Anda di halaman 1dari 3

TEKS DAIE CILIK ( PEREMPUAN )

Bidang : Akhlak dan adab


Tema : Sifat mahmudah ( menghargai alam)
Tajuk : Alam disayangi hidup diberkati Ilahi

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah Muqaddimah


Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga Kemahiran Bernasyid
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Terima kasih buat pengacara majlis,


Para Hakim yang bijaksana
Guru-guru rakan –rakan semua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam

Hamdalah dan
selawat

Menghargai alam adalah salah satu daripada sifat-sifat Isi utama


mahmudah.
Kawan-kawan tahu tak apa makna sifat mahmudah?
Kemahiran Bersyarah
Ha….sifat mahmudah bererti tingkah laku yang terpuji
yang merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang
kepada Allah.

Alam sekitar pula ialah semua sumber alam ciptaan Allah


seperti sungai,lautan,tumbuhan-tumbuhan udara dan
sebagainya.

Kemahiran
Bertarannum
Maksudnya : Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di Terjemahan
bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa
kebaikan padanya.Surah Al- A’raf ayat 56. Sumber

Ayat ini menjelaskan bahawa kita tidak boleh melakukan Kupasan dalil
kerosakan terhadap apa yang dianugerahkan oleh Allah
kepada kita.

Kawan-kawan…

Sebagai insan yang bertaqwa kita wajib lah menerapkan


sifat mahmudah dalam kehidupan kita seharian supaya Huraian isi
keharmonian hidup manusia akan terpelihara.

Bayangkan kawan-kawan jika kita membuang sampah dan


bahan kimia secara berleluasa,apa akan terjadi dengan Kemahiran berlakon
sungai kita?

Jika penduduk sungai dapat berkata-kata nescaya


beginilah bicaranya:

‘Wahai manusia,sungguh aku terseksa dengan perangaimu


yang sangat durjana.’

Ikan pula mungkin berkata,

‘Hey manusia,sampainya hatimu membuat kami sebegini


rupa!’

Tidak boleh beginikan kawan-kawan! Kemahiran berpidato


Sepatutnya alam sekitar yang dianugerahkan Allah kepada
kita perlulah di jaga dengan baik.

Alam sekitar yang bersih menjamin kehidupan yang lebih


ceria dan bahagia.

Tiada lagi persekitaran terjejas jika sifat mahmudah


diterapkan di dalam jiwa.
Mari kita ambil contoh tentang kejadian tanah runtuh yang Fakta Sejarah
berlaku di hulu Langat pada tahun 2011.Kejadian ini
berpunca daripada kesan hakisan tanah. Tragedi ini
membabitkan rumah anak yatim dan telah mengorbankan
16 orang nyawa.

Alam, Kemahiran bersajak


Keindahan mu bagaikan syurga,
Air laut yang berombak-ombak,
Burung-burung berkicau merdu,
Tumbuh-Tumbuhan yang menghijau.

Marilah kita semua,


Menjaga alam ini,
Kerana alam ini tidak ternilai.
Isu semasa
Hari ini kita melihat satu demi satu bencana dan tragedi
alam sekitar berlaku di Malaysia. Antaranya tragedi
Highland Tower, Pos Dipang, isu Gua Tempurung, serta
terbaru tragedi Sungai Kim Kim Fasa 1 dan Fasa 2.

Marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar di atas apa Kesimpulan


yang berlaku.Jika kita mengaplikasikan sifat mahmudah Penutup
di dalam kehidupan,insya Allah masalah ini dapat di
elakkan.
Kemahiran bersyair
Begitulah teman bicara saya,
semoga beroleh manfaat bersama.

dua tiga kucing berlari, Kemahiran berpantun


mana nak sama si kucing belang, 
jika tidak menjaga bumi,
nanti datang bencana alam

Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah. Salam penutup
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai