Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Tugasan ini membincangkan tentang kepentingan mempelajari sistem maklumat dalam


semua bidang terutamanya dari segi aspek pengurusan organisasi, pendidikan dan juga
perniagaan. Ia juga menggalakkan kita untuk berfikir menjadi sebagai pengurus dalam
Sistem Pengurusan Maklumat (MIS) bagi tujuan untuk menilai penerapan teknologi dalam
perniagaan-perniagaan lain dan seterusnya membangunkan pelan Sistem Maklumat (IS)
untuk perniagaan yang baru dan lebih meluas.

Secara umumnya, sistem pengurusan maklumat melibatkan teknologi maklumat (IT)


yang mengandungi tiga kompenen utama iaitu data, maklumat dan pengetahuan untuk
membolehkan kita merekod, menyimpan, memproses, mencapai, menghantar dan menerima
maklumat (Behan & Holmes, 1990). Manakala sistem maklumat (IS) pula, ia adalah
gabungan bagi beberapa aktiviti yang terdiri daripada lima elemen penting iaitu data,
perisian, manusia, perkakasan dan proses. Setiap komponen sistem maklumat berikut dapat
membantu pengurus dan organisasi dalam melaksanakan operasi harian samada
menghasilkan laporan, menganalisis data perniagaan atau menyelesaikan masalah dalam
bidang tertentu.

Sistem butik mudah alih menjurus kepada penjualan barangan produk seperti pakaian dan
aksesoris wanita,lelaki dan kanak-kanak menerusi website yang dibangunkan dengan bantuan
media alternatif iaitu internet bagi tujuan memasarkan dan mempromosikan produk-produk
dengan sistem pemesanan secara online. Kaedah ini merupakan salah satu cara untuk
meluaskan perniagaan, meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos serta meningkatkan
kepuasan pengguna. Antara contoh syarikat yang menjalankan operasi perniagaan sistem
butik mudah alih ini adalah seperti Zalora, Poplook dan eShakti.

Zalora merupakan gudang pembelian secara online yang terbesar di seluruh dunia dengan
memasarkan produknya seperti pakaian wanita, kasut, aksesoris, alat-alat elektronik, beg,
produk kecantikan dan sebagainya. Zalora mempromosikan barang-barang produk tersebut
menerusi laman-laman sosial iaitu Facebook, Twitter dan Google. Sistem penjualan Zalora
juga berasaskan B2C (Business to Customer) iaitu target pemasaran adalah secara individu.
Kini, pelanggan yang gemar berbelanja secara online dapat mengakses informasi produk
secara keseluruhan termasuk gambar, promosi dan ulasan produk dengan mudah melalui
Zalora Mobile App yang dapat dimuaturun pada smartphone pengguna.
https://www.zalora.com.my

Bagi poplook pula, ia juga merupakan gudang pembelian barangan secara online di
Malaysia yang mula diasaskan oleh Maryanne dan Joanne Low dengan mengkhususkan
dalam fesyen pakaian wanita dan juga menjadi pilihan ramai bagi pelanggan pakaian
muslimah. Syarikat ini mempunyai sokongan yang kuat dari pelanggan terutamanya di
Malaysia dan Singapura sehingga boleh menawarkan penghantaran ekspres percuma di
Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia. Selain pakaian wanita barangan lain
juga boleh didapati seperti pakaian bersalin, tudung, beg tangan, barang kemas, tali pinggang
dan juga baju melayu lelaki. Saiz pakaian boleh didapati bermula daripada saiz xs hingga ke
saiz 4xl, manakala pakaian kanak-kanak pula boleh didapati dalam saiz umur 1 hingga 8
tahun. Bagi pelanggan yang berminat ingin ke kedai poplook juga mempunyai kedai iaitu di
The Curve, Setia City Mall dan Sogo. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dengan
barangan yang berkualiti.
https:////poplook.com

Manakala eShakti pula, ia adalah gudang pembelian secara online yang memasarkan
barangan pakaian wanita seperti koleksi baju pengantin dan koleksi seluar dari ukuran saiz 0
hingga 36W dengan pelbagai jenis fabrik, warna, bentuk badan dan fesyen mengikut pilihan
pelanggan itu sendiri. eShakti yang membawa maksud ”The power of the Net” menggunakan
pemasaran secara individu, bebas dan perhubungan, kini meluaskan pemasaran perniagaan
dengan rekaan baru di beberapa tempat seperti New York, California dan juga India sejak
tahun 2005. Pada tahun 2011, gudang tersebut dianugerahkan sebagai “Best of the Web –
Internet Retailer Hot 100” kerana peningkatan operasi perniagaan yang semakin mendapat
sambutan dari seluruh pelusuk negara.
https://www.eshakti.com

2.0 STRATEGI-STRATEGI SISTEM MAKLUMAT SNAZZY2U MENGGUNAKAN


MODEL RANTAIAN NILAI:

Rantai nilai merupakan sebuah rangkaian kegiatan dalam operasi perusahaan industri
yang spesifik iaitu sesuatu produk akan melalui semua rantai kegiatan dengan menilai
keuntungan setiap aktiviti yang dijalankan. Rantai nilai ini mempunyai dua kategori aktiviti
iaitu kegiatan utama (primary activities) dan kegiatan sokongan (support activities).

Rantai nilai bagi kegiatan utama merangkumi 3 aktiviti iaitu:

i) Logistik
Ia adalah aktiviti yang berhubung dengan penerimaandan penyimpanan material
untuk proses pengedaran kepada pengguna.

ii) Operasi
Ia merupakan aktiviti yang berkaitan dengan pengolahan input kepada output.

iii) Jualan dan Pemasaran


Aktiviti ini melibatkan usaha organisasi untuk menjual dan mempromosikan produk
kepada pelanggan bagi meningkatkan pembelian produk tersebut.

Rantai nilai bagi kegiatan sokongan pula adalah seperti berikut:-

i) Infrastruktur
Terdiri daripada bahagian-bahagian iaitu pentadbiran dan pengurusan bagi membantu
organisasi berjalan dengan lancer.

ii) Pengurusan Sumber Manusia


Meliputi pengurusan rekrut, latihan dan gaji khususnya kepada kakitangan organisasi.

iii) Teknologi
Ia merupakan aktiviti pembangunan peralatan dan prosedur dalam proses
mentransformasikan produk daripada input kepada output.

iv) Perolehan
Ia adalah aktiviti yang berkaitan dengan proses memperolehi sumber input.

2.1 MODEL RANTAIAN NILAI SNAZZY2U

2.1.1 LOGISITK DALAM (INBOUND LOGISTIC)


Aktiviti logistik dalam adalah melibatkan pembelian, penyimpanan dan
peralihan produk mentah atau sumber yang dibekalkan oleh pembekal kepada
Snazzy2u. Snazzy2u akan membuat pesanan barangan produk mentah seperti kain
fabrik, manik, dan pelbagai aksesori dengan menggunakan sistem web-based iaitu
aplikasi perhubungan antara pengurus gudang dengan semua pembekal secara
langsung. Ini akan memastikan kualiti produk dalam keadaan baik sebelum proses
operasi dijalankan dan mendapat stok produk mengikut kuantiti yang dipesan
melalui pangkalan data sistem.
2.1.2 OPERASI
Aktiviti operasi Snazzy2u melibatkan peringkat pengolahan produk mentah
yang disediakan oleh logistik sehingga kepada pengeluaran produk akhir. Aktiviti
ini termasuklah pembungkusan dan pemasangan barangan Snazzy2u iaitu jahitan
siap-pakai sebelum diedarkan dan dipasarkan kepada pelanggan.Snazzy2u akan
membuat penelitian dan inventori terhadap produk yang dikeluarkan bagi
memastikan permintaan pasaran adalah mencapai sasaran dan mampu
mengelakkan penawaran yang kurang atau lebih daripada perancangan operasi.
Snazzy2u akan mengaplikasikan teknologi Ubiquitous iaitu data-data barangan
produk direkod dan disimpan dalam pangkalan data utama. Apabila aktiviti keluar-
masuk barangan tersebut, ia akan diimbas bagi tujuan pengiraan baki inventori dan
membolehkan pengurus-pengurus membuat anggaran stok serta analisis jualan.

2.1.3 LOGISTIK LUAR (OUTBOUND LOGISTIC)


Logistik luar merupakan proses seperti pengumpulan dan pengedaran
barangan produk akhir kepada pelanggan dalam pasaran. Peringkat ini akan
menumpukan pada aktiviti mengedar barangan siap kepada saluran pengedaran
yang terpilih seperti ejen penjual dan outlet-outlet di pasaran mengikut permintaan
pelanggan dan kedudukan produk. Dengan sokongan rangkaian wireless,
pelanggan mampu memesan barangan Snazzy2u dengan menggunakan sistem
ubiquitous dalam perisian telefon mudah alih, notebook dan iPad melalui laman
web butik Snazzy2u.

2.1.4 JUALAN DAN PEMASARAN


Snazzy2u menggunakan aktiviti jualan dan pemasaran seperti pengiklanan,
promosi, peletakan harga, memilih jaringan pengedaran produk dan mengurus
hubungan perniagaan dengan pelanggan bagi memastikan jualan barangan
mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Snazzy2u juga menggunakan media sosial
iaitu Blog, Facebook, Instagram, risalah dan majalah selain sistem ubiquitous
dalam proses jualan dan pemasaran. Dengan kemudahan teknologi tersebut, ia
dapat memudahkan pelanggan untuk melihat dan meneliti butiran barangan secara
terperinci. Selain pelanggan akan mendapat ”push notification” daripada aplikasi
Snazzy2u mengenai promosi hebat atau barangan baru. Pengurus butik pula
mampu menyemak komen dan membalas pertanyaan pelanggan secara terus
melalui gajet-gajet mudah alih. Selain itu juga, Snazzy2u akan menggunakan
konsep dropship iaitu melantik ejen yang dilatih dan dilantik oleh pusat Snazzy2u
bagi memasarkan barangan tersebut kepada jaringan hubungan perniagaan butik
yang lain dengan hanya mendaftar secara online. Konsep ini adalah bertujuan
untuk mengurangkan kos perbelanjaan promosi dan meningkatkan keuntungan
daripada kuantiti jualan.

2.1.5 PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang disediakan oleh Snazzy2u adalah bertujuan untuk
mengekalkan nilai produk selepas dikeluarkan atau dipasarkan. Ia termasuklah
aktiviti khidmat pembaikan, latihan, penyelenggaraan, jaminan dan khidmat
selepas jual. Contohnya seperti bahagian khidmat pelanggan Snazzy2u akan
melayan pertanyaan pelanggan mengenai barangan produk dengan cekap dalam
tempoh masa 24 jam. Selain itu Snazzy2u juga menyediakan kaedah pembayaran
menggunakan sistem “shopping cart” yang canggih bagi memudahkan pelanggan
membuat bayaran secara online. Seterusnya, Snazzy2u juga akan menyediakan
polisi jaminan terhadap barangan iaitu pelanggan boleh mengembalikan item yang
telah dibeli sekiranya terdapat kerosakan atau ketidaksesuaian pilihan pembeli
dalam tempoh tertentu yang ditetapkan.

2.1.6 PEROLEHAN
Dari segi perolehan Snazzy2u pula, pengurus akan melakukan aktiviti
pembelian barangan produk mentah yang diperlukan seperti kain fabrik daripada
pembekal-pembekal luar seperti negara Indonesia, China, Thailand, dan India bagi
mendapatkan corak fabrik yang menarik, berkualiti dan yang mempunyai
permintaan tinggi dipasaran.

2.1.7 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Dalam menguruskan hal sumber manusia, Snazzy2u akan memastikan tenaga
kerja yang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan kerja-kerja pengurusan butik
mencukupi didalam setiap bahagian. Semasa proses mengrekrut pekerja, pihak
pengurusan sumber manusia akan memastikan pekerja tersebut berkelayakan
dalam bidang yang dipohon. Sebagai contoh, tukang jahit yang mahir menjahit dan
menyulam manik dengan menggunakan mesin sulaman pada kain fabrik sebelum
diambil untuk bekerja. Selain itu, pengurusan sumber manusia Snazzy2u juga akan
menyediakan pelbagai latihan komprehensif kepada pekerja-pekerja bagi
meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perniagaan butik
serta mengekalkan integriti dalam organisasi.

2.1.8 TEKNOLOGI
Dari segi perkembangan teknologi Snazzy2u, hampir semua aktiviti operasi
akan mengaplikasikan teknologi canggih dan terkini terutamanya bahagian jualan
dan pemasaran yang menggunakan transaksi perniagaan kepada pelanggan (B2C)
dan pengguna kepada pengguna (C2C) dengan hanya dilaksanakan secara
elektronik mudah alih. Selain portal web yang memainkan peranan sebagai e-
perniagaan, butik tersebut juga akan menambah satu sudut yang menarik iaitu sesi
latihan secara virtual pada laman web Snazzy2u bagi tujuan memberi tip-tip untuk
berfesyen berdasarkan aksesori dan pakaian yang terdapat di gudang butik tersebut.

2.1.9 INFRASTRUKTUR
Snazzy2u akan menyediakan infrastruktur seperti membekalkan peralatan ICT
kepada semua bahagian organisasi bagi memudahkan pengurus-pengurus
mendapat maklumat dengan cepat mengenai perkembangan perniagaan dan
pesaing-pesaing yang ada. Disamping kepantasan sistem ICT, Snazzy2u juga akan
memasang sistem keselamatan iaitu membuat sekatan terhadap capaian daripada
internet untuk semua transaksi elektronik yang digunakan dalam organisasi. Ini
adalah bertujuan untuk melindungi keselamatan dokumen dalam pangkalan data,
maklumat kewangan dan juga strategi perancangan perniagaan daripada ancaman
atau salahguna oleh pihak lain.
3 STRATEGI-STRATEGI SISTEM MAKLUMAT SNAZZY2U MENGGUNAKAN
MODEL TUJAHAN BERDAYA SAING

Model tujahan berdaya saing yang merupakan model Michael Porter (Profesor
Harvard Business School) adalah dicipta untuk menganalisis lingkungan perusahaan
umum. Model tujahan berdaya saing adalah untuk mengenalpasti sama ada produk baru
atau perkhidmatan perniagaan mempunyai potensi yang menguntungkan dengan
penggunaan kos yang rendah. Model tujahan berdaya saing ini terdiri daripada 5 faktor
yang akan menentukan matlamat strategi sistem maklumat (IS) Snazzy2u itu dapat
dicapai. Faktor-faktor adalah seperti berikut:-

3.1 PESAING BARU DALAM PASARAN


Syarikat baru dalam pasaran mempunyai kelebihan tertentu seperti tidak terikat
dengan peralatan lama, mempunyai motivasi yang tinggi. Manakala kelemahanya pula,
syarikat mempunyai kepakaran yang kurang dan pengiktirafan jenama yang sedikit.
Sesetengah industri mempunyai halangan yang kurang seperti kos rendah untuk
kemasukan di dalam pasaran baru.
Bagi mengatasi persaingan dengan syarikat lain, Snazzy2u menggunakan sistem
maklumat (IS) sebagai capaian untuk mengurangkan kos operasi rendah dengan harga
yang berpatutan iaitu dengan menggabungkan sistem pengurusan rantaian bekalan iaitu
berhubung terus dengan pelanggan secara langsung untuk pengedaran barangan yang
ditempah. Konsep ini boleh membantu butik Snazzy2u mengurangkan inventori dan kos
penghantaran.

3.2 PELANGGAN/PENGGUNA
Kuasa pembeli bergantung kepada harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan,
keperluan setiap pembeli dan didorong oleh bilangan pembeli yang mana akan
mempengaruhi syarikat untuk menurunkan harga atau sebaliknya. Pelanggan yang
mudah untuk beralih kepada produk dan perkhidmatan yang lain akan memaksa syarikat
dan pesaing untuk bersaing dengan harga di pasaran.
Snazzy2u menggunakan strategi sistem maklumat (IS) dengan menguatkan hubungan
dengan pelanggan seperti menghantar pemberitahuan tentang tawaran diskaun atau
promosi barangan baru melalui email, Whatsapp dan Telegram kepada pelanggan tetap.
Selain itu, Snazzy2u akan menghantar hadiah harijadi kepada pelanggan tetap sebagai
tanda penghargaan daripada Snazzy2u. Dengan penggunaan sistem maklumat,
pelangganakan mudah mengetahui tentang tawaran dan barangan baru yang lebih
menarik dengan cepat serta dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap syarikat
tersebut.

3.3 PEMBEKAL
Syarikat yang mempunyai pembekal yang berbeza akan lebih mempunyai kawalan
yang lebih besar dari aspek harga, kualiti barang dan jadual penghantaran. Pembekal
yang berbeza dapat mengatasi masalah kekurangan sumber dan mengelakkan pembekal
yang gemar meningkatkan harga sumber produk. Kuasa pembekal juga dipengaruhi
dengan bilangan pembekal setiap input utama, keunikan produk dan perkhidmatan
mereka serta kos peralihan. Seperti kuasa pembeli, Snazzy2u juga mengekalkan
hubungan dengan pembekal melalui penggunaan sistem maklumat dalam operasi
tempahan dan logistik. Sebagai contoh, Snazzy2u akan menggunakan web-based untuk
memudahkan akses secara langsung kepada pembekal dalam pengurusan jadual
pengeluaran dan penghantaran sumber serta memberi peluang kepada pembekal untuk
menentukan bagaimana, bila dan masa barangan tersebut dihantar ke gudang Snazzy2u.
Jika Snazzy2u dan pembekal dapat saling memberi tawaran yang baik, maka pembekal
boleh mengambil masa untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan seterusnya
Snazzy2u mempunyai produk yang luar biasa seterusnya mempunyai persaingan yang
kurang di pasaran.

3.4 PRODUK DAN PERKHIDMATAN GANTIAN


Penggantian produk dan perkhidmatan merupakan gantian yang digunakan oleh
pelanggan apabila syarikat mengenakan harga yang terlalu tinggi.Sebagai contoh,
perkhidmatan telefon mudah alih berinternet boleh digantikan kepada perkhidmatan
telefon tradisional. Semakin banyak gantian produk dan perkhidmatan di syarikat
tersebut, maka semakin kurang kemampuan untuk mengawal harga justeru itu akan
meningkatkan margin keuntungan syarikat.
Bagi mengelakkan pelanggan menggantikan produk dan perkhidmatan baru kepada
yang lama, Snazzy2u akan menggunakan sistem maklumat bagi perbandingan dan
mencari idea baru seiring penggunaan peralatan canggih seperti mesin penghasilan
minyak wangi jenama Snazzy2u bagi membolehkan barangan produk dan perkhidmatan
yang berbeza dapat dikeluarkan selain produk dan perkhidmatan yang sedia ada. Selain
itu, Snazzy2u menawarkan perkhidmatan secara individu yang bersesuaian dengan
menggunakan sumber-sumber pengeluaran yang sama seperti merekabentuk fesyen dan
corak fabrik atas pilihan pelanggan itu sendiri.

3.5 PESAING TRADISI


Pesaing tradisi merupakan industri yang sedia ada berkongsi di dalam ruang pasaran
firma. Sesetengah peniaga lama akan menggunakan cara baru yang lebih efisien dengan
mengeluarkan dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan baru untuk bersaing
dengan syarikat baru. Malah ada di antara pesaing-pesaing lama yang akan meniru
konsep perniagaan dengan syarikat baru untuk menarik minat pelanggan. Oleh itu,
syarikat baru perlu mempunyai kreativiti dan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan
agar dilihat lebih unik.
Bagi mengatasi persaingan dalam pemasaran dengan pesaing sedia ada, Snazzy2u
akan menggunakan sistem maklumat dengan menambah kaedah enjin carian di dalam
aplikasinya seperti sumber carian melalui gambar, kategori, harga daripada yang
terendah kepada yang termahal dan menyediakan perkhidmatan ruang “Q&A chatbox”
pada portal Snazzy2u. Disamping itu, Snazzy2u juga akan membina lebih banyak laman
sosial sebagai saluran promosi seperti di laman Facebook dan Instagram sambil
memberi nafas baru terhadap produk dari segi paparan rekabentuk corak kain dari masa
ke semasa.

4 PEMBANGUNAN JADUAL PERBANDINGAN/PENANDARAS

4.1 FUNGSI-FUNGSI APLIKASI PESAING (ZALORA,POPLOOK DAN


ESHAKTI)

4.1.1 ZALORA
 Muaturun aplikasi mobile apps Zalora menerusi Google Play dan App Store bagi
pengguna Android dan iOS.
 Daftar masuk bagi pelanggan tetap dan daftar pengguna bagi mereka yang belum
menjadi ahli. Bagi pengguna baru, mereka perlu mengisi data-data penting iaitu
nama, alamat dan telefon perhubungan.
 Kategori produk – Memilih produk yang ingin dibeli dan ukuran yang diingin
dengan klik beli untuk memasukkan barang ke bakul belanja.
 “Search” – Berfungsi untuk mencari jenama, warna dan harga dari yang terendah
hingga item yang termahal.
 “Favorite” – Berfungsi untuk menyimpan item yang akan dibeli di masa hadapan.
 Klik pengesahan pesanan apabila selesai memilih barangan yang ingin dibeli.
 Kaedah pembayaran – Pengguna boleh memilih kaedah sama ada secara COD
(Cash on delivery), menggunakan kad kredit atau pemindahan ke bank akaun.
 Klik “pay” untuk membayar item tersebut dan pemberitahuan mengenai
pembelian serta pembayaran akan terus diproses. Pengguna akan menerima
pemberitahuan tersebut melalui email dan mesej dari Zalora.
 Pengguna boleh daftar keluar setelah selesai membeli barangan Zalora.

4.1.2 POPLOOK
 Muaturun aplikasi mobile apps poplook menerusi Google Play dan App Store bagi
pengguna Android dan iOS.
 Mempunyai fungsi daftar masuk dan daftar keluar. Daftar ahli bagi pengguna baru
dengan mengisi data-data pengguna (nama, alamat dan nombor telefon).
 Kategori produk – Memilih produk yang ingin dibeli dan ukuran yang diingin
dengan klik beli untuk memasukkan barang ke bakul belanja.
 “Search” – Berfungsi untuk mencari jenis pakaian mengikut kategori contoh
seperti dress, skirt, pants, baju kurung, baju melayu, kids dan lain-lain.
 “Favorite” – Berfungsi untuk menyimpan item yang akan dibeli di masa hadapan.
 Klik pengesahan pesanan apabila selesai memilih barangan yang ingin dibeli.
 Kaedah pembayaran – Pengguna boleh memilih kaedah sama ada secara
menggunakan kad kredit atau pemindahan ke bank akaun.
 Klik “pay” untuk membayar item tersebut dan pemberitahuan mengenai
pembelian serta pembayaran akan terus diproses.Penghantaran secara percuma
diberikan hanya didalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
 Pengguna boleh daftar keluar setelah selesai membeli barangan Zalora.

4.1.3 ESHAKTI
 Muaturun aplikasi mobile apps eShakti menerusi Google Play dan App
Store bagi pengguna Android dan iOS.
 Mempunyai fungsi daftar masuk dan daftar keluar. Daftar ahli bagi
pengguna baru dengan mengisi data-data pengguna (nama, alamat dan
nombor telefon).
 Fungsi “customize” – pengguna boleh mengubahsuai fesyen pakaian
yang diingini seperti ukuran lengan, dada, bahu dan sebagainya dengan
percuma
 Fungsi “top” – mempamerkan pelbagai pakaian lain dengan harga yang
tertera pada item. Pengguna boleh mengklik item yang ingin dibeli dan
masuk ke bakul pembelian.
 “Basket cart” – berfungsi untuk melihat semua item yang dipilih sebelum
proses pembelian. Kemudian klik “yes” untuk pengesahan pesanan.
 Kaedah pembayaran – Pengguna boleh memilih kaedah pembayaran
dengan menggunakan kad kredit (pengguna Visa, Mastercard dan
American Express).
 Pengguna akan menerima pemberitahuan tentang pembayaran dan
perincian barangan yang telah dibeli melalui email.

