Anda di halaman 1dari 8

7/17/2022

TEMA : TEKNOLOGI
TAJUK PINTARKAH ANDA
BICARA
BERIRAM SKBUKIT BARU-MELAKA TENGAH-BIBER
A 22

2 PINTARKAH ANDA???
TAJUK: PINTARKAH ANDA ?

SEGMEN #Pendahuluan
1
1 SR (Lagu : Melodi lagu Janna Nick)
(Tajuk lagu : Cantik)
Kamu cantik, cantik, cantik,
Bukahkah kau sudah berpunya?
Aaa...aa..aa...aa...aa...auw

2. S Amboi, amboi....
Meriahnya
Lagu apa ini??

3. SR Alah.. lagu yang popular di laman sosial sekarang ni lah..


Kamu tidak tahu?? Lagu “Cantik”

4. S Tidak..
Saya mana terdedah dengan teknologi...

5. SR Apa??
Ish, ish,ish kasihannya!

6. S Assalamualaikum

7. SR Assalamualaikum

8. SR Kami anak siber Malaysia menyampaikan bicara berirama yang


bertajuk “PINTARKAH ANDA?”

SEGMEN #Faedahteknologi
2
3 PINTARKAH ANDA???
1 S Pada zaman sekarang, boleh dikatakan setiap orang memiliki
telefon pintar untuk memudahkan kita berkomunikasi antara
satu sama lain.
2 SR Serentak dengan itu juga wujudnya pelbagai aplikasi untuk
bersosial seiring dengan perkembangan teknologi hari ini.
Contohnya
3 SR Tik Tok
4 SR Facebook
5 SR Instagram
6 SR Twitter
7 SR dan banyak lagi.
8 S Saya tidak tahu muat turun gambar dalam media sosial
9 SR Ooo...Cari sahaja dalam Tik Tok...berlambak kaedah yang
dikongsikan
10 S Ingin mengetahui perkembangan artis?
11 SR Wow..tweet atau follow sahaja di Instagram
12 S Ingin tambah rakan?
13 SR Bagaimana..bagaimana..bagaimana
14 S Tik Tok kan ada...
15 SR Ring...ring...ring...ring
16 SR Encik Hariz ada di rumah?
17 SR Ya. Siapa itu?
18 SR Saya dari Shoppe ingin menghantar barang encik.
19 SR Wah, seronoknya!
20 S Kawan-kawan
21 SR Ya
22 S Sebenarnya, banyak kelebihan membeli secara atas talian.
23 S Saya tahu. Jimat masa, jimat wang dan tenaga.
24 SR Jimat masa, jimat wang dan tenaga.

SEGMEN #Gunasecarapintar
3
1 SR Eh..senyap sahaja, Ariq mana??
2 S Ariq!! Oo..Ariq!

4 PINTARKAH ANDA???
“Awak kat mana..awak..awak kat mana”
(Lagu: Awak Kat Mana?)
3 S Ya, saya di sini. Saya sedang bermain permainan video. Dah
sampai tahap lima!
4 SR Itulah kamu...
Leka sangat.
5 SR Gunalah secara pintar untuk
6 SR berhubung
7 SR mencari maklumat
8 SR dan mengetahui info terkini
9 SR Sekiranya disalahgunakan, boleh melekakan
10 SR membazirkan masa
11 SR memutuskan hubungan
12 SR dan akhirnya meruntuhkan institusi kekeluargaan
13 SR Ibu bapa dan anak-anak leka menggunakan gajet dan kurang
berkomunikasi.
14 S Sampai macam tu sekali?
15 SR Ya...sikap beginilah yang memudarkan kasih sayang antara
ahli keluarga dan menjarakkan lagi hubungan mereka.
16 SR Dengan kawan-kawan pun begitu juga.
Ada sahaja bahan atau isu yang boleh dibualkan bersama di
media sosial.
17 SR Tetapi hakikatnya bila bersua..
18 SR diam seribu bahasa.
19 S Betul, betul, betul. Gajet bukan lagi segala-galanya!

