Anda di halaman 1dari 7

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008

Praktis Penerapan dan Penilaian Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar IPT

Salleh Abd Rashid & Suzan Impak Universiti Malaysia Sabah, Politeknik Kota Kinabalu salleh@ums.edu.my

Abstrak Kertas kerja ini merencanakan pendekatan baru penerapan aspek ini dari aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung iaitu semasa penterjemahan ilmu berlaku dari aspek pelaksanaan dan pemantauan bagi menjamin kualiti insaniah terbaik dapat dihayati dalam kalangan pelajar IPT. Tujahan utama diberikan melalui sorotan kajian, pengalaman penulis, usaha-usaha institusi terpilih dan ramalan tindakan merealisasikan usaha ini. Kata Kunci: kemahiran insaniah; pengajaran dan pembelajaran; penerapan. 1.0 Pengenalan Modal insan merupakan asset terpenting sebuah Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara giat berusaha ke arah meningkatkan daya saing, produktiviti dan inovasi Negara. Bagi mencapai hasrat ini usaha untuk membudayakan masyarakat dengan atribut suka menimba ilmu pengetahuan, berfikiran reflektif, kreatif serta trampil dan mampu bersaing di peringkat global. Ekoran daripada ini, kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa langkah seperti yang terdapat dalam Misi Nasional dalam RMK ke-9, iaitu bagi menjana modal insan dan minda kelas pertama. Kepentingan memperkasakan modal insan ini terserlah melalui sumbangan dalam aspek ekonomi, pendidikan dan pasaran kerja global. Menuju ke hasrat tersebut, individu bukan sahaja wajib berilmu pengetahuan tetapi lebih penting memiliki kemahiran insaniah (KI) yang terbaik bagi menjamin kualiti modal insan terbaik. KI merupakan indikator terbaik kualiti modal insan dalam konteks memenuhi kehendak keperluan modal insan Negara dan kehendak pelanggan. insan industri. Pelajar didedahkan dengan segala kelengkapan ilmu termasuklah penerapan KI dalam kalangan mereka. KI dianggap sebagai elemen pelengkap kepada usaha melahirkan modal insan terbaik. KI dianggap sebagai employment skills penting termasuklah KI berkomunikasi, penguasaan bahasa, berfikiran kritis, kemampuan menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, memiliki daya keusahawanan, bakat kepimpinan serta nilai moral dan etika terbaik. KI amat perlu untuk mengwujudkan kesejahteraan sosial yang mampu menyumbang kepada kepuasan kerja dan kejayan organisasi tempat bertugas. Tenaga pengajar di IPT perlu menekankan kualiti pengajaran dan pembelajaran agar nilai-nilai yang dimiliki pelajar berada atau dikuasai pada tahap terbaik. Penerapan ini berlaku merentasi proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.0 Pernyataan Masalah Antara sebab kegagalan graduan keluaran IPT gagal memperoleh kerja terbaik sejajar dengan kelulusan diperoleh adalah kerana diri tidak memiliki pakej yang holistik menepati keperluan modal insan kompetitif yang diperlukan oleh industri atau sebuah organisasi. Era kini industri tidak sekadar menetap magnitud berdasarkan kelulusan yang diperoleh

2.0 Latarbelakang IPT merupakan institusi yang bermisi melahirkan tenaga profesional untuk keperluan pasaran modal

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008
daripada IPT tetapi serlahan KI agar modal insane yang dilantik dapat menyumbang serta menyesuaikan diri dalam pelbagai setting pekerjaan. Keupayaan mempamerkan multiskill sekaligus menepati keupayaan employability tadi. Sehubungan dengan itu, IPT telah menyedari hakikat ini dan semua IPT telah mewajibkan semua pelajar mengambil kursus KI ini sebagai kursus stand alone atau merentasi kurikulum melalui penawaran kursus wajib berkredit memenuhi keperluan bergraduat dalam kalangan pelajar ataupun dalam aktiviti kokurikulum universiti secara formal, informal ataupun unformal. Tidak kurang IPT yang giat melaksanakan seminar, konferens, diskusi, bengkel, wacana ilmu dan seumpamanya bagi berbincang, berkongsi maklumat bagi merealisasikan hasrat tersebut. Fokus diberikan kepada kapisiti tenaga akademik dan pihak sokongan IPT menuju hasrat ini. Salah satu tumpuan tujahan diberikan ialah kapisiti pengajaran pensyarah menerpakan KI ini dalam proses pembelajarana belangsung. Namun setting pembelajaran sedia ada di IPT, seperti rekabentuk dan infastruktur dewandewan, keupayaan teknologi pendidikan dan amalan pedagogi sehala, telah mencabar minda bagi mengemukakan satu revolusi terbaik bagi penerapan KI ini dalam kalangan pelajar masingmasing. Natijahnya, artikel ini mencadangkan satu pilihan ataupun satu cadangan pokok yang perlu tumpuan sebelum hasrat holistik modal insan ini mampu digarap sebaiknya. Premis utamanya, kegalan modal insan graduan yang dihasratkan berpaksi dan bertunjang kepada tenaga akademik yang bertindak sebagai peneraju pembelajaran dalam interaksi langsung dengan pelajar dalam sebuah proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan penghayatan proses ini memberi impak maksima kepada darjah penghayatan KI dalam kalangan pelajar. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. kajian dan ramalan tindakan menuju hasrat KI itu sendiri. Fokus utama diberikan kepada meningkatkan kapasiti penerapan pensyarah atau tenaga pengajar IPT bagi menjana KI terbaik bagi klien, iaitu pelajar itu sendiri.

5.0 Literatur Aspirasi dan keperluan terhadap KI ini dicadangkan merujuk kepada pandangan pakar, kajian dan pengalaman IPT merangkumi aspekaspek penting KI tersebut. 5.1 Kemahiran berkomunikasi (CS) melibatkan keupayaan berkomunikasi berkesan menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan. Antara lain tumpuan diberikan terhadap kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan yakin baik secara lisan ataupun bertulis. Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mendefiniskan bahawa terdapat perbezaan antara percakapan dan komunikasi. Semua orang boleh bercakap tetapi tidak semua boleh berkomunikasi dalam percakapan. Kemahiran berkomunikasi mempamerkan konten pengetahuan penutur. Hubungan interpersonal antara dua pihak mengwujudkan persefahaman komunikasi yang terbaik melibatkan pengkongsian pengalaman dan saling bertukar idea membentuk keyakinan seorang indivdu (Zalika Adam, 2008). Devi dan Farah (2008) dan Mansor dan Wong (2008) pula mendapati tahap kebolehan berkomunikasi pelajar sarjana muda pada tahap serdahana dalam beberapa setting perbincangan. Pemasalahan berpunca daripada penguasaan bahasa yang lemah membawa kepada keyakinan diri atau efikasi kendiri yang rendah untuk berkomunikasi. Beliau turut mendapati dan mencadangkan amalan pertuturan dan aktiviti berulang (pengucapan awam, sesi formal seperti mesyuarat) dapat mengurangkan masalah ini. Manakala Muhamad Haron (2008) mencadangkan dengan contoh atau bahan yang ada kaitan dengan kehidupan dan pengkhususan pelajar dapat menyumbang kepada minat kemahiran berbahasa pelajar. 5.2 Pemikran kristis dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur serta membuat

4.0 Tujuan Menyedari hakikat tersebut, artikel ini merencanakan kupasan masalah ini dengan tumpuan utama diberikan melalui pengalaman penulis, usaha beberapa institusi terpilih, sorotan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008
justifikasi dan mencari idea dan penyelesaian alternatif. Antara kelemahan penerapan KI ini adalah ketidakupayaan penyampai sendiri (guru); tidak berusaha memupuk kreativiti pelajar dalam bilik darjah malah sikap guru melumpuhkan kreativiti pelajar (Mohamad Mohsin & Nasruddin, 2008). Beliau turut mengenal pasti kelemahan utama penerapan adalah kerana sistem pendidikan, tingkah laku pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya pembelajar. 5.3 Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk berkerja sama dengan orang lain daripada pelbagai disiplin diri dan ilmu mencapai matlamat yang sejajar. Tujahan diberikan kepada keupayaan peserta memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelarakan hasil kumpulan. Mashitah Sulaiman (2008) mendapati dengan sejumlah bilangan pelajar bagi kursus hubungan etnik jika pengajaran dilaksanakan dengan terancang, KI ini memperoleh impak dan nilai tambah yang baik terhadap pembentukan diri dan keperibadiaan pelajar. Kemahiran penerapan employability (Yahya Buntat, 2008) berjaya menyemai kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja pasukan yang sangat baik dalam kalangan pelajar walaupun hubungan dengan industri berada pada tahap serdahana (Khairol Mohd Salleh, et.al., 2008). 5.4 Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat melibatkan usaha individu berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. Konsep pembelajaran sepanjang hayat perlu dijadikan satu norma atau budaya masyarakat bagi menrealisasikan pemupukan KI ini. 5.5 Kemahiran usahawanan pula, melibatkan kebolehan meneroka peluang dan membangunkan risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti ekonomi dan pekerjaan disamping berupaya merangka bisnes dan efikasi kendiri. Soaib Asimiran (2008) telah mengemukan satu model kemahiran generic usahawan yang baik bagi menjamin KI ini. Tujahan diberikan terhadap domain utama kemahiran usahawan melibatkan pengurusan, pemasaran dan kewangan. Melestarikan model ini mampu melahirkan usahawan berdaya saing dan mampu bertahan dalam arus perniagaan yang berisiko dan relatif. Cuma perhatian perlu diberikan secara berbeza merujuk kepada program pengajian pelajar sama ada jurusan sains atau sastera seperti menurut Izaidin Abd Majid et.al., (2008:469) the science (students) refers to that what is teachable, and the art refers mainly to that which is not. 5.6 Kemahiran dalam teras kepemimpinan membolehkan iindividu mengamalkan ciri-ciri kepemimpinan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kajian oleh Syed Najmuddin (2008) mendapati profil pengajaran memperoleh min terendah berbanding aspek KI lain dalam pengajaran pensyarah. Aspek yang dimaksudkan termasuklah keupayaan humor, perhatian dan penggunaan sumber pengajaran yang berkesan. 5.7 Akhirnya, kemahiran etika dan moral professional menyerlahkan keupayaan tenaga professional mengamalkan piawaian moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial. Khairul Hamimah (2008) mendapati bahawa penghayatan dan pemahaman akidah (akhlak) yang cetek memandu kepada kerapuhan iman seterusnya menjurumus pelajar ke kancah perlakuan akhlak yang tidak sihat. Ternyata bahawa pengurusan manusia melibatkan gabungan fizikal, akal, nafsu dan kerohaniaan perlu berada dalam kesimbangan dan dibangunkan serentak dalam setiap masa. Paling utama, kepercayan kepada tuhan dapat memantapkan lagi kepatuhan professional kepada nilai dan etika profesion kerana kepercayaan kekuasaanNya dan segala tindak tanduk pelaku adalah dalam radar tuhanNya. Maka, tunjang kepada pembentukan KI ini ialah sebagai ibadah, amanah dan ilmu.

6.0 Resolusi Ternyata misi nasional ini terpikul dibahu pensyarah di IPT sebagai pelaksana. Memahami konsep pembelajaran dan pengajaran menjadi paksi penting beban tugas ini. Pengajaran sangat kompleks dan memerlukan daya fikir dan ciri-ciri profesion professional lain menunut etika khas dan mempunyai pengetahuan, dengan tumpuan utama perkhidmatan kepada klien (pelajar) yang pelbagai dan ambigous. Pembelajaran pula merujuk kepada perubahan tingkah laku yang tetap hasil daripada pengalaman yang dilalui hasil interaksi dengan persekitaran. Sehubungan dengan itu sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008
seorang professional, pensyarah, perlu menggunkan kepakaran masing-masing untuk menganalisis, menginterpretasi, membuat penilaian dan keputusan dan tindakan bertujuaan memberi manfaat kepada pelajar. Cabaran terbesar pensyarah adalah terhadap pengurusan pembelajaran yang dikendalikan. Pengurusan pembelajaran berkesan merujuk kepada kapisiti untuk mereka bentuk strategi pedagogi mementingkan pelajar dan outcomes dalam kalangan pelajar. Di samping perhatian diberikan terhadap proses pembelajaran itu sendiri, penterjemahan ilmu, memantau penglibatan pelajar, dan mentaksir pencapaian ataupun prestasi pelajar. Usaha-usaha ini akan membentuk persekitaran pembelajaran yang member ruang kepada ekspresi, interaksi dan dialog pembelajar yang cemerlang. Pelajar kerap melihat professors are perceived by students to employ win and win/lose strategies in their interactions and such interactions commonly lead to outcomes that are increasingly undesirable in today's higher education environment." KI dapat disemai dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyedari bahawa interaksi pembelajaran adalah interaksi kurikulum yang memerlukan kemahiran pengurusan pembelajaran yang berhadapan dengan konflik, petentangan dan tekanan. Pengajar yang baik memerlukan model pengetahuan kendiri dan pengajaran yang robust berhadapan dengan masalah ini. Pensyarah yang berjaya memiliki profil sebagai seorang yang proaktif; begin with the end in mind; mendahulu yang didahulukan; mengamalkan konsep win/win situation; memahami dan kemudian menghayati; dan sentiasa bertenga dan memperbaharui ilmu sedia ada. Pensyarah perlu memotivasikan pelajar dengan menyedari keperluan pelajar, menyediakan pembelajaran yang menarik, bermakna dan mencabar pemikiran pelajar serta terdapat matlamat yang mahu digarap.

