Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN TUBI MENUKAR AYAT

SET I
Tukar ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang

(a)        Program Strategi Kecemerlangan Akademik anjuran SMK Convent itu dihadiri oleh ramai
pelajar tingkatan lima.

(b)        Menurut Kementerian Kewangan, pendapatan pekerja sektor swasta sudah setanding


dengan pendapatan sektor awam.

(c)        Sanak saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari
Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

(d)       Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan
forum remaja peringkat kebangsaan.

(e)        Amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat melancarkan perjalanan
darah dalam badan supaya tubuh kekal sihat.

(f)        Menteri Kewangan mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan


berhemat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

(g)        Dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu kerana belum
dapat menyesuaikan diri dengan penduduk kampung.

(h)       Ibu rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit walaupun baru
sebulan anaknya ke sana.

(i)        Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan
ekopelancongan serta kawasan perlindungan burung perlu dikekalkan.

(j)         Kegiatan pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi telah menyebabkan spesies flora
dan fauna diancam kepupusan.
SET 2
Tukar ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa.

(a)        Membersihkan kawasan kediaman mereka penduduk taman perumahan itu untuk


menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

(b)       Telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah seorang guru sekolah kami kerana
berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

(c)        Mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa kawasan kegiatan pembakaran secara


terbuka.

(d)       Telah dibaca oleh Hashim majalah berkaitan sejarah Malaysia pada minggu lalu di
perpustakaan sekolahnya.

(e)       Seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat amalan kitar semula demi penjagaan alam
sekitar.

(f)        Kemahiran bersosial dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan membentuk diri
supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain  

(g)        Berpeluang untuk memilih mana-mana barangan elektrik seperti ketuhar atau seterika yang
dipamerkan pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu.

(h)        Telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kemalangan yang berlaku di Jalan Teratai itu.

(i)        Sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai para petugas kesihatan
itu.

(j)        Akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk lupus plastik yang dibuang ke merata-rata
tempat kerana sukar diurai secara semula jadi.

Anda mungkin juga menyukai