Anda di halaman 1dari 8

TEKS JURUPANTUN (PUSINGAN)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Fizikal)
Yang Berbahagia ………………………….. [ nama dan jawatan ]
Yang Berusaha …………………………….. [ nama dan jawatan ]
Yang Dihormati……………………………... [ nama dan jawatan ]
Seterusnya/,

(Online)
Yang Dihormati, para hakim/, para pemantun /dan hadirin yang dikasihi lagi
dimuliakan.

Bersyukur kita/ ke Hadrat Ilahi/ kerana pada hari ini / kita sama – sama/ dapat
beramah mesra/ dan saling bertukar pendapat / dalam Pesta Pantun Siswa, Figura
Seni Bahasa 2.0, Kolej Tun Dr Ismail. Sambil berhubung mesra, kita dapat
menghayati / keindahan warisan Melayu /yang tak luput ditelan zaman /biarpun arus
kemajuan dihirup segar sekarang ini.

Sri Harmoni nama diberi,


menyimpan sejarah sepanjang masa;
meraut seni menyulam tradisi,
tersimpul ikatan jalinan mesra.

Sebelum gelanggang pantun dibuka/, saya mempersilakan pasukan pantun/ dari


ZAINON MUNSHI SULAIMAN dan pasukan dari TOK JANGGUT mengambil
tempat masing – masing.

Saya mempersilakan barisan hakim yang dedikasi dan bijaksana/ mengambil tempat
mengikut prosedur masing – masing. Pihak majlis mempersilakan.

Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. /Pasukan pantun
yang pertama dari ZAINON MUNSHI SULAIMAN dengan membariskan:

Pemantun A
Pemantun B
Pemantun C
Pemantun D

Manakala pasukan pantun dari TOK JANGGUT dengan membariskan:

Pemantun 1
Pemantun 2
Pemantun 3
Pemantun 4
Hakim – hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

Hakim 1 ( Isi ) K. Hakim NOOR SYUHADA BINTI ISMAIL


Hakim 2 ( Bahasa) MUHAMMAD SYAHIN NAIM
Hakim 3 ( Persembahan ) SITI NUR ATHILAH BINTI HASAN

(SEBUT WAKTU MALAM FINAL SAHAJA)


Di sebelah saya/ ialah penjaga masa/ yang sentiasa setia/ dengan penggunaan
masa yang telah ditetapkan/ iaitu NUR FARHANA BINTI MOHD SHUKRI

Sekarang/ dipersilakan pemantun D pasukan ZAINON MUNSHI SULAIMAN untuk


memperkenalkan pasukannya /dalam masa 2 minit dari sekarang. (Bunyikan loceng)

Seterusnya /dipersilakan pula pemantun 4 pasukan TOK JANGGUT untuk


memperkenalkan pasukannya/ dalam masa 2 minit dari sekarang. (Bunyikan loceng)

Tuan-tuan dan puan-puan,


Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin /oleh para peserta.
Sehubungan itu, saya bacakan peraturan – peraturan pertandingan pantun:

1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat/ dengan dua baris
pembayang/ dan dua baris maksud.
2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:

2.1 Masa menjual pantun/ 30 saat untuk pusingan pertama dan pusingan
ketiga
2.2 Masa untuk membeli pantun/ 80 saat untuk pusingan pertama,/ kedua
/dan ketiga
2.3 Untuk pusingan kedua,/ masa menjual dan membeli pantun ialah 80
saat.
2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

(A) JUAL PANTUN


untuk pusingan 1 dan 3, semasa menjual pantun, /loceng dibunyikan sekali
/(bunyi loceng 1x) sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun menjualkan pantun/
dan dua kali ((bunyi loceng 2x) pada saat yang ke 30. Sementara untuk pusingan 2,
/loceng dibunyikan sekali /(bunyi loceng 1x) sebaik sahaja jurupantun meminta
pemantun menjualkan pantun/ dan pada saat yang ke-60/ manakala dua kali/ (bunyi
loceng 2x) setelah tamat masa menjual,/ iaitu tamatnya 80 saat..

(B) BELIAN PANTUN


bagi membeli pantun pula, /loceng dibunyikan sekali/ (bunyi loceng 1x) sebaik
sahaja jurupantun meminta pemantun membeli pantun /dan pada saat yang ke-60./
manakala dua kali /(bunyi loceng 2x) menandakan masa membeli pantun telah
tamatnya,/ iaitu 80 saat. Pantun yang dibeli / dijawab selepas loceng dua kali
dibunyikan /tidak akan diberi sebarang markah.

