Anda di halaman 1dari 2

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Kesetiaan kepada Raja dan Negara ialah rukun negara yang kedua. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud mentaati segala perintah daripada seluruh Raja Malaysia. Seseorang yang taat setia kepada
negara dan rajanya tidak akan berniat untuk mengkhianati negaranya sendiri serta sedaya upaya untuk
mempertahankan maruah dan bangsa negara yang tersayang.

Kita sebagai rakyat harus setia kepada raja dan negara agar negara kita sentiasa aman makmur. Jika kita
melanggari rukun negara ini, negara kita mungkin dijajah berlaku peperangan dan peperangan politik.
Masyarakat yang mengutamakan nilai setia kepada raja dan negara akan sentiasa berusaha untuk
mewujudkan masyarakat yang berusahs tinggi.

Masyarakat juga perlu setia kepada raja dan negara supaya keamanan negara,kesetiaan kepada tanah
air, kerjasama antara kaum dan nilai-nilai lain dapat dipupuk. Ramai rakyat yang tidak setia kepada raja.
Contohnya di dalam berita terdapat dua orang wanita yang menconteng mural perdana menteri, Yang
di- Pertuan Agong dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Terdapat ramai juga rakyat yang sering mencaci dan memaki Raja dan Perdana Menteri tanpa berfikir.
Namun mereka tetap akan terima hukuman kerana tidak menghormati dan setia kepada Raja. Kita
haruslah berfir sebelum melakukan sesuatu yang kita rasa ianya betul. Mengapa rakyat sering
memperlekehkan Raja? Kerana mereka berasa tidak puas hati dan mempunyai sifat batu api yang sangat
besar.

Kesetiaan kepada raja dan Negara juga perlu diamalkan agar kita disayangi oleh raja dan negara. Demi
perasaan taat terhadap negara dan raja yang tinggi, masyarakat akan cuba sedaya upaya untuk
mempertahankan keamanan negara tanpa tumpahan darah. Selain itu, masayarakat yang taat dan setia
akan sentiasa berfikir secara rasional sebelum melakukan sebarang tindakan mereka tidak merosakkan
keamanan negara.

Nilai ini mampu mewujudkan mewujudkan masyarakat yang setia kepada negara dan tidak berniat
untuk membelot negara sendiri. Contoh-contoh taat setia pada raja dan negara adalah berdiri tegak
semasa menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Rakyat juga akan mengelakkan diri dan
menghisap dadah agar nama negara mereka tidak tercemar, menghormati dan menyanjung tinggi
golongan pemimpin-pemimpin negara dan menyambut kedatangan pemimpin dengan meriah. Rakyat

1
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

juga akan menyambut hari kemerdekaan setiap tahun untuk mengingati jasa-jasa pemimpin yang telah
terkorban demi mendapat kemerdekaan.

Akhirnya jika kita taat setia kepada raja dan negara, perpaduan negara akan terpelihara dan negara juga
akan berada dalam keadaan aman dan damai. Pemerintah negara juga akan dapat memerintah dengan
baik. Kesimpulannya, kita perlu menghormati raja dan pemimpin agar kita semua akan disayangi oleh
raja, negara dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai