Anda di halaman 1dari 4

KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA :

FALSAFAH DAN DASAR


GROUP X
LECTURER : DR. MOHD AFIFI BIN BAHURUDIN SETAMBAH
NAMA NO MATRIK
SARAH NURAQILLAH BINTI SABRI D20201093709
NURIN AISYAH BINTI MOHD YUSRI D20201095400
NUR AQILAH BINTI AHAD D20201095407
NURUL AISAH BINTI ABDUL RASHID D20201095408
Perbandingan antara Standard Guru Malaysia 1.0 (2009) dan Standard Guru
Malaysia 2.0 (2019)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi professional yang patut


dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru,
agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan
guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan
penambahbaikan berterusan. Standard Guru Malaysia dilancarkan secara rasmi pada
tahun 2009 oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menggariskan kompetensi profesional
yang mesti dimiliki oleh guru-guru Malaysia dan keperluan yang semestinya diadakan
oleh agensi dan institusi latihan guru bagi membantu guru mencapai kompetensi yang
ditetapkan. Matlamat SGM adalah bagi melahirkan Guru Malaysia yang unggul dan
membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Perbandingan antara Standard Guru Malaysia 1.0 dan Standard Guru Malaysia 2.0
yang pertama ialah bagi Standard Guru Malaysia 1.0 (2009) mengandungi tiga
komponen utama iaitu Komponen Standard (S), Komponen Keperluan (K) dan
Komponen Asas Penentuan Standard dan Keperluan manakala Standard Guru
Malaysia 2.0 (2019) hanya mengandungi dua komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan
Etika. Komponen Standard Guru Malaysia 1.0 adalah merangkumi amalan nilai
profesionalisme keguruan (S1) di mana standard ini memperincikan kompetensi amalan
nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang patut
ada pada seorang guru. Selain itu, pengetahuan dan kefahaman (S2) yang
memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada guru.
Seterusnya, kemahiran pengajaran dan pembelajaran (S3) menitikberatkan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang harus dikuasai oleh guru. Bagi Komponen
Keperluan pula merangkumi kelayakan masuk program latihan perguruan (K1) di mana
syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan
diperincikan. Selain itu, keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian (K2) yang
memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran. Seterusnya,
keperluan kolaborasi (K3) yang menitikberatkan permuafakatan antara agensi dan
institusi latihan perguruan dengan sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan
luar negara dan badan bukan kerajaan bagi memantapkan latihan perguruan.
Keperluan infrastruktur dan infrastruktur (K4) pula menekankan mengenai prasarana
pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimumkan
kecekapan dan keberkesanan latihan perguruan. Jaminan kualiti (K5) juga termasuk
dalam Komponen Keperluan yang memperincikan semua aspek perancangan dan
perlaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan
bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara. Komponen Asas Penentuan Standard dan
Keperluan adalah merangkumi Misi Nasional, FPK, FPG, Tatasusila profesion keguruan
dan Etika kerja KPM yang berfungsi sebagai panduan bagi mencapai Komponen S dan
K. Bagi Standard Guru Malaysia 2.0, Dimensi Kompetensi menjelaskan kompetensi
yang perlu dimiliki oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk
melaksanakan PdP dengan berkesan. Manakala Etika Keguruan merupakan prinsip
moral dan nilai akhlak yang seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di
Malaysia bagi memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional serta
dipandang mulia oleh masyarakat.

Selain itu, perbandingan antara kedua dua Standard Guru Malaysia dari segi
manfaatnya ialah SGM 1.0 guru perlu membuat refleksi kendiri terhadap tahap
pencapaian standard dan mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri
manakala SGM 2.0 guru menjadi panduan sebagai guru yang profesional dan diguna
pakai untuk mengenal pasti kompetensi dan etika yang boleh dibangunkan serta ruang
penambahbaikan untuk merancang keperluan pembangunan profesionalisme guru.
Seterusnya, SGM 1.0, guru besar dan pengetua besar berperanan untuk mengenal
pasti tahap pencapaian standard oleh guru dan menyediakan serta melaksanakan
strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru manakala SGM 2.0
mereka menjadi rujukan untuk mengenal pasti kompetensi guru di sekolah bagi
merancang dan melaksanakan PPB agar guru sentiasa berkualiti tinggi ke arah
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Di samping itu, kegunaan SGM 1.0 ialah
pendidik guru di Institusi Latihan Perguruan bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pencapaian standard oleh guru pelatih (guru pra perkhidmatan) atau peserta
kursus(guru dalam perkhidmatan)dan mengenal pasti strategi bagi membantu guru
pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard manakala SGM
2.0 guru pelatih menjadi panduan bagi mengenal pasti keperluan kompetensi dan etika
dalam persediaan untuk melengkapkan diri sebelum memasuki profesion keguruan.
Pertubuhan agensi latihan perguruan dalam SGM 1.0 bertujuan untuk mengenal pasti
tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan
perguruan, mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan dan mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang boleh ditambah baik manakala dalam SGM 2.0 ia menjadi
rujukan untuk merancang dan menambah baik strategi pembangunan profesionalisme
dan peningkatan profesion keguruan. Selain itu, Pengurus dan Pentadbir Institusi
Latihan Perguruan dalam SGM 1.0 berperanan untuk mengenal pasti tahap pencapaian
standard oleh guru pelatih dan peserta kursus, tahap penyediaan dan pelaksanaan
keperluan latihan oleh institusi serta strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian
standard dan keperluan manakala SGM 2.0 pengurus pendidikan menjadi rujukan untuk
mengenal pasti keperluan latihan oleh institusi dan pembekal latihan untuk memastikan
guru diberi peluang menjalani PPB yang bersesuaian mengikut laluan kerjaya dan
tempoh perkhidmatan serta dokumen ini boleh dijadikan rujukan untuk penetapan
kriteria dalam pemilihan dan pengambilan guru.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perbandingan antara Standard Guru Malaysia 1.0


dan Standard Guru Malaysia 2.0. Walau bagaimanapun, matlamat utama penubuhan
Standard Guru Malaysia ini adalah menetapkan tahap pencapaian kompetensi
profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan
yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.

Anda mungkin juga menyukai