Anda di halaman 1dari 2

Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku dewasa ini.

Bincangkan saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut untuk diterbitkan


dalam ruangan Pendapat Pembaca.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam
Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Subrato Rengato
Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan
2020 dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara
mendadak sejak akhir-akhir ini. Hampir seluruh rakyat di negara ini berpeluang
menerima pendidikan secara formal, malah
ramai yang telah berjaya memasuki
institusi pengajian tinggi yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Perkara yang menghairankan kita semua ialah masalah vandalisme di
negara ini turut meningkat dan seolah-olah telah sampai ke satu tahap yang
kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini berpendidikan tinggi.
Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan
sesuka hati merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular
bagaikan barah dalam tubuh manusia. Kemudahan awam sering dijadikan
sasaran rakyat tempatan melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para
remaja pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan telefon awam,
mengguris dan merosakkan lif serta menconteng dinding tandas awam. Perbuatan
tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan orang ramai dan
meningkatkan perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh yang demikian, langkahlangkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan segera bagi
membendung masalah
tersebut.
Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi
atau sistem pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang
terlalu
berorientasikan
peperiksaan
dan
kegiatan
kokurikulum
selalu
diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal
nota dan langsung tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta
Alam dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai-nilai
murni seperti bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang
merupakan elemen terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu,
Kementerian Pendidikan patut menekankan subjek Pendidikan Moral dan Agama
menerusi pendidikan formal. Guru-guru wajar memberikan pendidikan
dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat menghayati serta
mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat membasmi
gejala vandalisme.
Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha
membendung masalah vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan
kemudahan awam yang
dirosakkan dengan serius dan artikel-artikel yang
mengkritik perbuatan tersebut akan dapat menyedarkan anggota masyarakat. Setiap
anggota masyarakat juga patut menyedari peranan mereka dalam usaha
membendung masalah vandalisme. Anggota masyarakat juga wajar melaporkan
kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang merosakkan kemudahan awam.
Jelaslah media massa memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah

tersebut
sebagaimana kata pepatah, lidi segenggam kuat kudratnya dan tidak
mudah patah walaupun oleh si gagah.
Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi
mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan
menjadi Kejora. Begitulah peribahasa Melayu yang menyatakan dengan jelas
akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik
anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bertimbang
rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua percaya kepada konsep
kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak diibaratkan
sehelai kain putih yang perlu dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika
diwarnakan dengan warna pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi
sekiranya ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.
Ibu bapa perlu menunjukkan role model kepada anak kesayangannya supaya
mereka boleh menjadi manusia yang berguna seperti kata peribahasa ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .
Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi
mengawal tindak-tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan
oleh pihak berkenaan dan tidak terjadi seperti kata pepatah bagai melepaskan
batuk di tangga. Kerajaan patut mengenakan denda yang tinggi kepada mereka
yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut diheret ke mahkamah dan
hukuman sebat wajar dilaksanakan.
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut
menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara
kita sebagai antara negara yang termaju di rantau Asia Pasifik tidak tercalar
begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati dan berwaspada seperti kata peribahasa
lengguknya biar bengkok tetapi mengena, tarinya biar senada tetapi berbisa,
langkahnya lembut tetapi kejap semasa melaksanakan langkah-langkah untuk
membendung masalah tersebut supaya imej baik negara terus terlindung dan
keamanan hidup masyarakat terjamin.

Anda mungkin juga menyukai