Anda di halaman 1dari 14

ISI

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN

02

1.0

PENDAHULUAN

03

2.0

ULASAN ARTIKEL

05

3.0

MANUAL IDENTITI KORPORAT: 3.1 FELCRA BERHAD 3.2 DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) 08 09

4.0

PENUTUP

13

RUJUKAN

14

PENGHARGAAN

Syukur.

Dengan limpah kurniaNya yang tidak terhingga, saya telah berjaya Sesungguhnya, segala usaha yang gigih itu akan

menyempumakan tugasan ini.

mendatangkan rahmat ke atas umatNya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Dr.______________________, sebagai pensyarah KOM3101 (Pengenalan Komunikasi Korporat). Sesungguhnya, segala bimbingan dan nasihat yang diberikan dalam usaha

menyiapkan tugasan ini amatlah dihargai. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat dalam usaha menjalankan tugasan ini. Akhimya, setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga yang tersayang, yang bukan sahaja menjadi sumber inspirasi yang terunggul malahan banyak memberikan semangat dan keazaman yang tinggi untuk melaksanakan tugas ini dan sepanjang kuliah.

1.0

PENDAHULUAN Perubahan politik, ekonomi, sosial, teknologi dan budaya berlaku dengan pantas.

Pada abad ke-20, Asia menjadi gelanggang percaturan dunia barat. Andaian bahawa pada pertengahan abad ke-21, Asia akan menjadi kuasa penentu pembangunan manusia. Dunia menjadi perkampungan global. Peredaran maklumat menjadi intipati kepada pembangunan sesebuah perbadanan moden. Fenomena tahap saling bergantung berlaku secara drastik

terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Di Malaysia, pengurusan perbadanan moden perlu berubah agar selaras dengan perubahan ekonomi global. Terdapat tiga konsep utama dalam komunikasi korporat yang sering dikaji oleh para sarjana. Konsep tersebut ialah identiti korporat, reputasi korporat dan pengurusan

komunikasi. Secara umumnya, komunikasi korporat adalah merujuk kepada bidang khusus dalam komunikasi dan ditambah dengan pengiklanan, hubungan media, komunikasi kewangan, komunikasi anggota dan komunikasi krisis. Menurut Wikipedia bebas, Identiti korporat ialah persona perbadanan menerusi penjenamaan atau penggunaan tanda dagangan. Identiti korporat sering dikaitkan dengan nama, logo dan ciri ciri visual organisasi. Imej dan identiti dinilai oleh pelanggan, Reputasi ialah tahap

komuniti, pekerja dan pihak berkepentingan membentuk reputasi.

penghargaan tertinggi dari kaca mata pihak berkepentingan luaran berdasarkan dari kombinasi penilaian yang disumbangkan oleh keutuhan kewangan, sumber manusia, tanggungjawab atau kualiti produk. Elemen identiti dan imej membentuk reputasi yang kuat atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, imej tidak timbul secara tiba tiba. Ia lahir dari identiti yang dipunyai oleh organisasi. Identiti ini dipersembahkan kepada khalayak melalui aktiviti Selanjutnya, imej akan diterjemahkan oleh publik

komunikasi untuk membentuk imej.

melalui rasa kepuasan mereka terhadap perkhidmatan atau produk yang dikeluarkan lalu membentuk reputasi. Ketiga tiga komponen ini berlaku hanya dengan adanya karektor karektor organisasi. Lazimnya, identiti korporat boleh dirancang dan digubal oleh pihak pengurusan berdasarkan jenis perniagaan bagi sesebuah organisasi. Manakala, imej korporat pula yang terdapat dalam organisasi yang seterusnya membentuk budaya korporat

