Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KESUSASTERAAN MELAYU 1.

0 PENGENALAN Subjek Kesusasteraan Melayu merupakan subjek elektif yang ditawarkan dalam Peperiksaan SPM. Walaupun demikian, penguasaan pelajar yang baik dalam subjek ini dapat membantu pelajar mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan seterusnya memudahkan pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, melihat kepada keperluan tersebut PERMATA Kesusasteraan Melayu Daerah Kerian telah mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar HALUS Kesusasteraan Melayu dengan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu. Adalah menjadi harapan PERMATA Kesusasteraan Melayu Daerah Kerian, peratus lulus Kesusasteraan Melayu pada tahun ini akan meningkat dan peratuskan kegagalan dapat disifarkan. 2.0 LATAR BELAKANG Tarikh pelaksanaan Masa Tempat Kaedah pelaksanaan : 23 OKTOBER 2013 : 9.00 pagi 1.00 petang : Dewan Semarak Kasih, SMK Sri Kurau : a) Motivasi b) Ceramah teknik menjawab c) Bengkel menjawab soalan Sasaran Penceramah 3.0 OBJEKTIF Pada akhir bengkel diharapkan pelajar dapat : a) Megetahui teknik menjawab yang betul b) Mengetahui topik-topik penting yang perlu dikuasai c) Mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan 4.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN PENDAPATAN Pendaftaran (34 X RM10) Sumbangan PIBG (SMKSK) RM 340.00 RM100.00 PERBELANJAAN Jamuan Bayaran Penceramah Baki JUMLAH RM250.00 RM180.00 RM10.00 RM440.00 : 50 orang pelajar : Puan Hasnida binti Mat Isa

JUMLAH

RM440.00

5.0 TENTATIF PROGRAM 8.30 9.00 pagi 9.00 - 9.30 pagi 9.30 11.00 pagi 11.00- 11.30 pagi 11.30 1.00 petang Pendaftaran peserta Motivasi Ceramah teknik menjawab REHAT Bengkel menjawab soalan

6.0 POST MORTEM a) Kekuatan Penceramah merupakan pemeriksa kertas Kesusasteraan Melayu 2215 SPM Penyampaian yang mudah dan bertumpu kepada topik-topik penting Kaedah penyampaian yang menarik dan jelas. b) Kelemahan Keadaan tempat yang kurang selesa kerana tiada meja untuk memudahkan pelajar mencatat. Terdapat segelintir pelajar yang tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. c) Penambahbaikan Bengkel dan teknik menjawab sepatutnya dibuat sebelum peperiksaan percubaan SPM supaya pelajar terdedah dengan teknik menjawab yang betul. Sesi bengkel perlu lebih aktif dan dibantu oleh guru pengiring sebagai fasilitator. Menyediakan tempat yang lebih kondusif.

7.0 PENUTUP Bengkel teknik menjawab Kesusasteraan Melayu ini diharap dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan seterusnya melonjakkan pencapaian subjek Kesusasteraan Melayu 2013 sekolah masingmasing dari segi kualiti khasnya dan kuantiti amnya. Bengkel ini seharusnya dijadikan agenda utama dalam takwim PERMATA Kesusasteraan Melayu Daerah Kerian.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

. (HAFIZAH YAKOB) Setiausaha, Panitia KM SMKSK

..

8.0

d)

Anda mungkin juga menyukai