Anda di halaman 1dari 5

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Kelestarian Minda: Kecerdasan Intelek (IQ), Kecerdasan Emosi (EQ) Dan Kecerdasan Spiritual (SQ). Sejauhmana Keperluannya Terhadap Pembangunan Pelajar.
Mohd. Fakaruddeen Che Omara, Khairul Hamimah Mohammad Jodib & Nafsiah Hafizah Khalitc
b

fursansoleh@gmail.com hamimahm@unitar.edu.my c nafsiah@inceif.org

Abstrak Kecerdasan merupakan satu aspek yang penting kepada manusia dalam menilai, menanggapi dan melihat sesuatu. Kepentingannya kerana kecerdasan menentukan pandangan awal manusia terhadap Tuhan, manusia, alam sekeliling dan sebab musabab terhadap sesuatu. Malah kecerdasan juga dikaitkan dengan peradaban manusia dan ketamadunan sesuatu bangsa. Pada peringkat awal, kecerdasan IQ dilihat sebagai penentu kecemerlangan manusia. Namun begitu, para ilmuan dan ahli psikologi merasai kekosongan di sebalik kecerdasan tersebut. Lalu ditemui lagi kecerdasan EQ yang dikatakan turut membantu kecemerlangan manusia. Namun begitu, kecerdasan ini juga tidak menjamin peradaban manusia. Pada tahun 2000, ditemui kecerdasan yang paling kemuncak. Ia dikatakan mampu menggembleng kesemua kecerdasan sehingga membentuk kecemerlangan manusia secara hakiki. Kecerdasan Intelek (IQ) lebih mengutamakan fungsi kognitif, Kecerdasan Emosi (EQ) pula mengajar individu berfikir lebih kreatif dengan menggunakan emosi bagi memyelesaikan masalah, manakala Kecerdasan Spiritual (SQ) pula memperlihatkan hubungan manusia dengan penciptaNya dan membantu manusia memahami tujuan hidup yang hakiki serta peranannya dalam melestarikan fungsi IQ dan EQ secara maksimum. Kertas kerja yang dilakukan oleh Mohd. Fakaruddeen Che Omar (Fursan Soleh Consultancy), Khairul Hamimah Mohammad Jodi (UNITAR) & Nafsiah Hafizah Khalit (Inceif) ini cuba menyingkap hubungan ketiga-tiga kecerdasan dengan pembentukan jati diri pelajar hari ini. Kata kunci: SQ, EQ, IQ

1.

Pendahuluan

Dewasa ini persoalan tentang IQ, EQ dan SQ dalam kalangan pelajar begitu menarik perhatian. Apa yang dapat diperhatikan kini IQ pelajar dari sudut kecemerlangan keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM semakin meningkat dari semasa ke semasa. Namun pada masa yang sama kita tetap dikejutkan dengan permaslahan ponteng, buli, gangstarisme, lepak dan pelbagai masalah yang lain. Fenomena yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh kehausan emosi dan rohani pelajar di tengah-tengah arus kemodenan dunia yang memandang daya keintelekan semata-mata. Tambahan pula masyarakat dan setengah-setengah ibu bapa menandang kecemerlangan anak-anak ialah berdasarkan berapa banyak A yang berjaya didapati dan kursus apa yang diambil oleh pelajar/anak apabila menjejakkan kaki ke menara gading sehinggakan unsur emosi dan spiritual mula

dipinggirkan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini cuba menyingkap serba sedikit kepentingan IQ, EQ dan SQ ini terhadap pembangunan pelajar.

2.

Definisi IQ, EQ dan SQ

2.1 IQ Intelligence Quotient atau singkatannya IQ adalah bermaksud kecerdasan intelek (Robert J. Sternberg, 2000:431), manakala menurut definisi Bahasa Melayu, IQ bermaksud nilai kecerdasan (Tee Ping, 1990;1-2). Istilah IQ juga, merujuk kepada kecerdasan yang berhubung dengan proses kognitif seperti berfikir, daya menghubungkan dan menilai atau mempertimbangkan sesuatu (Abdul Mujib & Jusuf Mudzakir,2001:319). Menurut kamus Webster pula: IQ adalah satu nombor yang bermaksud untuk mengenalpasti tahap kecerdasan seseorang iaitu mental age didarab 100 dan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 dibahagi pula dengan chronical age (sebagaimana yang terdapat dalam ujian kecerdasan) (Allen Walker Red dan B.Litt, et.al. ,1997:111). Teori IQ diperkenalkan bertujuan untuk mengukur tahap ketinggian kecerdasan (IQ) seseorang (Charles G. Morris & Albert A. Maisto,2002:313), sama ada genius, normal dan lemah. IQ seseorang itu dinilai berdasarkan jumlah jawapan yang diperolehi berdasarkan satu rangkaian soalan yang melingkari pertanyaan-pertanyaan mengenai kegunaan bahasa (language usage), penaakulan (reansoning), peringatan (memory), kemampuan persepsi (perceptual competence), kecekapan berhubungan (spatial relationship), kemampuan mengira (numerical ability), logik (logic) dan kemampuan lisan (verbal ability). Kecedasan IQ seseorang pula, hanya boleh dinilai setelah seseorang itu berumur 6 tahun (Haji Abdul Fatah Hasan,1998:137). Ini kerana pada usia tersebut kecerdasan mencapai tahap seimbang. 2.2 EQ Daniel Goleman pula telah mendefinisikan EQ sebagai (Charles G. Morris dan Albert A. Maisto,2001:248) a) Kemampuan untuk mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain. b) Kemampuan memotivasi diri sendiri. c) Kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Kamus Dewan pula mendefinisikan emosi sebagai perasaan jiwa yang kuat (Noresah bt. Baharom et al (ed) ,2002:335). Justeru secara amnya kecerdasan emosi atau singkatannya EQ bermaksud kecerdasan perasaan. Kecerdasaan di dalam mengelolakan, memahami, merangsang, mengawal dan mengguna emosi positif atau negatif mengikut keadaan yang diinginkan. Oleh itu, secara keseluruhannya EQ adalah kemahiran seseorang mengurus diri sendiri agar setiap tindak tanduk lebih berkualiti dan sesuai pada situasi dan kondisinya. Sekiranya emosi tidak mampu dikelolakan dengan baik, maka aspek kecerdasan (IQ) tidak mampu digunapakai secara efektif, demikian menurut Goleman (Charles G. Morris dan Albert A. Maisto,2001,op.cit). teori berdasarkan pengalaman dan pencarian berkaitan unsur spiritual dalam diri manusia. Barat melihat kecerdasan spiritual sebagai peningkatan aspek dalaman atau sikap positif manusia yang tidak berkaitan dengan fizikal atau agama. Ia mampu dicapai dan ditingkatkan oleh sesiapa sahaja dan darjah kecerdasan tersebut dikira dengan nombor atau dalam istilah psikologi sebagai psychometric (Mohd. Fakarudden,2006). Berdasarkan kenyataan ini, para sarjana Barat lebih cenderung menggunakan perkataan quotient untuk merujuk kepada kecerdasan. Danah Zohar dan Ian Marshall pula turut menyimpulkan SQ sebagai: SQ, our deep, intuitive sense of meaning and value, is our guide at the edge'. SQ is our conscience.( Danah Zohar and Ian Marshall,2000:13-14) Oleh itu, kekuatan dalaman yang diperolehi melalui pemahaman terhadap makna kehidupan dan nilai hidup akan memandu seseorang itu menjalani kehidupannya melalui cara yang cemerlang, berkualiti dan positif. Mereka menambah lagi, SQ adalah kecerdasan dalaman yang berkaitan dengan jiwa sedar. Kecerdasan tersebut bukan saja untuk mengenali potensi yang sedia ada bahkan untuk menemui secara kreatif nilai-nilai yang baru (Ibid). Lalu, SQ dilihat sangat penting untuk mengaktifkan seluruh potensi yang ada pada manusia. Secara mudahnya, teori ini merungkaikan persoalan asas mengenai kehidupan manusia itu sendiri seperti kenapa aku dilahirkan? Kenapakah aku harus pergi walaupun aku letih? dan persoalan lain lagi yang berkaitan asas kehidupan manusia (Ibid). Dalam Agama Islam, SQ adalah aspek penting yang tidak boleh diabaikan. Seorang muslim mesti mementingkan kedua-dua aspek dunia dan akhirat. Setiap tindakan keduniaan mesti berasaskan ibadat kepada Allah(al-Zariyat(51):56). Justeru muslim dituntut menunaikan tanggungjawab akhirat di samping tanggungjawab keduniaan. Proses pemaknaan kepada setiap persoalan tersebut menjadikan manusia mengerti hakikat kewujudan dan penciptaan manusia. Sebaliknya, tanpa kehadiran makna, manusia tidak memiliki ilmu yang sebenar. Mereka hanya memiliki prasangkaan yang menyebabkan hidup terumbang-ambing. Bertitik tolak dari kepentingan pemaknaan inilah menurut mereka, setelah manusia memahami hakikat kejadian, kehidupan manusia akan lebih berkualiti, dihormati, harmoni, terurus dan memahami tujuan kehidupan spiritualnya (Ibid:34). Kehidupan spiritual di sini meliputi hasrat untuk hidup dengan bermakna (the will to meaning) yang memotivasi kehidupan manusia untuk sentiasa mencari makna hidup (the meaning of life) dan menginginkan hidup bermakna (the meaningful life)( Abdul Mujib & Jusuf Mudzakir,2001:325). Ia

2.3 SQ Semangat pencarian keabadian hidup Barat telah membawa Barat kepada pencarian erti hidup hakiki. Mereka tidak menemui hakikat kecemerlangan hidup melalui IQ dan EQ. Justeru mereka mula mengkaji unsur-unsur spiritual untuk meredakan runtunan jiwa yang ingin hidup secara fitrah. Hasilnya mereka mula mencipta pelbagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 dapat memberikan nilai terhadap sesuatu dan menguasai setiap situasi (Danah Zohar & Ian Marshall , op.cit.: 4-5) Walaupun IQ, EQ dan SQ mempunyai kaitan langsung dengan fungsi otak, namun keutamaan teori SQ dikatakan lebih kedepan dan utama. SQ beroperasi dari pusat otak (Ibid). Ini memandangkan, SQ adalah kecerdasan tertinggi atau puncak kecerdasan manusia, malah mampu menghubungkan dan memfungsikan kecerdasan IQ dan EQ secara sempurna (Ibid:6). Potensi SQ menjadikan manusia mantap dari sudut intelektual, emosi dan spiritual (Ibid). Jelasnya SQ dikatakan mampu memberi pertimbangan yang baik kepada manusia dalam segala tindakan dan perilaku mereka. Melahirkan manusia yang berjiwa tenang, agung dan sempurna dalam segala aspek dan tindakan. 3.2 Kes Siti Fatimah Mukhtar Siti Fatimah mendapat keputusan 18A (17 1A dan 1 2A) dalam peperiksaan SPM 2006, dan tersenari antara pelajar terbaik SPM peringkat negara. Kejayaannya sudah dijangka kerana kecemerlangannya sewaktu Peperiksaan Menengah Rendah Ugama (PMRU) yang mana dia memperolehi 10A, Penilaian Menengah Rendah memperoleh 9A dan Sijil Menengah Ugama memperoleh 6 agregat. Apabila ditanya tentang rahsia kejayaan, Siti Fatimah mengatakan berkat daripada Mendekatkan diri kepada Allah, selalu menunaikan solat hajat dan menjaga hubungan dengan ibubapa dan guru. Selain daripada menyusun jadual waktu dengan baik serta mengambil kelas tambahan agama seperti pelajaran tauhid dapat membantu memudahkan pemahamannya. Siti Fatimah juga merupakan pelajar yang aktif di mana dia merupakan ketua pengawas di sekolah. Selain itu, Siti Fatimah berjaya menghafal 13 Juzuk al-Quran dan masih meneruskannnya hingga 30 Juzuk.(http://akhbarsitifatimah.blogspot.com/2007/05/petua-17a1-solathajat-baik-sesama.html) 3.3 Kes Sufiah Yusuf Merupakan pelajar pintar Matematik, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana. Sufiah enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka. Sufiah mendedahkan betapa emosi dan fizikalnya terseksa sejak 15 tahun lalu dan kemudian diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan, dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran 130 satu jam (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sufiah_Yusof). Pelbagai pihak telah cuba menyelamatkan Sufiah termasuklah kerajaan Malaysia melancarkan "Program Menyelamatkan Sufiah" dan ada pihak yang menawarkan rawatan secara Islam dan dikatakan Sufiah bersetuju menerima rawatan pemulihan tersebut.

3.

Keperluan IQ, EQ, Pembangunan Pelajar

SQ

Dalam

Berdasarkan definisi di atas pelajar yang cemerlang harus mempunyai ketiga-tiga kecerdasan. Ia berupaya menjadikan pelajar lebih cerdik, survival, berdikari dan mempunyai nilainilai budi dan keagamaan yang tinggi. Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, pelajar perlu mempunyai multikemahiran dan daya kecerdasan yang tinggi untuk selaras dengan saranan Perdana Menteri untuk menghasilkan rakyat minda kelas pertama yang mempunyai capaian glokal. Berikut penulis memberikan beberapa kajian kes melibatkan perjalanan hidup pelajar yang cemerlang . 3.1 Kes Mohd Shukri Hadafi Mohd. Shukri Hanafi mula terkenal pada awal 70-an sebagai kanak-kanak pintar di Malaysia kerana mampu membaca surat khabar pada usia tiga tahun Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok pada tahun 1976. Pada akhir 1990-an Mohd Shukri bekerja sebagai penebar roti canai. Ada cerita yang memberitahu Mohd Shukri menjual kelapa di Padang Terap, malah ada khabar angin yang mengatakan kini beliau menjadi penagih dadah (http://saifulislam.com/?p=1662). Kepintaran Mohd Shukri telah menarik minat Prof. Diraja Ungku Aziz mengambilnya sebagai anak angkat. Malangnya kini, Mohd Shukri seperti terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 3.4 Kes Chiang Ti Ming Chiang Ti Ming Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu. Merupakan antara 5 pelajar mendapat keputusan cemerlang di Universiti dan pernah mendapat anugerah pelajar terbaik selama dua tahun berturut-turut. Pada usianya 13 tahun Chiang Ti Ming telah berjaya menamatkan pengajiannya selama 2 tahun berbanding 4 tahun bagi pelajar biasa. Pada awal Januari 2007 Chiang Ti Ming telah meninggal dunia di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan dan kemurungan yang amat teruk sehingga dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2002 (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/ 8/nation/16504922&sec=nation). 3.5 Kes Adi Putra Abdul Ghani Dikenali ketika berusia enam tahun kerana kemahirannya dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara 5 hingga 6 digit. Dia berjaya menghasilkan sendiri 183 formula untuk membuat penyelesaian matematik termasuk menyelesaikan satu soalan matematik menggunakan 14 cara pengiraan. Adi Putra yang lahir pada 27 Januari 1999, pada usianya 8 tahun telah berjaya mencipta formula matematik menggunakan elemen seperti peredaran cakerawala, bulan serta bumi dan perjalanan mendaki gunung untuk kiraan darab, campur, tolak, bahagi atau kuasa dua. ( http://www.melayu.sg/forum/index.php?topic=751. 0). Kini Adi Putra menjadi pelajar paling muda di UNISEL kerana kemasukannya ke tahun satu dikatakan tidak bersesuaian dengan kepintaran yang dimiliki. Namun masa hadapan Adi Putra masih panjang dan tidak sesuai untuk dinilai pada situasi kini kerana Adi Putra masih seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Hanya masa akan menentukan nasibya nanti. Berdasarkan kes di atas dapat dilihat hanya seorang pelajar yang berjaya mengawal kehidupannya buat masa ini. Nilai-nilai yang diamalkan oleh pelajar yang bernama Siti Fatimah ialah mengawal kecerdasan emosi dan mengisi spiritualnya bagi membantunya dari segi IQ. Namun kajian ini hanyalah contoh dan perlu diperluaskan lagi dan tidak adil menilai pelajar berdasarkan lima kes sahaja. Menjadi pintar dalam akademik tidak bererti pintar dalam menentukan masa depan masingmasing. Menurut pakar kanak-kanak, Dr. Thomas Armstrong (Majalah i, Mei 2008:7) kepandaian bukan sesuatu yang perlu ditakuti tetapi mesti diasah, dijaga dan memerlukan pemantauan yang berterusan. Bukan semua pelajar bertuah dikurniakan kebijaksanaan tahap genius, hanya yang terpilih dan bertuah sahaja mempunyai keistimewaan ini. Namun jika tidak digunakan dengan betul, boleh menyebabkan kehidupan bertukar sengsara. Jika dilihat pada kes Sufiah dan Chiang Ti Ming, dapat dilihat tekanan perasaan menjadi punca berlakunya perkara diluar jagkaan. Kecelaruan emosi mereka memerlukan seseorang untuk menyokong hidup mereka. Emosi mereka tidak mampu menerima persekitaran yang tidak bersesuaian dengan usia pada ketika itu walaupun IQ yang dimiliki tidak setanding dengan umurnya. Bagi umat Islam segala masalah hendaklah dirujuk kepada al-Quran dan hadis selain dari menggunakan konsep ihsan iaitu Allah melihat apa yang kita lakukan menjadi cara manusia terutamanya pelajar menjalani kehidupan seharian agar tidak terjerumus kepada perbuatan yang dilarang agama. Bagi penganut agama lain pula, mereka turut memilih mendekati dan mengamalkan kepercayaan yang diyakinibagi memastikan mereka menjadi manusia yang bermoral dan beretika.

RUJUKAN 1. Abdul Mujib & Jusuf Mudzakir (2001), Nuansanuansa Psikologi Islam. Jakarta: PT Rajagrafindo Persada. 2. Allen Walker Red dan B.Litt, et.al. (1997), The New International Webster Comprehensive Dictionary of the English Language. United Kingdom: Trident Press International. 3. Charles G. Morris dan Albert A. Maisto (2001), Understanding Psychology. c. 5,New Jersey: Prentice Hall. 4. Charles G. Morris & Albert A. Maisto (2002) Psychology an Introduction. Edisi 11, New Jersey: Pentice Hall. 5. Danah Zohar and Ian Marshall (2000), SQ : Spiritual Intelligence-The Ultimate Intelligence. Great Britain: Bloomsbury. 6. Haji Abdul Fatah Hasan (1998) Pemikiran Keseluruhan Otak : Dalam Pengurusan Pendidikan dan Kaitannya dengan Kecerdasan

4. Kesimpulan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 Emotional Intelligent-EQ Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. 7. Majalah i (Mei 2008), Bil 67, Karangkraf. 12. http://saifulislam.com/?p=1662 8. Noresah bt. Baharom et al (ed) (2002), Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Robert J. Sternberg (2000), Pathways to Psychology. Fort Worth, TX: Wodsworth/Thomson Learning. 10. Tee Ping (1990) Menguji IQ Anda. Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed & Co, Bahagian Penerbitan. 13.http://www.melayu.sg/forum/index.php?topic=7 51.0 14.http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007 /1/8/nation/16504922&sec=nation 15. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sufiah_Yusof 16.http://ms.wikipedia.org/wiki/Adi_Putra_bin_Ab dul_Ghani 11.http://akhbarsitifatimah.blogspot.com/2007/05/petua-17a1solat-hajat-baik-sesama.html

Anda mungkin juga menyukai