Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan


tentang usaha-usaha menangani masalah vandalisme. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Setiap tahun pihak kerajaan atau pihak swasta telah membelanjakan berjuta-juta ringgit
untuk membaik pulih pelbagai kemudahan awam akibat kegiatan vandalisme. Kemudahan awam
ini telah dirosakkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak mempunyai sikap
memiliki setiap kemudahan yang disediakan. Perbuatan segelintir pihak yang tidak mempunyai
sikap bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi.

Pelbagai langkah harus dilakukan untuk membanteras kegiatan vandalisme daripada terus-
menerus berleluasa. Dalam hal ini pendidikan merupakan asas utama yang dapat mengubati
penyakit ini. Melalui silibus kurikulum pendidikan di sekolah, diharapkan mampu menyemaikan
kesedaran cinta terhadap kemudahan awam dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan
belia. Selain itu, masyarakat haruslah prihatin dan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan
sekiranya terlihat akan individu yang melakukan kegiatan vandalisme. Oleh itu, Kelab Rukun
Tetangga di sesebuah kawasan perumahan perlulah memberikan kerjasama yang padu untuk
melakukan kawalan di kawasan masing-masing.

Selain itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah vandalisme sebagai
suatu jalan pencegahan yang paling baik. Ada yang mencadangkan supaya pesalah vandalisme
ini didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam seperti tandas awam dan perhentian
bas. Hukuman ini adalah sebagai teladan dan pengajaran kepada individu yang lain agar tidak
melakukan perbuatan vandalisme. Pihak berkuasa dengan kerjasama daripada orang ramai
boleh mengadakan pelbagai program seperti pameran supaya masyarakat menghargai segala
kemudahan awam yang disediakan.

Seterusnya, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak
majlis perbandaran boleh menganjurkan kempen yang dapat meningkatkan kesedaran rakyat
khususnya golongan remaja. Setiap program yang diadakan perlu melibatkan sekolah dan para
remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini.

Anda mungkin juga menyukai