Anda di halaman 1dari 8

NAMA: KELAS: TARIKH:

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 1

Jerebu merupakan satu fhenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil
yang terapung-apung pada udara dan tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Partikel-partikel ini
terjadi samaada secara semula jadi atau kesan dari aktiviti manusia. Apabila partikel ini
wujud dalam kualiti yang banyak dan berkelompak akan terhasil jerebu yang mengundang
pelbagai-bagai masalah kesihatan. Sekiranya hal ini terjadi, masayrakat perlu sentiasa berada
di dalam bangunan atau rumah.
Dipetik dan diubah suai daripada“Jerebu Oh Jerebu‟
Generasi Pengguna, Jun 2013

SALAH BETUL
1
2
3
4
5
6
7
8

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 2

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platfrom pembelajaran
maya yang semakin hari semakin padat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran maya ke
Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke 21 yang semakin hari semakin
mendapat tempat di hati penonton Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia
menggunakan perkhidmatan jalur layar dan peranti komonikasi telefon pintar berbanding
dengan pengguna telefon talian tetap dan perkhidmatan lain-lain. Namun begitu, sebanyak
23.1% penduduk di negara ini yang bukan memiliki akses Internet telah menjadi halangan
pada pelaksanaan pendidikan maya ini.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Konsep Pembelajaran Maya’
Majalah Pendidik, November 2018

SALAH BETUL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 3

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih kotor
berlaku terutamanya bagi para pelajar-pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan
Negara yang mahu lahirkan pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar di dalam persekitaran yang
menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara neutral dan memenuhi keperluan
mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang
merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok eloknya pelajar harus mempunyai halatuju yang
konsisten dengan masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan
kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah
dengan guru dan masalah kewagan perlu ditangani dengan bijak sana kerana dikhuatiri
mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman

SALAH BETUL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
LATIHAN PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Rintihan Bumi
Usia aku semakin lanjut
Kalau aku terbujur
Adakah yang ingin menjagaku
Aku semakin tua
Sudah terlalu uzur aku memelihara Anak-
anakku – manusia.
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku
Menjaga adab
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.
Akhirnya apabila aku geram
Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku
Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.

Muhd. Syazwan Sahlan


Sungai Buluh, Selangor.
Dewan Siswa, Bil. 1 2018
“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan
kamu.” “Apa maksud cikgu?” “Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan
diancam aktiviti pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh
fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar
hijau di Lembangan Amazon juga terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan
simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya
ditenggelami kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di
sana, mereka sudah tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai
perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras
kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat
menggantikan tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang
pujaanmu juga akan terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar
Hijau’ oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan
antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 2

Bahan 3

PANTUN SAYANGI ALAM


Cerah dian di malam gelita,
Diserikan embun dibawa deru;
Indah nian negara tercinta,
Daun merimbun laut membiru.
Tumbuh pegaga di tanah rata,
Penuh kawasan luas terbentang;
Mari dijaga alam semesta,
Jadi warisan generasi mendatang.
Tercalit ranah di atas pelantar,
Sapu ke tepi cemar tak berubah;
Andai musnah alam sekitar,
Bersedia hadapi segala musibah.
Di hujung desa tumbuh halban,
Kian tenggelam dilitupi lalang;
Harta binasa nyawa terkorban,
Keindahan alam turut hilang.
Nor Hafuza Arif,
Shah Alam
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab. [2 markah]

Maksud menjaga adab ialah

(i) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat
aktiviti manusia.
[4 markah]
Kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia ialah

(ii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab
bersama untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara hutan di negara
ini?
[3 markah]

Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memulihara hutan di negara ini


ialah

(iii) Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di sebatang sungai yang
jernih, tiba-tiba anda ternampak tiga orang pemuda yang sedang mengangkut
beberapa buah tong yang mengandungi cecair. Mereka mencurahkan cecair tersebut
ke dalam sungai. Setelah mereka beredar, anda mendapati warna air sungai semakin
keruh dan kelihatan beberapa ekor ikan mulai terapung. Anda yakin bahawa cecair
tersebut ialah sisa toksik.

Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi
masalah ini?
[4 markah]

Sebagai rakyat yang prihatin, cara saya dapat membantu untuk mengatasi masalah
ini ialah
LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 1
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-
api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam
api tiada terbilang lagi banyaknya, kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan
perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi, Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah
perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

Lalu Bendahara…………………………menyuruh orang-orangnya mengikat


…………………………pada setiap pokok ………………………, ……………. dan
…………………………… Setelah dilihat oleh ……………………………………api yang
tidak terkira dan ………………………, hulubalang Siam berkata, “Terlalu banyak
kelengkapan………………………. orang Melaka, tidak terkira. Jika mereka datang
menyerang apa yang berlaku kepada…………………? Sedangkan sebuah ……………….
tadi tidak …………………………. oleh kita.”

LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 2


Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian. Maka Bendahara
pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini patik habis
kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.” Maka titah raja, “Hai Temenggung,
tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam berkawal? Mengapakah pada
malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

Setelah hari …………………. Bendahara gempar mengatakan bahawa dia


……………………Bendahara datang bersembah, “ Ya………………patik memohon
…………………………. Pada mala mini harta patik habis ……………………, habis harta
yang bernilai.” Raja …………………, “Hai Temenggung, bukan beta menitahkan
Temenggung sendiri yang ……………………… pada waktu ………………? Mengapakah
pada mala mini ……………………………………. mengalami ……………………?”
LATIHAN RUMUSAN
Baca petikan dan teliti grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1: Petikan
Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam bukunya yang bertajuk Melayu Mudah Lupa
menjelaskan bahawa Malaysia bukan sahaja mempunyai kaum yang berlainan tetapi turut
berbeza bahasa, budaya dan agama. Sesungguhnya, campuran ini amat mudah meletup". Oleh
yang demikian, keutuhan sesebuah negara bangsa seperti Malaysia amat berkait rapat dengan
perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Melayu, Cina, India dan suku-suku
kaum yang terdapat di Malaysia boleh menjalinkan perpaduan apabila semua kaum saling
menghormati setiap perbezaan budaya dan cara hidup. Dalam hal ini, amalan gotong-royong
dalam kalangan masyarakat dapat memupuk semangat perpaduan. Aktiviti yang boleh
dijalankan seperti membersihkan dan mengindahkan persekitaran tempat kediaman dan
gotong-royong ketika kenduri-kendara.
Pada masa yang sama, penganjuran rumah terbuka pada hari perayaan turut dapat
menjalinkan persahabatan yang lebih erat. Di samping itu, media massa seharusnya
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang
kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan
program yang berunsur perpaduan dengan pelakon yang berbilang bangsa. Selain itu, aktiviti
sukan yang melibatkan pelbagai kaum juga mampu memupuk perpaduan kaum. Hal ini
demikian kerana para atlet daripada pelbagai kaum bersaing secara sihat untuk meraih
kejayaan.
Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan entiti misali kepada anak dan perlu
menunjukkan teladan baik. Oleh hal demikian, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada
anak-anak dengan bertegur sapa dan melayani jiran tetangga dengan mesra tanpa mengira
bangsa, kaum dan anutan agama. Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan
signifikan untuk menerapkan nilai murni ke dalamsanubari anak murid. Pada 31 Ogos 1957
merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya
membuka satu lagi jalan untuk memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya,
pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Saling Menghormati Penentu Keharmonian
Masyarakat".
oleh Hisyam Basabah, Dewan Masyarakat, Januari 2020
Bahan 2: Grafik

Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum

Ahli politik suka


membangkitkan isu
perkauman sehingga Masyarakat tiada
menimbulkan keinginan
Masyarakat kurang prasangka buruk dalam mewujudkan bangsa
bergaul dengan kaum kalangan masyarakat. Malaysia dan
lain sebaliknya lebih mementingkan kaum
selesa dengan kaum masing-masing.
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai