Anda di halaman 1dari 7

‘COLOUR GUARD’ DALAM PERTANDINGAN PANCARAGAM PERINGKAT

KEBANGSAAN

PENDAHULUAN

Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan telah masuk tahun ke-11 tahun ini. Format
pertandingan pada dasarnya tidak berubah semenjak mulanya. Kini dengan perkembangan dan
modenisasi, mungkin tibalah masanya untuk membuat perubahan dalam format pertandingan.

Pada tahun lepas, perbincangan telah diadakan untuk membenarkan ‘Colour Guard’ dalam
pertandingan kebangsaan tetapi semasa perbincangan diadakan, masa terlalu suntuk untuk
pasukan-pasukan membuat persiapan. Oleh itu disarankan bahawa kemasukan ‘Colour Guard’
dalam pertandingan kebangsaan dimulakan pada tahun 2008.

Sebelum ini pasukan-pasukan pancaragam di Malaysia banyak mengikut British Marching Bands
iaitu gaya military. Bentuk formasi adalah terlalu terbatas dan tidak pelbagai.

Disarankan juga, bahawa mulai tahun 2008 Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan
akan berubah dari ‘Marching Band’ ke ‘Marching Show Band’.

Kini pasukan-pasukan pancaragam lebih mengikut gaya American dan berbagai-bagai bentuk
formasi digunakan. Dengan itu ‘Colour Guard’ menjadi keperluan kepada setiap pasukan
pancaragam.

DEFINISI ‘COLOUR GUARD’

Dalam pasukan pancaragam, ‘colour guard’ merupakan bahagian bukan muzik yang
membekalkan aspek visual tambahan kepada persembahan. ‘Colour Guard’ menterjemahkan
muzik yang dimainkan oleh pasukan pancaragan itu melalui keselarasan persembahan bendera,
senapang, saber (pedang), riben, kipas atau peralatan lain, atau melalui tarian. Colour guard
menggunakan beraneka warna dan bentuk untuk menyerikan aspek visual dalam persembahan.

RASIONAL

 ‘Colour Guard’ akan menjadikan pertandingan pancaragam lebih menarik lagi.


 Memberi satu kelainan kepada setiap pancaragam
 Pasukan-pasukan pancaragam dari luar negara menggunakan ‘Colour Guard’ (seperti
dalam Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2007)
 Membawa satu pembaharuan kepada pertandingan.

1
PELAKSANAAN

I: Pemarkahan

Borang Markah untuk pertandingan tidak diubah.


Markah untuk ‘Colour Guard’ di masukkan dalam bahagian Persembahan Keseluruhan.
Markah diberi pada skel 100 % dan kemudian dibahagi 5 untuk mendapatkan 20%.
Markah persembahan keseluruhan adalah 20% dari jumlah markah pasukan.

PERSEMBAHAN KESELURUHAN

KATEGORI

1. TEKNIKAL
1  KESELARASAN & KOORDINASI
(SYNCRONIZATION & COORDINATION) (10 MARKAH)
 INTEGRASI (INTEGRATION) (10 MARKAH)
 ‘BLEND ’ (10 MARKAH)
 KESINAMBUNGAN (CONTINUITY) (10 MARKAH)
 ‘FLOW’ (10 MARKAH)
2 ARTISTIK
 SHOWMANSHIP & COMMUNICATION (10 MARKAH)
 KEMANTAPAN KUALITI PASUKAN
(CONSISTANCY) (10 MARKAH)
 FOKUS (10 MARKAH)
 PENGHAYATAN (SPIRIT) (10 MARKAH)
 PROFESIONALISME (10 MARKAH)
JUMLA (JUMLAH / 5) = 20
H MARKAH

2
Borang markah untuk bahagian ini di pamerkan di bawah:-

MARKAH
JUM
KATEGORI 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 LAH KOMEN
/CATATAN
0
1 TEKNIKAL (50)
.
1  KESELARASAN &
KOORDINASI
(SYNCRONIZATION &
COORDINATION)
 INTEGRASI
(INTEGRATION)
 ‘BLEND’
 KESINAMBUNGAN
(CONTINUITY)
 ‘FLOW’
2 ARTISTIK (50)
 SHOWMANSHIP &
COMMUNICATION
 KEMANTAPAN
KUALITI PASUKAN
(CONSISTANCY)
 FOKUS
 PENGHAYATAN
(SPIRIT)
 PROFESIONALISME

JUMLAH 100

JUMLAH ÷ 5 20
……………………………..
TANDATANGAN HAKIM:.(NAMA: ) TARIKH: ……………………….

Markah ‘Colour Guard’ :-

1. Dimasukkan dalam markah keseluruhan pasukan (seperti borang di atas)

2. Dinilai secara berasingan (oleh hakim berasingan) untuk hadiah khas


(‘COLOUR GUARD’ TERBAIK)

(BORANG COLOUR GUARD UNTUK ‘COLOUR GUARD’ TERBAIK)

3
II: Jenis

Terdiri daripada bahan seperti bendera, senapang, saber (pedang), riben, kipas dan sebagainya.

Setiap pasukan bebas untuk membawa TIDAK LEBIH DARIPADA DUA jenis alat colour
guard.

Colour guard mesti dibawa masuk dan dibawa keluar oleh ahli pasukan.

Segala bahan atau peralatan persembahan dalam bentuk tepung, air, confetti, minyak dan bahan
api adalah dilarang sama sekali.

Sebarang peralatan yang boleh membawa kecederaan adalah dilarang sama sekali.

III: Peserta

Ahli-ahli colour guard TIDAK SEMESTINYA memainkan sebarang alat muzik tetapi berkawad
dengan pasukan.

Bilangan : tidak melebihi 16 orang.

Maksimum peserta untuk satu pancaragam : 90 orang (termasuk konduktor, drum major dan
colour guards)

IV : Pakaian

Pakaian semua ahli colour guard hendaklah bersesuaian dan sopan.

’COLOUR GUARD’ DI MALAYSIA

Di Malaysia, banyak pancaragam telah memperagakan ’Colour Guard’ dalam persembahan


mereka. Walau bagaimanapun perkara ini tidak dititikberatkan kerana kurang pendedahan dan
pengalaman. ’Colour Guard’ telah menjadi sebahagian daripada pancaragam di kebanyakan
negara di merata dunia terutamanya negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Keputusan ’KL World Marching Band Competition’ baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah
sekolah di Malaysia yang muncul sebagai Naib Johan, telah menewaskan banyak pancaragam
walaupun tidak mempunyai ’colour guard’. Hal ini membuktikan bahawa sebuah pancaragam
yang tidak mempunyai ’colour guard’ tidak didiskriminasi atau diberi penalti dalam
penghakiman sebuah pertandingan. Sesebuah pancaragam seharusnya diberi kebebasan untuk
memasukkan ’colour guard’ dalam persembahannya.

4
Isu utama di sini ialah tahap pengalaman, pendedahan dan kemahiran hakim-hakim
pertandingan. Hakim-hakim tersebut mestilah mempunyai kepakaran dan berkebolehan menilai
sebuah persembahan pancaragam (dengan atau tanpa colour guards) secara adil dan objektif.

PERANAN WAMSB (World Association of Marching Show Band)

Pihak WAMSB telah bersetuju menghulurkan kepakarannya untuk


 Mengadakan bengkel penghakiman pancaragam
 Membekalkan hakim-hakim yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini semasa
pertandingan.

5
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN –
Persembahan Keseluruhan

PERTANDINGAN PANCARAGAM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN
BORANG PEMARKAHAN PASUKAN :
PERSEMBAHAN KESELURUHAN

(GABUNGAN MUZIK, FORMASI DAN LAIN-LAIN ELEMEN BERKAITAN)


NOMBOR HAKIM : 7 / 8 – untuk pemarkahan PERSEMBAHAN KESELURUHAN.(SILA
BULATKAN)
GILIRAN PASUKAN : ..................
MARKAH
JUM
KATEGORI 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 LAH KOMEN
/CATATAN
0
1 TEKNIKAL
.
1  KESELARASAN &
KOORDINASI
(SYNCRONIZATION &
COORDINATION)
 INTEGRASI
(INTEGRATION)
 ‘BLEND’
 KESINAMBUNGAN
(CONTINUITY)
 ‘FLOW’
2 ARTISTIK
 SHOWMANSHIP &
COMMUNICATION
 KEMANTAPAN
KUALITI PASUKAN
(CONSISTANCY)
 FOKUS
 PENGHAYATAN
(SPIRIT)
 PROFESIONALISME

JUMLAH 100

6
JUMLAH ÷ 5 20
……………………………..
TANDATANGAN HAKIM:.(NAMA: ) TARIKH: ……………………….

Anda mungkin juga menyukai