah. Presiden Sudan sendiri,Omer Hassan Ahmed Al-Bashir mahu semua pihak dipujuk untuk menerima pelan damai tersebut. Majoriti puak rataratanya menerima pelan damai ini. Selain itu,Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu bijak dan aktif menyelesaikan serta membantu Sudan menangani isu konflik antara pelbagai puak di Darfur. Laluan perjalanan bagi binatang ternakan juga telah diwujudkan ketika musim peralihan dari utara ke selatan dan selatan ke utara. Laluan sejauh beratus kilometer telah disediakan dan puluhan perigi juga disediakan sepanjang laluan itu. Hal ini kerana isu perpindahan haiwan ternakan inilah yang menjadi punca utama pertelingkahan antara puak Arab dengan afrika di wilayah terbabit.

Di samping itu,Kerajaan Sudan juga setuju untuk membina dan menguruskan penempatan semula penduduk Darfur di kampung masing-masing selaras dengan Perjanjian damai Darfur. Hal ini membuatkan penenmpatan penduduk dapat dibina semula dan sekaligus memberi keyakinan kepada penduduk tempatan untuk terus hidup aman. Persidangan Darfur-Darfur anjran Kesatuan Afrika akan membincangkan is keamanan,pembangunan,keadilan dan pentadbiran mantap sebagaimana Perjanjian Damai Darfur. Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah dan bantuan OIC juga perlu menghulurkan bantuan segera mungkin bagi membaikpulih krisis ini.

Kini,keadaan di Sudan sudah diperbaiki. Bekalan makanan kepada rakyat Darfurr telah mencukupi dan rakyat sudah mula yakin untuk membina kehidpuan yang baru namun begitu,petempatan mereka masih di tahap yang tidak teratur. Rumah masih kelihatan setinggan dan amat daif terutama di pekan Darfur. Sebagai sebuah negara yang terbesar di benua Afrika,Sudan mempunyai jumlah penduduk yang majorotitinya adalah beragam Islam iaitu mewakili sebanyak 75%. Selebihnya adalah beragama Kristian. Daripada 75% yang beragama Islam itu, mereka terbahagi pula kepada yang berketurunan Arab dan Afrika. Ramai yang mendakwa bahawa krisis di

Darfur adalah satu pembersihan etnik. Dakwaan ini dibuat berdasarkan sasaran serangan adalah ke atas perkampungan masyarakat Islam keturunan Afrika. Itulah yang didakwa menyebabkan ramai penduduk-penduduk Islam yang berketurunan Afrika melarikan diri daripada kampung halaman dan menjadi pelarian. Seramai 1.2 juta dilaporkan telah menjadi pelarian. Lebih 50,000 orang telah menjadi korban berdasarkan laporan pada November 2004.

Banyak pengajaran yang boleh kita dapati hasil daripada pemerhatian kita terhadap krisis di Darfur ini. Sebagai contoh,kita tidak haruslah membezakan hubungan antara etnik. Seharusnya setiap etnik itu harus bersatu padu dan hidup secara bersamsama agar negara yang didiami dalam keadaan aman dan damai. Jika di negara Malaysia,kita hidup dengan pelbagai etnik seperti Melayu,India dan Cina. Hanya agama dan cara hidup sahaja yang membezakan setiap etnik itu. Dari segi penerapan nilai,semua etnik secara zahirnya adalah sama iaitu menerapkan nilai yang baik agar kualiti hidup dapat dipertingkatkan. Kita tidak harus bertelagah semata-mata hanya ingin merebutkan sesuatu hasil bumi atau apa sahaja yang melibatkan hak masing-masing. Tindakan seperti berbincang bersama-sama boleh diambil. Perbincangan yang baik pastinya akan menghasilkan suatu keputusan yang memuaskan dan dengan itu,keputusan yang dicapai juga pastinya akan dipersetujui oleh semua pihak yang mendengar. Selain itu,pengajaran yang lain adalah sebaiknya,jika sesuatu hal negara yang penting sedang berlaku,kita haruslah mengelakkan campur tangan pihak luar. Hal ini kerana,pihak luar tidak memahami apa yang berlaku di negara kita sendiri dan ini sekaligus akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada. Kefahaman tentang negara sendiri semestinya lain dengan kefahaman pihak luar atas negara kita. Kita seharusnya mengumpulkan badanbadan kerajaan tempatan yang berkuasa untuk mencapai kata sepakat dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Selain itu,pengajaran yang boleh didapati adalah negara kita seharusnya mencari persefahaman antara etnik. Rakyat perlulah menjaga sensitivi sesuatu kaum dan menghormati pelbagai aspek seperti agama yang dianuti,bahasa yang digunakan dan adat yang digunakan. Tambahan lagi, pengajaran lain adalah pihak kerajaan haruslah menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk kehidupan rakyat. Dasar sama rata antara kaum harus digunakan bagi menjamin tiada perasaan dendam antara kaum yang akan tersimpan. Sekalipun ada hak keistimewaan bagi sesuatu kaum, sentimen kaum harus dijaga dengan

memberi apa yang perlu kepada kaum yang tiada keistimewaan. Sikap berat sebelah semestinya harus dijauhi antara sesama kaum kerana sikap ini kelak akan memberikan kesan yang buruk kepada perpaduan kaum.

Sebagai kesimpulannya, konflik Darfur telah mengorbankan lebih kuran 300 ribu nyawa dan mengakibatkan sekitar 2 juta orang menjadi pelarian. Pihak Uni Afrika dan PBB sudah sering mencuba untuk mencari jalan penyelesaian namun masih lagi menemui jalan buntu. Pihak yang terlibat saling menyalahkan antara satu sama lain akibat daripada konflik yang melanda di Darfur ini. Perdamaian juga sukar untuk dicapai kerana walaupun pemerintah Sudan telah bersetuju tentang penghantaran tentera UNAMID (yang direncanakan berjumlah 26 ribu orang), namun dengan keadaan Sudan yang masih tidak stabil,keamanan sukar untuk dicapai. Ianya dibuktikan dengan tertundanya pasukan keamanan itu sehingga tahun 2009. Sudan juga mempunyai kuasa veto dan pelbagai kontribusi pasukan dari negara-negara Bukan Afrika mahupun Bukan Islam. PBB dan Uni Afrika telah berusaha untuk membuka pemrbicaraan baru di antara Sudan dengan kelompok pemberontak, namun hal tersebut diboikot oleh Ketua pemberontak itu sendiri yang inginkan pemulihan keamanan wilayah Darfur terlebih dahulu. Namun begitu,harapan kembali terlihat ketika pemerintahan Presiden Sudan,Omar Hassan al-Bashir yang mengumumkan gencatan senjata segera di kawasan Darfur dan mengatakan pemerintahannya akan segera membatasi penggunaan senjata di kalangan pemberontak. Akan tetapi, kelompok pemberontak di kawasan tidak ikut serta dalam perundingan dan tidak menyetujui adanya gencatan senjata. Gencatan senjata di kawasan Darfur diharapkan dapat menjadi titik awal perdamaian di wilayah Darfur. PBB menyambut baik gencatan senjata tersebut meskipun pihak pemberontak tidaksetuju dengan keputusan itu. Pemerintah Sudan akan terus berusaha dengan cara melakukan perbincangan dengan pihak pemberontak dalam rangkaan untuk melaksanakan gencatan senjata. Sehingga kini, masyarakat internasional terus menaruh harapan yang tinggi bahawa pemerintah Sudan dan gerakan pemberontak akan membuat kemajuan yang nyata ke arah penyelesaian perdamaian bagi konflik yang terjadi di Darfur.

Seharusnya,setelah kita melihat apa yang telah berlaku di Sudan dengan permasalahan yang terjadi akibat daripada perbezaan etnik, kita dapat mengambil pengajaran yang berguna. Dalam sesuatu negara atau daerah, kita tidak harus memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada sesuatu kaum untuk memimpin sedangkan fahaman kaum yang kita fahami sama sekali berbeza. Cara pemaksaan seperti itu sudah tentu bakal menimbulkan bantahan yang keras dan seterusnya menimbulkan konflik panjang dan berdarah. Etnik majoriti haruslah bertolak ansur dan tidak harus berperasaan ingin terus bekuasa manakala etnik minoriti tidak harus berada di takuk yang lama dan hanya memerhati dan mengikut telunjuk. Pendapat bernas harus disuarakan maka dengan itu,perpaduan sekaligus dapat dipupuk. Dengan melihat konflik yang terjadi,apa yang penting sebenarnya adalah pucuk pimpinan negara itu sendiri dan hubungan harmoni antara etnik itu sendiri. Jika baik hubungan antara etnik,maka aman dan makmur lah hidup rakyat semua yang berbilang etnik.

Anda mungkin juga menyukai