Anda di halaman 1dari 3

Syarahan

Selamat pagi dan salam sejahtera saya


ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada hari
ini, saya ingin mengucapkan sebuah syarahan
yang bertajuk “Cara-cara Memupuk Perpaduan
antara Kaum”.
Hadirin sekalian,
Pada masa kini, negara kita menjadi maju.
Namun, masalah perpaduan telah menjadi
semakin serius. Masalah ini telah
membimbangkan semua orang. Oleh itu, kita
harus memupuk perpaduan antara kaum.
Pertama sekali, kita harus kunjung-
mengunjungi semasa sambutan perayaan.
Sebagai contohnya, Hari Raya, Tahun Baru
Cina, Hari Deepavali dan sebagainya. Dengan
cara ini, kita dapat mengeratkan hubungan
antara satu sama lain.
Selain itu, kita juga harus menghormati
budaya kaum lain. Kita harus mengenali adat
budaya kaum-kaum yang berbeza. Misalnya,
orang cina tidak menyapu lantai pada hari
pertama Tahun Baru Cina.
Hadirin yang dihormati,
Di samping itu, kita juga boleh mengadakan
rumah terbuka pada hari perayaan. Kita boleh
menjemput rakan-rakan yang berkaum lain
untuk menghadiri ke rumah kita. Sebagai
contoh, orang melayu selalu mengadakan
rumah terbuka untuk menjemput rakan-rakan
pada Hari Raya.
Kesimpulannya, kita harus berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk memupuk
perpaduan antara kaum.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai