Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM BUDI BAHASA DAN INTENSITI DIRI PENDIDIKAN KHAS 2009 Pengenalan Di dalam amalan kehidupan sehari-hari, penerapan

nilai-nilai murni amat perlu bagi melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Selaras dengan matlamat negara Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi, berakhlak mulia serta penyayang, program budi bahasa perlu dikembang giatkan serta diteruskan di peringkat akar umbi khususnya di sekolah. Atas dasar ini, Program Intensiti Diri dan Budi Bahasa pendidikan khas S.K Pekan Satu 2009 diperkenalkan bagi membantu negara untuk mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Di samping itu, aktiviti yang dirancang bagi memenuhi keperluan pelajar dalam menggukuh dan mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan komponen mata pelajaran kemahiran hidup dan komponen pengurusan diri seterusnya mendedahkan pelajar dalam menjalankan aktiviti seharian secara berdikari. Objektif Umum Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika sejajar dengan Wawasan 2020 Mewujudkan masyarakat saintifik dan berkemahiran Objektif Khusus memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan diri yang seimbang melalui adab dan tatacara kehidupan bermula dari Jasmani,Emosi,Rohani,Intelektual dan jaringan Sosial (J.E.R.I.S) Merangsang motivasi untuk berdikari dan menjalankan aktiviti seharian Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar terutamanya dari segi komponen kemahiran hidup dan pengurusan diri

Strategi penerapan nilai-nilai murni melalui pengurusan kelas, pengurusan tingkah laku dan pengurusan diri bimbingan dan khidmat kaunseling ikhtiar hidup Sasaran Seramai 70 orang murid terlibat meliputi murid-murid PPKI bermasalah pembelajaran, pendengaran, disleksia dan pemulihan

PERIHAL PENDIDIKAN KHAS


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. APA DIA PENDIDIKAN KHAS? Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar dari aspek Perkembangan mental, Kestabilan emosi dan Integrasi sosial

Anda mungkin juga menyukai