Anda di halaman 1dari 5

Mata pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 1M & 1N

Tarikh 28 Jun 2021 Masa 10.00 – 11.00pg


Tajuk Bab 6 : Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom
Standard kandungan 4.2 Peningkatan tamadun dan sumbangannya

4.2.2 Membincangkan peningkatan tamadun Yunani dalam


aspek pemerintahan dan pentadbiran (Nota :
Standard Lampiran 1)
pembelajaran K4.2.7 Menghuraikan kepentingan menghargai asas-asas
amalan demokrasi. (Latihan : Lampiran 4 sesi kedua
tutorial pada 30 Jun 2021)
Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:
a) Mengenalpasti 3 daripada 4 bentuk pemerintahan dan
pentadbiran Tamadun Yunani
Objektif pembelajaran
b) Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga ciri
pemerintahan demokrasi di Athens dan Sparta.

Tempoh masa 1 jam (30 minit nota dan 30 minit tutorial)


Nota Rujuk lampiran 1

1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang diberikan


dalam Lampiran 1 (anda digalakkan untuk membina peta
minda/i-Think berdasarkan nota)
Aktiviti
2. Jawab soalan pada lampiran 2 hingga 3 dengan merujuk
nota atau bahan lain seperti buku rujukan, laman sesawang
dan bahan bacaan lain.

Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada


Pentaksiran
Lampiran 2 hingga 3

STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Mengetahui peningkatan tamadun
2 Memahami peningkatan tamadun
3 Menerangkan dengan contoh peningkatan tamadun
4 Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan peningkatan tamadun
5 Membuat penilaian peningkatan tamadun
6 Melahirkan idea yang berasas mengenai peningkatan tamadun

⚫ Nota perlu dibaca dan difahami

⚫ Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

Lampiran 1 Tarikh :

6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani


Bentuk Pemerintahan dan pentadbiran Tamadun Yunani

➢ Monarki
• Sistem beraja berasaskan keturunan
• Raja dibantu oleh konsul ( golongan bijak pandai )
➢ Oligarki
• Pemerintahan yang dikuasai sebahagian kecil golongan yang berkuasa
➢ Aristokrasi
• Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan
➢ Tirani
• Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat
➢ Demokrasi
• Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian

Perkembangan Sistem Demokrasi di Athens


➢ Sistem pemerintahan di Athens telah menjadi ikutan dan diamalkan sehingga
kini.
➢ Sistem pemerintahan demokrasi diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM .
➢ Sebelum itu, sistem pemerintahan di Athens bercorak monarki, oligarki,
aristokrasi dan tirani.
➢ Athens mengamalkan sistem demokrasi langsung , iaitu warga Athens terlibat
dalam perbincangan dan perdebatan dalam menentukan dasar dan peraturan
termasuklah hal ehwal ekonomi, sosial dan politik.
➢ Pada zaman pemerintahan Pericles ( 495 – 429 SM ), penekanan diberikan
kepada kuasa rakyat bagi memantapkan sistem demokrasi.
➢ Walau bagaimanapun, sistem demokrasi menjadi lemah dan terhapus pada
zaman Raja Philip pada tahun 338 SM.
➢ Sistem demokrasi mula diamalkan di Malaysia bermula pada tahun 1951
melalui pilihan raya yang memilih wakil-wakil rakyat sehingga kini.
Solon Pericles

Amalan demokrasi di Athens


LATIHAN OBJEKTIF

Tarikh :
Lampiran
2
1. Jadual di bawah menunjukkan sistem pemerintahan yang pernah diamalkan dalam Tamadun
Yunani

Sistem Pemerintahan Maksud


Oligarki Pemerintahan yang dikuasai oleh
sebahagian kecil golongan yang
berkuasa
X Pemerintahan yang dikuasai oleh
golongan bangsawan

Apakah yang mewakili X?


A Tirani C Aristokrasi
B Monarki D Demokrasi

2. Sebelum sistem demokrasi diamalkan, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak
monarki, oligarki aristokrasi dan tirani.
Mengapakah berlaku perubahan tersebut?
A Mengurangkan kuasa rakyat
B Mengelakkan perang saudara
C Memantapkan sistem pemerintahan
D Menghapuskan pemerintahan tradisioanal

3. Apakah ciri persamaan antara sistem demokrasi yang diamalkan oleh kedua – dua kerajaan
berikut?
Athens
Demokrasi
Malaysia

A Rakyat memilih ketua negara


B Raja merupakan ketua kerajaan
C Raja memerintah secara mutlak
D Rakyat terlibat dalam pemerintahan

4. Maklumat berikut merupakan fungsi badan pentadbiran di Athens?


• Membuat perjanjian dengan negara lain
• Menerima duta asing
• Membuat deklarasi peperangan

Apakah badan pentadbiran tersebut?


A Juri C Majistret
B Majlis D Dewan Perhimpunan
LATIHAN STRUKTUR
Lampiran
3

1. Nyatakan corak pemerintahan yang diamalkan di Athens sebelum pemerintahan demokrasi


diasaskan?
a. …………………………………………….
b. …………………………………………….
c. …………………………………………….
d. …………………………………………….

2. Apakah ciri-ciri demokrasi langsung yang di amalkan oleh warga Athens?


…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

3. Berikan definisi bagi corak pemerintahan di bawah


a. Tirani
- ………………………………………………………………………………………..
b. Oligraki
-…………………………………………………………………………………………
c. Aristokrasi
-…………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai