Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1. Pendahuluan ........................................................................ 1-2
2. Faktor-faktor Kegiatan Vandalisme..................................... 3-
1.0 PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini, kegiatan vandalisme dalam kalangan masyarakat sejagat

sekarang semakin serius. Apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme? Vandalisme ialah

perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa

sebab yang salah disisi undang-undang dan dilakukan sewenang-wenangnya. Maksud

vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Perkataan

vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di daerah Eropah, iaitu “vandalsisma” yang

telah membinasakan kota Rom pada tahun 445 Masihi.

Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala vandalisme

ini sering dikaitkan dengan golongan remaja. Hal ini demikian kerana, golongan remaja ini

mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala

vandalisme. Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh generasi muda dalam

lingkungan usia 13 tahun hingga 24 tahun. Vandalisme juga dikenali sebagai salah satu

gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta

benda orang lain. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah,

tetapi pada keadaan tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang

dilakukan oleh golongan manusia yang tidak berpuas hati terhadap keadaan masyarakat.

Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi seseorang individu.

Vandalisme ini dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan geram ataupun cara untuk

menghilangkan kebosanan semata-mata. Perbuatan ini mengakibatkan pihak berkuasa

tempatan terpaksa menanggung kerugian.


Oleh hal yang demikian, vandalisme boleh diringkaskan sebagai perbuatan membuat

perubahan di sebarang tempat seperti dinding untuk melukis, menandai, menyembur cat,

menampal, merosak, dan menggotorkan harta benda awam tanpa kebenaran boleh

menyebabkan kerugian pihak berkuasa awam. Kelakuan ini biasanya dilakukan oleh remaja

yang terlibat dalam budaya lepak dan menganggap aktiviti ini sebagai satu cara untuk

melepaskan geram atau kebosanan semata-mata. Bagi remaja yang masih bersekolah pula,

mereka akan bertindak merosakkan kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain yang merupakan

harta benda sekolah serta barang keperluan pelajar lain di sekolah itu. Hal ini seterusnya telah

merosakkan keindahan sesebuah tempat.

Vandalisme dari perspektif Islam adalah perbuatan yang berdosa. Remaja perlu

mempunyai pengetahuan dalam tiga perkara mengenai vandalisme dalam Islam. Antaranya

ialah harta awam merupakan harta orang lain. Terdapat kemudahan awam seperti pondok

telefon dan kemudahan elektrik yang datang daripada syarikat-syarikat dan cukai pintu yang

dikenakan. Oleh hal yang demikian, merosakkan kemudahan awam merupakan satu tindakan

memusnahkan harta orang lain sama ada yang disediakan oleh kerajaan atau syarikat. Perkara

kedua adalah penekanan Islam agar setiap perlakuan mesti mempunyai tujuan yang

bermakna. Contohnya, sebagai seorang manusia perlulah mempunyai perilaku yang baik.

Perkara ketiga adalah Islam masih tidak membenarkan cara yang haram untuk mendapatkan

sesuatu. Sekalipun dalam vandalisme terdapat niat untuk mendapatkan keuntungan. Namun

cara yang salah iaitu merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang ramai dengan tujuan

untuk menjualnya, maka hal ini tidak dibenarkan dalam Islam.

Seperti yang kita ketahui, golongan remaja dan pelajar adalah asset negara dan

pemimpim di masa hadapan. Golongan anak muda sangat diperlukan oleh masyarakat dan

negara kerana golongan ini merupakan pemangkin kepada pembangunan negara. Remaja

juga merupakan golongan yang paling berharga serta harta yang tidak ternilai. Hal ini kerana
merekalah yang akan menggantikan tempat pemimpin pada masa akan datang. Ada pepatah

mengatakan ‘rosak remaja pincanglah negara’ dan semestinya kita tidak mahu perkara ini

terjadi.

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEGIATAN VANDALISME

Masalah vandalisme di Malaysia semakin membimbangkan dan berleluasa. Terdapat pelbagai

faktor yang menyebabkan berlaku kegiatan vandalisme.

