Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN KETUA EDITOR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah dengan rahmat Allah, Majalah Al-Basyir edisi ke-14
berjaya diterbitkan oleh pihak sidang ridaksi khusus untuk pelajarpelajar Sekolah Agama Menengah Jeram.
Lipatan sejarah mengungkap warna-warni kejayaan pastinya telah
mengundang pelbagai cabaran dan dugaan namun berbekalkan
semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab, kami tidak
menghiraukan apa jua cabaran yang menghalang sehinggalah
majalah ini berjaya dihasilkan.
Benar kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Satu analogi yang jarang diaplikasikan. Berbekalkan
semangat inilah ahli-ahli sidang ridaksi dan juga guru berusaha
untuk merakamkan kenangan manis dan pahit pelajar-pelajar
Sekolah Agama Menengah Jeram sehingga majalah ini berjaya
diterbitkan dan sampai ke tangan pembaca semua.
Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses
pembikinan Majalah Al-Basyir ini. Harapan saya agar tahun-tahun
seterusnya seluruh warga SAM Jeram akan dapat memberi lebih
komitmen bagi memantapkan lagi majalah sekolah ini.
Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah dan
kekuranganya dari pihak kami sendiri.
Sekian.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MUHAMMAD HAZRIN BIN PANIRAN

Anda mungkin juga menyukai