bermula daripada identiti korporat bagi sesebuah organisasi. Namun begitu, imej tersebut boleh berubah ubah mengikut iklim organisasi dari semasa ke semasa. Secara ringkasnya, imej bersifat subjektif manakala identiti bersifat objektif. Oleh yang demikian, perubahan identiti boleh menyebabkan imej berubah, tetapi dalam pengurusan imej tidak semestinya akan menyebabkan identiti berubah kerana perubahan imej mungkin berlaku disebabkan faktor faktor lain seperti isu atau krisis dalam pengurusan, kerosakan barangan dan perkhidmatan dan sebagainya. Identiti korporat membantu sesebuah organisasi menjawab soalan seperti siapa kita? dan ke mana arah tuju kita? Identiti korporat membolehkan pengguna sedar empunya produk atau perkhidmatan. Secara umumnya, identiti korporat meliputi nama korporat, logo dan alatan yang membantu atau menyokong sesebuah organisasi dengan beberapa garis panduan. Garis panduan ini menetapkan bagaimana identiti sesebuah organisasi digunakan dan disahkan dari segi warna, jenis perkataan, hamparan muka surat dan sebagainya yang melambangkan identiti korporat tersebut. Manifesto fizikal ini merupakan manual identiti korporat. Sifat unik sesuatu jenis logo adalah penting bagi mengelakkan kekaburan dikalangan pelanggan, pembekal, pengguna, afliate, dan orang ramai. Sejauh mana sesuatu jenis logo mencapai matlamat ini, ia boleh berfungsi sebagai tanda dagang, dan boleh digunakan bagi mengenalpasti secara unik perniagaan, organisasi, peristiwa, produk, datau perkhidmatan. Apabila jenis logo direka, satu cara yang paling berkesan adalah mendaftarkannya sebagai tandadagang, agar pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh menggunakannya, atau mengganggu pemilik menggunakannya. Sekiranya hak berkait dengan jenis logo diperkukuhkan dan dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadi harta hakmilik intelektual (intellectual property) yang berharga. Kebanyakkan syarikat mempunyai identiti mereka tersendiri dalam menjalankan perniagaan mereka sama ada produk ataupun perkhidmatan. Tanda dagangan, logo dan slogan secara konsistennya pada produk, pembungkusan dan iklan. Syarikat syarikat besar membelanjakan beratus ribu ringgit untuk mengemaskini dan mendirikan logo mereka, sementara perniagaan perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan untuk membina logo korporat mereka. Dalam tugasan ini, penulis membincangkan secara terperinci satu contoh manual identiti korporat sebuah organisasi iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), selain daripada ulasan tiga artikel utama berkaitan dengan identiti korporat.

2.0

ULASAN ARTIKEL Alina Wheeler (2206), mencadangkan organisasi dibina daripada persekitaran yang

menyeluruh dan organisasi menggubal sendiri persekitarannya di peringkat dalaman dan juga luaran. Secara dalaman, organisasi bertindak melalui making sense pengalaman lampau dan melalui pembinaan identiti tersendiri untuk mengendalikan masalah dalaman. Ini akan

membentuk kesepaduan dan menguatkan lagi tindakan. Ada diantara identiti yang kuat terbina di dalam organisasi yang telah lama wujud. Secara luarannya, organisasi secara subjektif membentuk imej untuk mengurus dalam menjana persepsi yang digemari oleh publik luaran. Tindakan ini yang akan membezakan organisasi dengan yang lain. Beliau juga menyatakan bahawa identiti korporat adalah jumlah keseluruhan tindakan yang dipilih oleh syarikat untuk dikenali oleh semua publik. Walau bagaimanapun, secara jelasnya ia mesti direkabentuk untuk memujuk semua orang yang berkepentingan terhadap organisasi. Alina Wheeler menambah bahawa identiti korporat berdasarkan disiplin yang luas meliputi pengurusan, komunikasi dan perlakuan. Jika identiti korporat digunakan secara terancang ia boleh menonjolkan pendirian dan tindakan organisasi. Identiti korporat yang berdasarkan budaya organisasi dan sesuatu yang tidak diucap adalah gabungan wawasan strategik. Identiti korporat juga boleh menjarakkan organisasi dengan pesaing dan juga menjadi sumber penting mewujudkan peluang untuk bersaing. Dalam artikel lain yang dikaji oleh Van den Bosch, A.L.M., De Jong, M.D.T., & Elving, W.J.L. (2005), mereka telah bekerjasama membangunkan model identiti korporat yang terdiri daripada komunikasi dan identiti visual, perlakuan, budaya korporat, kondisi pasaran, organisasi, produk dan perkhidmatan. Dalam usaha membangunkan identiti

korporat, syarikat perlu berusaha untuk membentuk identiti yang sesuai dengan persekitaran dan objektifnya. Identiti dibentuk melalui proses yang lama dan memakan masa yang

panjang. Identiti yang dibentuk dan dibangunkan ini diprojeksikan menjadi satu identiti yang positif untuk meningkatkan keyakinan publik terhadap kualiti dan pencapaian syarikat. Walaupun begitu, identiti yang ada jika tidak diprojeksi dengan sistematik ia tidak bermakna. Oleh yang demikian, identiti yang ada perlu dikomunikasikan kepada orang ramai melalui aktiviti komunikasi korporat agar publik dapat melihat identiti secara jelas. Perbincangan berkaitan identiti akan melihat kepentingan penonjolan dan aktiviti yang

sedang dan perlu dilakukan oleh syarikat untuk mempersembahkan identiti mereka kepada publik. Banyak definisi dan pandangan dalam konsep personaliti korporat, imej korporat, identiti korporat dan logo korporat. Routledge (2006), berpendapat masalah dalam identiti korporat dan imej korporat boleh bertukarganti. Personaliti korporat ditentukan oleh identiti korporat. Semua syarikat mempunyai personaliti yang tersendiri di mana terdiri daripada karektor, tingkahlaku dan intelektual. Ketiga tiga perkara ini dapat membezakan

personaliti sesebuah syarikat. Identiti korporat pula mempunyai beberapa elemen penting seperti kepercayaan, pengalaman, perasaan, pengetahuan, sikap atau gaya dan persepsi terhadap organisasi. Keseluruhan tanggapan ini merupakan imej sesuatu korporat. Dengan mengekalkan atau membesarkan syer pasaran, membina hubungan yang baik dengan pelanggan dan rakan niaga yang lain akan memberikan tanggapan psoitif di kalangan pelanggan terhadap syarikat. Menurut Routledge lagi, satu cara pengguna membezakan sesebuah syarikat di masa hadapan adalah melihat imej dan logo korporat itu. Identiti merupakan perkara penting bagi sesebuah syarikat untuk menarik perhatian dan memberi kepercayaan yang tinggi terhasap pelanggan. Dalam kajian Routledge (2006) terhadap identiti korporat Cina, mencadangkan definisi identiti korporat berdasarkan teori organisasi. berasaskan interaksi sosial, iaitu: Identiti korporat adalah aktor korporat iaitu bertindak sebagai wakil syarikat mereka dalam interaksi sosial dengan actor lain dalam konteks yang khusus. Ianya melibatkan persepsi yang dikongsi bersama, cara melakukan sesuatu dan sebagainya melibatkan tingkahlaku. Dalam proses ini aktor korporat adalah sama pentingnya dengan aktor lain; identiti korporat menonjolkan syarikat tersebut sebagaimana ianya relevan dengan yang lain. Aktor korporat membina identiti yang berbeza dalam konteks yang berlainan. Berikut merupakan cadangan Routledge berkaitan amalan yang baik dalam menjayakan strategi identiti korporat: Perbezaan. Dalam pasaran sengit pada masa kini, penjenamaan sesebuah syarikat perlulah jelas perbezaannya dengan organisasi atau syarikat yang lain. Produk atau perkhidmatan Definisi identiti korporat ini

yang mereka niagakan perlulah berbeza dengan yang lain atau yang sedia ada, untuk menjadi perhatian, dikenali dan disukai ramai. Relevans. Jenama sesebuah syarikat atau organisasi perlulah mempunyai hubungan

dengan apa yang publik harapkan. Untuk membina kehendak ramai, mereka perlulah memahami dan memenuhi kehendak dan aspirasi pelanggan dan pengguna. Keselarian (koherens). Untuk mempastikan kredibiliti pelanggan dan pengguna, jenama mestilah selari atau sejajar dengan yang mereka katakan. Semua mesej, komunikasi pemasaran, pengalaman penjenamaan dan penghantaran produk atau perkhidmatan perlulah memberi makna dan kepuasan kepada pelanggan dan pengguna. Keyakinan. Jenama yang berbeza, relevan dan koherens adalah produk atau perkhidmatan yang dihargai dan meyakinkan pihak berkepentingan dalaman atau luaran.

3.0 3.1

MANUAL IDENTITI KORPORAT FELCRA Berhad

Logo

Logo FELCRA Berhad adalah merupakan ekspresi pencapaian matlamat dan objektif organisasi ini. Rekabentuk logo menunjukkan tanda tanda perubahan dalam imej dan hala tuju korporatnya.

Jalinan warna merah, biru dan putih adalah bersamaan dengan jalinan warna Jalur Gemilang - Bendera Nasional. BIRU adalah warna global yang mewakili dunia bisnes; MERAH adalah semangat yang dinamik dan PUTIH melambangkan kecekapan dan kejelasan.

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari gagasan pelan pengembangan FELCRA Berhad.

Rasional Di sebalik Logo:


Bentuk 'rhombus' mewakili bentuk asas daun yang mendasari pertanian. 'Rhombus' berwarna biru mewakili core-business sebagai asas pembentukan ke arah konglomerat yang kukuh.

'Rhombus' berwarna merah mewakili tiga pelan pengembangan FELCRA Berhad iaitu dari segi pengembangan geografi, pengembangan bisnes yang berkaitan dan pengembangan synergistic.

3.2

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Bendera dan logo bandaraya Kota Kinabalu Maksud warna:

Warna Biru Muda melambangkan kebenaran, keyakinan dan kejayaan.

Warna Biru Tua melambangkan perpaduan, keharmonian dan semangat kerjasama.

Warna Merah melambangkan keyakinan, keberanian, kecekapan, kebenaran dan keadilan. Warna Putih melambangkan perkhidmatan yang bersih, amanah dan saksama. Warna Kuning melambangkan kemakmuran dan kecemerlangan. Warna Hijau melambangkan kesegaran, perkembangan dan kemajuan.

Maskot Bandaraya Kota Kinabalu:

Famili / Nama Saintifik: ARDEIDAE / Egretta alba Burung bangau ini adalah yang terbesar (82sm-120sm) dalam kumpulan burung bangau. Bulunya berwarna putih dan kakinya pula berwarna hitam. Paruhnya berwarna kuning tetapi bertukar menjadi hitam semasa musim pembiakan, iaitu pada bulan April hingga bulan September. Bangau ini sering dijumpai di sawah padi, kawasan paya dan hutan bakau Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Di Kota Kinabalu ia sering ditemui di Likas Lagoon dan di dalam semak di kawasan paya biasanya dalam koloni yang kecil. Pembinaan sarang untuk bertelur dimulai oleh bangau jantan kemudian disudahi oleh keduadua pasangan. Kadangkala pembinaan ini berlarutan sehingga anak burung muncul. Makanan bangau adalah ketam, ikan dan haiwan kecil yang dapat ditangkap dalam air atau lumpur. Biasanya dilihat bersendirian atau dalam kumpulan kecil dan kerap ditemui di Semenanjung daripada Sabah dan Sarawak.

Famili / Nama Saintifik : ORCHIDACEAE / Phalaenopsis amabilis

Genus Phalaenopis diterbitkan sempena perkataan Yunani (Greek) Phalaina bermaksud rama rama dan Opsis menyerupai (likeness) dengan merujuk kepada bentuk bunganya yang besar dan cantik seakan akan menyerupai seekor rama rama. Phalaenopsis amabilis (Latin amabilis bererti cantik molek) juga dikenali sebagai Orkid Borneo, adalah Orkid Epifit. Ia mempunyai batang yang pendek dan berdaun bujur panjang mencapai 30sm dan selebar 12sm. Tangkai bunganya boleh mencapai 80sm yang boleh menampung sehingga 20 kuntum bunga berwarna putih sebesar 8 hingga 10sm. Spesis orkid ini banyak didapati di Borneo. Mudah ditanam, biak, kacuk, pelihara, mudah alih dan senang dijaga tanpa memerlukan penggunaan tanah-tanih.