Practitioner & Researcher

Role of Teacher

Education

Teaching as Complex Process

Decision Maker

Practitioner Researcher

Research

Science

Art

Reflective Practitioner

Action Researcher

Rajah di atas menjelaskan bahawa beban tugas yang dipikul dalam melakasanakan proses pengajaran yang turut dipengaruhi empat faktor lain iaitu outcomes yang dihasratkan; pembelajar itu sendiri; kontek; dan konten pembelajaran itu. Bagi outcomes terbaik students are expected not only to analyze, adapt, improvise, and evaluate but generally to think about their work, develop decision-making, problem-solving, and personal and social skills; pupils have greater responsibility for their work and being more involved in their own learning. Premis utamanya ialah successful teaching results from congruence between what was intended and what actually occurs in the lessons. Jelas bahawa bilik darjah or [lecture hall] is a place of energy. It can be a place of excitement, wonderment and impact, and it has been a place where lives are formedbut dont just happen. They are the creation of skillful teachers [lecturers] and the reflective decisions those teachers [lecturer] make. Rajah berikut merumuskan dengan jelas saling kaitan antara pemboleh ubah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
WHO? [Characteristics of the learner, Teaching to learner uniqueness] Cognitive [level of development & style] Socio-Emotional [levels of anxiety, socio-emotional needs, etc] Individual differences [learning, gender, culture] WHAT? Curriculum What is the purpose? How does it fit in the scope & sequence of students education? Objectives What is to be learned? What must the student do to learn? How will this learning be demonstrated?

The Teaching-Learning Process HOW? Learning Theories [Behavioral, Neo-behaviorist, Cognitivist, ..] Principles of Motivation [Values of Learning, Expectancy Theories] Managing the Classroom [Prevention, Intervention, Remediation]

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008
Bertolak daripada kefahaman tentang pelaksanaan proses yang berkesan, seterusnya perlaksanaan pendekatan pembelajaran PBL dan POPBL (Hussain Othman et.al., 2008; Zolkepli Buang, 2008) telah menunjukkan pelajar banyak menguasai KI yang diperlukan. Pelajar diperhatikan begitu aktif dan memberi petanda yang baik kepada kebolehpasaran yang tinggi dalam industri pekerjaan kelak. Manakala Norun Najjah dan Siti Rohana Omar (2008) telah mencadangkan penyelesaian pemikiran kritikal dan kreatif pelajar melalui berdasarkan projek mini dan product solution. Kajian kes mereka mendapati pelajar mempunyai kapasiti yang baik, mempamerkan stail penyelesaian dan berpotensi mengembangkan lagi KI dalam beban tugas yang diberi. Bagi menguasai KI ini ternyata begitu abstrak dan merentasi kurikulum. Seluruh IPT harus membantu pelajar dengan menghasilkan satu modul atau laluan pembelajaran secara stand alone khusus bukan sahaja bagi para pelajar malah pensyarah juga, secara langsung. Modul sebegini mampu menyediakan garis panduan praktis untuk mempraktikan KI dan mampu membangunkan efikasi kendiri baik dalam pembelajaran atau kehidupan di luar. Zarina Muhamad et.al., (2008) dalam kajian merentasi seluruh IPT di Malaysia jelas membuktikan bahawa pendekatan ini berjaya mencapai objektif KI di IPT malah membekalkan KI tambahan melampaui kurikulum KI IPT sendiri. Tujahan KI bagi menyemai dan menyuburkan KI ini perlu disedari dari peringkat tumbuh besar pelajar yang harus diberikan terhadap kesediaan menwacanakan pelbagai isu dan gejala akhlak sejajar berteraskan isu, dilema dan konflik membentuk kupasan pemikiran kritikal. Manakala pensyarah pula perlu bersedia untuk merencana dan menyediakan pembelajaran yang reflektif dan kreatif. Strategi yang menekankan aspek fakta dan isi kuliah semata-mata semakin menjumudkan. Strategi kepelbagaian dan dan penambhbaikan kaedah serta perancangan aktiviti berpusatkan pelajar menjanjikan kesan KI yang positif. UTeM telah mengambil langkah proaktif kepada pelajar dan pensyarah dengan memperbaiki tahap penguasaan KI ini melalui penyediaan modul khas bahasa Inggeris bagi proses pengajaran dan pembelajaran; mementingkan staf yang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik; menggalakkan penggunaan Self-access Language Lab (SALL); dan kelas persediaan peepriksaan IELTS bagi pensyarah (Mohd. Fauzi Kamaruddin, 2008). Tumpuan juga boleh diberikan kepada pembangunan KI dalam kalangan staf dengan penekanan diberikan kepada peningkatan prestasi kerja melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran, nilai diri, etika dan perubahan sikap. Pusat-pusat pembelajaran berterusan profesional IPT boleh memainkan peranan ini. Sais kumpulan pelajar juga perlu diambil kira dalam kapisiti pensyarah walupun gerak kerja berpasukan sangat mudah dibentuk bagi kumpulan pelajar besar bilangannya.

7.0 Implikasi FPK mementingkan aspek pembinaan JERIS yang seimbang dan justeru itu, terdapat pelbagai aspek yang perlu penekanan serius dari aspek proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif, efektif, pelbagai dan khusus untuk membawa perubahan dalam diri pembelajar. Pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang amat penting dalam pendidikan memperoleh ilmu, menguasai pelbagai kemahiran dan membina sahsiah diri dalam melahirkan insan yang holistik dan mantap. Oleh itu penerapan dalam proses ini merupakan satu sistem aktiviti yang khusus bagi membawa perubahan terhadap pembelajar. Pendidik hendaklah memastikan bahawa semua kemahiran penting telah diterapkan melalui proses kemahiran berfikir secara kritis, membaca, mendengar aktif dan berhujah, memberi pendapat, menganalisis dan sebagainya. Pendidik berupaya memberi impak penyerapan ilmu pengetahuan bentuk teori serta boleh dipraktikan dalam membentuk peribadi dan watak serta mencungkil potensi terpendam. Kaedah pengajaran yang menekankan kaedah kolaboratif dalaman dan juga dengan industri bukan sahaja membantu pelajar menguasai kandungan subjek malah membantu mencerna, menggarap dan menjana idea secara bersama dalam kumpulan. Pelajar juga dapat menguasai pembelajaran secara kognitif, afektif, psikomotor dan sosial selain mengeratkan hubungan persahabatan, kerjasama, berdaya saing dan membina jaringan pintar dalam penguasaan ilmu dan pengalaman semasa di kampus. Mohd Zaki Kamsah et. al., (2008) jelas meningatkan bahawa

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008
IPT tiada maslah bagi melaksanakan KI, cuma perhatian perlu diberikan terhadap kekurangan sumber rujukan, peruntukan masa pertembungan akademik dan ketepatan ataupun pendekatan terbaik untuk mentaksir penghayatan KI pelajar. Keperluan kepada pembentukan satu norma pembelajaran sepanjang hayat yang merangsang pembelajaran pelajar secara berterusan sama bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya sesuai dengan bidang pekerjaan pada masa hadapan. Proses pembelajaran ini bersifat disengajakan dan sedar dalam proses kurikulum dan pedagogi tersendiri. Aplikasi ilmu dipelajari mengikut keperluaan perubahan dan kesesuaian masa bergerak daripada kurang mahir kepada mahir, dari satu kemahiran kepada pelbagai kemahiran dan dari peringkat rendah ke peringkat tinggi. Zanariah Jano (2008) dan Siti Rohana Omar et.al., (2008) telah mencadangkan penggunaan weblogs sebagai satu tools yang berjaya meningkat KI pelajar khususnya untuk berkomunikasi secara kreatif dan bebas dan pembelajaran berterusan dalam kalangan pelajar dan pensyarah secara bermotivasi tanpa tekanan dan kebimbangan. Blog dianggap satu wadah perhubungan baru penyebaran maklumat pantas dan berkesan merangkumi pelbagai topik bagi proses pembelajaran di IPT. Membangunkan satu indikator pemantuan yang mempunyai tahap kesahan dan ketekalan yang tinggi merupakan satu lagi beban besar dalam penerapan KI ini. Rata-rata IPT mengamalkan atau menggunakan indikator skor PNGK atau lulus/gagal bagi menentukan tahap pencapaian pelajar. Cadangan oleh Krathowl yang mendefinisikan penghayatan boleh diukur melalui kekerapan amalan perlakuan boleh menjadi satu indikator pencapaian yang baik. Kajian awal oleh Turaman Suandi et. al., (2008) dan Mohd Majid Konting & Abd Rahman (2008) perlu disokong dan diberi perhatian lanjut. Penilaian harus diberikan berlandaskan teori pembelajaran dan semakan berterusan diberikan kepada subelemen KI bagi membentuk instrumen pentaksiran terbaik dan adil untuk pelajar. Tunjang kepada masalah ini ialah pensyarah sendiri harus memahami definisi dan maksud penilaian KI itu; menghayati setiap domain taksonomi dan rubrik pembelajaran; berupaya mentadbir instrumen penaksiran secara berkesan; dan mahir melaksanakan penaksiran autentik dan formatif. Proses pengajaran dan pembelajaran beradab merujuk kepada prosedur pelaksanaan yang menekankan kepada paksi etika yang terbaik dijangka mampu membina modal insan yang baik. Hal ini merujuk kepada reka bentuk kuliah atau aktiviti pembelajaran yang mengambil kira ketepatan kehadiran, jadual waktu penawaran KI, batasan pergualan dan interaksi semasa aktiviti pengajaran berlangsung, niat beribadah dan menjurus kepada pembentukan KI yang ikhlas mampu melahirkan asset terbaik kepada Negara. Dalam hal yang sama proses pengajaran dan pembelajaran yang berpaksi kepada pensyarah harus diubah. Memaksimumkan sumber yang ada di IPT dengan tidak meletakkan pembinaan KI kepada satu pusat atau unit sahaja dijangka akan lebih berjaya ke arah pembinaan KI dalam kalangan pelajar. Contohnya kajian penggunaan fakulti atau pusat seni dengan penggunaan seni tari di UiTM (Farok Zakaria, 2008); kawalan sosial melalui cerita rakyat (Nor Zaliza Ghazali, 2008); unit kokurikulum dengan penekanan kepada bakti siswa yang mengalakkan khidmat manusia dan kesukarelawan (Mahadi Abu Hassan, 2008); khidmat kepakaran unit psikologi bagi pendekatan kaunseling dan pembangunan program intervensi terancang antara ujaran terbaik yang telah dilakasnakan dengan berkesan. Penyelidikan saintifik wajib digalakkan lagi bagi benar-benar menepati hukum penawaran modal insan yang menepati permintaan industri kerjaya. Masih terdapat ketidakselarasan hukum ini apabila kajian oleh Jamaludin Hashim (2008) mendapati masih terdapat perbezaan antara pesepsi keperluan KI yang disemai dengan keperluan oleh industri. Keperluan yang menitikberatkan mutu pengetahuan, kemahiran dan sikap dan mutu pengajaran harus mendapat perhatian dan lebih berkesan.

8.0 Penutup Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu terdidik akan berjaya dalam pasaran kerja dan karier dan kurang mengharapkan bantuan. Modal insan berkualiti ternyata kritikal mencapai misi nasional membentuk sumber manusia minda kelas pertama. Tenaga akademik khususnya

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008
pensyarah memikul peranan menekankan nilai KI ini. Ibnu Kaldun mengingatkan bahawa kecemerlangan sebuah tamadun (kejayaan) akan hilang apabila nilai dan budaya keseronokan (meraikan) yang melampau menjadi jujungan masyarakat tersebut tanpa nilai-nilai insaniah terbaik sebagai dinding sempadan perlakuan. Satu kerangka tindakan yang mencerminkan reputasi dan inovasi kecemerlangan pengajaran amat kritikal dalam pembentukan KI ini. Keperluan untuk meyelaraskan program dengan keperluan ataupun kebolehpasaran pelajar dalam industri dan masyarakat. Pembangunan program relevan memenuhi kehendak stakeholders dengan sistem yang menyokong amalan praktis berkesan berinovatif dalam proses ini lebih menyakinkan. Perhatian khusus juga perlu diberikan terhdap penggubalan kurikulum KI bagi golongan ahli masyarakat terpinggir ataupun berkeperluan pendidikan khas melalui penawaran pelbagai mengambil kira hal-hal insklusif, sensitiviti dan silang budaya bagi menyediakan modal insan terbaik yang glokal. Rujukan Semua rujukan nama pengarang disunting daripada Prosiding Jilid I dan II Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial, anjuran Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, UTeM, Melaka pada 18-19 Ogos 2008. Prof Madya Dr Salleh Abd Rashid Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah Suzan Impak Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Anda mungkin juga menyukai