Anda di halaman 1dari 2

Vandalisme dapat ditakrifkan sebagai perbuatan atau tindakan merosakkan sesuatu

barang atau kemudahan awam. Di negara ini, berbagai-bagai kemudahan awam, misalnya
telefon awam, balai raya, tandas awam, pondok menunggu bas, dan lain-lain telah disediakan
untuk kepentingan orang ramai. Malangnya, terdapat sesetengan pihak yang sengaja
merosakkannya dengan pelbagai cara sehingga masyarakat tidak dapat memanfaatkan
kemudahan tersebut dengan sepenuhnya. Belakangan ini, masalah vandalisme semakin sukar
dibendung dan masalah ini sering dikaitkan dengan remaja. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan permasalahan ini harus diambil berat oleh semua pihak kerana berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul.

Salah satu faktor yang menyebabkan perkara ini berleluasa ialah pengaruh rakan
sebaya.Rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja dalam melakukan perbuatan
salah laku ini. HaI ini demikian kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan
tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul,maka timbullah pelbagai idea
termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

Selain itu, ada juga ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang soal pendidikan
anak-anak, terumatama pendidikan keagamaan. Golongan ini hanya melihat tanggungjawab
mereka tidak lebih daripada menyediakan tempat tinggal,makan minum, pakaian dan
menghantar anak-anak ke sekolah untuk dididik oleh guru. Didikan agama tidak dipentingkan
seperti nilai kasih sayang, nilai menghormati orang lain tidak diterapkan kepada anak-anak
sejak kecil. Keadaan ini menyebabkan anak-anak kurang bertanggungjawab dan tidak
mempunyai perasaan sayang baik terhadap harta benda sendiri atau harta benda orang lain.

Rancangan-rancangan dalam media massa juga mudah menyebabkan seseorang remaja


yang tidak berkesedaran terjebak dalam gejala vandalisme. Pengaruh media massa
mempunyai kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini.Paparan adegan-
adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur
perlakuan kearah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.Remaja
juga gemar meniru dan terikut-ikut dengan perkara yang berlaku disekeliling mereka
termasuk media massa. Hal ini menjadi lebih serius apabila anak-anak tidak mendapat
bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya daripada ibu bapa.

Tindakan remaja merosakkan kemudahan awam ternyata menimbulkan berbagai-bagai


masalah kepada orang ramai. Sebagai contoh, seandainya berlaku sesuatu kejadian yang tidak
diingini, pihak yang berkenanan tentu dapat dihubungi dengan segera sekiranya telefon awam
yang berdekatan dapat dimanfaatkan. Apakah yang akan terjadi sekirannya telefon awam
dirosakkan? Tentulah pihak yang berkenaan terpaksa pergi ke tempat yang lebih jauh untuk
mendapatkannya. Sekiranya pihak bomba yang hendak dihubungi untuk melaporkan sesuatu
kebakaran, masanya sudah terlambat.

Seterusnya, banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang


dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme
ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik
pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk
melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat
kepada rakyat keseluruhannya. Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana
mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk kerja-kerja memperbaikan.
Kesimpulannya,semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk
bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini.Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara
biasa,namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada masa
akan datang.Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat
digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga. Jangan
sampai kita menyesal di kemudian hari,bak kata pepatah”Jangan sudah terhantuk barulah nak
terngadah”.

Anda mungkin juga menyukai