Anda di halaman 1dari 2

UJIAN TOPIKAL 1 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah ini dengan

n teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri turut berasa sakit. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang! Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil! Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk Perth bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya, butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata. Sudah hujan, peril Israk. Abang jangan terkejut kalau saya mampu membuatkan abang menangis nanti! Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. Perasaan meluat mula bersarang dalam kalbu Mikraj. Kalau tersilap jolok, pasti terjolok sarang itu. Bahaya. Kalau bercakap dengan abang mesti ada kompromi, katanya memandang tepat ke wajah Israk. Fikirannya di awing-awangan. (Antologi Harga Remaja, halaman 137-138) i. ii. Berikan dua sebab Mikraj mengajak abangnya Israk balik. [ 2 markah]

Sebagai golongan remaja, bagaimanakah kita dapat menggembirakan hati orang yang lebih tua daripada kita? Apakah cadangan-cadangan anda. [ 4 markah] Berikan satu nilai kemanusiaan berdasarkan petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [ 3 markah]

iii.

Soalan 2 (b) Petikan Prosa Tradisional Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Sebermula diceterakan orang yang empunya cetera itu, adapun Khoja Maimun laki isteri selama ia beroleh unggas dua ekor itu, sehari-hari ia mendengar hikayat oleh unggas kedua ekor itu. Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimun berkata-kata kepada unggas kedua akan perihal ehwal manfaat perniagaan di laut itu. Maka Khoja Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak pergi belayar. Maka ia pun pergilah mendapatkan isterinya seraya berkata, Hai kekasihku, ketahuilah olehmu bahawa segala manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikan manfaatnya pun kuranglah, kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan! Akan sekarang hamba dengar perniagaan laut itu terlalu sangat besar labanya daripada perniagaan yang di darat ini. Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku pergi belayar. Maka sahut isterinya, Sebenarnyalah kata tuan hamba itu, tetapi sungguhpun perniagaan itu sangat besar labanya, dan balanya pun amat besarnya dan banyak dugaan dalam dunia ini. Sehari berapa upahnya tuan pergi dari kerana harta dunia ini banyak yang mahal dan cemar di dalamnya dirham itu, sayang sekali kalau orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama air yang manis, makin diminum mungkin bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun kuning seperti muka orang durjana. Jikalau tuan hamba hendak pergi belayar, akan sebaik-baiknya tuan hamba bawa juga hamba kerana hamba perempuan dan kita adalah seperti gusi dengan gigi adanya. Jikalau tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlah adanya. ( Antologi Harga Remaja, halaman 71)

i. ii. iii.

Berikan dua sebab Khoja Maimun ingin sangat pergi belayar.

[ 2 markah]

Nyatakan tiga perkara yang membimbangkan isteri Khoja Maimun membenarkan suaminya pergi belayar untuk berniaga. [3 markah] Sebagai isteri, apakah tindakan yang akan anda lakukan ketika suami keluar mencari nafkah? Nyatakan tiga tindakan tersebut. [3 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Puisi Tradisional Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan.

i. ii. iii.

Berikan maksud yang boleh tahukan setiap seteru.

[ 2 markah]

Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang apabila ingin memilih calon isteri? Kemukakan tiga pandangan anda. [ 3 markah] Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [ 4 markah]

Soalan 4 : Novel Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut. Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

a) Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan penceritaan. Huraikan dua watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[ 7 markah]

b) Pelbagai persoalan tentang kehidupan masyarakat dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan contoh peristiwa merujuk kepada persoalan kasih sayang. [ 8 markah]

Anda mungkin juga menyukai