SEGMEN #Jagaetikakemanusiaan
4
1 SR Vrooommmm... Vrooommmm...
(bunyi motosikal brek mengejut...)
Eeiitttt...kebaa...boommm...
2 S Tolong ada kemalangan di sana. Panggilkan ambulan

5 PINTARKAH ANDA???
3 S (Bunyi ambulan)
4 SR Klik..klikk...cepat kita tularkan
Status Tik Tok, Facebook, Instagram
“Pemuda kemalangan di gilis lori”
Aduh...ngerinya...
5 SR Kakinya putus
6 SR Tangannya patah
7 SR Mukanya berdarah
8 SR Oohh..darah(pengsan)
9 SR Amboi..seronoknya menjaja cerita
10 SR Sedarkah kita akan sensitiviti orang lain?
Samada penerimaan berlaku secara positif atau negatif tetap
meninggalkan kesan kepada mangsa.
11 S Tempiasnya juga sedikit sebanyak mungkin terkesan pada
ahli keluarga, saudara mara dan rakan mangsa.
12 SR Cuba kita fikirkan bagaimana jika berlaku pada diri sendiri
atau ahli keluarga kita?
13 S Sedih bukan?
14 SR Justeru, setiap tindakan yang ingin diambil perlulah diiringi
dengan etika dan ditimbang dengan neraca kemanusiaan.

SEGMEN #adabmana
5
1 S (Sajak)
Kita masih ada masa
Adakah luntur budi terpahat
Adakah hanyut bahtera ketertiban
Belum terlambat memperkasa semula
Bina semula gapura keinsanan
Bangunkan kita daripada mimpi dan lena
Agar budi bahasa lestari meniti zaman

2 SR Kita masih ada masa


3 SR (Berbuat bising sesama sendiri)
4 S Diam! Kenapa ni?
5 S Saya nak kongsi berita ni!

6 PINTARKAH ANDA???
6 S Tularkan.
Biar semua rakan laman saya tahu!
7 S Eh, kamu tidak boleh begitu.
8 SR Jika tidak suka, beri pendapat secara berhemah.
9 SR Fikir perasaan orang lain.
10 SRKR Jaga air muka orang lain.
11 SR Paling penting...
Jangan kamu pula yang tidak bijak.
Bak kata pepatah, jangan meludah kelangit, nanti jatuh ke
muka sendiri
12 S Arghhhhhhhhhhhhhh!!! Tertekan..tertekan..tertekan
13 SR Ha...??Tertekan? Tertekan apa?
14 S Aduhai...bukan tersalah “tekan”...tapi perasaan yang
“tertekan.”
15 SR Kenapa pula?
16 S Ya lah..maknanya kita tidak bolehlah bersuara dan
menyatakan pendapat.
17 SR Bukan begitu... media sosial bukan hak milik kita seorang
sahaja..kan???
Jadi berilah pendapat secara berhemah,
18 SR Jaga adab semasa bercakap
Fikirkan perasaan orang lain.
19 SR Satu lagi...
20 S Apa dia???
21 SR Sebelum tularkan sesuatu perkara, pastikan kesahihannya
terlebih dahulu

SEGMEN (Pantun)
6
1 S Teknologi maklumat mengubah manusia,
Kemajuan ini membuka jendela,
Kegilaan dan petaka memburu kita,
Ketahanan diri mengelak sengsara.

Propaganda negatif meracuni minda,


Pornografi juga semakin berleluasa,
Sukar bagi kita untuk menghalangnya,
Keruntuhan jiwa tiada akhirnya.
2 SR Keruntuhan jiwa tiada akhirnya
3 SR Akhirnya
Semua kembali kepada diri kita sendiri
4 SR Tanya hati,
5 SR Tanya iman

7 PINTARKAH ANDA???
6 SR Tepuk dada tanyalah selera
7 SR Adakah kita menggunakannya sebaik – baiknya?
8 SR Telefon pintar memang pintar...tapi pintarkah kita jika...
9 SR Setiap berita dikongsi,
Namun kesahihannya belum lagi dikenalpasti
10 SR Apabila sedang memandu,
Mata pada telefon selalu
11 SR Asal ada isu mesti hantar komen
Tanpa memikirkan sebarang kesan
12 SR Kesimpulannya, jadilah pengguna yang pintar
13 SR Sekian, wabilahitaufiq walhidayah,wassalamu’alaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

8 PINTARKAH ANDA???

Anda mungkin juga menyukai