Anda di halaman 1dari 6

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan,


rakan-rakan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli
dewan yang berhormat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.

Tuan yang dipertua,

Usul masih tetap sama


iaitu…………………………………………………………………………... 
Namun, sebagai pihak pembangkang yang sentiasa
memikirkan kepentingan masyarakat dinegara ini, kami
akan tetap meragui usul yang digagaskan oleh YAB
Perdana Menteri sebentar tadi.

Tuan yang dipertua,

Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas


ketiga-tiga hujahpihak kerajaan. Kita lihat satu-persatu
nasib mereka.
HUJAH KERAJAAN
1………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………
2……………………………………………………………………………….....
…………………………………………………………………………………….
3…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………...

BIDASAN
1………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………
2………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………..
3………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….
Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan
kami terhadap usul yang hangat dibincangkan. Kami
masih tidak yakin dan meragui usul
(PENGANJURAN SUKAN BERTARAF DUNIA
MENGUNTUNGKAN RAKYAT)

Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan


ketiga pasukan kami.

Hujah kedua kami dibawah kata kunci PENGANJURAN


SUKAN BERTARAF DUNIA MEWUJUDKAN SIFAT
KEGANASAN KEPADA PENYOKONG SUKAN

Sifat keganasan penyokong sukan seperti kerusuhan


mempunyai kesan yang negatif kepada sukan itu
sendiri dan juga masyarakat. Penyokong sukan yang
bersifat ganas dan agresif mengganggu ketenteraman
awam dan mengancam keselamatan orang lain.
Mereka mungkin boleh menyerang orang lain, perkara
tersebut akan menyebabkan berlakunya kerusuhan di
dalam mahupun di luar stadium,tidak dinafikan ada
beberapa pihak yang tidak segan silu merosakkan harta
benda awam.
Jelas tuan yang dipertua (USUL) memang serba sedikit
menguntungkan rakyat tetapi tidak dapat dinafikan
penganjuran sukan bertaraf dunia juga merugikan
rakyat.

Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Mari saya


hidangkan pula contoh ke dua . Kegiatan keganasan
oleh penyokong sukan boleh mencemarkan imej sukan
di mata umum. Orang mungkin memandang serong
terhadap sukan malahan hukuman hukuman terhadap
perbuatan keji sesetengah pihak tersebut adalah tidak
berpatutan dengan kesalahan mereka. Contohnya di
stadium sultan Ibrahim tempoh hari penyokong skuad
bolasepak johor darul ta’zim membakar suar, tetapi
yang perlu membayar denda tersebut adalah pemilik
kelab yang sedikitpun tidak terlibat dengan insiden
tersebut mohon tuan yangdi pertua. Sesunguhnya
maklumat yang saya berikan adalah tepat bukan.

Seterusnya tuan yang dipertua,

Hujah ketiga pihak pembangkang berbunyi


PENGANJURAN SUKAN BERTARAF DUNIA
MEMERLUKAN KOS YANG TINGGI
Yang berhormat rakan-rakan dari pihak kerajaan,
sudah terang lagi bersuluh, Penganjuran sukan bertaraf
dunia memerlukan kos yang sangat tinggi seperti
membina stadium, menampung atlit dan peralatan
sukan. Ini boleh mengakibatkan beban kewangan yang
tinggi kepada negara secara tidak langsung hutang
negara juga semakin meragukan

Oleh itu, walaupun sukan bertaraf dunia memberi


beberapa keuntungan kepada rakyat, namun kita perlu
mempertimbangkan kesan negatif yang dapat diterima
dalam jangka masa panjang. Rician perlu dibuat pada
kos dan ekonomi terkini negara sebelum
melangsungkan langkah langkah penambah baikkan
mahupun pembinaan.

Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul


(PENGANJURAN SUKAN BERTARAF DUNIA
MENGUNTUNGKAN RAKYAT) dikaji semula untuk
kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia.
Tuan yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup
mantap untuktidak menerima usul perdebatan pada
hari ini. Justeru, kami sekalilagi mencabar pihak
kerajaan buktikan bahawa(PENGANJURAN SUKAN
BERTARAF DUNIA MENGUNTUNGKAN RAKYAT)

Tuan yang dipertua


Usul (PENGANJURAN SUKAN BERTARAF DUNIA
MENGUNTUNGKAN RAKYAT) wajar ditolak dan tidak
diterimapakai demi kesejahteraan masyarakat.

Dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk


terusmembangkang

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai