Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAWANG JAYA


TAMAN BUKIT RAWANG JAYA,
48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-60935044 FAX : 03-60935043
Rujukan Tuan
Rujukan Kami
Tarikh

:
: PIBG SKBRJ/07/01/002 (
: 14 Januari 2015

Kepada,
En. Lu Liew Sing @ Lau
Pustaka & Alat-Alat Tulis Suria Jaya
No. 24, Jln Bandar Rawang 12,
Pusat Bandar Rawang,
48000 Rawang,
Selangor

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .
2.
Dengan ini dimaklumkan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG ) SK Bukit Rawang Jaya bersama
komuniti setempat akan mengadakan satu Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada 14 Febuari
2015.
3.
Sehubungan dengan itu , pihak kami ingin memohon sumbangan untuk cabutan bertuah sempena
Mesyuarat Agung tersebut. Sebarang bentuk sumbangan dari pihak tuan amatlah diharapkan. Sumbangan
boleh diberi dalam bentuk Wang Tunai, Hamper dan Cek. Cek tersebut boleh dialamat diatas nama PIBG
SK BUKIT RAWANG JAYA.
4.
Sekiranya pihak tuan ingin memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau hamper, sila
berhubung dengan 012-2380854 - En Hashim Tee Abdullah ( Yang Dipertua PIBG ) atau 019-2337785 - En.
Ahmad Nadzri Mohd Ramli ( Setiausaha ). Sumbangan yang ingin disalurkan hendaklah sampai sebelum
atau pada 05 Febuari 2015.
Segala jasa baik dan keprihatinan Tuan dalam sama-sama menjayakan aktiviti sekolah ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih .
Sekian, terima kasih.
BERBAKTI UNTUK NEGARA
Yang Benar,

....
( HASHIM TEE ABDULLAH )
Yang Dipertua ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2015,
SK Bukit Rawang Jaya .

Anda mungkin juga menyukai