Anda di halaman 1dari 5

DRAF TEKS PEMBANGKANG KEDUA

Terima kasih, Tuan yang Dipertua, barisan perwakilan kerajaan, sidang-


sidang dewan yang dimuliakan, seterusnya rakan-rakan seperjuangan di
meja perwakilan pembangkang yang sebulat suara dalam mencari
keadilan demi kesejahteraan dan keharmonian negara.
Usul perdebatan tetap sama, namun Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dan Menteri Kedua sebentar tadi telah membawa hujah-hujah
yang amat rapuh dan tidak konsisten sama sekali dengan usul yang
dibahaskan pada hari ini.
Sebentar tadi, Menteri Kedua bangun dengan gahnya membawa hujah
atas kata kunci :
3. ..............................................................................................................
2. ..............................................................................................................
Tuan yang Dipertua serta sidang dewan yang dimuliakan,
(sebut kata kunci ketiga). Tidakkah pihak kerajaan meneliti dan
memahami terlebih dahulu sebelum berbicara, kerana jelas, hujah ini
amat tidak konsisten kerana memandangkan situasi ekonomi negara
kita yang jelas kurang stabil pada masa kini, iaitu zaman selepas
pandemik COVID-19 melanda kita. Sepatutnya, pihak kerajaan perlulah
( contoh ).
Seterusnya, Menteri Kedua juga berbicara dengan penuh gaya
membawa hujah atas kata kunci (sebut kata kunci kedua.). Sekali lagi,
pihak kerajaan gagal membuktikan kemampuan mereka untuk
mendepani kemelut yang timbul di dalam negara pada masa kini
sekaligus mereka juga gagal untuk membawa usul yang bagus ke dalam
dewan ini. Hal ini demikian kerana
....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................
Perdana Menteri pula membawa hujahnya atas kata kunci (sebut kata
kunci 1) ............
Sayang seribu kali sayang, bibir Yang Amat Berhormat lancang
berbicara tetapi hujahnya nipis melayang, (bidasan)
....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................

Sekian, bidasan saya.


Bergerak pula kepada gerak kerja kami di pihak pembangkang. Selaku
pembangkang kedua, saya akan mengupaskan hujah kami yang kedua
atas kata kunci iaitu
PENGURUSAN FASILITI SUKAN YANG LEMAH.
Sidang dewan sekalian,
Negara kita mempunyai pengurusan fasiliti sukan yang lemah
berbanding negara-negara jiran kita seperti Thailand dan
Singapura.
Ini kerana,
Kita tidak memiliki peruntukan penyelenggaraan yang mencukupi
dan kita juga tidak mengamalkan amalan menambahbaik fasiliti
sukan secara berterusan.
Misalnya,
Pada tahun lepas, tularnya sebuah gambar di mana Pihak
Pengurusan Stadium Bukit Jalil menggunakan penyodok sampah
dan kertas keras untuk menolak air hujan yang bertakung di atas
rumput stadium tersebut.
Bukti yang jelas dan terkini pada tahun ini apabila
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu di media
sosialnya tentang pembelian kanvas untuk menutup kawasan
padang Stadium Bukit Jalil dan memberikan ucapan Terima Kasih
kepada Sultan Johor yang menyewakan kanvas untuk stadium
tersebut sebelum pembelian kanvas.
Jika dilihat dari sudut lain,
Pengurusan Fasiliti Sukan di negara kita ini amatlah lemah dan
ketidakstabilan ekonomi serta politik menyebabkan pengurusan
fasiliti sukan di negara kita menjadi teramat lemah.
Ingin saya memberi analogi yang mudah kepada sidang dewan dan tuan
yang dipertua,
....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................
Tegasnya ,
Pihak kerajaan haruslah bertindak untuk membuatkan pihak
pengurusan fasiliti sukan di negara kita komited and memberikan
peruntukan yang lebih untuk mereka menambahbaik fasiliti sukan.
Beralih pula kepada hujah ketiga kami di perwakilan pembangkang atas
kata kunci ,
Menggugat Sosiobudaya Masyarakat
Hujah berkaitan dengan kata kunci ini ialah
Pengambilan warga asing sebagai pekerja dapat menggugat
sosiobudaya masyarakat dan boleh meningkatkan kadar kes
jenayah di Malaysia.
Hal ini demikian kerana ,
Pengambilan warga asing boleh menyekat peluang pekerjaan
kepada masyarakat, terutamanya belia yang baru sahaja
menamatkan pelajaran kerana kos untuk menggaji warga asing
adalah lebih murah berbanding pekerja tempatan. Selain itu, ini
juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi tempatan di mana
golongan muda atau pekerja separa mahir dalam negara ditindas
hanya disebabkan syarikat-syarikat lebih gemar menggunakan
pekerja asing berbanding pekerja tempatan. Di samping itu, pekerja
asing yang tidak diawasi oleh majikan mereka bebas untuk
bergerak dalam negara dan ia sedikit sebanyak telah menyebabkan
kadar jenayah meningkat dalam negara. Kehadiran warga asing
juga menimbulkan rasa kurang selesa diantara golongan wanita
yang menjadi mangsa gangguan seksual di tempat-tempat awam
seperti di dalam bas dan LRT.

Menurut akhbar berita Harian Metro pada bulan Februari tahun ini,
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat
Antarabangsa (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata,
tinjauannya turut mendapati kawasan seperti Keramat, Puchong
dan Setiawangsa menjadi lokaliti hotspot untuk warga asing
menetap.
"Kalau kita lihat kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia,
seramai 2.6 juta warga asing berada di dalam negara ini, itu tidak
termasuk mereka yang masuk secara haram. Jadi jumlah
berkenaan pasti lebih tinggi," katanya.
2.6 juta warga asing, bukanlah sedikit jumlahnya. Jika kita
membuat nisbah, terdapat 1 warga asing dalam 10 penduduk
tempatan.
Berpunca daripada kepincangan inilah,
Kes jenayah seperti penyeludupan warga asing, kecurian dan
jenayah seksual berlaku. Sebagai contoh, pada 6 Jun, baru-baru ini,
terdapat kes cabul terhadap budak lelaki, dan pelakunya ialah
pendatang asing. Ini amatlah membimbangkan kami kerana
keselamatan rakyat tempatan tidak dijamin dan kes jenayah
berkaitan dengan pendatang asing kian hari kian meningkat.
Intihanya,
Pendatang asing atau warga asing menggugat sosiobudaya rakyat
tempatan. Kes jenayah juga akan meningkat jika pendatang asing
tanpa permit memasuki negara kita. Keselamatan rakyat tempatan
akan tergugat akibat pendatang asing. Oleh itu, kami berharap
supaya kerajaan berfikir dengan lebih dalam lagi.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Kami di meja pembangkang tetap dengan pendirian kami bahawa usul
yang dibawa oleh pihak kerajaan pada harini amat tidak relevan melihat
kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam setiap hujah yang
dikemukakan. Oleh itu, demi kesejahteraan dan kelestarian rakyat dan
negara, kami mohon agar sidang dewan tidak menerima usul kerajaan
pada hari ini.

Sekian, mohon terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai