Anda di halaman 1dari 45

CERPEN : ANNYSS SOPHILLEA Soalan 2(b) - Set 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan

berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. PERSINGGAHANNYA ke Bumi banyak melukiskan detik-detik indah bersama. Siapa sangka seorang gadis lemah lembut ini sanggup meredah alam yang jauh lagi asing demi yang dikasihi. Ternyata lemahnya bukan bererti kalah dan lembut tidak bermakna menyerah. Sesuai dengan namanya persinggahan, Annyss hanya hinggap sebentar di Bumi, kalau-kalau ada orang yang dicarinya di sini. Saatnya telah tiba kini. Persinggahan pasti menuntut perpisahan yang seterusnya mengemis air mata. Bagai mutiara terputus dari rangkaian, gerimis sendu mula rebas. Akmal sedar betapa kasihnya Annyss pada Eyrique. Seribu lautan sanggup direnangi, sejuta bintang sanggup dilewati. Apabila kau sudah kembali ke Alstonia, katanya, adakah kau akan kembali semula? Jika ditakdirkan. Kalau sudah muktamad keputusanmu, Annyss, apa lagi yang boleh kuperkatakan, Akmal mengeluh. Sesungguhnya Annyss umpama akar tunjang, lemah dan liat, desis hati kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah tidak dapat. Hakikat bahawa Annyss seorang perantau dunia luar sudah lama sebati dengan akalnya. Kalau dahulu, pertama kali Annyss menyatakan tentang kebenaran itu, hampir sasau dia memikirkannya. Siapa yang akan percaya jika Akmal mencanangkan bahawa dia mempunyai seorang teman baru daripada dimensi Alstonia? Sejagat raya akan berdekah-dekah mentertawakannya. Tetapi kini dia sedar,dia adalah insan yang istimewa yang diberi kesempatan waktu untuk berkenalan dengan Annyss. (Dipetik daripada cerpen Annyss Sophillea, antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan sifat Annyss seperti yang dikenali oleh Akmal dalam petikan di atas? [3 markah] (ii) Apakah tindakan anda sekiranya anda bertemu dengan manusia yang berasal dari planet lain? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat dalam cerpen. [3 markah]

Soalan 2(b) - Set 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Bagaimana dengan Eyrique? Sudah ditemui? Pertanyaan Strenn berbau sinis. Lupakan dia Annyss, kalau kau menjadi isteriku, sekaligus kau adalah Permaisuri Alstonia. Tapi Eyrique naik takhta, kau tidak akan dapat apa-apa. Strenn telah merasakan kemenangannya. Untuk pengetahuan kau, aku sudah pun berjumpa dengan Eyrique. Annyss cukup nekad dengan jawapannya. Esok akan kubawa dia ke istana. Bersedialah! Dengan hemburan kata-kata itu, Annyss meninggalkan Strenn yang amat terkejut. Air mukanya jelas berubah tatkala Annyss menekan perkataan sudah. Annyss sendiri agak tergamam dengan tindakannya. Entah mengapa lancar benar lidahnya mendustai Strenn. Dalam diam dia memasang tekad. Eyrique harus muncul esok walau apa sekalipun halangannya. Annyss menghempaskan diri di atas katil peraduannya. Kekecohan ini timbul semenjak Maharaja Alstonia yang ke-73 mangkat, Eyrique sebagai pewaris tunggal belum mencapai usia kedewasaannya. Oleh itu, adinda baginda dilantik sebagai pemangku. Namun setelah masanya tiba, kehilangan Eyrique yang mendadak menjadi satu misteri. Ada yang berkata, dia merajuk kerana ayahanda saudaranya enggan menyerahkan takhta kepadanya. Kemangkatan bonda Annyss pula menambahkan kekeruhan suasana. Tetapi Annyss amat mengenali perilaku Eyrique. Sejak kecil lagi, Eyriquelah musuh dan Eyrique juga teman sepermainan. Annyss tahu, merajuk bukanlah sifat Eyrique. (Dipetik daripada cerpen Annyss Sophillea, antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah berlaku pertelingkahan antara Strenn dengan Annyss? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang baik? [3 markah] (iii) Huraikan satu perwatakan Annyss Sophillea yang terdapat dalam petikan dan dua lagi perwatakannya dalam cerpen. [3 markah]

(ii)

CERPEN : LAMBAIAN MALAR HIJAU Soalan 2(b) Set 1 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu. Apa maksud cikgu? Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam. Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan, 20km dari sini sudah tiada lagi cikgu, kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami kekecewaan yang pedih. Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada. Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga akan terjamin, hujah Jo. Daneng merenung wajah Jo, Wajahitu diselubung awan kerisauan. Perasaan takut, bingung dan sedih bercampur baur, berombak kencang dalam dadanya. Terasa mahu sahaja dia berlari meninggalkan guru kesayangannya itu. (Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau, antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah kata-kata semangat yang diluahkan oleh Cikgu Jo agar Daneng meneruskan persekolahannya? [3 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengekalkan hutan? [3 markah]

(ii)

(iii)

Huraikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran daripada keseluruhan cerpen. [3 markah]

Soalan 2(b) Set 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Daneng memperbaiki kailnya sambil melihat ke dalam tin yang berisi dua ekor ikan haruan perang yang besar. Anak matanya yang keperangan memancar dalam genangan air mata. Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak, Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin untuk membantu kaummu. Setakat ini, Cuma ada lebih 50 atau 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti. Daneng merenung jauh ke tengah danau biru. Cikgu kasihan melihat cara hidup masyarakatmu. Cikgu menganggap kami miskin, bukan? Bukan sahaja cikgu, ramai orang luar yang simpati akan kami. Tetapi konsep miskin itu tidak ada dalam kamus kami. Seluruh hutan dan belantara ini, danau dan tanah ini, milik kami bersama, milik kami sejak berzaman. Hutan ini tidak membenarkan sebarang kekurangan kepada kami. Daneng bersuara dengan agak serius. Kekaguman mengisi benak Jo sekali lagi melihat kepetahan anak muridnya itu berpidato. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Daneng memang bijak dan mempunyai masa depan yang cerah jika diberi peluang. Keinginan untuk meneruskan niatnya terus membara. (Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau, antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah alasan Cikgu Jo untuk memujuk Daneng meneruskan persekolahan? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah penebangan hutan yang berleluasa akhir-akhir ini? [3 markah] Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan tiga lagi nilai murni yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

(ii)

(iii)

CERPEN : VIRUS ZEL UNTUK ABAH Soalan 2(b) Set 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Abah, Zel dah hampir 20 tahun. Anak abah ni dah dewasa. Jangan abah lupa, Zel sebahagian daripada abah dan mama. Akhirnya kuperoleh juga kesempatan yang telah kuintai hampir sekian lama untuk meluahkannya. Meluahkan segalanya kepada abah. Rupanya aku masih gagah untuk mencapai kesempatan ini buat mencungkil resah kalut abah selama ini, lebih-lebih lagi tentang mama. Sesungguhnya sejak dulu lagi lubuk hatiku terbeban dengan saratnya timbunan persoalan tentang mama-abah. Malah kurang lebih lewat sepuluh tahun lalu aku mula mencipta, mencanai, mentafsir tentang mereka. Apalagi dengan keresahan dan nanarnya aku memastikan jawapan terbaik untuk kawan-kawan sekolah yang kerap menujah aku dengan deretan soalan yang menyentuh, menggigit dan menghiris, malah harus sahaja menyeksa perasaan anak gadis seperti aku yang tidak mengerti apa-apa ketika itu. Apa yang abah cuba cipta sebagai penyelesaian ialah: Memang itu kenyataannya. Zel perlu berterus-terang kepada kawan-kawan Zel yang antara mama dan abah memang dah tiada jodoh. Zel tidak perlu berdalih, mencipta sesuatu lain yang tak benar. Abah tak pernah mengajar Zel untuk berbohong. Ah, abah tidak pernah hendak mengetahui , apalagi memahami tentang itu semua sejak sepuluh tahun lalu hinggalah detik ini! (Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah, antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah perkara yang berlaku antara mama dan abah Zel? [2 markah] (ii) Sekiranya anda sahabat baik Zel, bagaimanakah anda dapat membantu Zel untuk menangani masalahnya? [3 markah]

(iii)

Jelaskan dua konflik yang dialami oleh Zel dalam petikan tersebut dan dua konflik lain yang dialaminya dalam cerpen ini. [4 markah]

Soalan 2(b) Set 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Mama kau tu advanced. Patutlah abah kau rasa inferior. Pernah Win berbisik begitu apabila kami terserempak dengan ma di ruang legar pusat membeli-belah di bandar. Ketika itu ma sedang sibuk mengadakan pameran komputer Powerbook terbarunya. Apakah maksud kau? Aku menarik lengan Win, mengajaknya keluar dari ruang legar menerusi pintu automatik. Yalah, lelaki mana yang tak rasa tercabar apabila lihat wanita berjaya begitu, lebih-lebih lagi wanita itu isterinya. Sorry Zel, aku tak bermaksud untuk merendahkan abah kau. Tapi aku fikir reputasi abah kau sebagai guru sekolah rendah tercabar apabila melihat mama kau jauh lebih berjaya. Huh, wanita sukses dalam bidang komputer dan perniagaan. Wow, thats great enough for a woman like your mum! Kembang kuncup dadaku apabila mendengar kata-kata Win, teman baik sejak kecil. Tetapi sebentar itu aku hampir terduduk apabila memikirkan sesuatu yang jahat, sesuatu yang tidak wajar, sesuatu yang menyimpang jauh daripada pemikiran luhur. Ya, adakah mama career woman yang sengaja mahu mengeksploitasi keintelektualannya, kebijaksanaannya, kecerdasannya, kebolehannya, kelebihannya agar abah rasa inferior? (Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah, antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Mengapakah Win berpendapat reputasi abah Zel tercabar oleh mamanya? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh abah untuk menyahut cabaran itu? [3 markah] Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini. [3 markah]

(ii)

(iii)

DRAMA : SERUNAI MALAM

Soalan 2(b) Set 1 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. IBU SAFIAH IBU SAFIAH IBU : Apa salahnya, biarlah kalau dia suka. : Mak tak tahu hal! Ayah pun tak setuju kalau Umar jadi guru. : Habis? : Piah mahu dia masuk MCS, jadi ADO. : Ya, besar pangkatnya tu! Kenapa dia tak mahu! ( Tersentak mendengar bunyi teksi di luar) Eh, itu bunyi kereta, agaknya ayah Umar sampai! (Bangkit melihat di jendela ) Ya, dia datang? ( Menoleh melihat Piah, gugup ) Eh, Piah, kau berseluar begini, apa kata orang tua tu nanti! : Ah, apa salahnya pakai jeans? : Ya, tapi itu bakal ayah mentua kau.. : ( Dari luar ) Assalamualaikum! ( Ibu Safiah sedikit kelam-kabut, buru-buru ke pintu ) : Ya!...Ah, waalaikumussalam! Eh, Bang Majid, masukla! Eh, mana Kak Minah? : ( Masuk ) Dia berkirim salam sahaja, tak dapat datang. Ada anak buahnya potong jambul, jadi kenalah menolong-nolong. ( Dipetik daripada Drama Serunai Malam karya Usman Awang, dalam Antologi Anak Laut, DBP, 2000, halaman 130dan 131 ) (i) Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan satu perwatakan ibu Safiah beserta contoh yang sesuai. ( 2 markah ) Pada pendapat anda, wajarkah Safiah mengikut teguran ibunya dengan menukar jeans yang dipakainya dengan pakaian lain? Berikan alasan anda. ( 4 markah ) Berikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan dua nilai lain yang boleh didapati dalam keseluruhan drama tersebut. ( 3 markah )

SAFIAH IBU MAJID IBU MAJID

(ii)

(iii)

2(b) Set 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. SAFIAH : Ha itulah susahnya kalau fikiran you asyik ke guru sahaja! Nak jadi guru, sampai you tak mahu tempat lain. Father I bilang kalau masuk Foreign Service ada can ke luar negeri. (memandang Umar, sedikit keanankanakan) You tak suka ke luar negeri? : Ini bukan soal suka tak suka ke luar negeri, Piah. Kalau jadi guru pun bukan tak mungkin I ke luar negeri. : Ke luar negeri sebulan dua melawat-lawat sahaja, buat apa? : Habis maksud you? : I mahu duduk di luar negeri, bekerja di luar negeri. (Memandang ke kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di Paris, di London, di : (Sinis) Di United States, di Hollywood : ( Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika tapi bersemangat semula) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak payah masuk universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak orang yang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap Inggeris pun boleh jadi guru. : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri. I suka jadi guru dan kita pun memang kekurangan guru. : (Tak sabar) You nasionalis sangat.. : (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasional, cuba you tengok. Tiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi berapa orang guru yang bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa yang mahu jadi guru? ( Dipetik daripada Drama Serunai Malam karya Usman Awang, dalam Antologi Anak Laut, DBP, 2000,halaman 128 dan 129) (i) Mengapakah Safiah ingin tunangnya memilih kerjaya sebagai pegawai di luar negeri? ( 2 markah) Pada pandangan anda, apakah sikap yang patut Safiah tunjukkan terhadap Umar? ( 4 markah)

UMAR SAFIAH UMAR SAFIAH UMAR SAFIAH

UMAR SAFIAH UMAR

(ii)

(iii)

Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. (3 markah) DRAMA : JANGAN BUNUH RAMA-RAMA

2(b) Set 1 Baca petikan drama di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Masuk rombongan Permaisuri sambil menyanyi dan menari-rancak . Pelakonpelakon lain turut menyanyi sama,riuh Badut menjadi Raja. ROMBONGAN PERMAISURI: Cantik tuanku berseri-seri Bagai jelma si bidadari Tak setara seluruh negeri Puji puja dagang santeri Bila dengar suara bermadah Lemak lunak begitu indah Berhenti burung telinga ditadah Teringat-ingat dendam tak sudah PERMAISURI: Kakanda, carilah rama-rama yang cantik-cantik supaya adinda tambah berseri dan indah ; lebih daripada perempuan-perempuan lain. BADUT ( RAJA ) : Janganlah adinda gundah gulana. Kakanda telah pun memerintah beberapa orang panglima untuk pergi menangkap rama-rama yang adinda idamkan itu. PERMAISURI: Adinda tak hendak rama-rama itu . Adinda mahu rama-rama yang Kakanda sendiri tangkap, sebab kakanda lebih arif dalam hal ini. BADUT ( RAJA ) : Jika begitu idaman adinda, menjelang subuh berangkatlah kakanda. (Antologi Kerusi) (i) Apakah tujuan Permaisuri meminta raja mencarikannya rama-rama? (2 markah) (ii) Katakanlah raja menolak permintaan Permaisuri itu, apakah yang mungkin akan berlaku? (3 markah)

(iii) Nyatakan dua perwatakan Permaisuri yang terdapat dalam petikan tersebut dan dua lagi perwatakan Permaisuri berdasarkan drama ini. (4 markah) 2(b) Set 2 Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. WAK KELETUNG BIDAN MAH : Bidan Tuk Mah pun merantaulah bersama rombongan ini,mengembara ke seluruh pelosok negara.Hidup bukanlah senang tapi hidup berguna dan membawa erti.Tuk Mah lebih aman. Pada suatu malam kami bermain di sebuah kampung.orang-orang yang datang menonton ialah oang buta.Rupa-rupanya,sekalian penduduk kampung ini ialah orang buta belaka.Peran begitu terharu dengan apa yang dilihatnya Dan Peran terus bertapak di kampung itu supaya dapat menolong orang-orang buta ni.Dia berusaha menolong di mana yang boleh.Dan pada suatu malam,ribut sebegitu menggila di kampung itu.Hujan,ribut,dahsyat.Ada rumah yang runtuh, pohon tumbang,air membanjir dan satu perkara yang sungguh aneh pun berlaku. Semua penduduk yang buta di kampung itu tibatiba boleh lihat.Dan dalam ribut yang dahsyat ini Peran pun hilang.Berhari-hari orang-orang kampung yang sekarang boleh lihat,mencari Peran;hingga melangkah sungai-sungai.Tak jumpajumpa.Ke mana agaknya Peran?Tiga hari tiga malam Tuk Mah tak sedar.Dalam masa ini,Tuk Mah seakan-akan bermimpi,dinasihati jangan bimbang tentang Peran.Dia tak apa-apa.Dan selepas tiga hari tiga malam ini,Tuk Mah pun boleh jadi bidan dan boleh buat ubat orang sakit.Di mana dijemput,Tuk Mah pergilah.Tuk Mah jadi begini adalah kerana Peran.Alhamdulillah.

TUK :

WAK KELETUNG

BIDAN TUK MAH

(i)

Apakah peristiwa yang berlaku di kampung tersebut? [3 markah]

(ii)

Sekiranya anda berada di kampung itu,apakah perasaan anda? 10

[3 markah] (iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai lagi daripada keseluruhan drama tersebut. [3 markah] PROSA TRADISIONAL : SABOR 2(c) Set 1 Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil empat orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, Apabila waktu Maghrib sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa memakai kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi sembahyang, orang bertandakan kopiah itu. Maka kata sipahi, Baiklah, tuan hamba, serta dengan takzimnya. Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur. Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid. Bahawa pada ketika itu Sabor itu pun ada hadir di dalam masjid memakai kopiah yang diberi Jibor itu. Maka dirasanya oleh Sabor itu kepalanya pening. Maka kopiah di atas kepalanya itu ditanggalkannya. Maka diletakkannya di atas mihrab. Maka ia memakai saputangan bertelepuk intan baiduri. Setelah itu, maka bilal pun banglah. Maka dengan takdir Allah taala menggerakkan hati jauhari itu, maka dilihatnya kopiah itu di atas mihrab itu. Maka oleh jauhari diambilnya lalu dipakainya kopiah itu, daripada sangat ia ingin akan kopiah itu. Lalu kamat lalu takbiratulihram. Maka segala makmum pun takbirlah. Baharulah imam membaca fatihah, maka sipahi yang keempat itu pun datanglah lalu diparangnya leher jauhari itu putus terpelanting pada kaki Jibor itu. Maka Jibor pun terkejut lalu ia melompat. Maka segala orang yang sembahyang itu pun habis pecahlah lari. (Dipetik daripada Sabor Dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa & Pustaka) i) Nyatakan maksud bersetia seperti yang digunakan dalam petikan di atas. (2 markah) ii) Bagaimanakah Sabor terselamat daripada menjadi mangsa pembunuhan sipahi itu? (3 markah) iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesuatu pembunuhan kejam sentiasa mendapat

11

perhatian masyarakat? (3 markah)

2(c) Set 2 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunaka ayat anda sendiri. Maka ia berkata serta marahnya, Hai Saidah, engkau ini gatal rela sangat, perempuan celaka yang kena lanatullah, maka demikian pekertinya bahawa aku ini sekali-kali tiada mahu derhaka pada saudaraku, maka engkau suruh menurut katamu yang jahat itu. Engkau orang yang tiada takut akan Allah taala dan tiada malu akan Rasulullah, lagipun suamimu itu saudaraku, engkau pun saudaralah kepada aku dari dunia sampai akhirat. Setelah Siti Saidah mendengar kata Sabor, beberapa dipujuk dengan cumbu yang lemah lembut memberi berahi dikatakan oleh Saidah, tiada juga ia mahu menurut perkataan Saidah, maka ia pun terlalu marah akan Sabor, katanya, Jika tiada engkau menurut kataku hingga kuceraikan nyawamu daripada badanmu itu, maka puas rasa hartiku. Maka akan Sabor itu semata-mata menyerahkan dirinya kepada Allah subhanahu wataala Tuhan sarwa alam sekalian. Kata Sabor, Jika sungguh seperti katamua itu, sudahlah hokum Allah taala diatasku ini, syukurlah aku kepada Allah subhanahu wataala. Setelah Siti Saidah mendengar kata Sabor demikian, maka makin bertambah-tambah marahnya lalu ia kembali kepada tempatnya, seraya tidur di sisi suaminya. Adapun akan Sabor itu, telah sudah dilihatnya Saidah sudah kembali, maka ia pun mengucap, Alhamdulillah! Syukurlah aku kepada Allah subhanahu wataala. (Dipetik daripada Sabor dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) i) Berikan maksud rangkai kata dipujuk dengan cumbu yang lemah lembut. (2 markah) (3 markah) iii) Pada pendapat anda, apakah sifat-sifat negatif yang ada pada Siti Saidah yang tidak patut dicontohi oleh seseorang yang bergelar isteri? (3 markah)

ii) Mengapakah Sabor tidak mahu menurut keinginan Siti Saidah?

12

PROSA TRADISIONAL : KEPAHLAWANAN TUN BERAIM BAPA 2(c) Set 1 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka dilihat oleh Tun Beraim Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun berdiri dengan khidmatnya di hadapan sultan itu lalu ia sujud. Maka sultan pun bersabda kepada Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti. Katakanlah kepada anakku Si Beraim Bapa, aku menyuruhkan ia menaiki kuda itu di hadapan jamu helat asing, tandilnya lasykar pendekar Keling itu, suruh pacu kudanya itu ke Tukas. Maka Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti. pun menjunjungkan sabda yang maha mulia itu kepada Tun Beraim Bapa. Ya tuanku Tun Beraim Bapa, sabda paduka ayahanda naiklah tuanku ke atas kuda itu di hadapan jamu helat asing laskyar pendekar Keling itu. Maka Tun Beraim Bapa pun menyembah sultan, lalu baginda naik ke atas kudanya. Maka dipacunya lalu ditarikkannya di medan. Maka ia pun berkhidmat kepada sultan, tatkala akan naik kuda itu, maka dipacunya pula. Maka (kuda) itu pun bangkit lalu ke udara. Maka dipacunya pula lalu dihalakannya pula ke Tukas. Maka dengan seketika itu juga lenyaplah daripada mata sultan. Maka sultan pun berbiji sabak, katanya, Wah, anakku lenyaplah ia! Di mana kutaha engkau kucari, kataku tiada diturutnya, kerana kuda itu gila tiada pernah dikenderai orang. Maka Tun Beraim Bapa pun tiba-tiba dengan sesaat itu juga raiba ia dihadapan sultan itu serta bermain-mainkan kudanya, seperti merak menggigal lakunya. Maka sultan pun haibat melihat dia seperti gajah meta lakunya. (Dipetik daripada Kepahlawanan Tun Beraim Bapa Dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i)

Siapakah yang diperintah oleh sultan untuk menyampaikan pesanannya kepada Tun Beraim Bapa? (2 markah)

ii) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan Tun Beraim Bapa ialah seorang yang menghormati ayahandanya. (3 markah)

13

iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tun Beraim Bapa menunjukkan ketangkasannya menunggang kuda semberani gila itu kepada pendekar Keling? (3 markah)

2(c) Set 2 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Tun Beraim Bapa pun melompat ke kanan sekali dan ke kiri sekali serta dikertangkannya perisai itu, lalu ghaib tiada kelihatan kiamnya pada tangan kirinya. Maka pedang itu pun diketarkannya lalu ghaib matanya tinggal ulunya pada tangan kanannya. Maka Tun Beraim Bapa pun sujud menyembah Sultan Ahmad dan semua gurunya sujud menyembah Sultan Ahmad. Setelah dilihat oleh segala pendekar Keling perkasanya Tun Beraim Bapa itu semuanya amat dahaha dan hairan dan gementar dagunya seperti ayam takutkan helang, demikianlah lakunya. Maka segala pendekar Keling itu berkata sama sendirinya. Seumur kita ini belum pernah kita melihat sikap manusia seperti kelakuan Tun Beraim Bapa ini, janganlah kita melawan dia, memandang matanya pun takut rasanya. Maka sabda sultan, Hai segala kamu pendekar Keling, lawanlah olehmu hulubalangku ini dan pendekarku ini. Maka segala pendekar Keling itu pun berdiam dirinya, lalulah ia kembali ke kapalnya dengan malunya menunduk kepalanya, lalulah ia belayar. (Dipetik daripada Kepahlawanan Tun Beraim Bapa Dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i)

Nyatakan kehebatan Tun Beraim Bapa berdasarkan petikan di atas. (2 markah)

ii) Apakah tindakan pendekar Keling selepas melihat kehandalan Tun Beraim Bapa? (3 markah) iii) Pada pandangan anda, mengapakah sifat-sifat kepahlawanan harus ada pada seorang putera raja? (3 markah)

14

PROSA TRADISIONAL : ASAL USUL RAJA KECIL 2(c) Set 1 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dan selama anak raja itu di Johor, sehari-hari ia pergi bermain di makam paduka ayahanda di Kota Tinggi. Dan segala budak-budak mengikut pergi. Serta sampai di makam itu, anak raja itu makan rumput, dan budak-budak lain hendak mengikut, semuanya muntah akan darah. Menjadi lahirlah khabar itu. Maka kedengaranlah kepada Yang Dipertuan Muda, orang menyembahkan, ada budak, rupanya bagaimana pinang dibelah dua dengan paduka marhum yang mangkat, Dan segala budak-budak hendak mengikut, tiada boleh naik ke atas makam itu, sakit, muntah akan darah,. Dan Yamtuan Muda pun menyuruh mencari budak itu. Maka kedengaranlah kepada Laksamana, mengatakan hal anak raja itu, sudah diketahui orang. Maka Laksamana muafakat dengan Raja Negara, mengatakan hal anak raja itu, sudah diketahui oleh Yamtuan Muda, Baiklah kita suruh larikan. Jikalau saudara kita, Temenggung Muar, membawa ke Muar, nescaya tahu juga orang, kerana anak raja itu sudah dikenal orang. (Dipetik daripada Asal Usul Raja Kecil Dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Apakah maksud rangkai kata rupanya bagaimana pinang dibelah dua? (2 markah) ii) Nyatakan keistimewaan anak raja yang diceritakan dalam petikan. (3 markah) iii) Pada pendapat anda, wajarkah anak raja itu dilarikan? Berikan alasan anda. (3 markah)

15

2(c) Set 2 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah didengar oleh Yamtuan Sakti akan kata Nakhoda Malim itu, maka terlalulah sangat sukacita baginda, lalu dipintanya kepada Nakhoda Malim. Maka sembah Nakhoda Malim, Sepatut-patutlah tuanku memelihara paduka anakanda ini, lalu dibawanya menghadap paduka bonda baginda, Puteri Jilan. Maka Puteri Jilan terlalu sukacita melihat cucunda baginda datang itu, kerana Puteri Jilan terus mata akan akan Tuan Bujang itu, Putera Raja Johor. Maka Puteri Jilan bertitah kepada paduka anakanda Yang Dipertuan Sakti, Dan seperti Si Bujang ini, sangat bertuahnya, peliharakan baik-baik, kerana terlalu kasihan aku akan dia, kerana tiada bapanya. Dan dialah yang membalaskan kematian ayahnya. Maka diamlah ia di Pagaruyung. Dan sehari-hari ia naik bermain-main ke atas peterana itu. Maka dilarangkan oleh dayang-dayang, takut ia tulah. Maka kata Puteri Jilan, Jangan dilarang Si Bujang itu, ia hendak melihat mahkotanya. Ialah yang warisnya, dan tiada ia tulah, kerana ia anak adikku, di Johor. Dan bermainlah ia bersama-sama dengan anak Yamtuan Sakti. Dan Tuan Bujang pun sampailah umur tiga belas tahun. Maka Tuan Bujang pun pergi minta pergi ke Batanghari, hendak mencari ilmu. (Dipetik daripada Asal Usul Raja Kecil Dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i)

Apakah maksud rangkai kata terus mata? (2 markah)

ii) Mengapakah Puteri Jilan mengamanahkan Yang Dipertuan Sakti menjaga Tuan Bujang dengan baik? (3 markah) iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Bujang bermain di atas peterana? Berikan alasan anda. (3 markah)

16

PROSA TRADISIONAL : PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT 2(c) Set 1 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata Hang Jebat, Adapun aku tiada mahu turun dari istana ini berlawan dengan engkau, kerana engkau hulubalang besar lagi ternam; tiada boleh kupermudahkan seperti lawan yang dahulu itu dan engkau saudara tua padaku; tiada baik. Jika engkau hendak bertikam dengan aku, marilah naik. Maka sahut Laksamana, Bukakanlah pintu itu. Maka kata Hang Jebat, Nantilah aku seketika lagi; aku hendak berlangirkan kerisku. Hang Jebat pun menutup pintu istana empat puluh itu. Setelah sudah maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya, maka ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus itu, seorang pun tiada tinggal. Maka darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawah istana. Maka Laksamana pun berseru-seru, katanya, Hai Si Jebat, pekerjaan apa kau kerjakan ini? Alangkah dosanya. Maka sahut Hang Jebat, Inilah pekerjaan yang sempurna. Sepala-pala jahat jangan kepalang, seperti perumpamaan Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya. Maka Laksamana berkata pula, Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini! (Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat Daripada Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Berikan alasan yang menyebabkan Hang Jebat tidak sanggup berlawan dengan Laksamana. (2 markah) ii) Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Hang Jebat setelah menerima cabaran daripada Laksamana? (3 markah) iii) Jika anda di tempat Hang Jebat, apakah yang akan anda lakukan? (3 markah)

17

2(c) Set 2 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata Laksamana. Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh Bendahara di Hulu Melaka. Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada bicaraku engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini. Maka kata Laksamana, Hai Si Jebat, menyesalkah engkau? Maka kata Hang Jebat, Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu,, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh. Maka sahut Laksamana, Hai Si Jebat, tersalah citamu itu! Adapun pekerjaanmu derhaka pada tuanmu itu beberapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat jemah, akan sekarang engkau hendak membunuh orang yang tiada berdosa pula berpuluh-puluh ribu itu; benarkah bicaramu itu? Maka kata Hang Jebat, Apatah dayaku? Sekalian itu dengan kehendaknya juga; tiada dengan kuasaku perbuat itu, supaya namaku masyhur pada segala negeri. (Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat Daripada Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Terangkan maksud rangkai kata Sepala-pala jahat jangan kepalang. (2 markah) ii) Apakah reaksi Hang Jebat apabila mendengar suara Laksamana? (3 markah) iii) Mengapakah tindakan Hang Jebat itu dikatakan tidak wajar?

18

(3 markah)

PUISI TRADISIONAL : SELOKA PAK KADUK 2(d) Set 1 Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang; Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuhbayu berpuput Ada rumah bertandang duduk. Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berikan dua sebab Pak Kaduk mengalami nasib malang. [2 markah]

19

(ii) (iii)

Berdasarkan sikap yang ditunjukkan,pada pendapat anda, apakah nasib Pak Kaduk seterusnya? Jelaskan empat persoalan daripada Seloka Pak Kaduk. [4 markah] [3 markah]

2(d) Set 2 Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang; Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuhbayu berpuput Ada rumah bertandang duduk. Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) (ii) Apakah yang terjadi kepada Pak Kaduk seperti yang digambarkan dalam seloka di atas? dirinya yang malang? 20 [3 markah] [3 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah Pak Kaduk boleh mengubah nasib

(iii)

Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam Seloka Pak Kaduk. [3 markah] PUISI TRADISIONAL : PANTUN ENAM KERAT

2(d) Set 1 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya PANTUN ENAM KERAT Ular tedung jangan dipermudah, Bisanya dapat membawa maut, Jika tak maut merana juga; Berhujan berpanas aku tak endah, Keris lembing aku tak takut, Kehendak hati kuturut juga. Kuda liar berkeliling kota, Kota terbuat dari kayu, Tempat berkawal lasykar Feringgi; Kami mendengar khabar berita, Bunga kembang sudah pun layu, Gugur ke bumi tak harum lagi. Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru. Sultan muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah sekah tempat bergantung, 21 Telah patah tempah berpijak, Ke mana hendak digapai lagi. dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Jelaskan tentang akhlak seperti yang dinyatakan dalam rangkap kedua pantun di atas. [3markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah hendak membentuk akhlak yang terpuji dalam kalangan generasi muda pada masa sekarang? [3markah]

(iii)

Berdasarkan rangkap kedua pantun di atas, bincangkan bentuknya. [3markah]

PANTUN ENAM KERAT Ular tedung jangan dipermudah, Bisanya dapat membawa maut, Jika tak maut merana juga; Berhujan berpanas aku tak endah, Keris lembing aku tak takut, Kehendak hati kuturut juga. Kuda liar berkeliling kota, Kota terbuat dari kayu, Tempat berkawal lasykar Feringgi; Kami mendengar khabar berita, Bunga kembang sudah pun layu, Gugur ke bumi tak harum lagi. Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru. Sultan muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah sekah tempat bergantung, 22 Telah patah tempah berpijak, Ke mana hendak digapai lagi. 2(d) Set 2 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Berikan maksud baris alam terbentang dijadikan guru dalam pantun di atas. [2 markah]

(ii)

Apakah pendapat anda tentang musibah yang akan dihadapi oleh seseorang jika menurut kehendak hati? [4 markah]

(iii)

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah]

23

PUISI TRADISIONAL : SYAIR KELEBIHAN ILMU 2(d) Set 1 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syair Kelebihan Ilmu Ilmu itu gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar sukat digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si pilan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ia kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana.

(i) (ii)

Jelaskan maksud rangkap terakhir syair di atas. [2 markah] Apakah kebaikan apabila seseorang itu bersahabat dengan orang bijak pandai? Berikan pendapat anda. [4 markah]

(iii)

Berikan empat pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. [4 markah]

24

2(d) Set 2 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syair Kelebihan Ilmu Ilmu itu gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar sukat digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ia kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana.

(i)

Terangkan maksud baris-baris yang berikut berdasarkan penggunaannya dalam syair tersebut. Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan.

[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, apakah kelebihan ilmu dalam kehidupan kita? [4 markah] (iii) Jelaskan tiga nilai dalam syair tersebut.. [3 markah]

25

SAJAK : DERITA PERTAMA 2 (d) Set 1 Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DERITA PERTAMA
Adam ialah bapa kita yang tercampak dari seberang dunia kerana mencari syurga di celah buah khuldi. Waktu terlantar di dunia baru hari tengah malam ia tidak mengerti apa yang terjadi mulutnya bisu Ia melihat sekeliling mulai merasa cemas akan kegelapan Segumpal awan hinggap ke kening ia tidak tahu apakah itu. Sepanjang malam ia tercengang dari hatinya mengalir sungai duka bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan tubuh seorang. Sepanjang malam air matanya membelah muka bulan.

Suhaimi Haji Muhamad Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Nyatakan maksud rangkai kata mulutnya bisu berdasarkan sajak di atas. [ 2 markah] (ii) Pada pandangan anda, mengapakah penyajak memilih nama Derita Pertama sebagai tajuk sajak beliau ? [ 3 markah ] Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas. [ 4 markah ]

(iii)

26

2 (d) Set 2 Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DERITA PERTAMA
Adam ialah bapa kita yang tercampak dari seberang dunia kerana mencari syurga di celah buah khuldi. Waktu terlantar di dunia baru hari tengah malam ia tidak mengerti apa yang terjadi mulutnya bisu Ia melihat sekeliling mulai merasa cemas akan kegelapan Segumpal awan hinggap ke kening ia tidak tahu apakah itu. Sepanjang malam ia tercengan dari hatinya mengalir sungai duka bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan tubuh seorang. Sepanjang malam air matanya membelah muka bulan.

Suhaimi Haji Muhamad Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Nyatakan maksud rangkai kata mencari syurga di celah buah khuldi berdasarkan sajak di atas. [ 3 markah] (ii) Pada pendapar anda, bagaimanakah caranya untuk menghadapi sesuatu penderitaan dalam hidup ini ? [ 3 markah ] Huraikan tiga persoalan seperti yang terdapat dalam sajak di atas. [ 3 markah ]

(iii)

27

SAJAK : ANAK LAUT 2(d) Set 1 Baca sajak berikut dengan telti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Anak Laut Segar angin laut Mengembalikan rindunya pada kolek Bagai buih kecil terapung di air Menjaringkan sedikit rezeki Dan sisik ikan Kulit ketam Kepala sotong dan Kaki udang yang bersimpati. Seperti kolek terdampar di pasir Menampakkan urat jalur jalur tua Anak laut itu sudah dapat menerka Langkahnya hampir tiba Pada muara Pencipta.
Ramidin Zahari Antalogi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka

i.

Apakah nostalgia laut bagi anak laut? (2m)

ii. Pada pendapat anda,mengapakah masalah kemiskinan dalam kalangan nelayan sukar untuk diatasi ? (4m ) iii. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. (3m)

28

2(d) Set 2 Baca sajak berikut dengan telti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Anak Laut Segar angin laut Mengembalikan rindunya pada kolek Bagai buih kecil terapung di air Menjaringkan sedikit rezeki Dan sisik ikan Kulit ketam Kepala sotong dan Kaki udang yang bersimpati. Seperti kolek terdampar di pasir Menampakkan urat jalur jalur tua Anak laut itu sudah dapat menerka Langkahnya hampir tiba Pada muara Pencipta.
Ramidin Zahari Antalogi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka

i.

Gambarkan diri anak laut ketika tua. (3m )

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak mengatasi kemiskinan dalam kalangan nelayan di negara kita ?

29

(3m) iii. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut (3 m )

SAJAK : DUHAI PENTAFSIR 2(d) Set 1 Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri

DUHAI PENTAFSIR Pentafsir ,sebenarnya telah lama kucari Suaramu yang sarat Ke mana jatuhnya gema itu? Di mana tempatnya istirahat Setelah pengembaraan yang penat di manakah telah kaurakamkan Pertemuan matahari, rimba dan lautan? Senja ini menemuiku dengan lusuh catatanmu Angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku Sedang aku belum ketemu Surat yang kautuliskan padaku

30

Telah hilangkah ia atau kau tidak pernah menulisnya ah,aku tidak bisa tidur dan melupakan racun keresahan telah membunuh lenaku sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu kiranya terdampar dalam angin yang ragu yang tidak mengenal arah tiupannya angin tanpa sabar yang telah melunturkan kehijauan dalam keriangan masa kecilku Pentafsir,musim telah terlalu tua kaca jendela menjadi kelabu dan aku telah terlalu lesu untuk menari bersama bayang-bayangmu senja pun semakin larut lembar-lembar jadi semakin kuning apakah kau harus mengebumikan buku-buku ini di samping pusaramu yang sepi Hentikan ejekanmu biarkan kupecahkan kaca ini melihat keluar. Lalu mengenal rumpun-rumpun yang redup adalah pengakuanmu,Tuhanku! yang menjernihkan mataku ZURINAH HASSAN Antologi Kerusi Dewan Bahasa dan Pustaka

i) Apakah yang dimaksudkan racun keresahan telah membunuh lenaku [2 markah] ii) Jika anda menjangkau usia tua apakah perkara-perkara yang bermanfaat yang harus anda lakukan? [ 3 markah] iii) Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut. [4 markah]

31

SAJAK : DI RUANG GEMANYA 2(d) Set 1 Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. DIRUANG GEMANYA Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang. Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga di gerimis senja. Telah kupahatkan lelah umurku pada setiap kerikil dan debu datang dan menghilang

32

ke hujung kenang. Sesudah itu tidak kukenal lagi hampa dan derita di gurun pagi. Gerimis senja guruh pagi adalah titipan maya bakal kukongsikan hati mengukir tadbir di ruang gemanya. Dharmawijaya Antologi Kerusi Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah maksud rangkap kedua dalam sajak di atas? (ii) Nyatakan kepentingan kita mempunyai semangat patriotik? (iii) Huraikan nilai-nilai murni yang ditonjolkan dalam sajak ini?

[3 markah] [3 markah] [3 markah]

SAJAK : JALAN-JALAN RAYA KOTAKU 2(d) Set 1 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati. Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi

33

kebosanan menggigit pangkal rasa. Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim. Zam Ismail Antologi Anak laut, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Nyatakan sikap pengguna jalan raya seperti yang digambarkan oleh penyajak? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya dilakukan oleh pemandu apabila berhadapan dengan kesesakan lalu lintas? [3 markah] Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [3 markah]

(ii)

(iii)

34

2(d) Set 2 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI RUANG GEMANYA Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang. Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga di gerimis senja Telah kupahatkan lelah umurku pada setiap kerikil dan debu datang dan menghilang ke hujung kenang. Sesudah itu tidak ku kenal lagi hampa dan derita di guruh pagi

35

Gerimis senja guruh pagi adalah titipan maya bakal kukongsikan hati mengukir tadbir di ruang gemanya DHARMAWIJAYA Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) (iii) Apakah tekad yang dilakukan oleh penyajak? [3 markah] Ketaatan dan kesetiaan rakyat memainkan peranan yang penting bagi sesebuah negara. Jelaskan kemungkinan yang akan timbul sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku. [3 markah] Jelaskan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak. [3 markah]

(iii)

2(d) Set 2 Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri DUHAI PENTAFSIR Pentafsir ,sebenarnya telah lama kucari Suaramu yang sarat Ke mana jatuhnya gema itu? Di mana tempatnya istirahat Setelah pengembaraan yang penat di manakah telah kaurakamkan Pertemuan matahari, rimba dan lautan? Senja ini menemuiku dengan lusuh catatanmu Angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku Sedang aku belum ketemu Surat yang kautuliskan padaku Telah hilangkah ia

36

atau kau tidak pernah menulisnya ah,aku tidak bisa tidur dan melupakan racun keresahan telah membunuh lenaku sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu kiranya terdampar dalam angin yang ragu yang tidak mengenal arah tiupannya angin tanpa sabar yang telah melunturkan kehijauan dalam keriangan masa kecilku Pentafsir,musim telah terlalu tua kaca jendela menjadi kelabu dan aku telah terlalu lesu untuk menari bersama bayang-bayangmu senja pun semakin larut lembar-lembar jadi semakin kuning apakah kau harus mengebumikan buku-buku ini di samping pusaramu yang sepi Hentikan ejekanmu biarkan kupecahkan kaca ini melihat keluar. Lalu mengenal rumpun-rumpun yang redup adalah pengakuanmu,Tuhanku! yang menjernihkan mataku ZURINAH HASSAN Antologi Kerusi Dewan Bahasa dan Pustaka

i) ii) iii)

Nyatakan perasaan penyajak dalam rangkap keempat sajak di atas (3 markah) Pada pendapat anda mengapakah penyajak menjadi resah dalam sajak ini? (3 markah) Jelaskan persoalan-persoalan yang digarapkan oleh penyajak dalam sajak ini. (3 markah)

37

2(d) Set 2 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati. Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa.

38

Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim. Zam Ismail Antologi Anak laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)

Berikan maksud rangkai kata ketidaksabaran membengkak yang terdapat dalam baris pertama rangkap kedua sajak di atas. [2 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? [4 markah] Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]

(ii)

(iii)

39

Soalan 4: Novel (15 markah) Set 1 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Terminal Tiga karya Othman Puteh Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusof Di Hadapan Pulau karya A. Saamad Said Bukit Kepong karya Ismail Johari Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah Julia karya Abu Hassan Morad Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

40

(a)

Berdasarkan dua buah novel yang pernah anda kaji, bandingkan perwatakan watak wanita dalam menghidupkan cerita. ( 7 markah)

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang pernah anda kaji, bandingkan perwatakan watak sampingan. ( 8 markah)

Soalan 4: Novel [15 markah] Set 2 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Terminal Tiga karya Othamn Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj.Muhammad

41

(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,bandingkan nilai-nilai murni yang disampaikan oleh pengarang dalam setiap novel itu. (7 markah) (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,huraikan persamaan nilai murni yang ada pada watak utama. (8 markah)

Soalan 4: Novel [15 markah] Set 3 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut. (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) PErlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah. (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

42

(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan unsur suspens yang digunakan dalam plot. ( 7 markah) (b) Jelaskan penggunaan teknik-teknik plot yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari. ( 8 markah)

SOALAN 4 : NOVEL [ 15 MARKAH] Set 4 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah 1(a) Penceritaan sesebuah novel yang telah anda pelajari ada memaparkan peristiwaperistiwa yang telah mencabar ketabahan watak utama. Jelaskan unsur-unsur ketabahan serta peristiwa-peristiwa tersebut. [ 7 markah ]

2(a) Kritikan sosial/ kepincangan dalam masyarakat merupakan elemen penting yang diterapkan oleh penulis dalam karya mereka.

43

Jelaskan dua kritikan sosial / kepincangan dalam masyarakat yang boleh dijadikan panduan hidup dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah]

3(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari jelaskan nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. [ 7 markah]

SOALAN 4 : NOVEL Set 5 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :

i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

ii) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

1(a)Kemukakan 2 nilai kesabaran dalam novel yang anda pelajari.

[ 7 Markah ]

44

2 (a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, bincangkan kritikan penulis terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [ 7 Markah ]

3(a)Pengarang lebih cenderung memilih nilai tanggungjawab yang terdapat dalam karya mereka. Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [ 7 Markah ]

45

Anda mungkin juga menyukai