4.2 PERBANDINGAN FUNGSI DAN CIRI–CIRI LAPORAN UNTUK


KETIGA-TIGA PESAING DAN APLIKASI SNAZZY2U DI MASA DEPAN
Fungsi dan ciri-ciri laporan Zalora Poplook eShakti Snazzy2u
Pendaftaran ahli baru √ √ √ √
Daftar masuk & Daftar keluar √ √ √ √
Pilihan kategori produk/item
√ √ √ √
- Ukuran saiz
- Warna
- Jumlah bilangan item (+/-)
Jualan pakaian (Lelaki & Perempuan) √ √ √ √
Jualan aksesori lain (Bag, Kasut, produk √ √ √
kecantikan)
Enjin carian (Jenama, harga, kategori item) √ √ √ √
Pilihan item untuk masa depan (Favorite) √ √ √ √
Kaedah pembayaran – COD (cash on delivery) √ √
Kaedah pembayaran – kad kredit √ √ √ √
Kaedah pembayaran – pemindahan bank akaun √ √ √ √
Kaedah penghantaran secara percuma √ √ √ √
Kaedah penghantaran berbayar
Pemberitahuan melalui email √ √ √ √
Pemberitahuan melalui mesej √ √ √ √
Pemberian hadiah harijadi percuma (Ahli sahaja) √ √
Ruangan maklum balas tentang item √ √ √ √
Jadual 4.2.1 Jadual Perbandingan Fungsi Aplikasi dan Ciri-ciri laporan

5 PERANCANGAN IS SNAZZY2U: MISI KORPORAT


5.1 MISI KORPORAT SNAZZY2U
 Memberi tawaran produk yang berkualiti serta perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan selaras dengan perkembangan penggunaan teknologi
bagi tujuan kepuasan pelanggan.
 Mewujudkan dan mengekalkan hubungan integrasi antara organisasi
dengan pelanggan agar mampu meningkatkan daya saing dalam
perniagaan melalui e-pemasaran.
 Melaksanakan strategi inovatif perniagaan yang mapan dengan
persekitaran yang selamat, urusniaga secara berkala dan sistematik bagi
meningkatkan kualiti perkhidmatan, produktiviti dan kemahiran pekerja.

5.2 PERANAN IS UNTUK SNAZZY2U


 Membangunkan laman web dan sistem aplikasi mudah -alih yang
berkualiti tinggi bagi mengurangkan kos dan memberi keuntungan yang
lebih tinggi seterusnya menjadikan organisasi lebih efisen dan berdaya
saing.
 Memberi pendekatan baru yang lebih inovatif dalam urusniaga agar dapat
memudahkan pelanggan melakukan transaksi pembelian secara online
(mobile business) dan sistem penghantaran yang cepat serta selamat.
 Memberi pendidikan bagi tujuan meningkatkan kemahiran pekerja dalam
organisasi mengenai pengendalian IT dalam bidang e-perniagaan,
pengurusan dan juga pelanggan.

5.3 VISI IS UNTUK SNAZZY2U


 Sentiasa meningkatkan sistem operasi ke arah yang lebih praktikal dari
segi peralatan mesin untuk pembungkusan, peletakan tag harga dan
penghantaran barangan dengan cepat bagi mengekalkan kepercayaan
pelanggan seterusnya memberi kepuasan semasa membeli barangan
secara online.
 Sentiasa menaiktaraf sistem laman web dan mobile apps dengan
menambah kepantasan sistem pemproses mikro agar pelanggan dapat
melayari laman Snazzy2u tanpa gangguan serta menambahbaik laman
mobile-boutique sistem ke arah yang lebih unik dan boleh menarik
perhatian pelanggan.

6 PERANCANGAN IS SNAZZY2U: PERANCANGAN


Perancangan perlu diwujudkan bagi memastikan kejayaan sesebuah perniagaan dapat
dicapai. Antara perancangan yang diambil oleh pihak Snazzy2u ialah organisasi akan
menekankan penggunaan sistem teknologi maklumat dalam perancangan strategi butik,
perancangan taktikal dan perancangan operasi dalam tempoh jangka masa 3-5 tahun.
6.1 PERANCANGAN STRATEGIK SNAZZY2U
Pihak pengurusan merancang untuk meningkatkan sistem teknologi mobile-
boutique Snazzy2u dengan membuat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
yang berterusan serta secara lebih meluas tentang IS bagi meningkatkan
kepercayaan pelanggan untuk melakukan transaksi online dalam mendapat
maklumat yang jelas dan tepat.
Snazzy2u dilengkapi dengan beberapa penggunaan sistem teknologi seperti
wayarles dan sistem komputer Ubiquitous dengan bantuan kepantasan internet
yang sedia ada. Bagi meningkatkan lagi sistem mobile-boutique ini, pihak
pengurusan merancang untuk meningkatkan lagi fungsi teknologi keamanan
dalam aplikasi mobile dan laman sesawang Snazzy2u dengan menaiktaraf SSL
(Secure Socket Layer) kepada versi 3.0 (128-bit) supaya dapat menjamin
keselamatan seluruh data di antara web server dengan web browser ketika
mengakses laman tersebut. Selain itu, Snazzy2u akan menambah perisian
aplikasi mobile-butique seperti mengaplikasikan user interface yang mana lebih
berkonsepkan ‘mesra pengguna’ di dalam sistem operasi aplikasi mobile seperti
Samsung menggunakan Touchwiz dan iPhone dengan iOS. Penggunaa sokongan
program software ini dapat memudahkan pelanggan membeli barangan produk
secara online menerusi smartphone atau komputer tanpa sekatan rangkaian
sambil berkongsi pengalaman mengenai pembelian barangan tersebut dengan
orang lain.
Bagi membolehkan sistem ini berfungsi sepenuhnya, Snazzy2u akan membuat
percubaan dalam masa 1 tahun mengenai keberkesanan aplikasinya. Pihak
Snazzy2u juga akan sentiasa memantau maklubalas daripada pengunjung agar
pihak pengurus sistem dapat mengenalpasti kelemahan yang wujud dan
seterusnya memperbaiki sistem tersebut dengan segera. Oleh yang demikian,
perancangan untuk menaiktaraf sistem kepada versi yang lebih canggih dapat
dilancarkan pada tahun berikutnya.

6.2 PERANCANGAN TAKTIKAL SNAZZY2U


Bagi perancangan taktikal pula, pihak pengurusan telah merancang pelan
tindakan dengan strategi berikut bagi mencapai matlamat utama Snazzy2u.
 Analisis kaedah dan penilaian terhadap software dengan membuat
ujikaji dan pengumpulan data yang spesifik sebelum dilancarkan pada
sistem dalam tempoh 30 hari.
 Membuat tinjauan dan perbandingan semua faktor dalaman dan luaran
termasuk fungsi aplikasi, kelebihan dan kesesuaian apabila digunakan
pada sistem mobile-boutique.
 Menyediakan software tambahan sebagai back-up kepada sistem yang
akan dilancarkan sekiranya terdapat masalah dalam tempoh percubaan.
Ini merupakan pelan kontijensi sekiranya software yang dilancarkan
menghadapi masalah.

6.3 PERANCANGAN OPERASI SNAZZY2U


Perancangan operasi merangkumi aktiviti yang dilakukan oleh organisasi
setiap hari untuk menjayakan perancangan IS bagi butik Snazzy2u. Antaranya
perancangannya adalah seperti berikut:
 Organisasi memperuntukkan 3 orang tenaga kerja dalam operasi IS
yang terdiri daripada Penyelaras Teknologi Maklumat, Pengaturcara
dan Pemaju laman web yang akan melaksanakan implementasi
penggunaan IS pada butik-bergerak Snazzy2u serta menyelesaikan
masalah-masalah dalam operasi sistem. Sementara itu, pihak
pengurusan akan membuat pinjaman kewangan sebanyak 60%
daripada bank untuk membiaya kos operasi pemasangan sistem ini dan
manakala 40% adalah sumber kewangan daripada syarikat butik
Snazzy2u.
 Bahagian Teknologi Maklumat pula akan membangunkan software
tersebut untuk menyokong sistem dan melakukan percubaan berkala
yang mana mereka akan membuat percubaan untuk pemasangan pada
sistem hardware sehingga tempoh yang ditentukan. Ini adalah
bertujuan untuk menilai sejauh mana sistem itu dapat dibangunkan dan
mampu beroperasi sepenuhnya.

