Anda di halaman 1dari 4

Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Tentang Alam

Hidup ini indah,


Seindah mentari pagi,
Hidup ini sesegar rumput menghijau,
Seandainya manusia menghargai alam.

Kini,
Suramnya mentari,
Kaburnya pandangan,
Dedaun menguning,
Gondolnya bukit menyembah bumi,
Kelodak menyekat aliran.

Semua ini,
Kerana rakusnya manusia,
Jahilnya manusia tentang alam,
Mengejar pembangunan,
Menidakkan rintihan alam,
Yang sewajarnya dipertahankan,
Demi manusia sejagat di kemudian hari.

Sedarlah manusia,
Alam ini milik Dia,
Namun tidak selamanya mampu bertahan,
Seandainya manusia alpa,
Tentang alam.

Elizeberth Yanty Anak Liben


Miri Sarawak
Dewan Siswa, Bil. 05 2018
Bahan 2

Sebuah bas mini dan dua buah kereta buatan dalam negara bergerak dengan
perlahan-lahan memasuki kawasan kebun Pak Tua. Jalan tanah merah yang telah
diturap dengan batu dan kerikil halus memudahkan perjalanan kenderaan itu lagi.
Setelah kereta berhenti dan para penumpangnya turun, kemeriahan pun mewarnai
kawasan dusun dan hutan itu.
“Jadi, inilah yang dibuat oleh bapa? Tanah yang diwariskan oleh atuk untuk emak
dan bapa telah dibiarkan menjadi hutan simpan?” Ajam berkata sambil memandang
kehijauan hutan belantara di hadapannya.
“Ya, Ajam. Hanya sedikit saja kawasan yang dibersihkan oleh bapa untuk tapak
rumah dan untuk dusun buah-buahan.”
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam,” Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah
terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dulu.”
“Bapa!” seru Melati. Suaranya penuh kasih. “Dulu bapa tidak memusnahkan
hutan. Bapa cuma menolong negara melaksanakan pembangunan.”
“Ya, itulah yang bapa harapkan. Semoga bapa memberikan sesuatu yang
bermakna pembangunan.”
“Sudah tentu bapa,” Budi pula mengiakan. “Bahkan sampai usia tua begini pun
bapa masih lagi memberikan sumbangan. Lihat kawasan hutan simpan ini,” Budi
mendepangkan tangan.

Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba


Oleh Sasjira

Bahan 3

Syair Burung Botak Upeh

Si burung botak upeh punya hikayat, Air muara terasa sembilu,


Beribu tahun termaktub riwayat, Terbanglah upeh di angin lalu,
Sejahtera kerana prihatinnya rakyat, Ke negeri damai seperti dahulu,
Hidup harmoni sepanjang hayat. Mengenang nasibmu terasa pilu.

Di dahan pokok berbuat sarang, Dunia ini pinjaman hanya,


Pokok perepat bukan sebarang, Tiada apa kita yang punya,
Bebas terbang tiada melarang, Kembalikan upeh ke tempat asalnya,
Di kuala dan muara hatinya girang. Tugas siapa usah ditanya.

Nasibnya kini sudah berubah,


Si burung botak upeh tidak bertambah, Zuhaa Zayyan
Hutan bakau rakus ditambah, RPP, Port Dickson
Sarang si upeh ke bumi menyembah. Buku Teks Tingkatan 4, Halaman 177
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menebus kesalahan. [2
markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan hutan


akibat aktiviti manusia.
[3 markah]

(iii) Hutan amat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab
bersama untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh
rakyat untuk mengelakkan kemusnahan hutan di negara ini? [3
markah]

(iv) Pada cuti persekolahan baru-baru ini, anda dan rakan-rakan telah mengikuti
ekspedisi mendaki gunung yang dianjurkan Kelab Remaja di taman anda.
Semasa ekspedisi tersebut, anda dapat melihat kesan-kesan pencerobohan
akibat aktiviti penebangan hutan. Anda yakin bahawa penebangan pokok-
pokok di kawasan itu dilakukan secara haram.

Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dan rakan-rakan dapat


membantu untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai