Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah,bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana dengan limpah
rahmatnya dapat saya terus bernafas dan mencoretkan kata-kata di atas lembaran ini.Sekalung
ucapan tahniah kepada sidang redaksi kerana telah bertungkus lumus menyiapkan mjalah yang terkira
nilainya ini.Ucapan tahniah pula kepada pihak sekolah kerana telah melantik kumpulan redaksi yang
cukup produktif kerana tanpa mereka,tiadalah majalah ini.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Tahun 2023 telah melabuhkan tirai.Saya yakin,pelbagai suka dan duka yang telah ditempuh oleh
warga sekolah sepanjang tahun ini.Kepada batch SPM ‘06,semoga keputusan SPM yang bakal keluar
tidak lama lagi akan menggegarkan sekolah.Kepada batch ‘07 pula,nikmatilah tahun terakhir anda di
bumi SHAMS yang barakah ini sebaiknya.Timbalah sebanyak mungkin ilmu daripada guru-guru SHAMS
yang amat berkaliber ini.

Kepada batch-batch yang di bawah pula,persiapkanlah diri anda seawal mungkin.Jangan bazirkan
masa melakukan perkara yang sia-sia kerana kelak akan membinasakan diri kerana kata orang tua-
tua,”Berakit-rakit kita ke hulu,berenang-renang kita kemudian.Bersakit-sakit kita dahulu,bersenang-
senang kita kemudian”Teruskanlah perjuangan dan jangan penah gentar terhadap halangan kerana
halangan yang dipandang secara positif bakal menjadi baja yang akan membantu mematangkan lagi
buah kedewasaan.

Akhir kalam,peganglah dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al-quran dan As-
sunnah.Sekian daripada saya,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai