Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK DATO’ AHMAD RAZALI,


JLN. 13A, AMPANG JAYA,
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-4251 1650 FAKS: 03-4251 0377

_________________________________________________________________________________
Rujukan kami : SMKDAR 100-2/8/1 (
)
Tarikh : 22 FEBRUARI 2019

Kepada
Puan Haslina binti Abin @ Kassim
Ahli Majlis MPAJ (JKP Zon 7)
Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Ampang
G2 & 3A, Jalan Kolam Air Lama,
Ampang Jaya,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM SENAMROBIK MINGGUAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak PIBG SMK Dato’ Ahmad Razali dengan kerjasama JKP Zon 7 (MPAJ)
bercadang untuk menganjurkan Program Senamrobik Mingguan secara percuma kepada
komuniti setempat yang tinggal di kawasan sekitar.

3. Program ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu bertujuan untuk memupuk gaya
hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian di samping
dapat mengeratkan silaturahim antara murid, guru dan komuniti setempat.

4. Sehubungan itu, kami ingin melibatkan pihak tuan sebagai penyumbang untuk
bersama-sama menjayakan program ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atas
nama ‘PIBG SMK DATO’ AHMAD RAZALI’ atau bank in ke akaun PIBG SMK DATO’
AHMAD RAZALI (nombor akaun 3098124230 PUBLIC BANK)

5. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program Senamrobik Mingguan. Sebarang


pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Tuan Haji Aziz bin Md Derus (019-3126206) atau
Puan Azra binti Amat Yassin (012-3893845).

Segala sumbangan dan keprihatinan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZIZ BIN MD DERUS SIS, KMN, AMN, PPN, PJK)


YDP PIBG,
SMK DATO’ AHMAD RAZALI, AMPANG

Anda mungkin juga menyukai