Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Kami : JBD7072.

39/100-8/1/21 ( )
Rujukan Tuan :
Tarikh : 23 JANUARI 2018
Kepada :

GURU BESAR,
SJKT LADANG GOMALI

Tuan / Puan,

PERMOHONAN UNTUK MEMINJAM PERALATAN SUKAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa SJK (Tamil) Ladang Fortrose akan mengelolakan Kejohanan
Merentas Desa dan acara padang, gabungan SKM SJKT kawasan parlimen Segamat.

Tarikh : 25 Januari 2018


Masa : 8 am hingga 12 pm
Tempat : SJKT Ladang Fortrose

3. Tujuan kami menulis surat ini kerana ingin membuat permohonan untuk meminjam peralatan
sempena kejohanan ini. Peralatan yang sedia ada tidak mencukupi untuk melaksanakan kejohanan ini.

4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar memberi kebenaran untuk meminjam
peralatan yang kami telah sertakan pada lampiran.

5. Diharap bahawa permohonan ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Segala kerjasama
dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan, adalah sangat dihargai serta didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

6. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada En. Govinthan Perumall – Guru
Besar di talian 012-7271612 atau En.K.Meganathan – PGB Kokurikulum di talian (016-7070795)

Sekian. Terima kasih.

1 Malaysia : rakyat didahulukan pencapaian diutamakan


“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

__________________________________
(GOVINTHAN PERUMALL)
Guru Besar,
SJK (Tamil) Ladang Fortrose,
Merangkap Pengerusi Pengelola,
Sukan Gabungan SJKT SKM Kawasan Parlimen Segamat Kali ke 17.

S.K : PPD – Unit Sukan


: Fail
SENARAI PERALATAN SUKAN

BIL PERALATAN KUANTITI

1 WALKIE TALKIE 6

2 TILAM KECIL 1

3 TILAM BESAR 1

4 LEMBING 1

Anda mungkin juga menyukai