Pokok Rasmi Bandaraya Kota Kinabalu

Famili / Nama Botanik : CASUARINNCEAE/Casuarina sumatrana atau Casuarina nobile

Spesis Casuarina mempunyai dedaun yang menghijau, cantik dan sesuai untuk dijadikan hiasan. Daunnya membentuk mahkota yang diliputi belukar dengan bayang yang malar dan bersimetri. Ianya membesar secara perlahan-lahan dan jangka hayatnya hanya boleh mencapai sehingga 70 tahun. Ianya tidak perlu dicantas atau dipotong. Adalah senang untuk memeliharanya kerana ia mempunyai ciri cabang yang sedikit. Batang pokoknya dikenali sebagai kayu keras. Pokok Sempilau Laut ini disusun secara teratur bagi lanskap di tepi jalan. Apabila pokok pokok berteduh dapat disediakan. Casuarina ini berasal daripada famili Casuarinnceae. Manakala Casuarina sumatrana pula berasal daripada Sumatrana ru. Spesis Casuarina ini adalah berbentuk simetri dan mempunyai daun yang rimbun dan cantik berbanding dengan Casuarina equisetifelia. Ia mempunyai ranting berbentuk jarum sepanjang 8 inci dan tidak mempunyai cabang . Ianya mempunyai diameter iaitu 12 meter sementara ketinggiannya pula adalah 16 meter. ini ditanam di kedua dua tempat, banyak tempat

4.0

PENUTUP Justeru itu, identiti korporat adalah apa yang syarikat mahukan atau lakukan. Ia

merangkumi produk, perkhidmatan, gaya pengurusan, aktiviti komunikasi dan tindakan di seluruh dunia. Kaji selidik oleh para sarjana mendapati manfaat ke atas identiti korporat dalam produk dan jualan akan menjadi identiti korporat yang baik dan kualiti terhadap syarikat dan membolehkan syarikat menjual lebih kepada pengedar dan boleh membesarkan saiz pengeluaran produk. Memang tidak dapat dinafikan untuk membina identiti sesebuah organisasi atau syarikat memerlukan kemahiran perancangan jangka panjang. membataskan fokus mereka untuk seminggu atau sebulan. Pengurusan tidak boleh Perancangan adalah untuk

memastikan identiti korporat yang positif, berkesan dan mencipta impresi bagi semua pihak. Identiti korporat dibentuk dengan pelbagai cara dan unik bagi memudahkan publik membuat tanggapan yang tepat terhadap sesebuah organisasi atau syarikat. Sebagaimana yang telah dibincangkan, identiti korporat diterjemahkan oleh aktiviti komunikasinya. Seperti yang telah dibincangkan aktiviti komunikasi antaranya ialah yang berbentuk tangible, misalannya simbol, warna, budaya, mercu tanda, lagu, arkitektur dan lain lain manakala yang bukan tangible pula adalah dalam aspek hubungan media, hubungan komuniti dan beberapa cara khas yang lain. Identiti korporat yang baik sudah pasti menjadi impian setiap organisasi agar mereka sentiasa mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar terutamanya pemegang pemegang saham. Buat masa yang sama kajian kajian yang dilakukan oleh para sarjana dianggap perlu untuk menambah jumlah kajian yang sedia ada serta sedikit sebanyak dapat membantu kajian kajian yang bakal dilakukan pada masa akan datang.

RUJUKAN Alina Wheeler, (2006). Designing brand identity: A complete guide to creating, building, and maintaining strong brands. New York: Wiley. 2nd Edition.

Chouliaraki, Lilie & M. Morsing, (2010). Media, Organizations and Identity. pp. 95

Routledge, (2006). Chinese Identity Corporate. Rockport Publishers.

Van den Bosch, A.L.M., De Jong, M.D.T., & Elving, W.J.L., (2005). How corporate visual identity supports reputation. Corporate Communications. An International Journal, 10 (2), pp. 108116.

Corporate Identity. http://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti , (2012, 22 Oktober).

Identiti Korporat FELCRA. http://www.felcra.com.my/web/guest/57 , (2012, 22 Oktober).

Jabatan Perhubunga dan Perkhidmatan Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. http://www.dbkk.sabah.gov.my/bm/content/news, (2012, 22 Oktober).

Anda mungkin juga menyukai