Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)


14300 Nibong Tebal Tel: 04-5943991
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Email: pba4015@jpnpp.edu.my

Ruj.Kami : SKSI 200-1/1 ( 01 )


Tarikh : 24 November 2017
Kepada:-

Yang pihak berkenaan,


____________________________

Tuan,

SOKONGAN BAGI PERMOHONAN MENGUBAHSUAI DATARAN KEPADA DEWAN


TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Secara dasarnya saya selaku pentadbir sekolah ini amat bersetuju dengan cadangan PIBG
sekolah ini yang berhasrat untuk tujuan tersebut memandangkan dewan sedia ada tidak lagi dapat
menampung bilangan murid seramai 751 orang.

3. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah amat bekerjasama rapat dan sentiasa
menggembeling tenaga dengan PIBG untuk memastikan murid-murid sekolah ini dapat belajar
dalam suasana yang baik dan berkualiti. Hasilnya, Sekolah Kebangsaan Saujana Indah telah
menunjukkan peningkatan prestasi yang amat membanggakan bagi keputusan UPSR baru-baru
ini selain menempa beberapa kejayaan dalam aktiviti luar bilik darjah sehingga ke peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Bagi menyokong pembangunan pembelajaran murid yang
berterusan, pihak sekolah amat memerlukan tempat dan suasana yang selesa dan kondusif bagi
menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang saban tahun.

3. Justeru, permohonan PIBG ini amat bertepatan sekali dengan keperluan semasa sekolah.
Pihak kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan PIBG ini
dengan sewajarnya. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan di atas perkara ini, kami dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………………………

Anda mungkin juga menyukai