Anda di halaman 1dari 32

LAMPIRAN D

SYARAT PERTANDINGAN
KARNIVAL AMAL ISLAMI 2016 PERINGKAT
ASEAN

PERTANDINGAN NASYID
TILAWAH AL-QURAN
HAFAZAN AL-QURAN 1-5 JUZUK
HAFAZAN AL-QURAN 1-15 JUZUK
HAFAZAN AL-QURAN 1-30 JUZUK
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA ARAB
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA INGGERIS
DEBAT ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU
DEBAT ALA PARLIMEN BAHASA ARAB
KESENIAN ISLAM KALIGHRAFI
KESENIAN ISLAM VIDEOGRAFI
KESENIAN ISLAM FOTOGRAFI
TAZKIRAH SPONTAN

SYARAT PERTANDINGAN NASYID


NASYID

KATEGORI PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institusi PengajianTinggi Islam (IPTIM)
dan Asian Islamic Universities Association (AIUA).
2. Dibahagikan kepada DUA kategori:

Pertandingan Nasyid Siswa


Pertandingan Nasyid Siswi

3. Setiap kumpulan terdiri daripada maksimum 10 ORANG peserta atau minimum 8 ORANG
peserta. Mana-mana kumpulan yang didapati melebihi atau kurang jumlah peserta seperti yang
ditetapkan, dikira TIDAK LAYAK.

SYARAT PERTANDINGAN
1. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan DUA (2) buah lagu.
2. Artis rakaman TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.

LAGU PERTAMA
1. Lagu dan lirik pertama mestilah CIPTAAN SENDIRI yang bertemakan DUNIA KEAMANAN &
KESEJAHTERAAN.
2. Lagu asli berentak Masri dan mestilah dalam Bahasa Melayu.
LAGU KEDUA
1. Lagu dan lirik kedua mestilah berkonsepkan kontemporari.
2. Lagu pilihan berdasarkan lagu sedia ada yang boleh dipilih daripada album yang telah
dikeluarkan secara komersial.
3. Tema BEBAS dan pilihan bahasa sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

MASA PERSEMBAHAN
Masa yang diperuntukkan hanya 15 MINIT untuk keseluruhan persembahan.

INSTRUMEN DIPERTANDINGKAN
1. Segala jenis alat muzik percussions dibenarkan kecuali alatan elektronik dan talian serta tiupan.
2. Semua jenis peralatan tersebut dimainkan secara langsung (LIVE) sahaja. Peralatan yang
dibenarkan adalah seperti berikut:-

CONGA
BONGGO
DJEMBE
CAJON
DARBUKA
TIMBAO
SUNDA
SURDO
UDU
TOYS (tambuorine,shaker, bar chimes,triangle,clave,cowbell,caxixi dan lain2)

3. Penggunaan peralatan bersifat perkusi seperti peralatan marching turut dibenarkan.


4. Penggunaan SET DRUM PENUH adalah DILARANG.

PENYERAHAN TAJUK LAGU DAN LIRIK


1. Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan tajuk lagu dan lirik sebelum pertandingan bermula.
2. Lirik hendaklah dihantar dalam bentuk yang kemas dan bertaip komputer.
3. Mana-mana kumpulan yang gagal berbuat demikian dikira TIDAK LAYAK.

PAKAIAN
1. Hendaklah memakai pakaian yang tidak melanggar batas syariat.
2. Dibenarkan berfesyen tetapi dalam masa yang sama mengekalkan ciri-ciri konsep dakwah dalam
hiburan.

SKEMA PEMARKAHAN
PERKARA
1. Suara dan Lagu
a) Suara Solo
- Rendah
- Sederhana
- Tinggi
- Keistimewaan

MARKAH

JUMLAH MARKAH
15

b) Suara Ramai
- Suara latar
- Suara harmoni

15
50

c) Lagu
- Lagu asal muktabar atau
moden
- Sesuai dengan lirik
- Kecerakinan solo dengan
latar
- Ciptaan Sendiri (Lagu
pilihan)

20

2. Bahasa / Lirik
- Sesuai dengan tema/lirik
- Berunsur
pengajaran/nasihat
- Mesej jelas/mudah
difahami

20

20

3. Persembahan dan Kreativiti


- Gaya penampilan yang
bersesuaian
- Alat iringan yang
bersesuaian
- Sususan dalam
persembahan
- Penghayatan dalam
penyampaian
- Pakaian yang sesuai
- Perhiasan yang sesuai

30

30

PENENTUAN PEMENANG
1. Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah dan muzakarah juri-juri untuk memutuskan
kumpulan yang terbaik.
2. Segala keputusan muzakarah juri adalah MUKTAMAD.

SYARAT TILAWAH
TILAWAH AL- QURAN
KATEGORI TILAWAH
1. Tilawah ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institusi PengajianTinggi Islam (IPTIM) dan
Asian Islamic Universities Association (AIUA).
2. Dibahagikan kepaada dua kategori.
a. Tilawah Al- Quran Lelaki
b. Tilawah Al- Quran Perempuan
3. Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar seorang wakil bagi setiap kategori.

SYARAT TILAWAH
1. Para peserta yang mengambil bahagian mestilah pelajar aktif daripada institusi yang berkenaan.
2. Setiap institusi hanya boleh menghantar dua orang peserta sahaja yang terdiri daripada seorang
lelaki dan seorang wanita.
3. Masa yang diperuntukkan ialah 8 minit. Loceng pertama sebanyak sekali akan dibunyikan pada 6
minit pertama dan loceng kedua akan dibunyikan sebaik sahaja masa tamat.
4. Para peserta hendaklah menggunakan bacaan Riwayat Hafs daripada Tariq Syatibi sahaja.
5. Para peserta dikehendaki membawa sekurang-kurangnya tiga (3) jenis lagu tanpa mengira lagu
apa yang dimulakan.
6. Undian giliran akan dibuat 30 minit sebelum tilawah.

SKEMA PEMARKAHAN
Perincian peratusan markah adalah seperti berikut:
Bil
1
2
3
4

Bidang Pemarkahan
Tajwid
Fasahah
Lagu
Suara
JUMLAH

Markah
40%
20%
25%
15%
100%

Seramai 4 orang panel hakim akan mengadili bagi bidang yang telah ditentukan.

PENENTUAN PEMENANG
1. Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah.
2. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi diisytihar sebagai johan.
3. Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah berdasarkan markah tertinggi
dalam tajwid. Jika masih berlaku persamaan, maka markah dalam bidang fasahah tertinggi akan
dijadikan penentuan pemenang dan begitulah seterusnya. Jika semuanya sama, maka
pemenang akan ditentukan melalui undian.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.

PAKAIAN
1. Pakaian Peserta Lelaki : Baju Melayu Sepasang (Lengkap bersampin) & Songkok atau jubah
berkopiah putih
2. Pakaian Peserta Perempuan : Baju Kurung/ jubah bertudung labuh

SYARAT HAFAZAN
HAFAZAN AL- QURAN

KATEGORI HAFAZAN
1. Hafazan Al-Quran ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institusi PengajianTinggi Islam
(IPTIM) dan Asian Islamic Universities Association (AIUA).
2. Dibahagikan kepaada dua kategori:
a. Hafazan Al- Quran Siswa
b. Hafazan Al- Quran Siswi
3. Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar seorang wakil bagi setiap kategori.

SYARAT HAFAZAN AL-QURAN


1. Para peserta yang mengambil bahagian mestilah pelajar daripada institusi yang berkenaan.
2. Setiap institusi hanya boleh menghantar dua orang peserta sahaja yang terdiri dari seorang lelaki
dan seorang wanita.
3. Hafazan Al-Quran akan dijalankan mengikut giliran berdasarkan undian yang telah ditetapkan.
4. Pengundian akan dijalankan 30 minit sebelum Hafazan Al-Quran dijalankan atau pada waktu
khusus yang telah ditetapkan oleh penganjur. Taklimat diberikan oleh Ketua Hakim selepas
pengundian.
5. Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor undian tidak
dibenarkan.
6. Penggunaan lagu akan diberikan markah tambahan.

PENENTUAN SURAH / AYAT HAFAZAN


1. Pihak penganjur akan menentukan ayat- ayat hafazan dan diberitahu kepada semua peserta
sebelum majlis Hafazan Al-Quran diadakan mengikut undian giliran.
2. Para peserta dikehendaki menjawab semua soalan iaitu 3 soalan dari bahagian A dan 1 soalan
dari bahagian B.

SKEMA PEMARKAHAN
1. Perincian peratusan markah adalah seperti berikut:

SOALAN/
BIDANG
TAJWID
FASAHAH
HAFAZAN/
KELANCARAN
SUARA /
PERSEMBAHAN
SOALAN
TAFSIR

1
10
5
15

BAHAGIAN
A
2
10
5
15

BAHAGIAN B
3
10
5
15

1
-

JUMLAH

25
15
40
10

5
2 soalan
JUMLAH

10

KESELURUHAN

100

2. Soalan Tafsir : Ayat 1- 100 Surah Al- Baqarah


3. Seramai

orang

panel

hakim

akan

mengadili

bagi

bidang

yang

ditentukan.

PENENTUAN PEMENANG
1. Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah.
2. Peserta yang mendapat markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang.
3. Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah berdasarkan kepada markah
dalam bidang tajwid/ hafazan / lagu tertinggi akan dijadikan penentuan pemenang dan begitulah
seterusnya. Jika semuanya sama, maka pemenang akan ditentukan melalui undian.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.

PAKAIAN
1. Pakaian Peserta Lelaki : Baju Melayu Sepasang (Lengkap bersampin) & Songkok atau jubah
berkopiah putih.
2. Pakaian Peserta Perempuan : Baju Kurung/ jubah bertudung labuh

SYARAT PERTANDINGAN
PIDATO BAHASA MELAYU
KATEGORI PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institusi PengajianTinggi Islam (IPTIM)
dan Asian Islamic Universities Association (AIUA).
2. Dibahagikan kepada dua kategori:
a. Pertandingan Pidato Bahasa Melayu (Siswa & Siswi)
b. Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris ( Siswa & Siswi)
c.

Pertandingan Pidato Bahasa Arab ( Siswa & Siswi)

3. Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar seorang wakil bagi setiap kategori.

SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan akan dijalankan mengikut giliran berdasarkan undian yang ditetapkan.
2. Pengundian akan dijalankan 30 minit sebelum pertandingan dijalankan atau pada waktu khusus
yang telah ditetapkan oleh penganjur.
3. Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor undian tidak
dibenarkan.
4. Pihak penganjur akan menentukan tajuk-tajuk yang akan dipertandingkan dan telah diketahui
oleh semua peserta sekurang- kurangnya 4 minggu sebelum pertandingan diadakan.
5. Peserta akan diundi tentang tajuk yang akan dipidatokan.
6. Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik, agama,
perkauman, individu atau seumpamanya.
7. Para peserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat bantu untuk
mengukuh hujah.
8. Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan
yang kasar atau kurang manis.
9. Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap pemidato seperti pitam, pengerusi pertandingan
boleh menangguhkan pertandingan pidato sehingga 15 minit. Pemidato akan dibatalkan
penyertaan sekiranya tempoh tersebut berakhir.
MASA
1. Masa diberi bagi setiap peserta adalah 7 minit. Manakala, 3 minit pula diberikan kepada peserta
bagi pidato spontan (Pidato Bahasa Melayu sahaja).
2. Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.
3. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke6 menandakan masa hampir tamat.
Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke-7 menandakan masa telah tamat
dan peserta dikehendaki memberhentikan pidatonya.

4. Penyampaian selepas masa tamat tidak akan diambil kira. Pengerusi berhak memberhentikan
pidato peserta sekiranya peserta gagal untuk berhenti walaupun masa sudah tamat.
SKEMA PEMARKAHAN
1. Isi (55 markah)
Pemidato akan diadili dari segi definisi tajuk, isi- isi yang kemas dan sesuai, data dan bahan yang
tepat serta rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang berikut:
a.

50 markah bagi 5 isi pidato. Bagi setiap isi, markah maksimumnya ialah 10 markah iaitu
4 markah isi, 4 markah huraian dan 2 markah bagi contoh dan data yang tepat.

b.

5 markah (bagi definisi yang tepat dan rumusan yang jelas serta isi tambahan).

2. Cara Penyampaian & Penampilan (25 Markah)


a. Cara penyampaian hendaklah jelas dan lancar.
b. Cara berdiri dan penampilan diri yang bersesuaian.
c.

Cara penyampaian hendaklah menarik dan meyakinkan.

d. Pergerakan tangan perlulah natural dan tidak terlalu mekanikal.


e. Susunan isi yang menarik dan jelas.
f.

Perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan atau tidak manis hendaklah dielakkan.

g. Pakaian hendaklah menutup aurat dan tidak melanggar syarak.

3. Bahasa & Adab (20 markah)


a. Pemilihan kata, istilah dan susunan yang tepat.
b. Gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat dengan mesej yang hendak
disampaikan.
c.

Penggunaan bahasa yang standard. Dialek daerah dan bahasa slanga tidak dibenarkan.

d. Kritikan terhadap isu-isu sensitive seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta
perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah
tersebut.

SYARAT TAMBAHAN
Hakim :
1. Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.
2. Tiga (3) orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang daripadanya
sebagai ketua.
PANDUAN KEPADA JEMAAH HAKIM :
1. Pemidato diadili dari segi pengutaraan isi- isi yang bernas, data dan bahan- bahan yang tepat
serta logik termasuk penghuraiannya, persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta
persembahan yang meyakinkan, penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas dan gaya
bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan
penonton melalui tepuk sorak.
2. Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato akan dipotong
markah.
3. Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur kata
yang kurang sopan.
4. Pemidato yang melanggar peraturan pada syarat pertandingan akan dipotong markah,
antaranya:
a. Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik, agama,
perkauman, individu atau seumpamanya.
b. Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan
perkataan yang kasar atau kurang manis
PENENTUAN PEMENANG
1. Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah.
2. Peserta yang mendapat markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang.
3. Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah berdasarkan kepada markah
tertinggi dalam bidang isi / hujah. Jika masih berlaku persamaan, maka markah dalam bidang
bahasa tertinggi akan dijadikan penentuan pemenang dan begitulah seterusnya. Jika semuanya
sama, maka pemenang akan ditentukan melalui undian.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.

PAKAIAN
Pakaian Peserta Siswa & Pakaian Peserta Siswi: mengikut identiti IPT sendiri.

10

SYARAT PERTANDINGAN
DEBAT ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU
AM
1. Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat Ala Parlimen.
2. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.
3. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan
sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.

TAFSIRAN
1. Ketua Hakim dan Panel Hakim bermaksud individu yang dilantik oleh pihak penganjur
untuk memegang jawatan-jawatan tersebut
2. IPTIM bermaksud semua Insititusi Pengajian Tinggi Islam di Malaysia.
3. AIUA bernaksud semua Institusi Pengajian Tinggi Islam di ASEAN.
4. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan ialah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

KATEGORI KEJOHANAN
Pertandingan ini dijalankan dalam 1 Kategori :
-

Bahasa Melayu (kombinasi 2 orang Siswa & 2 orang Siswi)

PENYERTAAN
Setiap IPT boleh menghantar hanya satu (1) pasukan sahaja bagi setiap kategori.
KELAYAKAN
1. Untuk layak memasuki pertandingan debat ini, peserta mestilah terdiri daripada mahasiswa/
mahasiswi IPT yang mereka wakili. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada penuntut
IPT yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah penuntut IPT berkenaan hendaklah dibuat
oleh pihak IPT.
2. Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya sahaja dan dalam satu
kategori sahaja.

SISTEM PERTANDINGAN
1. Pertandingan akan menggunakan kaedah sistem kalah mati. Sistem ini digunakan untuk
menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan /pembangkang)

11

2. Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara undian atau
lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing. Kriteria-kriteria yang akan
diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti berikut:
a) menang /kalah
b) juri
c) margin
d) markah
3. Untuk pusingan yang kedua pasukan-pasukan yang menang pada perdebatan pertama akan
bertanding sesama mereka dan begitulah seterusnya untuk pasukan-pasukan lain pada
perdebatan seterusnya.
4. Penentuan peranan (pembangkang/kerajaan) untuk semua perdebatan akan ditentukan secara
undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.
5. Pertandingan suku akhir dan separuh akhir juga akan dijalankan mengikut sistem kalah mati.
MASA PERSEDIAAN
1. Usul perdebatan akan dimaklumkan sebelum permulaan perdebatan. Sebarang masa perjalanan
ke tempat perdebatan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua pasukan adalah
diharapkan dapat menepati waktu.
2. Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas lima belas minit (15 minit)
daripada masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.
STRUKTUR DEBAT
1. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan Parlimen Malaysia.
2. Setiap pusingan debat mempunyai pasukan iaitu pasukan kerajaan (pencadang) dan
pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang pendebat
simpanan.
3. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota kerajaan manakala
pasukan Pembangkang dan dua orang anggota ahli pembangkang.
4. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak kerajaan
dan pembangkang boleh disampaikan samada oleh pendebat pertama atau kedua bagi pihak
masing-masing.
5. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut:
Ucapan substantif:
Perdana Menteri / pencadang pertama

8 minit

Ketua Pembangkang / pembangkang pertama

8 minit

Anggota Pertama Kerajaan / pencadang kedua

7 minit

Anggota Pertama Pembangkang / pembangkang kedua

7 minit

12

Anggota Kedua Kerajaan / pencadang ketiga

7 minit

Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga

7 minit
44 minit

Ucapan Gulungan:
Gulungan / rumusan Pembangkang

4 minit

Gulungan / rumusan kerajaan


Keseluruhan

4 minit
52 minit

6. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu
menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali
lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat.
Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
7. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua
kali apabila masa tamat.
8. Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberikan amaran oleh yang
DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan
penalti.

