Anda di halaman 1dari 2

Evon Chai

PISMP BC AMBILAN JUN 2016

Laluan Kerjaya Guru Cemerlang

Saya menyokong laluan kerjaya ini. Laluan kecemerlangan ini


merupakan laluan fast-track yang paling laju jika anda berhajat untuk naik
pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita perlukan 8
tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-based ke DG44.
Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang
perlu melalui proses yang lebih kurang sama dengan memohon Guru
Cemerlang, iaitu perlukan dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun
kebelakang.

Keinginan untuk memohon laluan kecemerlangan ini adalah untuk


gelaran Guru Cemerlang tersebut. Ini merupakan satu cara yang boleh
menunjukkan status guru cemerlang dengan guru lain.

Selain itu, guru cemerlang boleh berkongsi pengetahuan dengan rakan


guru yang lain. Guru cemerlang boleh berkongsi kaedah mengajar yang boleh
membantu rakan guru yang lain demi kebaikan pelajar. Dengan gelaran Guru
Cemerlang juga lebih mudah dijemput untuk berkongsi pengetahuan dan
kaedah mengajar. Maka guru cemerlang boleh menggunakan peluang ini
dengan sebaik mungkin bagi mencurahkan ilmu dan pengetahuan sendiri
kepada mereka yang memerlukan.

Tambahan pula, gelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi


sumber motivasi kepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu
kita hendak menghasilkan sesuatu yang lebih baik bagi memenuhi
tanggungjawab sebagai Guru Cemerlang. Secara tidak langsung ini
mendorong kita untuk menghasilkan kaedah mengajar, teknik, dan inovasi
yang lebih berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Seterusnya, dengan gred yang lebih besar, sudah tentu kita akan
mempunyai gaji yang lebih besar. Dengan kenaikan 2 tahun lebih awal bagi
gred DG44, ataupun 5/6 tahun bagi gred DG48, maka sudah tentu ini
merupakan galakan terbaik bagi guru yang berhajat hendak menambah
pendapatan sebagai guru dengan cara yang lebih cepat. Kenaikan tahunan
Evon Chai
PISMP BC AMBILAN JUN 2016

juga akan berubah. Semasa di gred DG41, kenaikan tahunan adalah


sebanyak RM225. Bagi gred DG44 pula, kenaikan tahunan adalah sebanyak
RM250. Dan bagi gred DG48 pula, kenaikan tahunan adalah RM275. Ini
bermakna, beza gaji hampir RM1000 bagi tahun ke-8 untuk 2 orang yang
posting pada tahun yang sama, tetapi dengan laluan time based dan laluan
kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai