Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA BELAPAN DAN PADANG,


SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA RAJA,
TAHUN 2017

1.0  PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui


kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat
dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,
jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka  Sekolah Kebangsaan
Astana Raja akan mengadakan satu  Kejohanan Olahraga Belapan dan Padang
menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan
dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Astana Raja,
sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :

i)             Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah


Kebangsaan Astana Raja dalam meyertai acara-acara yang
dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga

ii)            Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara


olahraga.
iii)           Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
3.0 MATLAMAT

Kejohanan Olahraga Belapan dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-
murid Sekolah Kebangsaan Astana Raja dengan acara-acara sukan olahraga serta
memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan
ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi
mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0  OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Olahraga Belapan dan Padang ini, diharapkan guru dapat:

i)             Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.


ii)            Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii)           Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu
pasukan.
iv)         Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
v)           Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan
kepada peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh            : 14 OKTOBER 2017


Masa             : 7 PAGI – 2.00 PETANG
Tempat          : SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA, 71350 KOTA, N.SEMBILAN.

6.0 SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Kota, N. Sembilan.

      
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Hadiah Sukaneka 170 X RM 5 RM 850

Hadiah Sukan 156 X RM 5 RM 780

hadiah
olahragawan RM 20
olahragawati RM 20 RM 40
4. Makanan Peserta 175 X RM 5 RM 875
10. Sewa Khemah 4 X RM 120 RM 480

JUMLAH RM 3025

   9.0  TENTATIF PROGRAM
ATURCARA MAJLIS PEMBUKAAN

   
         Kata alu-aluan juruacara
        Lintas hormat setiap kontijen
 Nyanyian Lagu Negaraku
 Bacaan doa
        Ikrar Temasya Sukan
       Ucapan perasmian Kejohanan Padang & Belapan SKAR
Oleh YDP PIBG
       Perarakan keluar semua kontigen

ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN

 Kontingen mengambil tempat


 Ucapan oleh Guru Besar
 Ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Pegawai PPD
 Penyampaian Hadiah
 Olahragawan 2017
 Olahragawati 2017
 Hadiah keseluruhan
 bersurai
           
(Rujuk lampiran – Jadual Pertandingan)
10.0 PENUTUP

Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang ini diharapkan dapat


memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Astana Raja
merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini
juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam
kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam
acara-acara olahraga.

DISEDIAKAN OLEH:

-----------------------------
(HAMIZA BIN ZAINI)
SU SUKAN SKAR

DISEMAK OLEH:

--------------------------------
( ABDUL HASNIRA B. ABDUL RAHIM)
GPK KOKU SKAR

DISAHKAN OLEH:

--------------------------------------
(ROZIHAD B. TAHARIN)

GURU BESAR SKAR


Lampiran 2

 
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


Pengerusi Kejohanan ● Bertangungjawab dalam pengendalian dan
menentukan kejohanan berjalan dengan lancar
Memastikan semua pegawai telah melapor untuk
● bertugas
Naib Pengerusi
Kejohanan ● Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
● Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat
jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan
kejohanan
Setiausaha ● Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran
● Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua
 fail-fail sebagai rujukan
● Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat
dalam perlaksanaan program
● Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
● Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan
● Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat
 dan surat pekeliling kepada yang berkenaan
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh
● dan agenda mesyuarat
●  Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
●  Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat
Publisiti dan Buku
Program ● Menyediakan buku program/cenderamata
● Mengedarkan buku program kepada setiap guru
dan tetamu.
● Menyediakan kain rentang kejohanan

Perasmian dan
Penutupan ●  Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
● Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan
 (termasuk bacaan ikrar)
●  Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
 yang mengambil bahagian.
● Membuat  surat jemputan dif kehormat
Kepegawaian ● Mengatur dan melatih pembantu padang.
● Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
dengan lancar
Teknikal ● Menguruskan dan menyediakan semua alatan
pertandingan untuk acara padang dan balapan.
● Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan
dengan lancar
● Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut
spesifikasi rasmi
Menyediakan dan mengedarkan borang yang
diperlukan dalam pertandingan.
Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan
● akhir kejohanan.

Hadiah dan
Cenderamata ● Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata
● Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
● Menghias meja hadiah
● Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
● Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Juruacara ● Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara program


● Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara 
● Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
hadiah

Jurugambar dan
Dokumentasi ● Bertanggungjawab merakam dan merekod aktiviti
yang berlangsung sepanjang program
● Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir

Rekod dan Statistik ● Menyelia papan markah (Score board)


● Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada
pengacara atau pencatat
● Menyelia markah dari sukantara
Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi
Penjaga Masa ● bagi semua peserta yang bertanding
Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa

Penyelia  Peserta ● Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta yang


bertanding.
● Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian
hadiah

Pelepas ● Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadappeserta yang


sedang dalam keadaan sedia
● Sebelum memulakan pelepasan pastikan semua
hakim sudah bersedia
● Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat oleh
peserta sebelum memulakan pelepasan

Penolong pelepas ● Memastikan semua peserta dalam lorong yang betul


Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua
peserta sudah bersedia

Hakim Penamat ● Memastikan dan mencatat pemenang bagisetiap  acara


yang dipertandingkan
● Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod

Pencatat ● Menerima, mencatat keputusan setiap acara ke dalam


borang keputusan rasmi
● Memaklumkan kepada juruacara.
SENARAI ACARA PADANG DAN BELAPAN

BIL NO ACARA TAHUN


ACARA

ACARA LELAKI
1. 101 60 M LARI TERUS TAHUN 1
2. 103 60 M LARI TERUS TAHUN 2
3. 105 80 M LARI TERUS TAHUN 3
4. 107 80 M LARI TERUS TAHUN 4
5. 109 100M LARI TERUS TAHUN 5
6. 111 100 M LARI TERUS TAHUN 6
7. 113 200 M TAHUN 4
8. 115 200 M TAHUN 5
9. 117 200 M TAHUN 6
10. 119 60 M BERHALANGAN TAHUN 1
11. 121 60 M BERHALANGAN TAHUN 2
12. 123 60 M BERHALANGAN TAHUN 3
13. 125 4 X 100 M TAHUN 4
14. 127 4 X 100 M TAHUN 5
15. 129 4 X 100 M TAHUN 6
16. 4 X 200 M TAHUN 4
17. 4 X 200 M TAHUN 5
18. 131 4 X 200 M TAHUN
3/4/5/6
19. LOMPAT TINGGI TAHUN 4
20. LOMPAT TINGGI TAHUN 5
21. LOMPAT TINGGI TAHUN 6
22. 133 LOMPAT JAUH TAHUN 4
23. 135 LOMPAT JAUH TAHUN 5
24. 137 LOMPAT JAUH TAHUN 6
25. 139 LONTAR PELURU TAHUN 4
26. 141 LONTAR PELURU TAHUN 5
27. 143 LONTAR PELERU TAHUN 6

ACARA PEREMPUAN
1. 102 60 M LARI TERUS TAHUN 1
2. 104 60 M LARI TERUS TAHUN 2
3. 106 80 M LARI TERUS TAHUN 3
4. 108 80 M LARI TERUS TAHUN 4
5. 110 100M LARI TERUS TAHUN 5
6. 112 100 M LARI TERUS TAHUN 6
7. 114 200 M TAHUN 4
8. 116 200 M TAHUN 5
9. 118 200 M TAHUN 6
10. 120 60 M BERHALANGAN TAHUN 1
11. 122 60 M BERHALANGAN TAHUN 2
12. 124 60 M BERHALANGAN TAHUN 3
13. 126 4 X 100 M TAHUN 4
14. 128 4 X 100 M TAHUN 5
15. 130 4 X 100 M TAHUN 6
16. 4 X 200 M TAHUN 4
17. 4 X 200 M TAHUN 5
18. 132 4 X 200 M TAHUN
3/4/5/6
19 LOMPAT TINGGI TAHUN 4
20. LOMPAT TINGGI TAHUN 5
21 LOMPAT TINGGI TAHUN 6
22. 134 LOMPAT JAUH TAHUN 4
23. 136 LOMPAT JAUH TAHUN 5
24. 138 LOMPAT JAUH TAHUN 6
25. 140 LONTAR PELURU TAHUN 4
26. 142 LONTAR PELURU TAHUN 5
27. 144 LONTAR PELURU TAHUN 6

SUKANEKA
28 145 TAHUN 1

29. 146 TAHUN 1


30. 147 TAHUN 2
31. 148 TAHUN 2
32. 149 TAHUN 3
33. 150 TAHUN 3
34. 151 TAHUN 4
35. 152 TAHUN 4
36. 153 TAHUN 5
37. 154 TAHUN 5
38. 155 TAHUN 6
39. 156 TAHUN 6
40. 157 PRA SEKOLAH
41. 158 PRA SEKOLAH
42. 159 PPKI
43. 160 PPKI

Anda mungkin juga menyukai