Anda di halaman 1dari 6

UJIAN 1 2018

MATA PELAJARAN : SEJARAH


TINGKATAN : 2
SMK DATUK HAJI ABDUL WAHAB

Nama: ……………………………………………………… Ting: ………………………………………………..

Bahagian A: Pilih dan bulatkan jawapan yang betul

1. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapat tentang konsep Alam Melayu.


Kawasan yang meliputi Tanah Melayu hingga ke Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina,
Kepulauan Solomon hingga ke Papua New Guinea

A. Profesor Dr Ding Choo Ming


B. Abdul Hadi Haji Hassan
C. Dato’ Abdul Aziz Deraman
D. Alfred Russel Wallace

2. Kerajaan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong. Bilakah kewujudan kerajaan tersebut?
A. Abad ke 8 Masihi
B. Abad ke-9 Masihi
C. Abad ke-10 Masihi
D. Abad ke-11 Masihi

3. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Alam Melayu

Pembentukan kerajaan Funan

Apakah peristiwa x?

A. Perkahwinan pemimpin
B. Perdagangan rempah
C. Penyerangan musuh
D. Pembunuhan raja

1
4. Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap kerajaan Angkor?

Jayavarman VII

I Mendirikan hospital
II Meluaskan empayar
III Mengasaskan kerajaan
IV Menghalang ancaman Champa
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5. Kataha merupakan istilah yang digunakan oleh pedagang terhadap Kedah Tua. Pedagang
manakah yang menggunakan sebutan tersebut?
A. Pedagang India
B. Pedagang Parsi
C. Pedagang Melayu
D. Pedagang China

6. Apakah kerajaan Alam Melayu yang berkaitan dengan tokoh di bawah.

Raja Khmer
Raja Ganji Sarjuna

A. Kerajaan Champa
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Kedah Tua
D. Kerajaan Gangga Nagara

7. Apakah kerajaan luar yang pernah menjalinkan hubungan dengan kerajaan Alam Melayu pada
abad pertama Masihi?
A. Dinasti Tang
B. Kerajaan Chola
C. Empayar Kushan
D. Kerajaan Abbasiyah

8. Apakah bentuk hubungan yang terjalin antara kedua-dua buah kerajaan China dan Funan pada
abad pertama Masihi?
A. Hubungan keagamaan
B. Hubungan ketenteraan
C. Hubungan perdagangan
D. Hubungan persahabatan

2
9. Berikut merupakan cara penyebaran agama Hindu di Alam Melayu. Apakah X?

Peranan pedagang
Peranan tentera
X

A. Peranan pemerintah
B. Peranan golongan Brahmin
C. Peranan pendakwah
D. Peranan raja

10. Siapakah yang menghantar sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama
Buddha?
A. Asoka, pemerintah empayar Maurya
B. Suryavarman, pemerintah empayar Angkor
C. Sangramadhanjaya, pemerintah Srivijaya
D. Che Bo Nga, pemerintah Champa

11. Pada abad ketiga, Kerajaan Champa telah menghantar utusannya ke China. Apakah tujuan
hubungan diplomatic antara Champa dan China pada ketika itu?
A. Memohon bantuan ketenteraan.
B. Mendapat pengiktirafan
C. Memperkukuh hubungan perdagangan
D. Memulihkan hubungan

12. Kerajaan Alam Melayu yang manakah yang tidak menjalinkan hubungan India?
A. Kerajaan Funan
B. Kerajaan Srivijaya
C. Kerajaan Kedah Tua
D. Kerajaan Angkor

13. Mengapakah peranan Patih Gajah Mada di anggap penting kepada Kerajaan Majapahit?
A. Meluaskan empayar
B. Mengasaskan kerajaan
C. Menyebarkan pegangan agama
D. Menguasai laluan perdagangan

14. Apakah kepentingan hubungan diplomatic kepada kerajaan Alam Melayu?


A. Kesetiaan rakyat
B. Kemakmuran Negara
C. Peningkatan penduduk
D. Pengekalan sumber alam

3
15. Kerajaan Gangga Nagara masyhur pada abad kesembilan dengan kekayaan hasil bumi seperti
emas dan bijih timah. Namun kerajaan ini mulai lemah sekitar tahun 1025. Apakah faktor
tersebut?
A. Serangan tentera Chola
B. Perubahan pentadbiran
C. Kematian pemerintah
D. Kemerosotan hasil bumi

16. Apakah kemasyhuran yang boleh dikaitkan dengan kerajaan Kedah Tua?
A. Perlantikan Patih Gajah Mada
B. Kekayaan hasil bumi seperti emas
C. Kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang
D. Kebijaksanaan pemimpin

17. Kemerosotan Kerajaan Champa dikaitkan dengan kematian pemerintahnya. Siapakah


pemerintah Champa yang dimaksudkan?
A. Che Bong Nga
B. Tran Due Tong
C. Indravarman
D. Suryavarman

18. Pada abad kesembilan, kerajaan Champa, Srivijaya dan Angkor adalah sezaman dengan kerajaan
berikut kecuali,
A. Kerajaan Abbasiyah
B. EmpayarByzantine
C. Dinasti Tang
D. Empayar Parsi

19. Pada abad ke-14, Kesultanan Delhi merupakan antara kerajaan yang sezaman dengan kerajaan
Mealyu seperti Angkor dan Champa. Apakah seni bina yang boleh dikaitkan dengan Kesultanan
Delhi?
A. Angkor Wat
B. Menara Cham
C. Pagoda Xumi
D. Qutb Minar

20. Kerajaan Angkor merupakan salah satu kerajaan di Alam Melayu. Apakah pusat kerajaan bagi
kerajaan Angkor?
A. Indrapura
B. Harihalaya
C. Sungai Mas
D. Palembang

4
Bahagian B (Soalan struktur)

1. Tandakan ( / ) bagi kawasan yang dikategorikan oleh Profesor Emeritus Dato Dr Nik Hassan
Shuhaimi sebagai kawasan Alam Melayu yang betul dan ( X ) pada petak yang disediakan.

Papua New Guinea


Segenting Kra
Australia
New Zealand
Taiwan
(5 Markah)

2. Padankan tokoh berikut dengan pandangan mereka tentang konsep Alam Melayu berdasarkan
aspek bahasa dan budaya yang betul.

Profesor Persamaan budaya dalam kalangan


EmeritusDato’ Dr penduduk Alam Melayu membuktikan
Asmah Haji Omar bahawa Alam Melayu merupakan kawasan
yang memiliki kebudayaan serumpun
Dato’ A.Aziz Deraman Sifat orang Melayu yang gemar berlayar,
sifat bahasa Melayu yang sederhana dan
mudah dipelajari telah menyebabkan
Bahasa Melayu mudah difahami.
Sultan Takdir Bahasa serumpun di Alam Melayu
Alisjahbana mempunyai perkaitan dengan bahasa
etnik peribumi. Perbandingan antara
bahasa serumpun menunjukkan pertalian
kekeluargaan bahasa-bahasa tersebut
dengan Bahasa Melayu.
( 6 markah )

3. Lengkapkan jadual di bawah mengisi lokasi,masa dan pusat kerajaan yang betul bagi kerajaan-
kerajaan di Alam Melayu.

Pantai Barat Sungai Mas dan Sungai Lembah Sungai Lembah Sungai
bahagian tengah Bujang Musi Sumatera Mekong
Tanah Melayu
Abad pertama Abad ketujuh Abad keenam Abad kelima
Palembang Sungai Mas dan Pangkalan Pangkalan Vyadhapura
Bujang

5
Kerajaan Lokasi Masa Pusat Kerajaan

Funan

Srivijaya

Kedah Tua

Gangga Nagara

( 8 markah )

4. Senaraikan kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu berikut:

Kerajaan Alam Melayu Kerajaan Luar

Funan
(Abad pertama)

Angkor,Champa dan Srivijaya


(Abad kesembilan)

Angkor, Champa dan Majapahit


(Abad ke-14)
( 11 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………. ……………………………………………….
ENIKHSAN BIN SAARI

Anda mungkin juga menyukai