PERANAN SETIAP PASUKAN


1. Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul,
memberi hujahan / kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh
pihak pembangkang terhadap usul mereka.
2. Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul.
3. Definisi kerajaan (jika perlu) membina hujahan / kes bangkangan terhadap usul dan membidas
hujahan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

PENGHAKIMAN
1. Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim. Bilangan ahli
panel mestilah ganjil.
2. Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang DiPertua Dewan dan akan
digelar sebagai Tuan / Puan Yang DiPertua. Dalam pusingan akhir Yang DiPertua Dewan tidak
perlu dilantik dari kalangan hakim. Dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang
DiPertua tidak perlu dilantik daripada kalangan hakim.
3. Para hakim mestilah :
a) Mencapai keputusan menang / kalah, keputusan seri tidak dibenarkan.
b) Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan berjalan.

13

4. Ketua hakim mestilah mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi
alasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit.
5. Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan sendiri. Setiap
hakim akan memberikan undi dan komen yang tersendiri.
6. Jika tiada keputusan secara sebulat suara dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai.
Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi.
7. Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima
seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan.

PEMARKAHAN
1. Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada:
Isi
Gaya / penyampaian
Tatacara

40 markah
40 markah
20 markah

2. Isi akan diadili daripada segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh
yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan.
3. Tatacara akan diadili daripada segi:
a)
b)
c)
d)

Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat


Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan
Kesinambungan hujah/fakta
Kerja pasukan

4. Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian
hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian
penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat ia membantu hujahan).
5. Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan.
6. Kriteria utama pemarkahan adalah nilai hujahan (isi) yang diberikan iaitu sejauh mana hujahan itu
relevan kepada tajuk perdebatan serta nilai bujukannya bagi menyakinkan dan memberi
sokongan terhadap usul yang diperdebatkan.
7. Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah, dan lain-lain) semasa perdebatan
berlangsung adalah dilarang sama sekali.
8. Semua peserta hendaklah berkelakuan tertib dan penuh sopan semasa pertandingan.

FAKTA BARU
Tiada sebarang fakta baru dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan
ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah
dikira baru kecuali:
a) Ia telah digunakan pada mana-mana hujahan terdahulu.

14

b) Ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

DEFINISI
1.

Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan
tanggungjawab pihak kerajaan.

2.

Pihak Pembangkang boleh :


a. menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan / mutlak
b. menerima dengan membuat pindaan tertentu
c. menolak secara keseluruhannya / mutlak dan mengemukakan difinisi alternatif.

3.

Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya jika:
a. Definisi Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul.
b. Definisi pihak Kerajaan adalah truistik iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan
rasional.

BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG


1. Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang
DiPertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian belia terhadap
perlanggaran sebarang peraturan perdebatan berikut:
a. penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan atau
b. pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan / atau
ucapan gulungan
c.

mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.

2. Adalah tanggungjawab setiap pasukan yang menyuarakan bantahan terhadap sebarang


perlanggaran peraturan keputusan Yang DiPertua Dewan samada untk menerima ataU menolak
bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.
3. Jika bantahan diterima, Yang DiPertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar
mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan
akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap.

RAYUAN
1. Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
2. Jika pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang kesilapan atau
Kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada manamana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu
berbangkit agar tidak berulang.
PAKAIAN
Pakaian peserta siswa dan siswi adalah mengikut identiti IPT sendiri.

15

()DEBAT ALA PARLIMEN BAHASA ARAB


.1
.1.1 :
().
.1.2 .
.1.3 ()
.
.1.4
(.)KUIN
.1.5
.
.2
.2.1
.
.3
.3.1 .
.4
.4.1 / ()
.
.
.4.2 () .
.4.3 .
.5

16

.5.1
.5.2
.5.3

.5.4
.5.5
.5.6
.5.7
.5.8
.5.9

( .)Power Match
.
(/) .
:
.1/
.2 (/)
.3
.4

....
( 5.3 )5.4

( )Power Match .
( )5.3
.

.
:

.6

17

.1.1 ( )30
.
.
.1.2 ( )15 .
.7
.
.
( ).
.
.
.
.

.1
.2
.3
.4
.5
.6
.7
.8


7
7
7
7
7
7


( )
( )
( )
( )
( )
( )

( /)
( /)

4
4
56

.8
.8.1 : .
.
.

18

.8.2 : .
.
.
.9
.9.1 .
.9.2 .
.
.9.3
.
.9.4 .
.
.9.5
( )10 .
.

.9.6 . .
.9.7 .
.10
.10.1 100 :

40
()34 31


40
()34 -31


20
( )17 -13

100
()85 75

.10.2
.
.10.3



.10.4
.
.10.5 ( ) 50 :
19


20
()17-13


20
()17-13


10
()8-5

50
()32-31

.10.6 .
.10.7
.
.10.8 .
.11
.11.1
. :
.
.

.
.12
.12.1 .
.12.2

.12.3 :
. .
. .
. ( ).
.13 /
.13.1 .

.

20

.13.2 /
.
.
.13.3 / ( ) 15 .
.
.13.4 / (
)7.6 .

.13.5 .
.
.13.6 ( )13.2
.
.13.7
( ) 15.
.14
.14.1
:
.
.
.
.14.2
.
.14.3
.
.
.15 /
.15.1

.15.2
( ) 30.
.15.3
.

21

.16
.16.1 ( ) 30 .

22

SYARAT PERTANDINGAN
KESENIAN ISLAM KALIGRAFI
SYARAT PESERTA
Setiap kontinjen hanya boleh menghantar dua orang peserta sahaja:
i.

Seorang siswa

ii.

Seorang siswi

SYARAT PERTANDINGAN
1. Jenis-jenis khat yang dipertandingkan:
a) Khat wajib
-

Khat Thuluth

b) Khatpilihan (pilih satu sahaja)


-

Khat nasakh

Khat riqaah

Khat diwani

Khat farisi

2. Peserta yang menulis selain daripada khat yang ditetapkan tidak akan diadili.

PERALATAN
1. Peserta dikehendaki membawa peralatan khat sendiri seperti pen, dakwat, pembaris dan
sebagainya;
2. Penganjur hanya menyediakan kertas (saiz A3) dan soalan sahaja;
3. Peserta akan dibekalkan dengan tiga (3) helai kertas pada permulaan pertandingan, dan terhad
kepada dua (2) helai kertas tambahan akan diberi jika diperlukan;
4. Saiz mata pen untuk khat wajib hendaklah tidak kurang daripada 5.0 mm;
5. Peserta tidak dibenarkan meminjam atau berkongsi peralatan dengan peserta lain;
6. Peserta dikehendaki menulis satu khat wajib dan satu khat pilihan;
7. Kedua-dua jenis khat hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan
8. Hiasan hasil penulisan tidak melebihi 30% daripada kandungan persembahan.
9. Hanya dakwat berwarna hitam sahaja dibenarkan dalam pertandingan ini.

MASA
Masa pertandingan adalah selama tiga (3) jam sahaja.

23

PEMARKAHAN
Pemarkahan hasil karya peserta dibahagikan seperti berikut:
Bil.

Bahagian

Markah %

Tulisan/kaedah

40

Persembahan

30

Hiasan

20

Kebersihan

10

Jumlah

100

PENGHAKIMAN
i.

ii.

Tulisan/ kaedah
-

Perkataan yang betul dari sudut imlak;

Menulis mengikut teks dan jenis khat yang ditentukan;

Jenis khat yang seragam; tidak bercampur dengan jenis yang lain.

Persembahan
-

Tulisan yang kemas dan boleh dibaca dengan baik;

Tiada lambing atau logo sensitif yang menyentuh isu-isu politik, perkauman, social
dan sebagainya;

iii.

iv.

Saiz tulisan (font) yang sesuai dengan potongan ayat.

Hiasan
-

Hiasan tidak melebihi 30% keseluruhan karya;

Bunga dan hiasan yang bersesuaian.

Kebersihan
-

Karya yang besih, tidak comot dan tanpa kesan padam;

Tulisan yang jelas tanpa kesamaran;

KESALAHAN
1. Tertinggal perkataan;
2. Tidak menepati syarat khat wajib yang dipertandingkan;
3. Kesalahan tulisan atau kaedah seperti:
o

Tertinggal huruf atau rumah huruf;

Tulisan yang tidak boleh dibaca;

Hiasan yang keterlaluan;

Jenis khat yang tidak seragam;

24

Menulis teks luar daripada soalan yang diberikan;

Meniru peserta lain.

PENENTUAN KEPUTUSAN
1. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan;
2. Peserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai naib johan dan
begitulah seterusnya;
3. Sekiranya terdapat persamaan markah, penentuan johan akan dirujuk kepada:
o

Pertama

: ejaan

Kedua

: tulisan

Ketiga

: kebersihan

4. Sekiranya masih sama, jemaah juri akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri
hakim. Keputusan juri adalah MUKTAMAD.

25

SYARAT PERTANDINGAN
KESENIAN ISLAM VIDEOGRAFI

MAKLUMAT PERTANDINGAN
Tema bagi pertandingan adalah Muhasabah.

KELAYAKAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institusi PengajianTinggi Islam (IPTIM) dan Asian
Islamic Universities Association (AIUA).
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VIDEOGRAFI
1.

Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.

2.

Pelakon-pelakon utama dalam klip video tersebut mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar aktif
institusi berkenaan.

3.

Semua video kreatif penyertaan hendaklah asli dan berdurasi tidak melebihi 5 minit adalah
berbentuk sama ada iklan, sketsa pendek, animasi 2D atau 3D, dokumentari, drama atau
mesej khidmat awam yang berdasarkan tema iaitu Muhasabah.

4.

Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam format DVD serta berdefinisi tinggi (HD),
resolusi minima 720p, 25fps dan disertakan dengan borang penyertaan dan salinan video
yang di hasilkan.

5.

Video yang disediakan hendaklah menggunakan samada 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab sahaja. Penggunaan dialek tempatan atau selain Bahasa
Melayu adalah dibenarkan dan mesti disertakan dengan sari kata (subtitle) dalam Bahasa
Melayu.

6.

Hasil karya mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif yang boleh menggangu atau menggugat
keharmonian antara kaum, budaya, agama, politik dan kemasyarakatan Malaysia.

7.

Hasil karya mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan
sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

8.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dihantar tidak asli/ciplak.

9.

Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika menggunakan skor muzik
yang sedia ada di pasaran atau hak milik orang lain, peserta perlu bertanggungjawab terhadap
hak cipta karya tersebut. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

10. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.


11. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
12. Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan lewat diterima.
13. Bukti penghantaran tidak dikira sebagai bukti penerimaan.

26

14. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima oleh pihak urusteria tidak akan dikembalikan.
15. Setiap penyertaan hendaklah disertakan borang yang dilengkapi Nama, Alamat, Nombor Kad
Pengenalan, dan Nombor Telefon untuk dihubungi.

27

SYARAT PERTANDINGAN
KESENIAN ISLAM FOTOGRAFI

MAKLUMAT PERTANDINGAN
Tema bagi pertandingan adalah Muhasabah.

KELAYAKAN PERTANDINGAN
Terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) dan AIUA

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI


1.

Penyertaan adalah percuma dan secara individu atau berkumpulan.

2.

Semua gambar penyertaan hendaklah asli dan penggunaan teknik editing adalah dibenarkan.

3.

Setiap peserta dibenarkan menghantar sekeping gambar sahaja.

4.

Gambar perlu dihantar dalam bentuk softcopy menggunakan format JPEG, BMP dan PNG dan
beresolusi tinggi (300dpi).

5.

Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi atau
menyertai pertandingan-pertandingan fotografi yang lain.

6.

Keputusan juri adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan dilayan.

7.

Setiap penyertaan hendaklah disertakan borang yang dilengkapi Nama, Alamat, Nombor Kad
Pengenalan, dan Nombor Telefon serta diserahkan kepada pihak penganjur pada hari
pendaftaran.

28

SYARAT PERTANDINGAN
TAZKIRAH SPONTAN
KATEGORI PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institusi PengajianTinggi Islam (IPTIM)
dan Asian Islamic Universities Association (AIUA).
2. Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar seorang wakil.

SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan akan dijalankan mengikut giliran berdasarkan undian yang ditetapkan.
2. Pengundian akan dijalankan 30 minit sebelum pertandingan dijalankan atau pada waktu khusus
yang telah ditetapkan oleh penganjur.
3. Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor undian tidak
dibenarkan.
4. Pihak penganjur akan menentukan tajuk-tajuk yang akan dipertandingkan dan telah diketahui
oleh semua peserta sekurang- kurangnya 4 minggu sebelum pertandingan diadakan.
5. Peserta akan diberikan soalan secara langsung daripada juri dan peserta hendaklah
menjawabnya dalam masa 3 minit.
6. Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik, agama,
perkauman, individu atau seumpamanya.
7. Para peserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat bantu untuk
mengukuh hujah.
8. Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan
yang kasar atau kurang manis.
9. Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta seperti pitam, pengerusi pertandingan
boleh menangguhkan pertandingan sehingga 15 minit. Peserta akan dibatalkan penyertaan
sekiranya tempoh tersebut berakhir.

MASA
1. Masa diberi bagi setiap peserta adalah 7 minit. Manakala, 3 minit pula diberikan kepada peserta
bagi menjawab soalan spontan daripada pihak juri.
2. Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.
3. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke 6 menandakan masa hampir tamat.
Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke 7 menandakan masa telah tamat
dan peserta dikehendaki memberhentikan tazkirahnya.
4. Penyampaian selepas masa tamat tidak akan diambil kira. Pengerusi berhak memberhentikan
pidato peserta sekiranya peserta gagal untuk berhenti walaupun masa sudah tamat.

29

SKEMA PEMARKAHAN
1. Isi bagi tazkirah & soalan spontan dari juri (55 markah)
pentazkirah-pentazkirah akan diadili dari segi definisi tajuk, isi- isi yang kemas dan sesuai, data
dan bahan yang tepat serta rumusan beserta dalil-dalil yang digunakan. Pecahan markah adalah
seperti maklumat yang berikut:

i. 40 markah bagi 4 isi tazkirah pertama. Bagi setiap isi, markah maksimumnya
ialah 10 markah iaitu 4 markah isi, 4 markah huraian dan 2 markah bagi contoh
dan data yang tepat.
ii. 10 markah bagi setiap jawapan yang diberikan oleh juri secara spontan dengan
mengiri ( ketepatan, dalil dan huraian )
iii. 5 markah ( bagi definisi yang tepat dan rumusan yang jelas serta isi tambahan).

2. Cara Penyampaian & Penampilan (25 Markah)


i. Cara penyampaian hendaklah jelas dan lancar.
ii. Cara berdiri dan penampilan diri yang bersesuaian.
iii. Cara penyampaian hendaklah menarik dan meyakinkan.
iv. Pergerakan tangan perlulah natural dan tidak terlalu mekanikal.
v. Susunan isi yang menarik dan jelas.
vi. Perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan atau tidak manis hendaklah
dielakkan.
vii. Pakaian hendaklah menutup aurat dan tidak melanggar syarak.

3. Bahasa & Adab (20 markah)


i. Pemilihan kata, istilah dan susunan yang tepat.
ii. Gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat dengan mesej yang
hendak disampaikan.
iii. Penggunaan bahasa yang standard.
iv. Kritikan terhadap isu-isu sensitive seperti agama, bangsa, kebudayaan dan
peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan
kehilangan markah tersebut.

30

SYARAT TAMBAHAN
Hakim :
1. Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.
2. Tiga (3) orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang daripadanya
sebagai ketua.

PANDUAN KEPADA JEMAAH HAKIM :


1. pentazkirah-pentazkirah diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, dalil-dalil yang tepat
serta termasuk penghuraiannya , persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta
persembahan yang meyakinkan, penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas dan gaya
bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan
penonton- penonton melalui tepuk sorak.
2. pentazkirah-pentazkirah yang membaca nota- nota atau teks- teks mereka semasa tazkirah akan
dipotong markah.
3. Markah juga dipotong kepada pentazkirah-pentazkirah yang menggunakan bahasa atau tutur
kata yang kurang sopan.
4. pentazkirah-pentazkirah yang melanggar peraturan 2.6 dan 2.8 akan dipotong markah.

PENENTUAN PEMENANG
1. Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah.
2. Peserta yang mendapat markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang.
3. Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah berdasarkan kepada markah
tertinggi dalam bidang isi / hujah / dalil. Jika masih berlaku persamaan, maka markah dalam
bidang bahasa tertinggi akan dijadikan penentuan pemenang dan begitulah seterusnya. Jika
semuanya sama, maka pemenang akan ditentukan melalui undian.
4. Keputusan Hakim adalah muktamad.

PAKAIAN
Pakaian Peserta Siswa & Pakaian Peserta Siswi : menutupi aurat

31

Anda mungkin juga menyukai