Antara faktor-faktor berlakunya kegiatan vandalisme ini adalah kurangnya perhatian

dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Kebanyakan ibu bapa sibuk dengan pekerjaan

mereka sehingga mereka tiada masa diluangkan bersama anak-anak dan tidak dapat memberi

perhatian sepenuhnya kepada mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak

mengambil berat tentang anak mereka. Hal ini menyebabkan, anak-anak mereka khususnya

remaja tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya dan mereka melakukan gejala

vandalisme seperti menconteng dan merosakkan harta benda awam sebagai tempat

meluahkan perasaan disamping cara untuk mereka mendapatkan kembali perhatian dari ibu

bapa mereka. Apabila sikap ini berterusan, remaja akan terlibat dengan masalah sosial lain

seperti membunuh, lumba haram dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa harus menjadi teladan

kepada anak-anak mereka dan mereka mesti meluangkan lebih banyak masa dengan anak-

anak mereka kerana menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak mereka menjadi

orang yang lebih baik.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor utama berlakunya

vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Hal

ini dikatakan kerana, rakan sebaya merupakan komponen penting dalam membentuk

keperibadian seseorang. Mereka juga akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku

seseorang remaja tersebut terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam
institusi keluarga mereka. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme ini

merupakan remaja dalam kumpulan. Kumpulan ini tidak mempunyai tujuan dan terjebak

dalam budaya lepak. Apabila mereka berkumpul akan timbul pelbagai idea yang tidak baik

termasuklah menconteng dan merosakkan harta benda awam. Golongan mereka ini sering

mempunyai persamaan dan perbezaan dalam pelbagai bidang. Tekanan rakan sebaya boleh

membentuk sesuatu tingkah laku agresif remaja. Golongan ini tidak dapat melarikan diri

daripada melalui proses keakuran kepada rakan sebaya. Mereka akan melakukan sesuatu

tingkah laku atas permintaan rakan-rakan walaupun mereka tidak berniat jahat berbuat

demikian. Lazimnya mereka sangat mematuhi arahan daripada rakan sebayanya. Jika tidak

mengikuti arahan mereka, mereka akan disisih daripada kumpulan itu. Mereka ingin cuba

mempertaruhkan kesetiaan kepada kumpulannya dengan melakukan tingkah laku yang

diminta oleh ahli-ahlinya agar mereka diakui dalam kumpulan itu serta mendapat

penghargaan. Mereka akan berasa selamat dan dihargai dalam kumpulan itu. Mereka ini

menerima pendidikan tidak formal daripada rakan sebaya. Apa yang dilakukan oleh rakan-

rakan akan diikuti dan dijadikan pedoman dalam kehidupan. Oleh itu, remaja perlulah bijak

memilih rakan yang baik supaya tidak melakukan perkara-perkara yang negatif seperti

vandalisme ini.

Seterusnya, remaja yatim piatu merupakan faktor vandalisme berlaku. Hal ini

dikatakan demikian kerana, remaja telah kehilangan ibu bapa kerana ibu bapa adalah orang

yang paling rapat dengan kita. Justeru itu, golongan remaja ini akan mengalami tekanan jiwa

yang hebat. Remaja yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Remaja

akan merasakan hidup keseorangan sehingga menyebabkan mereka melakukan perbuatan

vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh kerana tidak ada tempat yang sesuai

untuk mereka mencurahkan isi hati, maka segala perasaan tidak puas hati dan kekacauan

fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala seperti menconteng
di tempat awam. Setiap perkataan yang ditulis dan bentuk benda yang dilakar

menggambarkan kekacauan jiwa remaja tersebut. Oleh itu, remaja perlulah bijak mengawal

emosi dan bersikap positif dalam menentukan perkara yang baik dan buruk untuk menjadi

insan yang berguna pada masa hadapan.

Di samping itu, faktor dalaman seperti emosi atau tekanan juga merupakan faktor

gejala vandalisme berlaku. Bagi orang yang mempunyai keupayaan kawalan emosi yang

rendah, mereka mudah dipengaruhi oleh kawan dan orang sekelilingnya. Ketika berasa

marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti menconteng perkataan-perkataan kasar di

dinding atau menulis sesuatu mengutuk orang yang mereka benci bagi meredakan

kemarahan. Oleh sebab itu, tekanan juga adalah salah satu faktor yang mendorong

vandalisme berlaku. Antaranya adalah seperti tekanan daripada pelajaran atau tekanan dari

perkerjaan. Jelaslah bahawa, jika seseorang tidak mempunyai cara untuk melepaskan tekanan

yang dialami, mereka sanggup melakukan sesuatu seperti menconteng atau merosakkan harta

benda awam agar mereka berasa puas dan melupakan tekanan-tekanan yang dihadapi.

Selanjutnya, sikap apati dan individualistik masyarakat juga merupakan faktor

berlakunya gejala vandalisme. Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.

Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah

masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu

sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Vandalisme biasanya banyak

berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam

bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di

kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di

sekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan

gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Tambahan pula, berlakunya kegiatan vandalisme ini adalah disebabkan oleh faktor

media massa. Penggunaan media massa semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia

sama ada dalam kalangan kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Penggunaan media massa

yang tidak terkawal menyebabkan mereka mudah terjebak serta terdedah dengan aksi-aksi

ganas atau vandalisme yang dipamerkan atau dipaparkan di dalam internet. Hal ini boleh

mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dan terjebak sekiranya mereka tidak dapat

berfikir secara rasional untuk menilai yang mana baik dan buruk. Oleh hal yang demikian,

ibu bapa harus memainkan peranan dalam memantau anak-anak mereka semasa melayari

internet agar tidak terjebak dengan perbuatan vandalisme yang kesannya memudaratkan

orang sekeliling. Tindakan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala vandalisme.

Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya mengamalkan konsep pemikiran secara

aksiologi agar dapat memupuk nilai etika dan estetika dalam diri mereka supaya menghargai

dan menjaga harta benda awam dengan sebaik mungkin.

Akhir sekali, vandalisme berlaku disebabkan oleh kurangnya penguatkuasaan undang-

undang. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang yang lemah akan mendorong kepada

perbuatan vandalisme. Kebanyakan pelaku vandalisme tidak diambil tindakan oleh pihak

berkuasa. Keadaan ini menyebabkan para remaja tidak takut untuk melakukan vandalisme.

Mereka juga akan bertindak untuk mengulangi perbuatan tersebut dan mengajak rakan sebaya

menyertai mereka. Hal ini akan menyebabkan kes vandalisme semakin meningkat.

Kurangnya penguatkuasaan undang undang berkaitan kes vandalisme berkait rapat dengan

epistermologi dan aksiologi. Oleh itu, pihak berkuasa patut menambah pengawal bagi

membuat rondaan dan pemantauan di tempat-tempat yang selalu berlaku vandalisme. Pelaku

vandalisme juga perlulah didakwa di mahkamah supaya menjadi pengajaran kepada orang

lain.
3.0 KESAN-KESAN KEGIATAN VANDALISME

Masalah vandalisme semakin hari kian menular sehingga kini menyebabkan banyak

memberi kesan negatif berbanding dengan kesan positif. Hal ini dikatakan demikian kerana

kesan daripada kegiatan vandalisme bukan hanya dapat dirasai oleh individu sahaja malah

masyarakat sekeliling dan negara juga menerima impak yang teruk akibat daripada perbuatan

yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang

akan dikaji serta dibincangkan dari sudut pandangan konsep falsafah.

Adakah masalah kegiatan vandalisme menepati konsep Falsafah Pendidikan

Kebangsaan? Menurut pandangan saya sudah tentu tidak. Hal ini kerana kegiatan vandalisme

bertentangan dengan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu lima hikmah yang patut

dicontohi oleh seseorang individu. Antaranya, proses pendidikan tidak berlangsung dengan

baik menyebabkan seseorang individu itu melakukan kegiatan vandalisme. Hal ini dikatakan

demikian kerana pendidikan yang telah diberikan terhadap seseorang individu itu tidak dapat

diterima dengan baik dan ilmu yang diperoleh tidak diterapkan dalam diri individu tersebut

untuk memupuk diri mereka menjadi insan yang seimbang dan harmonis melalui kesepaduan

ilmu dan pendidikan secara berterusan. Hal ini menyebabkan mereka melakukan sesuatu

perkara yang negatif seperti kegiatan vandalisme tanpa berfikir panjang akan kesannya pada

masa akan datang. Justeru itu, perbuatan ini menunjukkan, individu tersebut tidak

mempunyai kesepaduan serta keseimbangan harmonis yang merujuk kepada empat aspek

utama yang menyentuh asas jasmani, emosi, rohani dan itelek (JERI).
Kegiatan vandalisme yang dilakukan ini turut menunjukkan bahawa individu tersebut

tidak menepati hikmah ketiga dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu berpaksikan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk tidak melakukan kerosakkan yang

menyebabkan berlakunya bencana kepada manusia. Oleh hal yang demikian individu ini

tidak memperlihatkan keberadaan “kesejahteraan diri” bagi setiap individu melalui sistem

pendidikan Malaysia dan akhirnya individu ini tidak berupaya menyumbang kepada

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, begitulah juga dengan dunia

sejagat.

Anda mungkin juga menyukai