Anda di halaman 1dari 1

Soalan: Ke arah memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. Bincangkan.

FORUM 3
Profesion keguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Peranan guru dalam era globalisasi kini
semakin kompleks dan mencabar. Bagi meningkatkan martabat keguruan, golongan guru
dengan pakatan semua pihak hendaklah digerakkan dari semasa ke semasa. Pihak-pihak
tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi
yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
(NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.
Selain itu juga, kemudahan kediaman disediakan supaya guru lebih selesa
menjalankan tugas tanpa menghadapi masalah tempat tinggal,terutama untuk guru di
luar bandar, pedalaman dan bandar-bandar besar melalui pembinaan kuarters baru
serta membaik pulih kuarters yang sedia ada. bilik guru dan bilik darjah yang kondusif juga
disediakan untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan
tambahan dan pembinaan baru
Profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sambutan hari guru pada 16 Mei
setiap tahun dan ia diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai
sumbangan dan jasa para guru. Melalui sambutan ini, guru akan rasa usaha serta sumbangan
mereka dalam mendidik anak bangsa dihargai sekali gus dapat melonjakkan semangat guru.
untuk mendidik anak bangsa.
Guru harus jelas akan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru dan menggalas
tanggungjawab tersebut dengan jayanya. Semua pihak perlu berganding bahu untuk
meningkatkan profesionalisme guru dantidak mengharapkan sebelah pihak sahaja

Anda mungkin juga menyukai