Anda di halaman 1dari 4

7.

DAPATAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap ketangkasan murid dan

meningkatkan amalan pengajaran guru mengenai aspek ketangkasan. Selepas kajian


dijalankan,pengkaji dapat melihatperubahan sasaran kajian dari segi pencapaian mereka
dalam aspek ketangkasan dan minat mereka terhadap pembelajaran Pendidikan Jasmani
khususnya dalam aspek ketangkasan.
7.1

Dapatan Soalan Kajian Pertama


Persoalan kajian ini dijawab melalui hasil keseluruhan dapatan semasa

menjalankan tindakan dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Secara keseluruhannya, kesemua


sasaran kajian telah menunjukkan peningkatan dari aspek catatan masa dalam ujian
akhir kitaran 1 walaupun mereka masih belum mencapai tahap lulus.
Dapatan ini menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap tahap ketangkasan
sasaran kajian. Catatan masa yang dicatatkan oleh kesemua sasaran kajian juga hampir
melepasi tahap lulus mengikut norma ujian lari ulang-alik. Kesemua sasaran kajian
berjaya menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dari aspek ketangkasan
setelah saya menambah baik tindakan dalam Kitaran 2. Perkara ini dibuktikan dengan
kesemua sasaran kajian berjaya mencatatkan masa yang lebih baik dalam ujian akhir
kitaran 2 berbanding ujian akhir kitaran 1.
Selain itu, kesemua sasaran kajian juga berjaya melepasi tahap lulus mengikut
norma ujian yang ditetapkan. Ini jelas menunjukkan bahawa saya telah dapat
meningkatkan tahap ketangkasan murid melalui pengaplikasian kaedah permainan
berunsur serangan dalam pendekatan TGfU. Jadual 13 di bawah menunjukkan hasil
dapatan tahap pencapaian sasaran kajian dalam ujian akhir kitaran 1 dan kitaran 2.

42

Jadual 13: Hasil Dapatan Tahap Pencapaian Sasaran Kajian


Tahap
Pencapaian
Gagal
Lulus

Bilangan Sasaran Kajian


Kitaran 1
Kitaran 2
10
0

0
10

Persoalan kajian ini juga turut dijawab melalui analisis daripada senarai semak
dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Item 1 merupakan item yang berkaitan dengan persoalan
ini. Item 1 adalah mengubah arah dan kedudukan badan dengan cepat dan mudah. Item
ini memberi fokus kepada tahap ketangkasan sasaran kajian. Melalui analisis yang
dilakukan, terdapat perubahan positif terhadap sasaran kajian dalam kitaran 1 dan
kitaran 2. Dalam kitaran 1, 6 sasaran kajian berjaya mengubah arah dan kedudukan
badan dengan cepat dan mudah ketika menjalankan aktiviti. Ini bermakna tahap
ketangkasan mereka semakin meningkat. Mereka juga dapat bermain dengan mudah dan
selesa disamping merasa puas ketika bermain.
Dalam kitaran 2 pula, kesemua sasaran kajian berjaya menguasai kemahiran ini.
Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapat melihat kesemua sasaran kajian
dapat menjalankan aktiviti atau bermain dengan begitu mudah dan selesa. Mereka dapat
mengubah arah dan kedudukan badan dengan cepat dan mudah. Mereka dapat bermain
dengan baik sepanjang menjalankan aktiviti menjadikan pelaksanaan aktiviti menjadi
lebih menarik untuk dilihat kerana tahap ketangkasan sasaran kajian telah meningkat.
Dapatan ini telah menjawab persoalan pertama di mana kaedah permainan
berunsur serangan yang dilaksanakan guru didapati berkesan dalam meningkatkan tahap
ketangkasan murid.

43

Jadual 14 menunjukkan dapatan analisis senarai semak yang menyokong dapatan kajian
saya bagi persoalan pertama.
Jadual 14: Dapatan Analisis Senarai Semak: Item 1
Item

Bilangan Sasaran Kajian


Kitaran 1

Mengubah arah dan kedudukan


badan dengan cepat dan mudah
7.2

Kitaran 2
10

Dapatan Soalan Kajian Kedua


Penggunaan kaedah permainan berunsur serangan sebagai aktiviti pengajaran

dan pembelajaran asek ketangkasan telah berjaya meningkatkan minat dan keseronokan
murid dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani. Berdasarkan analisis yang telah dibuat
melalui senarai semak dalam kitaran 1 dan kitaran 2, pengajaran yang telah telah
diamalkan oleh pengkaji iaitu kaedah permainan berunsur serangan telah dapat
meningkatkan minat sasaran kajian dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani aspek
ketangkasan. Selain itu, sasaran kajian juga berasa seronok ketika menjalani aktiviti
yang berbentuk permainan.
Dalam kitaran 1, sasaran kajian telah menunjukkan perubahan positif
berdasarkan analisis yang telah saya laksanakan melalui senarai semak. Seramai 8 orang
sasaran kajian berjaya menguasai item dua iaitu melibatkan diri secara aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Item tiga pula iaitu memberi perhatian yang sepenuhnya semasa guru memberi
arahan dan penerangan dapat dikuasai oleh 4 sasaran kajian. Kesemua sasaran kajian
telah dapat menguasai item empat iaitu mempamerkan keseronokan ketika menjalankan
aktiviti. Perubahan yang ditunjukkan adalah positif berbanding ketika saya
44

menggunakan kaedah latih tubi di mana murid hilang minat dan tidak seronok ketika
sesi pembelajaran berlangsung.
Dalam kitaran 2 pula, selepas pengkaji menambah jumlah permainan dan
mengubah suai permainan yang asal, kesemua sasaran kajian telah dapat menguasai item
dua dan empat manakala sembilan orang sasaran kajian menguasai item tiga. Perubahan
dalam kitaran 2 adalah jauh lebih memberansangkan. Pemerhatian saya mendapati
kesemua sasaran kajian telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap
pembelajaran aspek ketangkasan. Mereka juga kelihatan sangat seronok ketika
melakukan aktiviti bermain. Ini menunjukkan peningkatan dari segi perubahan tingkah
laku murid dan kejayaan guru dalam meningkatkan amalan pengajaran. Dapatan yang
diperoleh ini telah dapat menjawab persoalan yang kedua.
Pengkaji telah berjaya meningkatkan amalan pengajarannya dalam aspek
ketangkasan setelah memperkenalkan kaedah permainan berunsur serangan dalam
pendekatan TGfU. Jadual 15 menunjukkan dapatan analisis senarai semak yang
menyokong dapatan kajian saya bagi persoalan kedua.

Jadual 15: Dapatan Analisis Senarai Semak: Item 2-4

Item

Bilangan Sasaran Kajian


Kitaran 1

Kitaran 2

proses

10

guru

Mempamerkan keseronokan ketika menjalankan


aktiviti.

10

10

Melibatkan diri secara aktif semasa


pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Memberi perhatian sepenuhnya
memberi arahan dan penerangan.

semasa

45

Anda mungkin juga menyukai