Anda di halaman 1dari 2

UTHM/MKP KKTU & PTA ( )

Kepada:
Ustaz Abu Hanifah Bin Abu Mukhtar

Melalui:
Puan Robijah Binti Kamarulzaman
Dekan
Pusat Pengajian Bahasa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PANEL UNTUK FORUM BICARA INI DEMI ILAHI

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian dan Etika, Majlis Kepimpinan Pelajar
Kolej Kediaman Taman Universiti dan Pelajar Tanpa Asrama akan menganjurkan Forum
Bicara Ini Demi Ilahi sempena Program Tun Hussein Onn Festival UTHM . Butiran
program adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 April 2017 (selasa)


Masa : 8.45 mlm – 10.45 mlm
Tempat : Padang Kawad , UTHM

3. Sehubungan itu, kami ingin menjemput ustaz sebagai ahli panel dalam Forum
Bicara Ini Demi Ilahi yang akan dijalankan seperti tarikh yang tertera di atas.

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat
membantu bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Jasa baik pihak ustaz kami dahului
dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

MOHAMMAD FATIHI ASHRAF BIN ADNAN


Ketua Biro Kerohanian & Etika,
Majlis Kepimpinan Kolej Kediaman Taman Universiti & Pelajar Tanpa Asrama,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
H/P: 014-5252055

Anda mungkin juga menyukai