3. Pemantun yang gagal menjual pantun/ dalam tempoh masa yang dibenarkan
/tidak mendapat sebarang markah. Sebaliknya/ pembeli pantun tersebut /tetap
dikehendaki membeli pantun/ berasaskan tema yang sepatutnya dijual/ oleh
pihak lawan.

4. Pembeli pantun tidak dibenarkan /meminta mengulang pantun yang dijualkan


/oleh penjual pantun/ kecuali /atas permintaan jurupantun /setelah mendapat arahan
daripada ketua hakim./

5. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun/ berdasarkan tema


yang ditetapkan dan membeli 3 rangkap pantun.

6. Pertandingan pantun dijalankan dalam tiga pusingan.

7. Pemantun tidak dibenarkan berbincang/ atau meniru /dalam kumpulan


masing-masing /sama ada secara lisan/ ataupun bertulis. Sekiranya berlaku
perbincangan atau meniru,/ markah akan dipotong /sebanyak 50 peratus
daripada jumlah markah keseluruhan.

11. Pada pusingan kedua,/ semua pemantun hendaklah berpantun secara


spontan atau bebas/ berdasarkan tema yang dipilih oleh pemantun sendiri./ anda
akan mencabut tema yang diberi,/ dan diberikan 80 saat untuk menjual /dan
membeli pantun /berdasarkan tema tersebut secara spontan.

12. Pada pusingan ketiga,/ semua pemantun hendaklah berpantun secara


spontan atau bebas/ berdasarkan tema pemantun sendiri./ Pemantun mesti
menyerahkan tema pantun/ kepada juru pantun/ untuk diumumkan oleh juru
pantun/ sebelum pertandingan dimulakan./ Pembeli pantun tidak dibenarkan
meminta mengulang tema pantun/ yang disebutkan oleh jurupantun /kecuali atas
budi bicara juru pantun/ setelah mendapat arahan/ daripada ketua hakim. Pantun
hendaklah dicipta dan dijual dalam masa 30 saat.

13. Jika para pemantun mengalami masalah teknikal semasa pertandingan


berlangsung seperti terkeluar dari ruangan zoom sewaktu tiba giliran pemantun
menyampaikan pantun, pemantun diberikan masa selama 3 minit untuk masuk ke
ruangan zoom semula.
Ke Tanjung Arus memburu rusa,
Tiadakan sunyi bertemu jiran;
Gelanggang pantun menggamit rasa,
Pusingan pertama menguji fikiran.

PUSINGAN PERTAMA

{
Baiklah, dipersilakan pemantun A dari ………. menjualkan pantun kepada
pemantun 1 dari……………. dengan tema ………. dalam masa 30 saat dari
sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

Seterusnya, dipersilakan pemantun 1 dari ………. menjualkan pantun kepada


pemantun A dari……………. dalam masa 30 saat dari sekarang.

terima kasih pemantun 1 atas pantun tersebut, pemantun A ,sila jawab dalam masa
80 saat dari sekarang.

dipersilakan pemantun B dari ………. menjualkan pantun kepada pemantun 2


dari……………. dalam masa 30 saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

dipersilakan pula pemantun 2 dari ………. menjualkan pantun kepada pemantun B


dari……………. dalam masa 30 saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

Baiklah, dipersilakan pemantun C dari ………. menjualkan pantun kepada


pemantun 3 dari……………. dalam masa 30 saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

Baiklah, dipersilakan pemantun 3 dari ………. menjualkan pantun kepada


pemantun C dari……………. dalam masa 30 saat dari sekarang.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.
}
PUSINGAN KEDUA

Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,


Berpisah keluarga ke tengah lautan;
Pusingan pertama berlalu pergi,
Pusingan kedua semaraknya cabaran.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim,/ di pusingan kedua,/ tema-tema
pilihan dibuat melalui undian/. Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun
/berdasarkan cabutan nombor 1 hingga 6. Para peserta diberi masa selama 80 saat
untuk mencipta pantun/ secara spontan./ Pemantun tidak dibenarkan meniru
sebarang nota atau merujuk kepada mana-mana nota untuk mencipta pantun./

{
Pemantun A daripada pasukan………. sila nyatakan nombor pilihan anda.

//Setelah pemantun pilih.

Anda telah mendapat tema ……….. Sila cipta dan jual pantun kepada pemantun 2
dalam masa 80 saat dari sekarang.

//Setelah pantun dijual.

Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

Pemantun 2 daripada pasukan………. sila nyatakan nombor pilihan anda.

//Setelah pemantun pilih.

Anda telah mendapat tema ……….. Sila cipta dan jual pantun kepada pemantun A
dalam masa 80 saat dari sekarang.

//Setelah pantun dijual.

Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

Pemantun B daripada pasukan………. sila nyatakan nombor pilihan anda.

//Setelah pemantun pilih.

Anda telah mendapat tema ……….. Sila cipta dan jual pantun kepada pemantun 3
dalam masa 80 saat dari sekarang.

//Setelah pantun dijual.

Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

Pemantun 3 daripada pasukan………. sila nyatakan nombor pilihan anda.


//Setelah pemantun pilih.

Anda telah mendapat tema ……….. Sila cipta dan jual pantun kepada pemantun B
dalam masa 80 saat dari sekarang.

//Setelah pantun dijual.

Pantun dijual penuh bermakna. Sila beli dalam masa 80 saat dari sekarang.

Pemantun C daripada pasukan………. sila nyatakan nombor pilihan anda.

//Setelah pemantun pilih.

Anda telah mendapat tema ……….. Sila cipta dan jual pantun kepada pemantun 1
dalam masa 80 saat dari sekarang.

//Setelah pantun dijual.

Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

Akhir sekali, Pemantun 1 daripada pasukan………. tema anda ialah ………….


//Setelah pemantun pilih.

Sila cipta dan jual pantun kepada pemantun C dalam masa 80 saat dari sekarang.

//Setelah pantun dijual.

Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

}
KE PUSINGAN KETIGA

Rumpun serai padat berbaris,


Bunga mawar indah mencelah;
Budaya berpantun penyeri majlis,
Pusingan ketiga bertambah meriah.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim,/ tema pada pusingan ketiga/
adalah tema pemantun sendiri./ Penjual pantun mesti menyebutkan tema pantun
dengan jelas/ terlebih dahulu/ sebelum menjualkan pantun./ Masa menjual pantun
adalah 30 saat/. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun
yang disebutkan oleh penjual pantun/ kecuali atas permintaan jurupantun/ setelah
mendapat arahan daripada ketua hakim./

{
Di pusingan ketiga ini, pemantun A dari …………… akan menjualkan pantun
kepada pemantun 3 dari ……………….masa menjual pantun adalah 30 saat dari
sekarang.

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

pemantun 3 dari …………… akan menjualkan pantun kepada pemantun A dari


………………. dalam masa 30 saat dari sekarang.

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

pemantun B dari …………… akan menjualkan pantun kepada pemantun 1 dari


………………. dalam masa 30 saat dari sekarang

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

pemantun 1 dari …………… akan menjualkan pantun kepada pemantun B dari


………………. dalam masa 30 saat dari sekarang

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

pemantun C dari …………… akan menjualkan pantun kepada pemantun 2 dari


………………. dalam masa 30 saat dari sekarang

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.

pemantun 2 dari …………… akan menjualkan pantun kepada pemantun C dari


………………. dalam masa 30 saat dari sekarang

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 80 saat dari sekarang.
}
Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun/ antara pasukan ……….. dengan pasukan
pantun ………………… Semuanya tampak meriah /dan bercambah kembali/ susila
berpantun/ dalam kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,


tiadakan sunyi bersama kawan;
budaya berpantun bersambut mesra,
biarlah abadi sepanjang zaman

Buat para peserta, anda diminta untuk kekal berada di dalam platform zoom ini
sementara menunggu sesi komentar dan pengumuman keputusan dari pihak Hakim
sebentar lagi. Sekian, Terima Kasih.

tunggu reaction selesai dari hakim

Mekar mewangi bunga cempaka,


daun semalu dikirai jangan;
akar budi santun bahasa,
pantun Melayu kekal berzaman.

Baiklah, dijemput ketua hakim untuk mengendalikan sesi komentar. Dipersilakan.

Baiklah dengan berakhirnya keputusan tersebut, maka berakhirlah pertandingan kita


pada malam ini. Sebelum dewan/majlis bersurai, diminta peserta dan hakim
membuka kamera dan tersenyum untuk kita mengambil gambar. Baiklah 1..2..3..
baiklah sekali lagi.. 1..2..3

Sekian sahaja daripada saya/ selaku Jurupantun pada malam ini. Ampun maaf
/andainya terkasar bahasa,/ terkhilaf bicara /dan kurang berhemah /ketika
mengendalikan pertandingan/ yang menjadi perhatian semua pihak. /
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai