Anda di halaman 1dari 60

AGAMA DAN HUBUNGAN

ETNIK DI MALAYSIA
1

MPU2033U1 ETHNIC RELATIONS


AGAMA
2

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada


Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti
Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut.
Hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar
biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan.
Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa
tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya,
mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya.
AGAMA DI DUNIA
3

Islam Kristian Buddhisme Hinduisme Sikhisme

Jainisme Judaisme Shinto Bahai Zoroastrianisme


AGAMA PRIMITIF
4

Animisme
Shamanisme
Totemisme
Dinamisme
Shamanisme
5
Totemisme
6
Dinamisme
7
KENAPA MANUSIA BERAGAMA?
8

Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa


agama ialah keperluan asasi setiap manusia.
Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi
seluruh manusia sama ada manusia moden ataupun
primitif.
Manusia mengamalkan agama kerana warisan
kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan,
mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan
pada persoalan yang sukar dijawab.
FAKTOR PENENTUAN AGAMA
9

Warisan kebudayaan merupakan faktor utama


menentukan agama seseorang manusia.
 keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi
kepada satu generasi berikutnya.
Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana
apabila memeluk sesuatu agama seseorang berasa
selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang
dipercayainya akan menjaga keselamatannya.
 Perlindungan dan pertolongan
FAKTOR PENENTUAN AGAMA
10

Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana


kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada
penganut yang patuh kepada ajaran agama masing-masing.
Agama merupakan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang
sukar dijawab.
 Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman
ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikirannya, semuanya dijawab
oleh agama.
Agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.
 Mengikut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam
sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam
satu komuniti bermoral.
PERANAN AGAMA
11

1. Agama sebagai sumber nilai moral


2. Penyatuan
3. Pendorong dan Pengesahan Program
Pembangunan
4. Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
5. Perpaduan Nasional
6. Kewujudan tamadun
7. Fungsi Pemerintahan
8. Mengembangkan Kesenian
1. Agama sebagai sumber nilai moral
12

Agama berperanan menjadi kod etika dan aturan moral


yang dinamik dan menjadi pedoman bagi penganutnya
dalam mengatur kehidupan spiritual supaya lebih
bermakna.
Weber (1930) dengan adanya kod etika, Protestan dapat
menyumbangkan kemakmuran ekonomi dan industri
moden di England dan Eropah Barat. Keadaan ini terjadi
kerana mereka berpegang kepada etika Protestan, iaitu
percaya bahawa agama Kristian mengharapkan
penganutnya bekerja kuat, menabung, melabur dan
menunjukkan inisiatif perniagaan.
2. Penyatuan
13

Agama membangunkan ikatan sosial dan menyatukan


individu dengan individu yang lain sehingga munculnya
masyarakat, kelompok dan sebagainya.
Agama mempunyai fungsi integratif kerana ajaran agama
mengandungi nilai-nilai penyatuan yang ada dalam setiap
doktrinnya.
Upacara keagamaan berfungsi mengukuhkan integrasi
sosial dan memperbaharui solidariti kelompok. Melalui
pelbagai upacara yang diraikan, anggota masyarakat
kembali berkumpul dan membentuk solidariti organik.
14
3. Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan
15

Perubahan sosiobudaya yang cepat tidak bererti


menurunkan peranan agama dalam pembangunan. Hal ini
terbukti apabila agamawan sering digunakan untuk
memberi pengesahan program pembangunan yang
tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.
Kajian menunjukkan bahawa program
pembangunan dapat segera diterima
oleh masyarakat apabila disahkan oleh
ahli agama atau apabila komunikasi
dan informasi pembangunan
menggunakan bahasa agama.
4. Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
16

Agama merupakan salah satu faktor penting bagi pertumbuhan


nasionalisme seperti yang dibuktikan oleh Mehden (1968)
dalam kajiannya di Filipina, Indonesia dan Burma. Hal ini kerana
agama merupakan identiti yang membezakan antara penjajah
dengan anak negeri.
Mereka menganggap dirinya sebagai suatu bangsa yang memiliki
bahasa, sejarah, adat istiadat dan agama yang sama sejak berabad-
abad lamanya.
Di Malaysia peranan ulama dalam hubungannya dengan gerakan
nasionalis sebelum dan selepas kemerdekaan adalah cukup kuat.
Mereka ialah pemimpin gerakan kebangsaan dalam pertempuran
melawan Inggeris.
Syeikh
Muhammad
Abduh

17
5. Perpaduan Nasional
18

Walaupun agama atau ideologi merupakan satu aspek sahaja


daripada proses perpaduan, namun agama merupakan faktor
yang terpenting, malah sebagai faktor penentu.
Ketika Malaysia merdeka, masalah utama yang
menentukan kelangsungan sebuah negara baharu ini adalah
tentang persoalan agama atau ideologi negara, iaitu Islam.
Dalam konteks ini, Islam memiliki pengalaman sejarah
dalam mengelola pluraliti seperti Piagam Madinah yang
dapat menjelaskan bagaimana perjanjian untuk hidup
bersama, membangunkan masyarakat yang adil, aman dan
sejahtera berjaya dilakukan.
6. Kewujudan tamadun
19

Agama berperanan mendorong manusia untuk membina


tamadun manusia. Banyak pertumbuhan dan perkembangan
tamadun dipengaruhi oleh perkembangan sesuatu agama.
Bukti sejarah menunjukkan bahawa jatuh bangunnya
sesuatu tamadun atau kerajaan adalah berkait dengan
sesuatu agama.
Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Barat yang
dipengaruhi oleh agama Kristian, tamadun Timur Tengah
yang kebanyakannya dipengaruhi oleh Islam dan tamadun
Asia Timur oleh Hindu-Buddha.
20
7. Fungsi Pemerintahan
21

Bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan juga dijalankan


melalui peranan agama. Ketua negara juga menjadi ketua
agama, seperti Kerajaan Mesir ketika pemerintahan Firaun.
Kadang-kadang kuasa sesebuah negara diperkuat oleh
institusi agama seperti pada zaman pemerintahan tradisional
Melayu dan pada zaman Pertengahan di Eropah. Mereka
kuat kerana dikaitkan dengan doktrin hak ketuhanan raja.
Agama amat berguna untuk memberi
sokongan kepada pemimpin serta
memelihara aturan pemerintahan
dan adat resam.
8. Mengembangkan Kesenian
22

Agama juga berfungsi mengembangkan kesenian


disebabkan agama mempunyai hubungan yang rapat
dengan aktiviti kesenian yang menjadi sumber
penghargaan dan kenikmatan serta ia juga orientasi estetik
seperti seni bina, lukisan, ukir kayu dan seni pahat.
AGAMA-AGAMA DI
MALAYSIA
23
24
1. AGAMA ISLAM
25

Islam ialah agama yang dianuti oleh sebanyak 60%


penduduk Malaysia. Seseorang yang beragama Islam bererti
berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta
mencontohi Nabi Muhammad SAW.
Mazhab Syafie di Malaysia, minoriti India Muslim (Hanafi)
Sumber ajaran Islam ialah
 al-Quran
 al-Sunah/hadis yang merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat
Nabi Muhammad SAW dalam bentuk manifestasi ajaran Islam
 ijtihad, ijmak, qiyas, syura dll yang diinstitusikan juga sebagai
respons ulama terhadap perubahan dan kemajuan dalam kehidupan
harian.
1. AGAMA ISLAM
26

PUSAT IBADAH: Masjid atau surau


UPACARA/IBADAT: solat lima waktu (subuh, zohor,
asar, maghrib, isya’), solat Jumaat, Rukun Islam (kalimah
shahadah, solat, puasa di bulan Ramadan, membayar
zakat, menunaikan haji)
Ketua agama Islam: YDP Agong, Sultan, imam
INSTITUSI: Jabatan Agama Islam (JAI) di setiap negeri
dan Mahkamah Syariah
 JAI: Kahwin, cerai, pentadbiran masjid
 MS: pertelingkahan dan penceraian, tuntutan harta sepencarian,
nafkah, hak penjagaan anak, kesalahan jenayah syariah
1. AGAMA ISLAM
27

PERAYAAN:

Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

 Awal Muharram
 Maulidur Rasul (12 Rabiulawal)
28
2. AGAMA BUDDHA
29

Merupakan agama kedua terbesar di Malaysia (20%).


Majoriti penganut Buddha di Malaysia terdiri daripada
etnik Cina yang berpegang kepada mazhab Buddha
Mahayana.
Manakala terdapat juga yang mengamalkan Buddha
Teravada terutama bagi komuniti Thai yang
kebanyakannya tinggal di utara Semenanjung Malaysia.
INSTITUSI: Persatuan Buddha Malaysia.
PUSAT IBADAT: Tokong dan biara (wat).
KETUA AGAMA: bikku (sami)
2. AGAMA BUDDHA
30

AJARAN MORAL Buddha yang terpenting adalah


menghormati kehidupan, sama ada manusia, tumbuhan
ataupun haiwan.
Ketenangan rohani dan kasih sayang terhadap semua yang
bernyawa itu yang diajarkan oleh Buddha. Antara prinsip
yang terpenting diseru oleh Buddha ialah pembasmian
kasta.
2. AGAMA BUDDHA
31

PERAYAAN: Tahun Baru Cina disambut selama 15 hari


dan diikuti dengan Chap Goh Mei (the 15th night of
Chinese New Year).
Wesak merupakan antara perayaan penting yang
disambut oleh penganut agama Buddha pada bulan Mei
setiap tahun. Memperingati kelahiran, kemunculan dan
pencapaian Gautama Buddha ke nirvana (syurga).
Penganut Buddha akan berhimpun di tokong bagi
menjalankan upacara meditasi.
2. AGAMA BUDDHA
32

Tahun
Baru
Cina

Chap Goh Mei

Wesak
33
3. AGAMA KRISTIAN
34

Agama ketiga terbesar di Malaysia yg dianuti pelbagai


kaum (9%) dengan fahaman Katholik dan Protestan.
Orang Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan
iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia; mempunyai
sifat-sifat manusia. Bagi orang Kristian, Jesus meninggal
dunia untuk menyelamatkan manusia daripada dosa.
SIMBOL: Salib dan Kitab Bible mencatatkan riwayat
hidup dan ajaran Jesus, perkembangan gereja pada
peringkat awal dan menerangkan pengertian kepercayaan
mengikut Jesus.
3. AGAMA KRISTIAN
35

RUMAH IBADAT: Penganut Kristian digalakkan


berkumpul di gereja pada hari Ahad setiap minggu untuk
beribadat dan menjalani kehidupan yang lurus mengikut
peraturan moral tuhan.
KETUA: Paderi
INSTITUSI: Majlis Gereja-gereja Malaysia
UPACARA: penyembahan individu, berkumpulan,
upacara pembaptisan
3. AGAMA KRISTIAN
36

PERAYAAN:
Krismas (kelahiran Jesus)

Good Friday (memperingati hari


Jesus disalib)
37
4. AGAMA HINDU
38

Dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di negara ini.


Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan
gambaran kehidupan orang Hindu. Agama yang wujud sejak awal
abad ke-8 S.M ini juga dikenali dengan nama agama Brahma.
Daripada Brahma inilah diambil perkataan Brahman, iaitu
gelaran terhadap pendeta Hindu yang dipercayai mempunyai
unsur ketuhanan.
Agama ini merupakan agama yang berevolusi daripada ajaran
Veda yang muncul sebelum penaklukan bangsa Arya ke atas India.
Terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu buah kitab suci Hindu
(Kitab Veda).
4. AGAMA HINDU
39

PUSAT IBADAT: pusat ibadat agama Hindu yang


terkenal di Malaysia ialah Kuil Murugan di Batu Caves.
KETUA AGAMA: Sami Hindu
INSTITUSI: Hindu Sangam
UPACARA:
 Puja (meditasi dan membaca mantra)
 Ganga Snanam (upacara mandi minyak ke seluruh badan pada hari
Deepavali – hapus dosa)
4. AGAMA HINDU
40

SIMBOL:

Rig Veda

Pottu
4. AGAMA HINDU
Hari Deepavali, (kemenangan kuasa kebaikan
terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan 41
PERAYAAN:
kegelapan rohani dengan memasang barisan pelita)

Thaipusam (berkumpul di kuil sempena kelahiran


Dewa Murugan & bernazar kepada Dewa Murugan)
–kavadi (disangkut, dijunjung)

Ponggal (pesta menuai, saji ponggal/nasi manis


untuk Dewa Suriyam,upacara menghargai lembu
42
5. AGAMA SIKH
43

Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak pada tahun


1469M. Mempercayai satu Tuhan.
Agama Sikh dianuti oleh sebahagian besar etnik India
berketurunan Punjabi di negara ini.
Penganut Sikh lebih mudah dikenali dengan identifikasi
pemakaian serban dan berjanggut panjang terutama lelaki.
Bagi lelaki, biasanya menggunakan nama akhir Singh
bermaksud singa manakala wanita menggunakan Kaur,
bermaksud puteri.
5. AGAMA SIKH
44

KITAB SUCI agama Sikh dikenali sebagai Sri Guru


Granth Sahib Ji yang menjadi the living Guru dan
sumber rujukan utama dalam kehidupan penganut Sikh.
 ajaran agama Sikh dan juga mazmur (hymn) bagi tujuan upacara
keagamaan serta nasihat untuk panduan hidup.
PUSAT IBADAT: Dalam agama Sikh, Granthi Sahib, ahli
agamanya memainkan peranan penting dalam
menjalankan sesuatu upacara keagamaan di Gurdwara.
INSTITUSI: Majlis Gurdwara Malaysia
5. AGAMA SIKH
45

Untuk keselamatan hidup, Lima simbol utama dalam


agama Sikh; 5K
Kesh (berambut panjang)

Kangha (sikat)

Kara (gelang besi)

Kirpan (pedang kecil)

Kachera (seluar pendek khas).


5. AGAMA SIKH
46

PERAYAAN: Vaisakhi merupakan perayaan terpenting


bagi penganut Sikh (sempena pesta menuai). Perayaan ini
disambut pada bulan April setiap tahun.
47
6. ANIMISME
48

Kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan semangat


alam semula jadi termasuk benda alam yang mati mempunyai
jiwa dan dapat berfikir dan berkeperibadian seperti manusia.
Semangat dan kuasa luar biasa ini disifatkan sebagai tuhan.
1. Semua objek di dalam dunia ini memiliki jiwa dan hidup
2. Adanya makhluk halus seperti hantu dan jin di gunung,
sungai dan tempat keramat
3. Bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa
 Dukun, orang keramat, dan ahli sihir merupakan orang
penting yang menghubungkan manusia dengan makhluk
halus atau roh-roh ini.
ari muyang (mah meri)

Memakai topeng Ipok


Balau
Pada Kaul Festival
Tarian ‘main mo-oh’ sempena puja
(Melanau)
pantai (mah meri)

49
Animisme
50

Perkataan ‘animisme’ ini


berasal daripada Latin 
anima yang bermaksud roh.

Tujuan beragama dalam


animisme adalah mengadakan hubungan baik
dengan roh-roh yang ditakuti dan dihormati itu
dengan sentiasa berusaha untuk menyenangkan
hati mereka.
51
7. KONFUCIANISME
52

Merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Ajaran


Konfucius menekankan perasaan perikemanusiaan
terhadap orang lain dan harga diri.
 "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah
kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan sifat baik.”
Konfucius mementingkan kesopanan dan kesusilaan
dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta
kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu
bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut
daripada penganut ajaran Konfucius (selepas beliau
Mencius).
KONFUCIANISME
53

Kitab: Wujing (5 Kitab Klasik) dan Sishu (4 Kitab)


Kepercayaan: Perikemanusian, Tien/langit (sifat baik
hati) dan mencapai tahap ‘manusia sempurna’, dua
prinsip utama;
 Hsiou (Hubungan) – ibu bapa dan anak, suami isteri, raja dan
rakyat, majikan dan pekerja, saudara tua dan muda.
 Lima asas susila – baik hati, adil, etika baik, bijaksana dan
ikhlas & jujur.
54
8. TAOISME
55

Berasaskan ajaran Lao Tzu yang menyarankan supaya


manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan
bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan
duniawi dan upacara yang merugikan.
Jalan yang betul (tao).
Manusia bertindak mengikut alam semulajadi.
Setiap masalah, kejahatan dan kesakitan berpunca dari
ketidakseimbangan antara hokum alam (kosmik dan
manusia)
TAOISME
56

Buku-buku ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang


bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang
terkenal.
KITAB: Tao Te Ching, dan Chuang Tzu
 TTC: mengenai politik dan kepimpinan
 CT: peranan alam semulajadi memainkan peranan dan kembali
kepada cara yang lebih sederhana
8. TAOISME
57
8. TAOISME
58

Yin Yang: Yin dan yang boleh dianggap sebagai


pelengkap (bukannya menentang) untuk membentuk satu
sistem yang dinamik.
Konsep ini terletak di asal-usul banyak cabang sains
China dan falsafah klasik, serta menjadi satu garis
panduan utama perubatan tradisional China, dan prinsip
seni mempertahankan diri Cina dan senaman,
seperti t'ai chi.
KESIMPULAN
59

Malaysia mempunyai penganut dari empat agama besar


dunia, iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu ditambah
dengan agama-agama lain.
Kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh perlembagaan
memberi ruang yang secukupnya untuk semua agama
menikmati pengamalan agama masing-masing dan dalam
masa yang sama mencipta suasana sosial yang harmoni
dengan menghormati agama orang lain.
Kepelbagaian anutan, fahaman dan amalan agama di
Malaysia merupakan suatu model yang sukar dibandingkan
dengan negara luar.
KESIMPULAN
60

Agama sebagai elemen penting kepada identifikasi etnik


di negara ini.
Masyarakat Malaysia mempunyai ruang yang luas dan
terbuka untuk meraikan hubungan etnik dengan
pengukuhan hubungan antara penganut pelbagai agama.
 Interaksi antara mereka mampu membina ikatan sosial yang kuat
dengan perbezaan agama anutan.
 Perayaan agama dan kebudayaan seperti Hari Raya, Hari Tahun Baru
Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Gawai Dayak dan Hari Krismas
masing-masing telah dikongsi dan raikan bersama.

Anda mungkin juga menyukai