7 PERANCANGAN SISTEM MAKLUMAT SNAZZY2U: BELANJAWAN

Belanajawan merupakan perkara penting untuk implementasi IS kepada mobile-


boutique. Pihak pengurusan perlu menitik beratkan prestasi kewangan dari segi aliran
tunai, keuntungan dan kerugian semasa pelaksanaan sistem baru ini. Kos belanjawan ini
termasuklah kos pelaksanaan projek, modal, pembiayaan operasi, kos tenaga kerja dan
juga pembiayaan untuk 5 tahun ke hadapan.
Berdasarkan Jadual 7.0.1, anggaran belanjawan Snazzy2u bagi pembangunan IS yang
baru, bahawa anggaran kos adalah untuk 2 tahun sebagai tempoh percubaan. Kos bagi
perbelanjaan permulaan adalah sebanyak RM 42, 800 iaitu termasuk kos sewa gudang,
pelesenan dan guaman, kos pemasaran dan juga pengubahsuaian gudang. Bagi
pembelian aset tetap iaitu pemasangan sistem IT, software dan hardware mengambil
jumlah sebanyak RM 57,400. Bagi modal pusingan pula, perbelanjaan merangkumi gaji
pekerja, utiliti seperti bil elektrik, sewa kenderaan dan lain-lain barangan keperluan
pejabat mempunyai jumlah sebanyak RM 53,480.
Secara keseluruhannya, Snazzy2u menganggarkan kos perbelanjaan pada tahun
pertama sebanyak RM 641,760 dengan jumlah modal sebanyak RM 741, 960. Manakala
bagi tahun kedua, anggaran kos adalah RM1, 283, 520 dengan jumlah modal RM 1,383,
720.
Anggaran Kos Untuk Sumber Modal
Bil.
Bil Jenis Perbelanjaan Harga seunit Jumlah 60% Pinjaman 40% Modal
Diperlukan 1 tahun 2 tahun
Bank Syarikat
A) Belanja Permulaaan
1 Deposit Warehouse + Office RM 9,000
2 Deposit Utiliti RM 2,500
3 Daftar Perniagaan RM 200
4 Lesen RM 300
5 Dokument & Guaman RM 800
Pengubahsuaian Stor Penyimpanan
6 barang & Pejabat & Barang-barang RM 25,000
pejabat
Kos Jualan & Pemasaran RM 5,000
7 − Mencetak banner promosi
− Pengiklanan (Brochure & Majalah)
JUMLAH - A RM 42,800
B) Pembelian Aset Tetap
1 Set Komputer + Software 9 RM 5,800 RM 52,200
2 Printer 3 RM 300 RM 900
3 Photostate & Fax Machine 2 RM 1,200 RM 2,400
4 Wireless Port 1 RM 300 RM 300
5 Telefon Set 8 RM 200 RM 1,600
JUMLAH - B RM 57,400
C) Modal Pusingan
1 Gaji & Elaun Pengurus RM 31,980 RM 383,760 RM 767,520
− IT Manager
− Financial Controller 1 orang
− Salles Manager 1 orang
− Web Designer 1 orang
2 Gaji & Elaun Pekerja
− Kerani (Pelbagai Bahagian) 6 RM 1,500 RM 9,000 RM 108,000 RM 216,000
− Transporter 1 RM 1,200 RM 1,200 RM 14,400 RM 28,800
3 KWSP & Socso RM 5,500 RM 66,000 RM 132,000
4 Sewa Lot Perniagaan 2 RM 1,500 RM 3,000 RM 36,000 RM 72,000
5 Utilitis RM 1,000 RM 12,000 RM 24,000
6 Alat Tulis & Belanja Pejabat RM 500 RM 6,000 RM 12,000
7 Bill Air + Elektrik RM 500 RM 6,000 RM 12,000
8 Telefon + Internet RM 800 RM 9,600 RM 19,200
JUMLAH - C RM 53,480
JUMLAH (A+B+C) RM 153,680 RM 641,760 RM 1,283,520 RM 445,176 RM 296,784

PURATA SEBULAN RM 53,480 RM 53,480 ↓ ↓

JUMLAH MODAL YANG DI PERLUKAN UNTUK TEMPOH 1 - 2 TAHUN RM 741,960 RM 1,383,720 RM 830,232 RM 553,488

Jadual 7.0.1: Jadual anggaran belanjawan pembangunan IS yang baru bagi Snazzy2u

8 KESIMPULAN

Evolusi dan pertubuhan perniagaan telah diberikan penekanan menerusi teori


organisasi dan penyelidikan sistem informasi (Caroll, 1984). Selaras dengan kemajuan
teknologi dan perkembangan pesat penggunaan IS dalam e-pemasaran, industri perlu
melakukan perubahan teknikal dalam sistem cara pemasaran. Dari perspektif sistem
maklumat (IS), model rantaian nilai dan model tunjahan pesaing (Porter, 1985)
merupakan aktiviti yang saling bergantungan, di mana strategi-strategi yang kompetitif
merupakan strategi yang boleh diaplikasikan untuk mendapatkan impak yang positif
kepada organisasi contohnya pembangunan IS bagi Snazzy2u.
Dengan perancangan perniagaan yang seiring dengan peranan aplikasi teknologi masa
kini, sesuatu perniagaan perlu menentukan misi, visi dan anggaran perbelanjaan dengan
berpandukan perancangan yang strategik, perancangan taktikal dan operasi dalam e-
perniagaan. Kejayaan sesuatu perniagaan adalah berdasarkan faktor-faktor melalui
kaedah teknologi yang berintegrasi dengan keseluruhan perniagaan, mempertahankan
kedudukan strategik dengan menggunakan teknologi e-pemasaran, meningkatkan
kecekapan dan keunggulan kompetitif, mengekalkan sokongan daripada pengurusan
atasan, meletakkan penekanan pada kualit ipengendalian e-pemasaran dan menjaga
keselamatan sistem dengan baik.
Oleh yang demikian, organisasi hari ini perlu merancang proses pemasaran mereka
dengan cara memberikan keunggulan kompetitif dari segi kreativiti dan inovasi kepada
produk atau perkhidmatan bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang berdaya maju
selaras dengan perkembangan dunia teknologi semasa.

Anda mungkin juga menyukai