Anda di halaman 1dari 24

S A T U R D A Y, J A N U A R Y 4 , 2 0 1 4

GANDINGAN NASI ARAB DAN AYAM KABSAH YANG PASTI


TIDAK DAPAT DILUPAKAN....
Adalah perkara biasa untuk sesebuah keluarga yang ingin meraikan sesuatu samaada berita
gembira, hari gembira, tetamu yang istimewa dan sebagainya akan memilih restaurant
kegemaran yang menyediakan hidangan lazat seperti nasi beriani, ayam panggang dan
sebagainya.
Namun, kami lebih rasa istimewa sekiranya hidangan kegemaran disediakan oleh mereka
yang menyayangi kita sepenuh hati. Apalagi, bertambahlah berkat hidangan itu apabila
setiap langkah dimulai dengan lafaz bismillah dan selawat yang berpanjangan. Kali ini, dapur
FCU menghidangkan Nasi Arab dan Ayam Kabsah untuk meraikan tahun 2014. Hidangan
kali ini bersaiz kecil sahaja kerana sebilangan ahli berada di luar Langkawi. Pembelajaran
step by step saya nukilkan khas untuk para pelajar kami dengan harapan pemakanan yang
berzat dan berkat ini adalah modal untuk terus bergerak menuju kejayaaan dunia dan
akhirat.

BAHAN UNTUK REMPAH KABSA

4 sudu besar ketumbar


2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar cengkih
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar lada hitam
2 bi ji buah keras
Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih
kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah
sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan
senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus
ke dalam bekas kedap udara.

Rempah-rempah yang disangai hingga wangi dan garing.

Rempah homemade memang wangi dan sangat berbeza

dengan yang dibeli dikedai. Masakan kita juga

akan rasa lebih lazat.

BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH


1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia di mesin
2 sudu rempah kabsah
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
3 helai bay leaf
1 kiub ayam knor
garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT AYAM KABSAH

1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.

2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur.

3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas dan 2 sudu rempah
kabsah.

4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.

5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab.

6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar, 3
ulas bawang putih, 11/2 inci halia) dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar
selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada
ayam yang tengah dimasak di dalam oven.

Bahan yang perlu dikisar hingga halus.

Bahan kering( serbuk kunyit dan serbuk cili) dicampur


dengan rempah kabsah.

Kedua-dua bahan dicampur untuk memerap ayam.

Ayam direneh selama 15-20 minit untuk meresap

rasa rempah kabsah yang hebat ini. Masukkan seketul kiub

ayam sekiranya mahu. Pastikan garam dan gula secukup rasa.

Ini adalah salah satu cara memerap ayam yang cepat.

Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan

keras selepas di masukkan ke dalam oven.

Masukkan rasa masin dan manis secukupnya agar ayam rasa enak

Lihatlah betapa garingnya kulit ayam yang penuh dengan rasa

bahan perap, manakala isinya pula lembut dan juicy.

BAHAN UNTUK NASI ARAB

3 cawan beras Basmathi

2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun


7 biji buah pelaga,
5 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji lada hitam
3 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah didadu
segenggam kismis hitam
sedikit saffron(atau pewarna kuning)

1. Beras direndam 20 minit.


2. Tumiskan buah pelaga, lada hitam dan cengkih.
3. Masukkan bahan mesin dan tumiskan hingga wangi.
4. 3 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti
biasa.
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2.
6. Tutup api apabila nasi 3/4 masak.Taburkan safron dan kacau hingga warna sekata.
7. Air dalam pengukus dipanaskan terlebih dahulu iaitu ketika kita mula masukkan beras ke
dalam air stok ayam yang mendidih.
9. Masukkan nasi yang hampir masak ke dalam loyang pengukus. Kukuslah hingga masak.

Beras basmati yang direndam terlebh dahulu.

Antara bahan yang diperlukan untuk memasak nasi arab.

Masukkan beras yang direndam ke dalam air rebusan ayam


yang tengah mendidih.

Lobak merah, tomato dan kismis akan menambahkan

kelazatan nasi arab.

Sebaik sahaja nasi sudah kering dan masak 3/4 sahaja, masukkan

bahan yang didadu. Taburkan saffron ke dalam nasi dan kacau

hingga sebati. Jangan kacau terlalu laju dan lama kerana

biji beras akan patah.

Buat lubang di serata permukaan nasi agar nasi arab cepat masak. Selain menggunakan
loyang, kita boleh juga melapik bekas kukus dengan jala bermata halus. Cara ini akan lebih
cepat kerana wap panas akan memasak nasi secara direct.

BAHAN UNTUK SOS SALATAH

3 biji buah t omato masak

3 biji cili hijau

3
1/2

bawang
cawan

putih
yogurt

Gula secukup rasa

Garam secukup
Sedikit air

Blender

semua

bahan

di

atas

dan

siap

untuk

dihidangkan.

BAHAN UNTUK SOS ZABADI

Yoghurt

Timun - cincang halus

Hirisan

karot

Garam
dan
gula
secukup
rasa
Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan
limau nipis. Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan
hidangan.

NASI ARAB BERLAUKKAN AYAM KABSAH

Sedulang nasi arab yang berhiaskan ketulan ayam kabsah.

Sepinggan rezeki Allah buat orang kesayangan

Hidangan mampu memberi satu kenangan manis untuk dikenang dan mengikat kasih
sayang yang tidak mungkin dapat dibeli walaupun dengan segunung intan berlian.

Alhamdulillah.....segala kesyukuran ke hadrat Ilahi yang memberi rezeki.

Anda mungkin juga menyukai